satu lagi aktiviti hiking tahun lepas dijalankan di Bukit Saga, Ampang!yeahhh...saje gatal badan nak berpeluh kononnya...#acahacahfit sangat kannn...hahaha dalam takde cukup geng tu, redah jer bertiga dengan Nor dan Zu!awal pagi gerak daripada Putrajaya, terus pasang Waze menuju ke Bukit Saga...kul 8.30 pagi, sampai jer dah banyakkk kereta kat tepi jalan, means that dah ramai yang memulakan pendakian Bukit Saga nih...so lepas parking kereta, kitorang pun semangat menuju ke kaki Bukit Saga...gituuhhh...
masuk je kawasan nak mulakan pendakian, boleh terus melalui kawasan batu-batan dengan jentera berat tu, or ke kanan...lepas tanya beberapa orang, kami decided ikut arah kanan yang dinamakan Trail B...sama je both trails pun, kami naik kut sini, turun nanti kut sana...gitu laaa...
perjalanan yang mula dengan landai, perlahan-lahan mula mendaki...mula-mula tu ok lagi jer mendaki, tak berapa curam...makin lama, makin curam weh nak mendaki tu...pongkeh rasanya!hahaha...maybe juga sebab fitness level dah makin merundum menyebabkan cepat benar nak pancit...masa ni cepat-cepat kontrol pernafasan semula...huhuhu
sebelum datang Bukit Saga ni, aku macam memandangkan rendah gak la sebab baca 410 meter je ketinggian diaaa...Bukit Broga pun lepas, takkan laaa Bukit Saga tak lepas kan...ternyata andaian aku salah!hahahaha...sebabnya mendaki Bukit Saga ni memang terus mendaki jer, takde tempat landai sangat!tu yang mengah tu...hahahah...banyak kawasan mendaki curam-curam plak tu, lagi la pongkeh makcik nih...hahahaa memang kejap-kejap berhenti la kitorang kan...hahahaha Nor yang pernah naik Gunung Kinabalu cakap, kat sana macam ni la...keep on mendaki je, tak jumpa landai-landai ni...so dia cakap kalo nak daki Gunung Kinabalu, better training kat sini...
setelah sejam mendaki, kami sampai di kawasan ada tempat duduk dan tengok ramai berhenti bergambar di situ...apa lagi, memang tak lepaskan peluanglaaa bergambar bersama....hahahaha...acah-acah tak penat masa ni, sedangkan dalam hati, duk pikir apa laaaa keje aku weken duk hiking...tido pun bagus!hahahaha
setel lepak dan bergambar, perjalanan mendaki diteruskan...memang penat jugak lah Bukit Saga ni weh...hahaha nyesal cakap besar dan memandang rendah kepada bukit ini...nasib baiklah ada tali untuk dipegang bila dah penat sangat tu...leh guna tangan nak tarik badan ke atas...hehehe
dalam 10 minit jer mendaki, kami pun sampai di puncak Bukit Saga!wahhh meriah atas nih!sebelum pape kita rehat kejap ambil nafas...hahahaha berjaya juga sampai ke Puncak!lepas tu layan kejap bergambar dengan bendera Malaysia...
lepas tu baru la kami jalan pusing-pusing usha kawasan...kat atas ni banyak facilities exercise yang dibina...siap ada hammock bagai...memang tempat relaks lah...seronok je lepak kat atas nih...pokok pun tinggi-tinggi, so takde la panas sangat...
ada kawasan khemah dengan kerusi meja juga kat atas tu, so kitorang sambung lepak situ untuk makan sarapan pagi...hahaha hikingnya tak seberapa, makan jer lebihhh....hahahaha siap dengan nasi goreng, roti, cokelat...hahahaha over kau!
dari atas Puncak Bukit Saga ni, leh sambung lagi untuk ke air terjun...dalam sejam perjalanan lagi...tapi aku dengan Zu dah lemau...so terus ajak turun balik jer!hahahaha ye la, pikir nanti nak jalan lagi sejam...pastu balik lagi 2 jammm...ahhh baik balik tido!hahahaha...so dalam jam 10.15 pagi kami memulakan perjalanan turun....perjalanan turun ni kami santai-santai jer la...malas nak terkejar sangat...
tapi dalam santai tu ada juga la drama nyaaa...Zu siap tersadung masa ni...hampir terseliuh, nasib baik laaa ok leh jalan lagi...aku plak siap panas lutut sebab banyak sangat macam menuruni tangga tinggi...sakit okeh lutut aku yang dah tak berapa sihat nih...hahahaha...banyak sangat drama, means that banyak la kali stop dan berehat kan...menyebabkan perjalanan turun mengambil masa lagi lama daripada naik!hahahaha
sejam lebih baru sampai kat bawah, nampak laaa aliran air sikit...malu nak sebut air terjun...hahahaha so kitorang lepak, basuh apa yang patut laaa kat sini...sambil melepaskan lelah dan nafas legaaa dah sampai bawah...hehehe
then sambung jalan dalam kebun pisang hingga laaa sampai kat kawasan batu-batan dengan jentera berat tadi...sempat la berposing di bawah terik mentari masa nih....gigih sangat kannn membakar kulit masa ni...langit cerah, memang panas sangatlah...
dan akhirnya kami selamat sampai kat tempat parking kereta balik pada jam 11.30 pagi...so dalam 3 jam juga la diambil untuk naik dah turun Bukit Saga ni...ni pace lemah tau, pace beginner!hahahaha sambil banyak rehat, siap makan nasi goreng kat atas nun...untuk yang fit mayb leh buat less that 2 hours rasanyaaa...takpela, kitorang slow and steady, janji nak berpeluh jer...hehehe...
lepas dah penat membakar lemak, kitorang pun buatlaaa sesi carboloading di Restoran Sweetree, Ampang...layan makanan korea yang sedapppp sangat...seronok la budak berdua tu melayan makanan korea...rindu korea katanyaaaa...hehehehe....
No comments:
Post a Comment