Tuesday, January 24, 2017

Kopi & XOXO, Bandar Baru Bangi

Kafe Kopi & XOXO ni milik Nora Danish dan sebelum ni famous kat Bangsar...tapi masa bulan puasa tu dia baru je mulakan operasi di Bandar Baru Bangi pula...haaa apa lagi, harus lah nak cuba Gorpis atau goreng pisang hipster yang digembar gemburkan tu...kafe ini terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi...di belakang pejabat Andalusia, di belakang Hospital An-Nur tuu...hehehe...
menu yang aku snap ni adalah menu masa bulan puasa aritu yer...tapi basically menu dia sama jer laaa dengan hari biasa...hehehe ada appetiser, pasta, burger, sandwich, nasi goreng, bubur Betty dan paling famous adalah Gorpis!harus coba yaaa...hehehe
aku pergi kafe ni beberapa kali juga laaa...pertama kali pergi dengan Dzuli dan Radin...lepas berbuka puasa, kami plan berjumpa di sini...saje nak ngopi dan mencoba Gorpis...demi melayan ngopi, kitorang order laa Hot Americano (RM9), Hot Caramel Latte (RM11) dan Ice Kopi XOXO (RM7.90)...tapi kami semua sepakat menyatakan, kopi kat kafe ni tak kick langsung!huhuhu cair jer aku rasa...
dan untuk Gorpis pula kita leh pilih nak flavour apa...ada flavour original, chocolate, white chocolate, strawberry, pandan dan Ferrero...setiap satu set berharga RM8 sahaja...tapi kalo nak cuba rasa semuaaa flavour tu, kita leh pilih yang mix flavour iaitu El Plato (RM13)...kitorang pilih yang ini...dannnn rasa diaaaa, memang sedap!kitorang siap nak tambah order lagi masa ni, sekali gas abes kauuu...gas yang nak goreng pisang ni abes dan takde backup!huhuhu sedih!terpaksa berpuas hati makan kongsi-kongsi jer laaaa....sobsss....
dan lepas tu ada juga aku datang dengan Dzuli dan Azra...kali ni makan berat sikit...kitorang order Chilli Garlic Fries (RM7.90) yang sedap juga laaaa...pastu cuba juga Bubur Betty (RM14.90) yang famous tu...sedap juga sebab banyak side dishes kann...dan Hot Chicken Wing (RM10.90) dia sedappp aku suka!ayam dia rasa freshhh...nyum nyummm...
dan ofcourse laaaa tak lengkap kunjungan ke Kafe Kopi & XOXO ni kalo tak order Gorpis kannn...again kitorang layan El Plato (RM13) jer senang semua flavour ada...tak payah nak berebut kan....hehehe tetappp sedap!nyum nyum!so korang kalo rasa nak layan Gorpis dan makanan lain tu, boleh la terjah ke kafe ni yer...mayb sekarang dah makin banyak menu dah....dah 6 bulan lebih beroperasi la katankan...hahahaha matiklaaa lepas setengah tahun baru nak update blog...kuikuikui....

4 comments:

  1. wau..sehari 3 entry
    #pencapaiandiutamakan

    tapi aku rasa chicken wing tu kita oder masa ngan radin..šŸ˜¬

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ko dah kenapa kakak pengawas!hahahaha pffftttt...

      Delete
  2. wallaaaa...x perasan pulak resto nie ada kt blkg annur tuuu...harus terjah....nk try gak gorpis n bubur betty tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe adaaa...apa lagi, pergi lah terjah!hehehe

      Delete