Tuesday, September 8, 2015

3 DJ (Dara Jelita) Roadtrip to Pantai Timur ~ Pahang, Part 1: Sun Inns Rest House, Eda Yasin Nasi Minyak Warisan Tg Api dan Muzium Sungai Lembing

haish lama aku tak cerita pasal travel dalam blog ni...malas giler rasanya nak recall cerita lama ni...almaklum lembab sangat menaip skang ni, cerita roadtrip aku ke pantai timur ni adalah pada cuti hari buruh yang lepas!haaa kau...dah 4 bulan lebih kot...huhuhu...ok jom layan...

lepas kerja hari khamis, 30 April, kami terus gerak menuju ke Gombak untuk singgah di rumah irma...perjalanan yang sepatutnya dalam sejam je menjadi ke 2 jam!jem giler hoih kat jalan Tun Razak petang tu...sakit hati rasanya bila nak cepat tapi kereta tak bergerak!tambah bengang bila perut tengah lapar...huhuhu dan dalam pukul 7.30 petang barula kami sampai di rumah irma...refresh dan solat di rumah irma, kemudian kami dijamu dengan makanan yang sangat sedap oleh emak irma...nyum nyum makan bertambah-tambah dengan keli berlado yang rangup tuhhh...terima kasih makcik!
dalam 8.30 malam kami pun bergerak meninggalkan gombak...nervous bila tengok kereta banyak, nasib la dalam kawasan gombak je...bila nak masuk highway je, jalan dah smooth...kali ni irma yang drive sebab aku dah pengsan sakit kepala kat belakang kereta...almaklum, masa ni awal-awal latih diri tak minum manis dah...dapat layan setin air nescafe kat petronas bentong baru hilang sakit kepala!hahaha dan kemudian sepanjang perjalanan aku sambung membuta...hehehe dan dalam jam 12 tengah malam kami selamat sampai di Bandar Kuantan, Pahang!yeay destinasi pertama dalam roadtrip to pantai timur ni...terus kami menuju ke Sun Inns Rest House yang terletak di Lorong Bukit Ubi, betul-betul sebelum masuk bandar Kuantan...
kehadiran kami disambut oleh adik sado di kaunter...hehehe dan urusan penginapan kali ni aku serahkan pada irma jer...dia yang booking semua melalui telefon...kali ni tak gunakan Agoda pun...cuma aku minta dia carik penginapan yang murahhhh je...hehehe dan untuk penginapan malam pertama ni, untuk bilik triple cuma RM85 sahaja...dengan deposit RM15 yang akan dipulangkan semasa check out...murah kan?
rest house ni sebenarnya terletak di deretan rumah teres 2 tingkat...masuk je dalam bilik, wahhh bersih dan kemas...ok sangat la kan...nampak baru la rest house ni...ada towel, tv dan meja solek...selesa sangatlah pada aku ni...cumanya bilik air kami ni rosak pula lampunya...tapi sebabkan tak koser dah nak pi call budak kat reception tu, pasrah je laaa mandi dalam gelap...nasib baik cahaya dari lampu jalan menerangi bilik air...hehehe!selesai semua, terusss kami semua tido nyenyak!
esok pagi kami check out pada jam 8.15 pagi...semangat nak pergi carik makan nih...sebelum datang hari tu ada bertanyakan abang long kawasan Kuantan, Radin Fadli, mana tempat breakfast best kat Kuantan ni...dia suggest untuk ke Eda Yasin Nasi Minyak Warisan Tg Api...terus set GPS dan gerak!sebenarnya area Tg Api ni aku sedikit familiar juga laaa sebab dolu-dolu pernah belajar area sini...hehehe sampai je depan kedai ni, tuuu diaaa orang beratur!kedai ni dibuka setiap hari kecuali Isnin pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari...
walaupun beratur panjang, nasib baik laaa laju juga...masa beratur dah usha-usha makanan...semua pun rasa nak makan hoih!hahaha...tapi dah kata kedai nasi minyak kan...harus lah coba nasi minyak diaaa...tapi selain tu memang ada banyak makanan pantai timur yang lain seperti nasi kerabu dan pulut...nyum nyum...
walaupun servis di kaunter makanan laju, yang tak tahannya nak dapatkan tempat duduk...penuh!nasib baik la duk pusing-pusing tu, ada orang bangun...kalo tak dah plan nak makan dalam kereta je...hehehe haa meh layan menu kami...aku ambil nasi minyak ayam dengan tambahan ayam goreng....sedapppppnya ayam goreng tu...nasi minyak pun sedappp!irma order nasi dagang...salah konsep btolkan makan nasi dagang kat Kuantan....hehehe tapi layan je laaa....asie plak makan laksam...
lepas perut dah kenyang, kami meneruskan perjalanan menuju ke Sungai Lembing yang terletak hampir 1 jam perjalanan dari bandar Kuantan...Sungai Lembing ni dulu kalanya merupakan sebuah pekan terkaya pengeluar bijih timah di Pahang...kehadiran kami disambut oleh pintu gerbang dan pekan kecil yang sangat oldskool!ada pula laaa sebuah stesyen minyak lama yang masih dikekalkan kat tengah bandar tu...
kemudian kami menuju ke Muzium Sungai Lembing yang terletak di atas bukit...gituu...perjalanan ilmiah namanya ni...hehehe  Muzium Sungai Lembing ni ditubuhkan untuk memperingati sejarah kegemilangan pekan Sungai Lembing ni sebagai satu bandar terkaya dek pengeluaran bijih timah utama di Pahang satu ketika dulu...Sungai Lembing yang turut dikenali sebagai El-Dorado Timur di Tanah Melayu ini akhirnya lenyap pada awal tahun 1980an kerana kejatuhan mendadak harga bijih timah...
muzium ini dibuka pada setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang...dan hanya ditutup pada Cuti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji...bayaran turut dikenakan untuk masuk ke muzium ni...bagi dewasa dengan MyKad perlu membayar RM2 sahaja...
di bangunan yang sama dengan kaunter tiket ini juga terletak Museo Shoppe & Cafe yang menjual pelbagai jenis cenderamata berkaitan muzium dan juga Sungai Lembing...sempat la juga kami sambar sorang satu fridge magnet kat sini...harganya boleh tahan mahal...RM10 untuk sekeping fridge magnet...pasrah...tandas juga disediakan di sini...
kemudian mari kita beramai-ramai berpongkeh mendaki bukit untuk menuju ke Muzium Sungai Lembing!hehehe sangap gak daki bukit ni tau...uniknya muzium ni sebab ianya ditempatkan di sebuah bangunan bekas kediaman Pegawai Inggeris lombong suatu ketika dahulu...jadinya seni bina ala British tu masih dikekalkan...
Muzium ini menempatkan pelbagai media dan teknik pameran menunjukkan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak berkaitan pelombongan bijih timah suatu masa dulu...jangan tak tau, lombong bijih timah di Sungai Lembing ni merupakan satu-satunya lombong bawah tanah yang terdalam dan terpanjang di dunia!terdapat juga tayang video yang ditayangkan di sini...
haaa kalo nak tau gambaran macam mana dalamnya lombong ni dulu boleh tengok gambar kat bawah ni...makin bawah lombong tu, makin singkat masa aktiviti pelombongan boleh dijalankan...ini kerana faktor panas dan kurang oksigen kat bawah tuu...selain tu, mereka juga ada cara dan isyarat sendiri untuk berkomunikasi masa dalam lombong tu...ye la, dulu mana ada walkie talkie kannn nak cakap dengan orang dalam jarak jauh...gunakan kaedah bunyikan loceng tu yang dapat beri maksud komunikasi yang berbedaaa...
masa nak keluar dari muzium, baru perasan di belah belakang tu ada replika terowong bawah tanah...macam real je tau diorang buat nih...seram pun hadooo rasanya duk sini...hehehe haish la memang tak dapat bayang la diorang kerja kat sini satu masa dulu...

