ada sekali tu aku teringin nak makan makanan Korea sebab frust tak dapat ke Seoul masa awal Julai tu...so masa tu plak tengah viral kat Twitter pasal Go Gung kat Empire Subang ni kononnya sedap tapi nak tutup dah so kena pi cepat...so selaku orang yang mudah terpengaruh, haruslah aku bergegas ke sana kan...hahaha kali ni aku nak dinner dengan Khayze!pembaca blog ni...sebab kebetulan dalam masa yang sama aku upload pasal kafe aku pergi di Subang, dia komen cakap lain kali datang Subang roger dia...hahaha TQ Khayze teman aku makan kat sini...ok jommm masuk Go Gung!terus rasa macam sampai kat Seoul...ecewah!
masuk tu terus tengok menu...mak aihhh menggodaaa...terus kecur air liur tau...banyak gilaaaa pilihan makanan korea weh!aku excited sampai tak tau mana nak cuba...nasib baik sebelum datang dah baca review so orang suruh cuba daging grilled dia laaa kan...haa ada banyak pilihan BBQ set dia...tapi sebab kami berdua je, rasa macam tak berbaloi...so aku minta suggestion dari waitress dia, so dia cadangkan kami ambil Special Jumulleok (RM48/100gram) iaitu marinated rib eye beef...haa untuk menu ni kena ambil minimum 200 gram...so layan je la kan...then kami order Teobokki (RM38) dan Bulgogi (RM39)...haa masa tunggu makanan tu, saje sembang dengan Manager dia tanya pasal kenapa nak tutup...pastu leh dia gelak dan cakap ni mesti baca kat Twitter kan?ceh hampeh!rupanya taktik nak bagi orang datang!hahaha cess tipah tertipuuu...hahaha camni punya marketing strategy pun ada kan...hahahaha!
sambil tunggu makanan sampai sambil bersembang pasal travel dengan Khayze...first time jumpa kan...hahaha then tak lama tu air dan segala macam banchan pun sampai....haish excited dahhh...duk rasa sana sikit sini sikit, sedappp...nyummeh!then sampai laaa Bulgogi kami yang besar ya amat portionnya!dah la kami berdua je kan, order plak beberapa jenis makanan yang semuanya portion besar...hahaha bulgogi dia sedappp...manis manis sikit...telan air liur aku masa menulis ni weh...hahaha,....kami order nasi satu untuk makan bersama bulgogi ni...
then tak lama tu daging BBQ kami pun sampai laaa...besar gila portion dia kan...datang bersama bawang holland...pastu waitress situ akan tolong masakkan...memula dia masakkan bawang tu, then baru dia letak daging atas pemanggang tu....MasyaAllah bau dia masa ni memang menyelerakan!hahaha sedap ya amat weh!hahaha masa sibuk tengok daging dimasak tu, teokbokki pun sampai, aku lupa nak snap gambar teokbokki sorang sorang, nasib ada flatlay termasuk teokbokki...pun besar gilaaa portion dia weh!hahahaha...tapi excited gila nak makan sebab semua nampak dan bau menyelerakan!
sebelum mula makan, minta waitress ambilkan gambar kami...lepas tu apa lagi, mulakan lah sesi membaham...ya ampun sedap ya amat wehhhh semua sedappp!bulgogi sedap, teokbokki sedap, grilled beef tu lagi laaaa sedap...lembut sangat, marinate dia pun wallaaaa...hoih menaip ni sambil rasa nak pergi lagi lah!hahaha...sedap serious sedap!aku nak suruh korang semua sila laaa pergi sini!hahaha harga dia agak mahal tapi portion dia besar la pada aku...so memang berbaloi baloi!pohon pergi kalo korang peminat korean food ok!hahaha DJ approved!gituuu...hahahaha...
haaa total harga kami berdua makan sampai kekenyangan gilaaa tahap gaban adalah RM202...tak sangka portion dia besar gilaaa...hahaha harga dia agak pricey la, tapi sedappp...daging plak kan, mahal sikit laaa....hehehe tapi serious aku cakap, memang berbaloi sebab sedap!so apa lagi guysss, sila la terjahhhh Go Gung @ Empire Subang ni...konpem tak menyesal...lagi ramai pi lagi best kot sebab leh cuba lagi banyak makanan dia...hehehe...
wahh..banyaknya menu dia...dah nak tutup? tak sempat nk pi..huhu..
ReplyDeleteMarketing strategy je tuuu š¤£
DeletePerghh..jarang nak jumpa tempat BBQ Korean mcm ni. Kalo DJ dah approve..kena cuba gak ni. Nampak menyelerakan sungguh!!
ReplyDeleteYezzaaa wajib terjah!
DeleteAhahaha... terliur pulak bila teringat gogung!!
ReplyDeleteKita yang nak pergi cyber ni entah bila laa nak pergi.
:D
Meh la dtg cyber. Byk kafe xterjah lg nih hehe
Delete