Sunday, September 27, 2015

3 DJ (Dara Jelita) Roadtrip to Pantai Timur ~ Terengganu, Part 2 : MOE Cafe, Masjid Abidin, Mural Kampung Cina, Masjid Kristal & Ikang Celup Tepung di Airport

lepas layan kepok lekor di BTB, kami pun masuk ke bandar Kuala Terengganu...destinasi pertama adalah ke Matt Ori Exclusive Cafe (MOE Cafe) yang terletak berhampiran dengan bulatan batu bersurat di dalam bandar tu...dalam kenyang-kenyang kan, tetapppp nak JJCM gak!tempat ni aku dapat tahu dari Kak Diana blogger famous amous tu...dia dengan laki dia sokmo promote makan cafe ni...hehehe masa sampai ni, nampak kedai Aidijuma sebelah tu panjang gilaaa orang beratur...haish gigih!
masuk je cafe, kami terus ke bahagian atas...lega sikit sebab ada aircond...panasnya lahai kat luar tuh...nampak menu, terus order root beer float...dan-dan buat lupa paras gula yang meninggi dalam darah tu kannn....hehehe nyummehhh...eh ada ke root beer float yang tak nyummeh?lagi masa panas-panas nih...terbaek!
lepak sini kami makan light-light jer...order roti bakar, kueh teow kungfu yang sedapppp...dan paling aku nak makan adalah burger dia!tapi sayangnya burger ayam yang dikatakan sedap level zinger burger dan chicken mcdeluxe tu dah abes pula ayamnya...pasrah la aku order burger daging...tapi tetap sedappp...harganya aku tak ingat la pula...takde catat pula masa ni...tapi takde la mahal mana pun...masa nak balik tu aku lalu kat kaunter, nampak ada ayam goreng baru masak, terus tapau seketul sebab baunya yang semerbak...sekali masuk kereta makan, nyesal beli satu jer...sedapppp!
dari MOE Cafe kami carik masjid untuk solat dulu...Masjid Abidin di tengah bandar menjadi pilihan...senang cerita...masa ni panasnyaaa lah rasa...terik betul matahari masa ni...dah la toilet dia jauh dari tempat solat, kena lalu bawah panas terik matahari....huhuhu....
habis solat kami pun pusing-pusing dalam bandar dengan niat nak singgah Pasar Payang...tapi sebabkan jalan jem dan parking pun susah, kami batalkan jer la hasrat murni tu...main masuk jer jalan nak elak jem kononnya, kami sampai di Kampung Cina atau Chinatown!haaaa nampak plak parking kat tepi jalan, terus park kereta!kat sini sekarang tengah famous dengan lorong-lorong yang penuhhhh dengan mural...apa lagi jom kita terjah!gigih tengah panas nak pi masuk semua lorong yang ada di situ....nasib baik bila tengah-tengah bangunan dan lorong tu, redup sikit...legaaa...hehehe ok layan jer la gambar yer!
masa jalan-jalan di Kampung Cina ni, kami terserempak dengan gadis-gadis nyonya yang ayu berkebaya duk promote Kampung Cina tu...haaa tak lepas peluang la bergambar bersama mereka kan...pastu nampak pula signage I Love KT dari jauh...pun gigih bergambar tengah panas tu...terbakor hoih!
setel pusing di Kampung Cina, kami patah semula ke kereta dan bergerak menuju ke Masjid Kristal pula...niat hati nak masuk Taman Tamadun Islam terpaksa dibatalkan atas kekangan masa...masa sampai di Masjid Kristal ni matahari masih lagi terik walaupun dah pukul 5 petang...langit biru sangat cantik...seronok ambil gambar, rasa semua punnn cantik!hehehe kali ni kami tak masuk pun dalam masjid, sekadar ambil gambar dari luar jer...tu pun dah rasa penat sangat dah sebabkan terlalu panas!
then kami bergerak semula menuju ke Bukit Tok Beng untuk ambil kereta sue dan terus menuju ke pantai airport...haaa tempat wajib juga ni kalo ke Kuala Terengganu untuk makan ikang celup tepung!yeayyy...tapi jalan nak ke airport ni rupanya jemmmmm giler!punya la lama kami dalam kereta depan pantai tu semata nak sampai ke kedai makan ikan celup tepung...sampai je dah nak dekat maghrib!cepat-cepat parking dan carik tempat nak duduk...selalunya aku makan di Haji Pok Long ni tapi sue taknak pula, dia cakap tak sedap...lagipun ramai giler orang dalam kedai nih...
so aku ngan sue terus ke kedai sebelahnya iaitu UKCT Telatin...tak ramai sangat orang...pilihan makanan pun tak banyak sangat...so terus decided asie dan irma pergi beratur kat Pok Long untuk tapau apa yang dapat kat sana dan bawa makan di sini...tamak hoih...
asie dan irma tapau ikan pari dan sotong dari kedai Pok Long...aku ngan sue pula dah ambil ikan kembung, sotong dan juga udang di kedai UKCT Telatin nih...nasib la tunggu tuh tak lama sangat...bila sampai je semuaaa makanan depan mata, memang happy tak terkata!terasa cita-cita dan impian menjadi realiti...terus tak angkat muka dah...hehehehe i loike ikang celup tepung!nyummmeh...total makan kat dua-dua kedai tu adalah RM60 sahaja...memang berbaloi-baloi....ikan dan seafood sangat freshhhhh!aku nengok gambar ni pun dah rasa lapar wehh!arghhh nak pi Ganung plssss....
puas sangat hati bila dah dapat makan ni...dan seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke negeri ketiga dalam Roadtrip to Pantai Timur ni iaitu Kelantan!yeay!aku naik kereta dengan sue, asie pula dengan irma...perjalanan malam tu ditemani oleh sang bulan yang sangattttt besar dan cantik!setia jer dia temani kitorang malam tu...ecewah...dan akhirnya pada jam 10.30 malam kami selamat sampai di Besut...aku turun kereta sue dan naik kereta irma...kami berpisah dengan sue kat sini, sue balik ke rumah dia manakali kami bertiga meneruskan perjalanan ke Kota Bharu!yeahhhh....

6 comments:

  1. best betul cuaca ko arituh hoiii... langit biruuuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah dalam gambo memang ah cantik...tp kat kulit ni haa, perittttt...hehehehe!

      Delete
  2. Kawe orang ganu pun belum sampai ke Kg Cina yg baru nih

    Cayalaaah DJ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe biasalah nil. Dah tmpt sndiri ni, smngat nk explore xberapa membara...hehehe

      Delete
  3. Bulan senantiasa lah bersama ko ngam Sue kan. Bulan yang cantik lak tu. Peneman gitu. Sibaik xkuar serigala. Eh? Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..peneman rumah xde lg, dpt bulan pun jadi laaaa...kuikuikui

      Delete