hari ni aku nak share salah satu favourite kafe aku di Tamarind Square, Cyberjaya iaitu The Tepen!haa macam biasa la kalo ada majlis makan makan aku akan usha mana tempat tak pernah pi lagi kan...so ada satu masa tu, Kakwi cakap nak belanja team lama yang pernah bekerja bersama sebab dia tak belanja lagi sejak naik pangkat hari tu...so dia minta aku la arrange kan mana nak makan, sape nak jemput...haaa seharusnya lah aku ikut kata tekak dalam pemilihan tempat makan dan kata hati aku bab nak menjemput orang kan...hahaha sib baik seiya sekata dengan Kakwi dalam menjemput orang...orang yang lupa diri semua kita tak ajak lah. Eh. hahaha...kejam kan...nasib lah...ok jom layan interior The Tepen ni...lawaaa aku suka!
ok dah puas menjamu mata tengok interior The Tepan kan?lawa kan?hahaha ok dah ambik tempat duduk, moh ler kita usha menu plak...haa dia memang ada banyak menu yang boleh dipilih...ada nasi, ada pasta ada burger...haa pilih la mana nak makan kan...memang menarik sangat menu menu dia...ada yang macam fusion menu la gabung barat dan timur gituu...hehehe...
dan tak lama lepas order, masuk laa satu persatu menu kami...mulakan dengar air airan yang aku pun dah tak ingat apa...banyak nau yang mengorder kan...hahaha yang aku ingat ada kedondong asam boi, ribena laici, timun margerita...dan aku minum kopi dia je...sedappp...then kami ambil desserts dia, share je laaa...ada sago gula melaka (RM5), ada kek pandan gula melaka (RM16) dan burntcheesecake (RM18)!semua pun sedap and yummy!!cumanya a bit pricey la kek dia ni pada aku...
untuk makanan pulaaa, kami order masing masing punya...aku dan Kakwi layan Nasi Bamboo The Tepen (RM22), leh pilih nak ayam goreng or talapia...nanti dia datangkan dengan sambal, salad, tempe, tauhu dan kuah kari sedap!haaa semua pun sedap...siap ada staff datang tolong keluarkan nasi dari bamboo tu...hahaha seriously menu ni sedappp....ayam fresh, ikan fresh...sambal sedappp, kuah kari tu pun sedap!aku suka...Kakwi pun cakap sedap!
Nasi Ulam Pantang (RM23), Aglio Olio Bunga Kantan (RM18), Softshell Crab Pasta (RM25) dan Spicy Chicken Pesto Selasih Pasta (RM22) dan Burger Celup Kren (RM25)...semua pun aku rasa dan semuaaaa pun sedap!hahaha aku paling suka aglio olio bunga kantan tu...sedap ya aamat makan dengan cendawan goreng dia atas tu...sedap!nasi ulam pantang tu pun sedappp nasi ulam dia...eh semua sedap lah!burger tu unik, nak makan kena celup dalam kari...hahaha sedap!
overall makanan dia sedappppp...semua pun sedap kat aku...environment pun best, dia buka lagu lagu lamaa...memang layan...cumanya ada insiden staff dia tertumpah air kat baju Asie, habis lenjun tapi tindakan dia macam slow je, macam aku rasa takde datang beriya minta maaf pun...takde nak bagi pape ambik hati ke...so tang tu kureng sikit laaa...huhuhu tapi pape pun, perut semua orang happy!TQ Kakwi...nanti kita makan sama sama lagi...
dan tak lama lepas tu, Kakwi message aku suh tengok profile photo Whatsapp Pn Sham, ex big boss kami yang dah bersara...sekali dia letak gambar berdua ngan aku daaa...alamak rindu la tu...hahaha so aku suh la Kakwi plan ajak dia lunch...so kami having quick lunch sekali diskus next project kami...hehehehe so aku ajak jumpa kat The Tepen lagi laaa sebab last time Irma takleh join, so dia teringin makan sini gak sebab aku duk puji...hehehe so datang kali ni ada menu baru!The Tepen Duo katanya, nasi berlauk dalam tepen a.k.a mangkuk tingkat berharga RM40 je, untuk share berdua!
so basically untuk kali ni ada yang repeat menu sama, ada yang cuba The Tepen Duo tu, sedapppp lauk gulai telur itik dan daging kicap dia...then aku cuba Nasi Lemak Tok Minah (RM22) pun sedap...hahaha eh sedap la semua...pastu ambil biscoff cheesecake dia sedap ya amat!then Kakmyza repeat layan Aglio Olio Bunga Kantan yang sedap...
again semua puas hati dengan makanan dia...Puan Sham duk puji ikan talapia dia sedap dan fresh!terbaiklah!hehehehe...sambil tu bincang next project sambil kena sekolahkan oleh Pn Sham...hahaha sama jeee macam zaman kerja, manjang kena sekolah!hahahaha!ok la kita jumpa lagi nanti Puan Sham dalam next project kita...InsyaAllahhh...hehe....
No comments:
Post a Comment