Sunday, January 1, 2017

Selamat Tinggal 2016, Selamat Datang 2017

sedar tak sedar, tahun 2016 dah pun melabuhkan tirainyaaa...huhuhu bukan tahun yang memberangsangkan untuk aku...blog ke laut, trip ke luar negara pun tak banyak mana, banyak aktiviti dalam negara jer...hehehe tapi tetappp nak recap 2016 punya aktiviti...hehehe nasib baik ada Instagram, dah umpama diary dah..aku cekau gambar kat situ je senang ceritaaa...haaa sape yang nak follow Instagram aku tu pun boleh la follow yer dayah_djamal...
Sambutan tahun 2016 dimulakan di Beijing, China bersama Liana...
Hujung Januari aku ke Ipoh dengan geng blogger #divana (Azra, Dzuli, Mrs, Ean, Sue dan Zilla)
Tengah bulan Februari aku ke Penang dengan Sue, Amoi dan Dini sempena melayan kaki gatal Dini yang dah lama takde trip...
Hujung bulan Februari masa aku busy gila dengan kerja, sempat larikan diri ke Kuching berbekalkan tiket RM18 jer dengan Irma dan Asie...
Awal April aku ke Pulau Mabul dengan segerombolan kawan-kawan Makjemah (Dini, Ed, Sue, Ajib, Liana, As, Chubby) ...Best gilaaa dengan snorkeling, hiking dan seafood!
Balik dari Mabul, mula timbul minat baru iaitu hiking!Sempat ke Bukit Broga bersama geng opis (Syahnaz, Zu, Nor, Wani dan Bampish)...
Hujung April aku dengan geng opis (Wani, Klaila, Syahnaz, Zu, Kwi, Adila, Irma, Sanol dan Bampish) buat family day di AFamosa Resort, Melaka...
Awal Mei, pertama kali layan stargazing dan milky way di Kuala Kubu Bharu dengan Dini, Ab dan Ed...memang terbaik!
Kerana dah gila hiking, aku dengan Nor, Asie, Zu dan Syahnaz mendaki Batu Caves...
Hujung Mei, kami sekeluarga bercuti di Lanson Place Bukit Ceylon Serviced Residences, Kuala Lumpur sempena birthday anak buah aku...
Awal June, bersama Ab, Dzuli dan Azra memburu milky way di Empangan Semenyih...
Misi memburu bintang dan milky way bersama Dini, Mrs, Dzuli dan Azra di Pantai Klebang, Melaka sebelum bulan puasa...
Sebulan berehat dari aktiviti di bulan puasa, penuh dengan agenda makan jer...minggu pertama Syawal, buat pertama kalinya join acara larian TM Fan Run 2016!first time masuk dah 10 km kau...terbaik!dengan Nor, Zu, Ab, Syu dan Kakwi,...
Hujung Julai, masih bulan Syawal, gatal dah kaki, geng Mabul reunion di Mossy Forest, Cameron Highland!gila punya trip ni, unexpected yet memorable journey bersama Liana, Dini, Sue, Ed, Ajib & Aju...
Awal Ogos, lagi misi mengejar bintang dan milky way tapi hampaaa bersama Ab. Azra, Dni dan Ed di Kuala Kubu Bharu...
Larian 5km NBOS di Putrajaya bersama Asie, Zu, Nor, Syahnaz, Adila, Raja, Ani, Wani dan Farid...
Tengah Ogos, aku ke Seberang Perai, Pulau Pinang atas tuntutan kerja digunakan sebaik mungkin dengan JJCM bersama As...puaih hati baq hanggg...
Hujung Ogos, roadtrip ke Perak bersama Ab dan Liana...sempat jumpa Sue di Ipoh...
Dari Perak kitorang sambung jalan-jalan di Kuala Kubu Bharu dan Fraser's Hill bersama Dini dan Ed...
Bulan September, bulan kegemaran dimulakan dengan aktiviti hiking Bukit Saga bersama Nor dan Zu!disebabkan tak jaga pemakanan dan exercise lagi, makin semput nak hiking kali ni...huhuhu...
