Wednesday, November 27, 2019

36th Birthday Trip: Day 4.2 - Green Tour - Goreme View & Kaymakli Underground City, Cappadocia


kami mulakan Green Tour kami pada jam 9.30 pagi...kami naik van yang besar dan selesa laa...ok la untuk aku yang lutut dah tak berapa sihat ni kan, takde la rasa terkepit sangat dalam van tu...hehehe...dan tour guide kami tu aku dah lupa nama, tapi comel gak la...hahaha...
tempat pertama kami singgah memang tak jauh sangat dari Goreme ni...dalam 10 minit perjalanan je...kami stop di kawasan tanah tinggi yang nampak Goreme View...takde apa sangat pun sini, sejuk beranginnnn...dan view pun sama lebih kurang kami naik bukit pagi tadi...cuma ni lagi tinggi la kan...ada la gerai jual souvenir gak tapi nampak usang je pada aku, so aku tak masuk pun...just ambil gambar kat luar je laa...layan la bergambar seround kat sini...
so masa kat sini la aku baru tau cerita yang Cappadocia ni dulu adalah sebuah tasik yang dikelilingi beberapa gunung berapi...so then satu hari gunung meletus, dan tindakbalas dengan bahan kimia antara air tasik dan lava gunung berapi la menyebabkan bentuk muka bumi Cappadocia ni unik...pastu ditambah plak dengan hakisan angin, terjadi la macam-macam bentuk...katanya tekstur batuan kat sini tak keras macam batu biasa, sebab tu orang leh tebuk buat rumah...
masa dah nak gerak balik nampak amoi bawah ni ambil gambar atas batu ni, aku teringin tapi takut tergelincir sebab lutut aku tak berapa best masa ni...pastu kan Sue pun tak bagi aku turun kat batu tu sebab licin...terus aku rasa sedih dan merajuk!hahaha adoi faktor usia ke ni...laju nau majuknyaaa...hahaha nasib laa majuk takde sape nak pujuk!hahaha!
sekejap kat Goreme View tu then kami naik semula van menuju ke salah satu underground city yang ada di Cappadocia ni...perjalanan nak ke underground city cuma ambil masa dalam 20 minit saje dari Goreme View tadi...tak sempat panas bontot pun dalam van tu...so sampai tu macam biasa la lalu kawasan jual souvenir kan, tapi mampu jeling je la dulu sebab semua jemaah terus dibawa masuk ke entrance untuk ke underground city ni...
kalo tak silap aku ada beberapa underground city dibuka kepada public di Cappadocia ni...so yang kami pi ni namanya Kaymakli Underground City...macam biasa la, undergorund city ni dibina zaman dolu kala untuk diorang menyorok dari musuh...kalo ikut sejarah di sini, ada zaman tu orang muslim yang nyorok, lepas tu sambung plak ada era orang Kristian yang nyorok...kiranya ikut siapa la yang berkuasa masa tu kan...
aku macam takde la ambil banyak gambar dalam ni...duk nervous tengok laluan dan lubang kecik kena lalu dalam tu je...dah la meraban aku dengan pakai jubahnya masa ni...masa guide tu cerita ada masa aku dengar, ada masa aku sibuk ukur lubang nak lalu tu muat ke tak...hahaha ada jemaah kitorang tu siap bawa baby weh...selambaaa je baby tu...dah biasa travel kata bapaknya...omputih kan, sempoi je la...kalo mak aku, mau menjerit dengar bawa cucu dia masuk gua camni...hahaha tapi sejuk laaa dalam ni, tapi bila lama tu, sesak nafas gak la...

guide tu beriya la tunjuk ni tempat makan binatang la, tempat diorang buat wine laaa...dapur la, mesin giling la...tapi ada sorang tanya, toilet mana...haa terkesima mamat guide takleh jawap...hahahaha...tapi aku rasa undergorund city ni ok lagi la dari Cu Chi Tunnel kat Vietnam tu, lagi kecik siap kena merangkak jalan...ni atleast ada gak tempat leh berdiri...katanya tempat yang kami jalan ni pun just berapa percent je dari keseluruhan underground city ni yang dibuka pada public...selebihnya aku tak sure, berhantu ke apa...sebab memang takde orang duduk dahhh...
aku rasa dekat sejam gak kami spend masa kat dalam undergorund city tu...sebabkan gelap dan sesak kan takdan nak bergambar sakan dalam tu...hahaha so masa keluar dari underground city tu, sempat beli souvenir untuk anak buah aku...murah gak la kat sini sebab lepas tu aku banding harga barang tu kat tempat lain, sini paling murah...pastu sempat singgah toilet kena bayar TL1.5 seorang...dannn masa nak gerak ke van, eh nampak pintu ni lawaaaa je macam kalo nak posing...so kita posing la seround sempena dah sampai kat Kaymakli Underground City ni haaa...haaa layannn!

2 comments: