korang pernah dengar pasal Shell Out tak?yang start famous lepas Hanis Zalikha post kat IG dia makan kat situ...alaaa kedai yang makan seafood lambak-lambak atas meja tu...hehehe sedang duk orang hangat perkatakan pasal Shell Out, dan aku tak dapat nak pi lagi sebab jauhhh...tetiba plak kecoh di FB mengenai restoran yang menengahkan konsep yang sama macam Shell Out yang terletak di Bandar Baru Bangi jer!haaaaa harusss tanpa pikir panjang, aku ajak family aku terjah kan...nama restoran ini adalah Ocean Hauz yang terletak di Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi (di atas Bangi Steakhouse)...actually restoran ni mula menjadi viral di FB lepas owner dia Acey Ibrahim ni promote di FB pada 19 September lepas...seeeee baru je lagi kan...hehehe...nah aku share beberapa post di FB mengenai Ocean Hauz ni....
nak jadi cerita, aku plan nak ke Ocean Hauz ni pada selasa lepas...lepas lunch hour tu gigih la aku telefon nombor yang diberikan dalam FB kat atas ni...tapi tak berangkat hingga la lepas beberapa kali call baru berjawab...tapi orang tu cakap tak boleh buat reservation, datang jer walk in...masa ni susah hati gak sebab takut penuh nanti, tak dapat nak makan...almaklum kedai tengah panasss kan...hohoho dan kemudian lepas je abes waktu pejabat, dengan pantas aku gerak ke Bandar Baru Bangi...jumpa family aku di sana je terus...sampai dalam 6.30 petang...nasib baik tak ramai lagi orang...
nak jadi cerita, aku plan nak ke Ocean Hauz ni pada selasa lepas...lepas lunch hour tu gigih la aku telefon nombor yang diberikan dalam FB kat atas ni...tapi tak berangkat hingga la lepas beberapa kali call baru berjawab...tapi orang tu cakap tak boleh buat reservation, datang jer walk in...masa ni susah hati gak sebab takut penuh nanti, tak dapat nak makan...almaklum kedai tengah panasss kan...hohoho dan kemudian lepas je abes waktu pejabat, dengan pantas aku gerak ke Bandar Baru Bangi...jumpa family aku di sana je terus...sampai dalam 6.30 petang...nasib baik tak ramai lagi orang...
sampai je staff di situ minta terus ke tempat seafood diletakkan dan buat pilihan...oh aku salah faham konsep rupanya...aku duk baca dalam post tu RM17.90 untuk 500 gram tu, aku ingatkan campuran semua jenis seafood tu, untuk setiap 500 gram tu harga RM17.90...rupanya tidak...harga tu adalah untuk seafood termurah kat Ocean Hauz ni iaitu clam atau nama melayu dia lala...hehehe...ok takpela dah salah faham, teruskan lah usha seafood...masa ni tengok seafood dia macam tak berapa nak fresh sangat jer...lagi King Prawn tu, lembik jer...tapi dah sampai kan, belasah jer laaaa...semua jenis seafood dah siap pack dalam 500 gram...so boleh pilih laaa mana seafood yang berkenan...kecuali King Prawn dan Lobster tu timbang asing...teringin gak nak layan lobster tu, tapi sekali timbang sekor dah RM300++....terus cancel...hehehe
lepas dah pilih seafood, terus ke kaunter untuk buat pilihan jenis masakan dan tambahan apa-apa lagi...untuk semua seafood tu, kita boleh pilih untuk masak garlic pepper atau lemon butter...pastu yang garlic pepper tu leh request la hot or extreme hot gituuu...dalam seafood tu nanti juga kita boleh pilih nak add on sweet corn ke, brokoli ke, sosej ke...lepas dah buat pilihan masakan dan segala tambahan, terus kena buat bayaran...lumayan juga harganya ye...hehehe!
dah bayar, dapat nombor dan kertas alas meja serta apron...terus kami naik ke aras atas untuk pilih meja...rupanya dah ramai juga orang kat atas ni...nasib baik masa pilih seafood tak ramai orang, takde la beratur kan...aku ada baca review orang kena beratur lama masa nak pilih seafood dan order makanan tuh...tak berapa lama tunggu, sampai la dulu air kami...order air tembikai 1 jug (RM25), iced lemon tea (RM3.80) dan air mineral (RM2.50)...aku terkejut juga tengok harga air tembikai tu, tapi pasrah jer laaa...mak dan kak ipar aku cakap manis kat gula jer air tembikai tu...dan kemudian Mushroom Soup dan Garlic Bun (RM5.50) untuk zara pun sampai...ok la soup dia, macam soup Campbell dalam tin tu jer...sedap la kannn....
selepas agak lama juga menanti, akhirnya sampai juga laaa makanan kami...dia orang hantar tu makanan dalam plastik, then staff mereka akan tuangkan makanan tu atas kertas yang kita dah hamparkan atas meja...sebelum tu jangan lupa pakai apron ok!hehehe...setel staff tu hamparkan semua seafood kami, sempat mintak tolong dia ambilkan gambar...
haaa lepas dah ambil gambar apa lagi, ayuh kitaaa...menarikkan nampak seafood tuuu...kami ambil Clam masak garlic pepper extreme hot (RM17.90 per 500 gram) dan tambah 5 slices brokoli yang cinonet jer (RM1 per slice)...abang aku yang suka pedas cakap sedappp...dia letak kunyit, rasa dah ala-ala masal lomak cili api plak...hehehe....selain tu kami ambil juga Bamboo Clam masak garlic pepper (RM21.90 per 500 gram)...yang ni macam kurang kuah sikit dan sebabkan Bamboo Clam atau pepahat ni terlalu besar, macam liat sikit la pada aku...selain tu ambil juga Scallop masak garlic pepper hot (RM29.90 per 500 gram)...rasa dia tak berapa fresh dan agak plain...tapi rasanya memang scallop gituuu kan...hehehe dan last sekali kami ambil King Prawn masak lemon butter (RM67.20 per 420 gram)...aku tambah 4 slices sweet corn (RM1.30 per slice) dalam king prawn ni...selain tu kami ambil juga butter rice (RM3.50 per bowl)...
tunggu makanan agak lama, tapi bila makan tu sekelip mata dah habes!hahaha...tapi interesting la plak kan makan macam ni...kecah-kecah...tapi orang yang tak suka kecah takleh laaa makan kat sini...makan campur-campur ala-ala nasi ambeng plak kannn...tapi ni versi seafood!oh ye, masa makan ni, nasi lambat sampai sebab order kemudian, nasib baik ada adik-adik kecil yang keja kat situ tolong usha kan nasi...agaknya anak-anak owner kot...
overall kedai ni ok laaa...takde la sedap giler...kalo nak carik seafood yang fresh tu, bukan sini laaa...baik pi bagan lalang...tapi kalo nak experience makan kecah-kecah ramai-ramai demi mengeratkan silaturrahim tu ok jer...hehehe banyak yang boleh dibaiki lagi...aku baca kat IG ramai yang emo pasal tak dapat buat reservation tu, siap ada yang orang komen-komen tak puas hati tapi komen mereka di delete...harap-harap pihak pengurusan kedai dapat improve segera laaa...aku paham la kedai tetiba viral, orang datang non stop, tu diorang kalut gak tu kott....takpela, anggap la rezeki kannn...maintain servis bagus-bagus, insyaAllah makin murah laaa rezeki mereka.... =D
Sure tak kenyang kan DJ... banyak cengkerang dari isi... hehe
ReplyDeleteHahaha enmie mmg sgt memahami...hahaha!
DeleteAla kalau pepahat x best, harus selera aku pun ke laut. Gitu.
DeleteHehehe aku nk try shell out plk nnti...klo best leh pi ngn korg...
DeleteThanx for the info
ReplyDeleteShe'll out tu xde sijil halal..... umat islam boleh ke gi mkn situ.... kat sini pasti halal... sbb 100% bumiputra islam....
ReplyDeleteTiada sijil halal tak semestinya tak halal encik unknown...tapi saya tak mahu pertikaikan bab2 sensitif macam ni...
DeleteTerpulang pada penilaian masing-masing...tapi kalo dah rasa ragu2, better jangan pergi...
Hmmm...kalau Sally...mmg stresa...3 jam tunggu makanan...nak cerita pasal freshness tu...lg la kelaut...berbekalkan status islam, status melayu x kemana la kekdahnya
Deletesabo jer laaa...restoran tengah viral ni, tu ramai giler orang...berjam kena tunggu.... =D
Deletesebab ape shell out tu tkder sijil halal.?? sebab dorg ade serve alchohol drinks. tu sbb tkder sijil halal. tpi bab makan is halal. no pork no lard. since dorg serve beers. that's why dorg tk dpt sijil halal. ade paham tk unknown.??
DeleteSabo sabo...
DeleteCik DJ. Maaf jika sy mencelah. Mmg betul xde sijil halal x semestinya x halal. Tp terang2 shell out tu ada serve beer dlm menu dia. Kita tau kan beer tu haram. Memang la org boleh cakap x payahla order beer tu bnyk lagi air lain kan. Tp cuba fikir sejauh mana kita yakin gelas yg digunakan utk serve minuman lain tu x tercemar dgn arak. Patutla sy tgk zaman skrg ni ramai org2 islam seolah2 da x kisah kalau kedai makan tu ada sijil halal ke x. Kedai yg terang2 nampak ada serve arak ada bar selamba je masuk duduk mkn. Dengan alasan ramai org melayu mkn kt situ dan makanan yg dimakan tu bukannya ada daging babi. Cukup pergi shopping mall mcm the curve da boleh nmpk fenomena ni. Makanan yg kita makan akhirnya jadi darah daging. Fikir2 kan lah. Sekian terima kasih.
ReplyDeleteTQ atas pandangan yang diberikan Cik/Puan/Encik Anonymous...saya rasa paling best kita ber'shell out' kat rumah je la lepas ni...dah banyak dah orang share resepi-resepi nak masak seafood kat rumah sekarang ni kan, insyaAllah lebih diyakini kehalalannya...kedai islam/melayu masak pun, if tidak dijaga kebersihan/hygiene pun takleh dapat halal jakim skang ni...sebab, maksud halal tu bukan bebas dari segi ingredient babi/alkohol/taksembelih semata-mata, tapi termasuk juga kesucian/hygiene... =D
Deletei agak yakin anon di atas ni orang/pekerja ocean hauz sendiri hahaha. review kawan i kena delete dekat fb. dekat review2 lain pulak, pihak sana berbalas perang dengan customer sendiri. bila kita komen servis lambat, dia marah balik, suruh datang waktu ofis hour kalau nak cepat. eh, menyuruh kita ikut waktu dia macamkan kita makan free pulak. ada yang komen servis lambat sampaikan rasa nak masuk dapur je, tolong masakkan. pekerja ocean hauz balas, dan dia personal attack orang tu, kononnya customer tu tak akan boleh survive dekat dapor, jadi tak payah bising sangat.
Deletedalam satu review dekat fb ni, pihak sana kantoi menyamar jadi customer. customer yang mana komen buruk, dia akan marah balik sebab dia kata, bila dia datang, servis elok, makanan sedap je. lepas tu dekat review yang lain tiba-tiba dia cakap, "kami akan usaha lebih baik lagi'. pulak dah, tadi kata customer je..
ocean hauz, tak poyoh sombong sangat ye. kami yang mengomen ni, cikai-cikai pun, dah lebur rm300 dekat kedai awak walaupun hati tak berapa nak halalkan harga tu. srvis awak teruk. fokus dekat servis dan rasa makanan, bukannya sibuk baling tahi dekat shell out. awak sibuk benar nak mnuduh shell out dan customernya makan babi dan minum beer, sampai awak lupa servis dan harga awak tu konsepnya bukan berteraskan nilai2 murni islam pun. harga yahudi, tapi servis taraf mamak pun tak sampai. dah, tak payah sibuk komen dan serang orang yang bagi review. fokus dekat bisnes awak, lepas tu baru sembang kencang.
hahahah hamboih marah sangat tuh ngan ocean hauz...berjela komen nya haaa...hehehe sabor je la kan...mmg pernah nampak diorang delete comment kat IG gak...takpela, dia pilih cara gitu, tak jujur...biar je la dia...kita tak payah pergi dah...
DeleteTu la bila ade nk mengomen halal haram gelas bekas alkohol bukan main, walhal xselidik dulu bekas mkn kalau kene alkohol bukannya haram digunakan pun bila da basuh, malah dibilas air pun dikira halal. Tu kene baca sikit bab2 agama org anonymous tu, ckp kemain halal haram. Ops ops.
DeleteHehuuuu pasrah jer la kannn
Deletei like ocean hauz! mengeratkan silaturrahim gittuhhhhh
ReplyDeleteAla2 mkn dlm dulang gitu...
DeleteHebat dik
ReplyDelete;-)
Deletethanks for sharing, sangat clear and detailed! :)
ReplyDeleteno prob! =D
DeletePasal isu halal dan haram mmg sensitif...nk kepastian tanya yang arif...masing2 punya pendirian sendiri..
ReplyDeletehmm macm kita basuh pinggan mangkuk cawan kita kira dah bersih dah tak ada benda dan kita guna semula. .boleh tak kita guna pakai konsep begitu bagi yg serve alkohol dll?? Sbb xde sisa?
Yup isu sensitip tu malas nak komen pjg... =D
DeleteFuhh fuhh..
ReplyDeleteMacam2 baca review ni..
Nak gi ke tak?
Nak try ke tak?
Okey..cuba google tempat lain lak. Hihihi
Hehehe cuba lah..myb dah improve kot sbb dah lama kan...
Deletesifat malas nk explain atau nak mencari ilmu pasal halal tu yg jd muslim zmn skang amek ringan soal makan.huhu jelas2 kalau restaurant owner non muslim ni kalau pn mknn seafood tp serve arak.kompem2 jd syubhah dan sebagai islam yg benar2 ada iman walaupun senipis kulit bwg.wajib la jauhi syubhah.mmg la life is to short to be serious.tp akhirat tu pjg dik non..jom la kd seorang yg byk mencari ilmu..luas sgt psl halal bi.jgn amek ringan n malas nk bincang k..
ReplyDeleteTq atas komen. Bukan malas explain or cari ilmu, tapi dengan keadaan netizen yang unexpected sekarang, better simpan komen dalam hati...kalo rasa ragu2, jangan pergi...š
Delete