Tuesday, January 28, 2014

Visit Malaysia Year 2014 : The Capital City of Malaysia ~ Kuala Lumpur @ Kolumpo > Part 1

yeah kembali dengan misi menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014!lepas percutian ke Melaka hari tu, kepala otak aku ligat berfikir mana lagi boleh pergi....dengan kos yang tak berapa mahal dan tak perlu ambil cuti....dalam duk pikir tu, tetiba tertengok info pasal bas KL Hop On Hop Off (HOHO) di internet...macam menarik!terus usha route dia dan beritahu asie dan irma...jom naik KL HOHO!hahahaha over sangat kan...nak jadi tourist di KL!ye la, aku pikir selama ni aku selalu je pergi KL, tapi tak pernah hargai tempat-tempat sejarah negara di sekeliling aku....terutamanya di KL...bak kata bos aku, sometimes we take for granted all those things around us...ecewah...so dalam keghairahan keterujaan nak menjadi tourist di KL ni, tetiba sue cakap nak datang KL masa cuti thaipusam...terussss aku ajak dia join trip ni...tapi sebabkan last minute punya plan, asie dan irma nak balik kampung pula...makanya tinggal aku dan sue je la dalam misi menjelajah KL ini....pikir punya pikir, panas la pulak nak naik bas HOHO tu...lagi nak tunggu bas banyak kali kan, walaupun kekerapan dia tinggi je....so last sekali aku decided naik kereta je lah!lagi fleksibel kan...tapi tetap aku print map bas HOHO tu sebagai panduan...dan search info sikit tentang mana tempat boleh diterjah lagi dalam KL tu...
makanya, pada awal pagi cuti Thaipusam hari tu, aku dan sue berjumpa di parking Masjid Negara pada jam 9 pagi...dah jumpa tu, apa lagi, terus naik kereta aku dan menuju ke Jalan Cenderasari, dekat je dengan Masjid Negara....sebab apa kami ke sini?haaa sebab nak cari Nasi Lemak Tangling yang famous di kalangan warga KL tu....kiranya antara nasi lemak yang authentic la sejak 1948 katanya!so sampai je ramai dah orang...kami terus beratur untuk beli makanan...ambil nasi lemak dengan ayam masak merah...specialnya di sini, selain sambal, diorang ada letak juga sambal atau kuah warna hitam...aku tak pasti apa..tu la kot kelainan dia...harga makanan dan minuman aku adalah RM8.50..then kami terus cari tempat duduk...menyelit je la mana-mana sebab meja penuh!ok, rasa nasi lemak ini biasa je pada aku, aku pernah makan yang lagi sedap pada ni..tapi aku rasa sebab turun-temurun orang KL ni makan kat sini kot kan, tu dia menajadi sentiasa dekat di hati mereka dan famous...
dah kenyang, hati pun senang...so terus kami patah semula ke parking Masjid Negara dan parking betul-betul di hadapan Muzium Kesenian Islam Malaysia!kali pertama dan terakhir aku pergi masa sekolah rasanya...muzium ini dibuka pada jam 10 pagi...so sementara tunggu buka, kami lepak ambil gambar di luar dulu...masa ni ada a few mat saleh pun tengah tunggu juga...ceh terus feeling tourist ko!hahaha
dah habes bergambar dan update status di FB dan instagram, sebab nak bagitau orang kampung, kami jalan KL a.k.a Kolumpo hari ni, kami pun masuk ke muzium...bayaran masuk untuk dewasa adalah RM12 sahaja...muzium ini ada 4 tingkat termasuk lower ground di mana terletaknya pintu masuk utama dan kaunter tiket...
so jom kita explore lower ground floor dulu!kat sini ada galeri khas yang menempatkan hasil tulisan khat dari seluruh dunia!hebat sungguh!kagum aku dengan seni diorang buat khat ni..nak suruh aku, toksah harap la kan...semua yang dipamerkan di sini memang cantik..dan mempesonakan!lama juga aku dan sue kat sini...duk ambil gambar...
kemudian kami keluar dari hall, menuju ke tingkat G...naik lif je...cantik lif dia penuh dengan ukiran khat...masa dalam lif naik sekali dengan couple dari Melbourne!sempat borak, beriya dia puji muzium ni cantik...pastu kebetulan sehari sebelum trip ni, aku ada dengar berita Victoria dilanda musim panas melampau!sampai 46C!diorang pun mengiyakan bila aku tanya tentang tu...seronok je kan bila jalan-jalan, jumpa orang dari negara yang pernah kita pergi...macam-macam boleh borak!that's the art of travelling... =D
buka je pintu lif, tengok atas....wahhh kubah terbalik!cantik!dalam muzium ini ada 5 kubah...tapi 1 sahaja yang terbalik...di tingkat ini ada restoran dan kedai souvenir...tapi masa kami sampai ni, tak buka pun lagi...kat sini juga kita boleh keluar dari bangunan melihat kawasan sekitar...tapi kami tak keluar jauh la...panas....
di tingkat G ini juga terdapat lagi galeri khas yang mempamerkan hasilan khat...lagi sekali kami melayan keindahan tulisan khat kat sini...masa ini ada 1 group pelajar cina...aku tak sure sama ada mereka dari negara cina atau memang orang Malaysia...tapi kagum la aku kan diorang punya trip sampai ke sini...=D
then dah selesai di tingkat G, kami naik lif menuju ke tingkat 1...di tingkat ini terletaknya Galeri Senibina yang menempatkan model-model masjid di seluruh dunia!wahhh sangat cantik!memang macam real la bentuk masjid tu...aku suka sangat kat sini...habes semua masjid tu nak ambil gambar...dan excited bila ada beberapa buah masjid yang aku pernah sampai...moga-moga akan sampai lagi satu hari nanti... =D
di tingkat 1 ini juga terletaknya Galeri Al-Quran dan Manuskrip...terdapat banyak Al-Quran lama yang dipamerkan...ada juga kain kaabah a.k.a kiswah yang penuh dengan ayat suci Al-Quran dipamerkan di sini...dan yang paling menarik tu ada Al-Quran yang kecil sampai kena baca pakai kanta tau!
dan kemudian di tingkat yang sama, kami menuju ke Galeri Dunia Melayu, India dan Cina...yang memaparkan pelbagai barangan artifak Tamadun Islam daripada Asia Tenggara, India dan Cina..masa ni aku dah penat dah...sebab beriya sangat ambil gambar di Galeri Khat, sampai sini dah mula boring...hahaha