Bulan September bulan birthday...sebabkan tak pergi oversea, birthday kali ni, kita sambut sebulan laaa...hahaha kita mulakan sambutan bersama keluarga di Port Dickson, Negeri Sembilan...
Kemudian celebrate birthday dengan Sue dan Liana di Pulau Perhentian, Terengganu...
Tengah-tengah bulan, kena kerja di Terengganu bersama Cikwi...sempat jumpa dengan Zoul sekeluarga...
Penutup sambutan birthday dengan geng matriks yang dah lama tak jumpa di Johor Bharu!bersama Emy, Ilon, Rina, Suzy dan Pah...semua pun September babies!
Hari pertama bulan Oktober, trip bersama #divana (Bibie, Azra, Dzuli dan Mrs) ke Sabah...
Balik dari Sabah, terus bergegas ke Kelantan atas urusan kerja...tetappp sempat JJCM!
Bulan Oktober memang busy outstation...lepas Kelantan, kena ke Penang pula ada conference...JJCM dilupa jangan...
Lepas Penang, kena ke Bangkok pula menghadiri workshop dengan Syahnaz...sakan abes layan thai foods masa ni...terbaek!
Dah banyak makan, kita join pula larian 3km The Running Diva pada penghujung Oktober bersama rakan sepejabat Adila, Raja, Nani, Farid dan Syahanz...
Akhirnya setelah berbulan gigil, awal November dengan trip berjalan oversea pertama untuk tahun 2016 ke Busan dan Seoul, Korea!yeay!bersama Sue tapi kat sana siap reunion dengan Liana, Radin, Hanem dan Azra...
Pertengahan November aku join larin 10km untuk Putrajaya Night Marathon dengan Syahnaz...perghhh hilang dah fitness, penat gilaaaaaaa...nasib baik dapat abeskan juga dalam masa kurang 2 jam!huhuhu
Hujung November, percutian ke Sungai Lembing dan Kuantan bersama geng kesekian (Ab, Dzuli, Mrs dan Azra)...
Aktiviti hiking diteruskan bersama Zu, Syahnaz, Adila, Raja, Nor, Ab, Paksu dan Nadiah di Bukit Gasing, Petaling Jaya...
Awal Disember, sempena perkahwinan Yati di Ipoh, aku bersama Zu, Irma dan Asie telah bercuti ke sana...jumpa Sue di Ipoh...
Pertengahan Disember, sekeluarga bercuti di Melaka sempena menghantar rombongan merisik Adik aku...
Dan penutup acara larian pada tahun ini dengan larian 3km Run and Save the Cats di Putrajaya bersama Irma, Asie, Adila, Raja, Wani, Syahnaz, Bampish, Paksu, Ab, Dzuli, Azra, Ean dan Agus pada 24 Disember...ramai gila jumpa member masa ni...terbaek!
Selepas upaca larian, aku bersama Ab, Dzuli dan Ean meneruskan perjalanan kesekian ke Sungai Besar...perjalanan takde koje namanya...tah pape tah itinerary nya...hahaha
selepas 24 Disember tu, takde dah aktiviti luar sangat...banyak cuti pun, aku spend masa dengan family jer...beli jiwa mak aku sikit sebab walaupun tahun ni takde trip oversea sangat, tapi aku banyak spend masa dengan aktiviti dalam negara dengan kawan-kawan...jadinya masa cuti krismas dan new year, aku jadi anak solehah...bawa family berjalan sekitar KL ni jer la...hari-hari pun berjalan...hehehehe so overall, walaupun tak banyak trip oversea, tapi tahun 2016 ni aktiviti aku penuhhh!macam-macam new things aku buat...semoga tahun 2017 membawa lebih banyak perkara baik-baik untuk kita semua...ok korang selamat tahun baru 2017!

2 comments: