woot woot!Airasia buat promo Free Seat lagi tuuu...sape dah beli tiket?tahniah laaa sape yang dah dapat tiket untuk tahun depan tu yer!aku kurang nafsu sikit nak tengok tiket tahun depan sebab travelmates aku dah malas nak travel dah...masing-masing dah ada kekangan sendiri...makanya membuatkan aku tak berapa excited dengan promo kali ni...lagi pun macam dah boring jer tengok same route...bila Airasia nak buka new route yang lebih menggoda ni?hehehe!tapi pape pun caption Airasia untuk promo kali ni memang terbaekkk!hahahaha!i loike!
daripada Muzium Sungai Lembing, kami ikut signage di hadapannya untuk terus menuju ke Terowong Sungai Lembing atau turut dikenali sebagai Sungai Lembing Underground Tin Mines pula...ni antara sebab aku datang ke Sungai Lembing ni, sebab nak naik keretapi masuk lombong!hehehe!haaa kena naik kereta tau dari muzium tu...gigih sangat laaa kalo jalan kaki kan...
sampai jer di Sungai Lembing Underground Tin Mines, terus kami beli tiket masuk berharga RM15.90 seorang...harga dah termasuk GST...macam agak mahal la juga kan, tapi demi nak merasa sendiri naik keretapi dalam lombong bijih timah ni, kami gagahi juaa...
lombong bijih timah di Sungai Lembing ni dikatakan antara terpanjang di dunia iaitu sepanjang 322 km, dengan kedalaman antara 610 hingga 700 meter!tapi yang dibuka kini untuk lawatan sejak tahun 2013 hanyalah kurang dari 1 km sahaja...lepas dah beli tiket kami terus menuju ke khemah yang menempatkan keretapi yang digerakkan menggunakan kuasa bateri ni...antik gila kot keretapi dia...teruja kitorang tengok!gigih bersempitan dalam 1 coach duduk bertiga...
kami memasuki lombong bijih timah dengan melalui Terowong Tei Pei Tong...masuk jer dalam terowong ni, terus rasa angin dingin menerpa...macam aircond...syok gila...tak macam terowong or gua lain aku pernah masuk, yang ni tak rasa sesak nafas...tapi yang tak syioknya bila boleh naik keretapi ni sejauh 60 meter sajaaa...tak puas hoih!
selepas 60 meter, kami kena turun dan sambung jalan kaki...keretapi berpatah semula untuk ambil orang lain...sejuk dan dingin dalam gua ni memang menyelesakan...keadaan sedikit gelap dan terdapat beberapa info yang diletakkan di dinding terowong...rupanya pintu masuk terowong yang kami lalu ni merupakan salah satu jalan keluar dari lombong bijih timah untuk ke loji pengisar...
dalam terowong ni nanti kita boleh pergi 2 arah...yang pertama sekali kami menuju ke arah Lubang Juta...jalan terusss je dari masuk tadi tu...perjalanan dalam 600 m juga ke dalam terowong ni, nasib baik sejuk...nanti akan lalu kawasan-kawasan yang ada lubang, yang merupakan lubang pengudaraan dan antara sebab kenapa rasa sejuk dan dingin dalam terowong ni...dan kemudian akhirnya kami sampai di penghujung terowong yang merupakan Lubang Sejuta di mana dikatakan tempat ni pernah menjadi kawasan pembijihan haram selepas lombong ini ditutup secara rasmi pada tahun 1986...dikatakan berjuta ringgit diperolehi melalui pembijihan secara haram ni, dan selepas terdapat tragedi kematian kerana proses pembijihan tidak terkawal, akhirnya pihak kerajaan dapat membanteras aktiviti haram tersebut...namun beberapa pembijih yang dah kaya raya tu tak dapat dikesan sehingga kini...hohoho ada tayangan video yang disediakan di sini jugaaa....
dari Lubang Sejuta kami berpatah balik semula dan masuk ke simpang untuk menuju ke Myah yang merupakan terowong terdalam dalam lombong tersebut...masa ni baru aku terpikir, ohhh rupanya bijih timah juga dilombong dalam tanah macam ni, ingatkan guna kapal korek jer...lembab kan baru nak tersedar...sedangkan duk tengok dari muzium lagi...hehehe...perjalanan ke Myah ni agak jauh lebih kurang ke Lubang Sejuta tapi sebabkan ianya panas, aku sedikit rengsa di situ...tapi nasib baik la sepanjang perjalanan agak meriah dengan permainan dan pameran...layan kan aja...