then naik satu lagi tingkat, tingkat 2 menempatkan pelbagai jenis galeri yang aku dan sue dah malas nak explore beriya!hahaha dah malas dah...ada Galeri Ceramik, Kerja Logam, Matawang dan Cap Mohor, Senjata dan Perisai, Barang Kemas, Tekstil dan Kerja Kayu...layan je la mana yang sempat snap...nak angkat kamera pun dah malas giler masa ni...hohoho setel di tingkat 2, terus kami mencari jalan keluar dari Muzium Kesenian Islam tu...
terus menuju ke kereta dan drive hingga ke hadapan bangunan TV Al-Hijrah yang terletak di sebelah Masjid Negara...berangan la nak jumpa artis...tapi nan hado...masa ni dah mula banyak kereta sebab nak solat Jumaat...tapi kami layan la kejap ambil gambar masjid...tak pernah ambil pun gambar Masjid Negara ni...ingat nak masuk dalam, tapi pikir dah lambat, nanti orang nak solat Jumaat, so dari luar je la bergambar...
pastu dari Masjid Negara, kami jalan kaki menuju ke Stesyen Keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Ibu Pejabat KTMB!wahhh selama ni lalu sini, tak pernah perasan bangunan ini cantik rupanya....sebab biasanya drive kan, mana la sempat nak menelek pula bangunan di sini...memula kami jalan sampai ke hujung berhampiran Masjetic Hotel...wah ala zaman British tu hotel ini...aku check, rate dia pun mahal gile...tapi kaya mana pun, tak nak aku duk sini...macam seram plak...hahahaha guard dia pakai pakaian British tau...so terasa lamaaa sangat bangunan tu...
pastu apa lagi lintas jalan duk tengah-tengah jalanraya...nasib baik kereta banyak...kalo tak, dah lama aku buat aksi cerita hindustan guling-guling atas jalan raya tu...hahaha macam best pula kan duk tengah-tengah tu..orang mesti pelik, tengok macam orang Malaysia je...tapi sanggup la jalan kaki, panas terik tu bergambar kan...
Stesyen Keretapi Kuala Lumpur adalah bangunan yang berwarna putih...cantik!kat sini juga terletaknya Hotel Heritage...aku seram tengok hotel dia...ada ke orang duduk weh....huhuhu takpela, isu tu kita abaikan..kita nikmati sahaja bangunan indah di tengah kotaraya ini....kat depan bangunan juga aku tengok ada bas nak ke Singapore...
Bangunan Ibu Pejabat KTMB ini lagi laaa cantik pada aku..dah macam bukan kat Malaysia pulak rasanya...over sangatkan nak kata macam building kat europe je weh...tapi logik la kan, ini semua peninggalan orang British..harus la ada persamaan dalam rekabentuk bangunan ini kan...tapi seriously aku jatuh cinta dengan rekabentuk bangunan ini...gigih la kami kejap lintas sana, kejap lintas sini untuk mengambil gambar 2 bangunan yang terletak bertentangan ini...
dah penat berpanasan, kami pun menuju ke kereta semula...masa ni memang dah mula ada polis semua sebab orang makin ramai kat Masjid Negara...cepat-cepat naik kereta dan cabut...dah la sukati main parking tepi jalan kan...tapi sebab ramai parking situ, tu aku berani tu...hehehe so dari situ, kami terus menuju ke Bangunan Parlimen Malaysia...selama ini aku pernah pergi bertugas je di Parlimen, tapi tak pernah nak hayati keindahan bangunan dia...menurut cerita sue, inspirasi bangunan parlimen ini adalah daripada buah nenas!terkesima kejap aku!hahaha macam tak logik!tapi dia cakap member dia yang ajar tourism yang bagitahu...so terus la aku search information kan...rupanya memang betul, inspirasi bangunan utama Parlimen diambil daripada bentuk nenas...hehehe so di Parlimen ini kami ambil gambar dari luar je la...mana boleh masuk kan...banyak pokok bunga raya kat luar ni...hehehe lama tak jumpa pokok bunga ini.... =D
dari Parlimen kami terus menuju ke Tugu Negara pula...seingat aku, aku pernah datang rasanya masa sekolah dulu ke sini...berpuluh tahun yang lalu la gamaknya...hehehe sampai je dapat parking dekat je, memang takde orang la kat sini...masuk sini free sahaja...masuk je, ada satu tiang tinggi, ala-ala Shrine of Remembrance di Melbourne...sempena memperingati pejuang-pejuang negara yang terkorban masa perang dulu...sue cakap ada isu dulu sebab nama yang ada pada tiang ni banyak nama orang putih bukan orang melayu...ntah la sue banyak betul tahu pasal sejarah ni...siap hafal okeh tahun berlaku peperangan dunia!dahysat!
then kami berjalan ke arah Tugu Negara pula yang merupakan arca berkumpulan tertinggi di dunia!Tugu Negara ini juga dikatakan pernah dibom oleh pengganas komunis pada tahun 1975 dulu...saja dengki la tu kan...hohoo tapi pape pun, kita kena hargai jasa pejuang-pejuang negara satu masa dulu...tanpa usaha dan pengorbanan mereka, tak tahu apa yang akan berlaku pada kita masa kini...Al-Fatihah buat pejuang beragama Islam...
dah puas bergambar di Tugu Negara, kami pun menaiki kereta dan singgah kejap di Plaza Tugu Negara untuk pergi toilet dan membeli fridge magnet...hahaha sakan kan tak pernah ada fridge magnet KL ni...terus nak beli...ada pelbagai harga..pilih je yang mana suka....ok, dah selesai semua, perut dah lapar!apa lagi, usha address tempat makan, sebab ingat-ingat lupa...dah pasti lokasi, apa lagi, zassss......
kami terus menuju ke Kedai Ikan Bakar Jalan Bellamy!yeay!nak makan ikan bakar sedap!kami pergi kedai yang nombor 3, Kedai Kak Jat...masa sampai ni orang tengah solat jumaat di surau depan kedai tu, so takde la ramai sangat orang kat kedai...terus pilih ikan keli bakar, ikan pari bakar dan sotong bakar...ambil nasi, dan lauk-pauk...terus lepak dan makan....lama juga kami lepak sini, rehat jap la dah penat berjalan..sambil bergosip sakan...so total makan di sini adalah RM45 untuk 2 orang makan...yang mahal sotong dan keli la...seketul je RM7...tapi sedap...ok la kan...so dah kenyang, surau pun depan mata...solat jumaat pun dah abes...apa lagi, jommm kita menunaikan kewajipan!

10 comments:

  1. aisey... DJ buat dulu lah... hehe.. kami dah plan lama tapi belum lagi berkesempatan nak buat. Sibuk pulak kebelakangan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takpe ada lagi masa...insyaAllah sampai la masa nanti tu...hehehe

      Delete
  2. Kedai sotong bakar ni saya x tahu.,... kat mana exactly tempatnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai Ikan Bakar Jalan Bellamy kat belakang Istana Lama...berdepan dgn surau istana negara...

      Delete
  3. Muzium tulah yang aku dah lama teringin nak gi tapi asyiklah konon xsempat tiap kali turun Kolumpor. Melampau kan perangai.

    Tapi tapi...Tugu Negara & kawasan sekitar tu aku jejak 2012 the latest. Tu pun sebab nak tunggu macik aku habis keja, aku kena jemput dia. So habiskan masa kat situ. Memang fefeeling oversea gak sebab ramai tourist masa tu. Walaupun drizzling, gigihlah aku bergambar sakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best muzium tu..layan perasaan tgk khat cantik2...tp masuk bhgn artifak tu, aku ngantok dah...hahaha

      ko bkn muzium je tak smpat, slero d timur pun tak sempat2...hahahaha!

      wahhh baru lg la ko pergi tu...mmg semua tu dkt2 je kan...senang nak jalan...mmg feeling tourist sgt bila jumpa pun org luar kan...speaking je manjang...kehkehkeh....

      Delete
  4. kita pon ada plan mcm DJ nak naik HOHO tp x kesampaian lagi
    hehehehe

    naik kete lagi syok la plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe naik keta leh pusing2 tempat lain gak...hehehe pastu leh smbung smpai malam!hehehe

      Delete
  5. Teringin nak naik HohO.....bus hop hop macam di hongkong ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la naik nanti MKL....di HK pun ada HOHO ke?not sure plak...hehehe

      Delete