Thursday, January 23, 2014

Family Trip to Bandung ~ Day 4

Sambungan dari: Family Trip to Bandung ~ Day 3

yeah sampai ke hari terakhir percutian bersama keluarga di Bandung, Indonesia...seawal 6.45 pagi kami dah check out dan bergerak ke airport...sampai sahaja di sana pada jam 7.15 pagi...dengan nak kendong beg besar, tiada tempat penyimpanan beg...so kami decided untuk masuk check in dahulu...bila tanya guard yang jaga pintu masuk, dia cakap dah boleh masuk...so scan beg semua...sekali, tengok kaunter flight kami belum buka...terus kami ke arah wrapping beg...tetiba di tegur oleh seorang petugas airport...dia tanya flight pukul berapa...bila aku cakap 10 pagi, dia beritahu kaunter check in belum buka...dan dia offer untuk duduk di Marigold Lounge dengan bayaran Rp75,000 seorang!terus kami bersetuju sahaja...siap wrapping 3 buah beg dengan harga Rp30,000  per bag...kami terus ikut petugas tersebut ke lounge yang berada di pintu masuk menuju boarding hall...

luggage, pasport, tiket dan bayaran airport tax sebanyak Rp75,000 diambil oleh petugas tersebut..memula aku risau juga...sebab dia ambil semua kan...tapi bila tengok dalam lounge tu dah ada family malaysia juga...aku tanya adik tu, diorang pun diambil semua tu juga...aku lega sikit la...so apa lagi, mari kita serang makanan!hehehe dalam lounge ni ada free flow food...ada mi goreng, nasi goreng, segala macam gorengan etc...air juga pelbagai jenis...kuih, kek...semua pun ada...surau, toilet, komputer juga wifi!haaa melanguk je la kami dalam tu kan...makan....tido...main internet...makan lagi...punya la lama rasanya melanguk dalam tu...flight kami siap delay lagi...lambat juga kami dapat semula pasport masing-masing...penerbangan pada 10.30 pagi...dalam jam 9.45 pagi baru diserahkan pasport semua...diorang dah uruskan check in, drop luggage, bayaran airport tax, even cop imigresen sekali!wahhh ini sudah bagus!sebabnya, dari lounge ini nanti, kami terus sahaja keluar menuju ke kapal terbang!memang mudah sangat la kan...terus aku jatuh chenta dengan service ini....
tepat 10.30 pagi, kami menuju ke pesawat AA yang akan membawa kami pulang ke Malaysia...boleh pula masa tengah berjalan tu, tetiba ada Lion Air tengah nak berlepas, betul-betul di landasan sebelah kami...aduhai sakit telinga!bahaya betul!huhuhu pastu terus kami  menuju ke pesawat AA.....masuk sahaja flight, aku duk ngan abah..nasib mamat yang duduk ngan kami tu berpindah ke belakang..lega la sikitkan...boleh letak barang semua kat kerusi tengah...hehehe so dalam flight just melanguk sahaja la...tapi aku ada prebook nasi lemak...senak juga la nak abes kan...dan akhirnya kami selamat tiba di LCCT pada jam 1.30 petang...Alhamdulillah semua luggage sampai dengan selamat...ambil teksi, terus menuju pulang ke rumah....selesai dah perjalanan singkat kami ke Bandung...insyaAllah, looking forward next trip kami ke tempat adik belajar pada bulan 3 nanti.... =D
OK kat sini aku share terus perbelanjaan aku untuk ke Bandung kali ini....total lost pada kali ini bagi per person bagi flight, hotel, makan, transport, entrance fee, massage dan shopping adalah seperti berikut:

Flight + Hotel (Airasia.go package) = RM632.65
Makan = Rp556,000 ~ RM154.50
Transport / Supir = Rp332,500 ~ RM91.80
Entrance fee = Rp353,750 ~ RM97.60
Massage = Rp100,000 ~ RM27.60
Shopping = Rp1,100,000 ~ RM303.60

(kiraan berdasarkan pembahagian per 4 orang)
Rate : Rp1,000,000 = RM276

jumlah keseluruhan yang dihabiskan di Bandung pada kali ini adalah RM1,307,75...overall aku rasa banyak la aku habis untuk trip kali ni...satu sebab pakej Airasia.go tu memang mahal...tapi takleh buat apa la, sebab mak abah aku nakpi kan...pastu yang lain-lain ok je kecuali shopping!walaupun aku tak suka shopping, tapi terlebihhh juga membeli...tak tahan tengok kain comel-comel....nak buat baju raya...eceh....hehehe takpe la, sekali-sekala nak membeli kan...layan....so kalo nak bajet lagi pi Indonesia ni memang boleh sangat la...tak mahal mana pun...haa apa lagi korang, boleh la berjalan ke Bandung pula lepas ni! =D

9 comments:

  1. Seee!! Makan kat Bandung banyak macam mana sekalipun, xkan jejak RM 300.00 nye! Ala shopping sikit2 tu oklah. Bukan selalu pun. Rezeki lebih katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kannn....makan rasa dah macam hapee je kan....tapi tetap murah....kat KL ni sekali makan je leh cecah dah rm50-100 tu...hehuu bestnyaaa....nak pegi lagik!hehehe

      Delete
  2. Sekarang nie memang best nak ke Indonesia sebab mata wang dah turun banyak ( Rp1,000,000 = RM276 )... Bandung tak pernah sampai lagi.. bila la nak sampai huhuuu.. by the way nice header.. terus menambah seri.. :D

    Dan kalau boleh Akak DJ pecahkan perenggan yang panjang kepada beberapa perenggan.. lagi best membaca .. sekadar cadangan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezzaaa memang banyak turunnyaa....syiok sangatlah!hehehe haaa apa lagi, pi usha tiket bandung cepat...hehehe

      wah berseri ke header tu...mekasih....hehehe

      bagus-bagus saya mmg ternanti2 komen membina dalam blog ini..kadang tersyok sendiri je bercerita...lupa orang yang baca mesti boring...hehehe thanks TT...insyaAllah will improve! =D

      Delete
    2. Seronok jer baca blog Kak DJ nie.. :D
      tiada istilah boring di situ .. ok gd luck..

      Itu lah tunggu tiket bandung jadi murah la ni hahahaha.. :D

      Delete
    3. Hehe ok teruskan membaca ye....hehe ala awak nnti snyp2 dh smpi bndung tu...hehe

      Delete
  3. Murah juga budget anda.....boleh terus ke merata indo sekarang..mata wang depa jatuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...saya mmg budget sikit nak berjalan ni...hahahaha

      Delete
  4. Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan / Puan
    Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong baik di Bandung maupun di Jakarta.
    Hubungi kami Bilangan +62 858 6137 8328 ( Whats app bersedia ) atau email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

    Free & Eazy Program Tour (up to you)

    Kereta + Pemandu + Parking + tol + makan pemandu ( semua dalam pakej)

    Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

    Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

    Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

    Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

    KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

    Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

    Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

    Mengenai untuk pengesahan tempahan kereta kita perlu maklumat penerbangan anda / nombor atau nama hotel di mana anda tinggal di Bandung. Kami percaya pelanggan kami. Apabila anda mengatakan bahawa tempahan kereta untuk tarikh tertentu disahkan, maka ia disahkan. Kita tidak memerlukan wang pendahuluan . Sila ingat bahawa Kami akan menjemput anda jika anda mengatakan bahawa tempahan kereta disahkan.
    Jika anda mempunyai sebarang soalan, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui e-mel atau sms panggilan.
    CALL / hubungi / sms / whatsapp / konsultasi percuma : +62 858 6137 8328
    WhatsApp : +62 858 6137 8328
    pin blackberry : 30D1 82F0
    email:
    tonybandung@smartfren.blackberry.com
    or
    tonytransportbandung@gmail.com

    ReplyDelete