hampir sampai di penghujung jalan, kami kena mendaki tangga...nampaknya ada macam kereta kabel di situ tapi tak berfungsi pula...tangga di situ tak berapa sekata, jadinya kena hati-hati bila menaiki tangga yang curam ni...
sampai atas tu baru tau kami dah sampai ke kawasan Myah...di mana terdapat lif yang akan menuju ke 700 meter ke bawah tanah!itulah kedalaman paling dalam di kawasan perlombongan ini satu ketika dulu...masa ni aku dah nervous dah, buatnya lif tak gerak masa turun tu nanti macam mana?macam-macam gak aku pikir...huhuhu kat kawasan ni juga terdapat beberapa info dan pameran yang diletakkan...adik yang jaga kat kawasan ni adalah sangat comel dan peramah...kakak-kakak suka sangat...hehehe...
dalam duk pikir, sampai turn kami masuk dalam lif ni...masuk je, mak aihhhh macam dalam oven hoih!panas gila sampai menitik-nitik peluh...dan paling takleh blah, rupanya ianya lif simulasi jer!hahahahaha!hoih semangat aku nak naik lif turun ke lombong paling dalam tauuu...hahahaha...takpela, kita fefeeling jer la macam orang zaman dulu duduk dalam tu beramai-ramai turun ke dalam tanah...gegar-gegar lif simulasi tuh...hehehe...
lepas beberapa minit dalam lif tu, kami pun keluar...cepat-cepat dah rasa nak keluar sebab dah kepanasan giler...jalan perlu patah balik ke pintu masuk...penat dah masa ni...gigih jer la berjalan...masa menuruni tangga tu hati-hati la yer...perjalanan keluar tu memang tak tengok kiri kanan dah...nak cepat sampai luar je rasanya...
sampai je luar, fuhhh rasa legaaa...hilang sesak nafas aku dapat hirup udara nyaman...kat sini ada jalan keretapi untuk keretapi mini yang macam jongkang jongket tu....hehehe manual je tau untuk digunakan mengangkut bijih timah dari dalam lombong ke luar....
masa kami keluar ni semua staff di situ dah minta semua orang untuk segera bergerak keluar dari kawasan ni...rupanya dah hampir waktu solat Jumaat...terowong ni ditutup pada waktu solat jumaat...ada beberapa orang juga la aku tengok yang baru sampai, tapi terpaksa la tunggu lepas orang abes solat...lama gila kot nak tunggu...huhuhu dan kami ambil kesempatan bergambar di sekitar sementara tunggu semua orang nak keluar tu...
selepas berpuas hati akhirnya dapat menjejak Sungai Lembing Underground Tin Mines ni, kami menuju ke satu lagi tarikan di Sungai Lembing iaitu Jambatan Gantung Kolong Pahat yang terletak tak jauh dari terowong ni...tapi kena tanya orang tempatan juga la arah nak ke jambatan ni...masa kami sampai ni memang ramai orang...semuanya menuju ke perkampungan Cina yang terletak di seberang jambatan ni...memang pening la kepala duk atas jambatan ni sebab bergoyang je...tengok semua orang balik dari kampung tu bawak beg plastik besar-besar...tapi mostly orang Cina la...katanya ada orang jual biskut kelapa dan mi yang famous di sana...tapi kami takde la pergi intai...cukup la bergambar di jambatan ni saja...
overall menarik juga Sungai Lembing ni, cuma lokasinya yang agak jauh dari Kuantan tu yang kalo takde keinginan di hati, payah juga la nak menyinggah ke sini...hehehe oh ya selain aktiviti yang aku pi ni, ada banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat di sana...pernah dengar pasal hotel dalam paip yang canggih tu?namanya Time Capsule Retreat, antara tarikan baru di Sungai Lembing...selain tu kalo bermalam di Sungai Lembing, bangun awal pagi boleh trekking ke Panorama Hill dan nikmati keindahan Rainbow Waterfall...menarikkan?haaa apa lagi korang, pergi la terjah!hehehe!
dan selepas tu, ada la kami usha pekan Sungai Lembing nak cari tempat minum, tapi sebabkan pekan ni ramai Cina, macam payah pula nak jumpa kedai Melayu...jadinya kami decided untuk cari makan terus di Kuantan saja...terus bergerak menuju ke Kuantan...