12 comments:

  1. Satu hari nanti nak kena ke Sungai Lembing juga ni... nampak menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe boleh la en mie...nanti saya share lag yang menarik kat sana walaupun saya tak sempat nak terjah semuaaa...hehehe!

      Delete
  2. bila tang ada MyKad dia tulis melayu. yang tiada MyKad kan main omputih. rasisssss. hahahahaha ok now i miss pantai timur already Y___Y

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha memang racist sangat!hahahaha!eleh ngada baru balikkkkk!

      Delete
  3. menarik ni.....gambar-gambar di muzium tu boleh tunjuk kat budak2 sekolah. Budak2 ni tak pernah tengok kapal korek ....bijih timah lagi la...padahal kat Kamunting ni dulu kawasan bijih timah terbesar malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak memang menarik la...lagi menarik nanti akak tengok dalam next post saya masuk dalam terowong lombong...hehehe!

      Delete
  4. DJ....love you muahahaha

    Insyaallah next month nak ke kuantan (kalau ada slot)..walaupun entry ni x habis lg aku harap ko dpt siapkan sebelum aku g...aku dpt penginapan free nak kene pakai ni...so rezeki nya bila ada org share pasal kuantan

    entry ko pasal trip mana2 x pernah mengecewakan ok...padat-sendat-berinformasi-tepat hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe ala trip kali ni kejap je pi kuantan...sehari je lepas tu meneruskan perjalanan ke negeri seterusnya pulaaa...hehehe!tak banyak sangat info laaa...hehehe!tapi boleh la ko coba masukkan Sg Lembing ni dalam itinerary ko...

      Delete
  5. Aku suka masuk muzium. Pastu imagine macamana life dulu kala. Ilmiah sangat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...ko kna pergi nanti ni wei...hehehe!

      Delete
  6. DJ;

    Menarik sangat pasal Sungai Lembing !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gak enghaz...balik malaya nanti sila la terjah yer!

      Delete