sampai di Kuantan jam 2 petang...dah tengahari ni, perut pun dah berkeroncong...terus kami mencari kedai makan yang agak popular di Kuantan iaitu Akob Patin House...dah datang Pahang kan, haruslah makan makanan orang sini...memula ikut bacaan di internet, ianya terletak di benteng, tepi Sungai Pahang...rupanya salah...sekali tanya orang situ, ada pula yang baik hati bawa kami terus ke kedai ni yang terletak di Jalan Abd Rahman 1, berdepan dengan Hotel De'Spring...
sampai je apa lagi, terus ambil makanan...wajib makan ikan patin tempoyak kalo dah ke sini...hehehe selama ni aku tak makan patin, tapi sejak pekena patin tempoyak di Dapur Koi, memang gila aku makan patin ni...sedap dan pedas berapi patin tempoyak kat sini...tapi pedas macam mana pun, tetapppp hirup kuah...nikmat!hehehe masa makan ni kami sempat berjumpa dengan Nuurul, dak opis aku gak dengan suaminya yang sedang dalam perjalanan menuju ke Cherating...lepak makan sama-sama...
lepas perut dah kenyang, kami pun bergerak untuk meninggalkan negeri Pahang dan menuju ke negeri seterusnya dalam roadtrip to pantai timur iaitu Terengganu!tapi sebelum tu sempat singgah di tempat belajar aku zaman dolu kala nih...saja laaaa lama tak jenguk kawasan...rindu plak...
dan yang paling penting, depan kolej ni, di Taman Gelora terdapat gerai yang jual karipap besar yang sedappp!aku teringin nak makan, nasib baik ada lagi wei...berapa tahun dah karipap ni ada kat sini...tapi aku tak ingat la orang yang sama ke tak dengan dolu kala tu...tapi karipap besar dengan harga RM2 ni memang sedappp!ayam pun terasa dalamnya tuh...ahhh memang mengembalikan nostalgia sungguh!kalo tak kenyang lagi, mau je aku pi makan nasi ayam dan rojak ayam kat Medan Selera Taman Gelora tu...makanan ruji kot masa belajar kat sini dulu...hehuuuuu....
dan sambil layan karipap besar, sambil aku memandu mengikut jalan pantai...sempat singgah usha Teluk Cempedak kejap, tapi sebab parking penuh, terusss kami menuju ke negeri Terengganu Darul Iman...yeay!ikang dan sotong celup tepung, mung tunggu kami datang!hahahaha!
aku pun ade memory kat IKIP & Taman Gelora tu .. kisah 20 tahun lepas huhuh
ReplyDeleteHamboi ko pun.pnh blja situ...hehe sama rupanyaaa kita...hehe
DeleteHilang komen?
ReplyDeleteSenyum2 aku baca entry sg lembing. ok la 1 hari dah terisi...2hari lagi kene usha blog lain...jjcm ke kuantan ke kan...
sama la DJ...2016 tak de rembat mana2 tiket pon...sbb geng jalan skang tgh struggle kumpul duit nak bina masa depan...n diri sendiri pon nafsu nk travel dah mati wawawawa
Hehehe bestnya jjcm kt kuantan!nyummm...tu la, terus rasa mls nk usha tiket.nk crik mmber lain takut xsebulu or xsama minat destinasinyaaa...
Deleteyeke ko takde beli pape tiket? ahaks boleh percaya ke ni? aku pn nak slow down dah sebab banyak kekangan masa depan kekdahnya. huhuhuhu
ReplyDeleteBtol beb mmg xde...hoho sadis kannn...hehe amboi ape kekangan ko tu.bak mai cite sket.hehe
DeleteDJ;
ReplyDeleteDulu ambik course apa?
My wife orang Benta, so kalau balik kampung, ayah dan mak mertua pasti akan cari ikan Patin Sungai and masak tempoyak pahang (Saya orang Perak, so masak tempoyak kita orang lain!)
Even kat sini, my wife selalu masak Patin Tempoyak gak (Ada jual ikan Patin and durian kat sini) Nyum nyum nyuuuummm
Hehhehehehee
kat kuantan tu buat matriks je enghaz...under kpm...numpang kolej swasta sbb tak cukup kolej masa tu lagi...
Deletehamboihhh kat kanada ada patin tempoyak jugak?kerlassssss!nyummmms!