Wednesday, February 4, 2015

Summer in Downunder: Day 5.1 - Christchurch, Ashburton & Geraldine

seawal 4.30 pagi dah kena bangun untuk solat subuh...subuh masa summer kat sini masuk kul 3.30 pagi...kul 5.30 pagi dah terang...lepas solat, aku tido balik...dalam kul 7 pagi baru la kitorang bangun dan bersiap-siap....masa tengah iron baju tu, tetiba aku dengar sue tanya dini, ko tido kul berapa semalam?dapat tido tak?pastu diorang gelak-gelak...aku tanya la kenapa...diorang pun buka cerita...semalam aku dah lelap dulu lepas diorang masuk bilik tu...diorang rupanya duk main hp lagi tengah malam tu...aku plak dah hanyut dibuai mimpi sambil berdondang sayang....diorang memang tak tutup pintu bilik la kan malam tu...sekali makin lama sue rasa bunyi aku tido macam makin dekat dengan dia, seolah-olah aku tido sebelah dia!dia cakap ngan dini, dini pun dengar benda yang sama!ahhh sudah!aku berderau dah dengar tu kan...apakah?tapi kami semua malas nak pikir tentang hal tu...baik pikir mungkin sebab kedudukan bilik dan katil yang menghasilkan gemaan berganda bla..bla...blaa....huhuhu

dalam kul 8.30 pagi kami siap untuk check out...lepas pulangkan kunci, kami tunggu Cameron dari Shoestring datang...tepat jer masa dia sampai...terus ramah bersembang!punya laaa laju mamat ni bercakap!hahaha tak terkejar aku dibuatnya!dia terus bawa kami ke pejabat Shoestring yang berhampiran dengan airport...sampai sana, dalam kereta jer dia isi segala form, dia minta lesen kami bertiga...dengan syarikat ni, boleh guna lesen memandu baru Malaysia yang ada dwi bahasa tu...tapi ada aku baca company nak juga suruh buat translation, so better korang tanya betul-betul dengan company yang korang sewa kereta ok...selesai urusan dokumentasi, aku buat bayaran cash pada Cameron...nak bayar pakai kad kredit pun boleh juga...details berapa aku bayar leh usha sini...pastu Cameron ajar nanti masa hantar balik kereta kena parking kat di tempat yang disediakan dan masukkan kunci ke dalam box kecil yang ada kat pagar...dan kemudian dia ajar laa cara nak guna gps dan nak senang better salin siap-siap semua alamat destinasi kita di NZ ni!nombor rumah ker, nama jalan ker...memang sangat mudah nak cari nanti...dan dia tunjuk juga segala info, map, nombor telefon emergency yang ada dalam kereta tu...selesai semua, terus aku take over kereta Nissan Sylphy kami tu untuk mulakan perjalanan kami di bumi NZ!yeahh!memandu di NZ ni sama jer belah kanan macam Malaysia!so takde hal la kan....

pertama sekali, kami setkan gps ke O'dea Place di Burnside!actually tempat ni dekat jer ngan motel yang kami stay semalam...follow arahan gps berserta instruction yang aku print screen simpan dalam hp, akhirnya sampailah kami di hadapan rumah comel Richard!yeay!haaa sape richard ni?dia ni laaa kenalan yang aku nak jumpa di NZ...sebenarnya dia ni dulu konsultan kat opis aku...masa dia datang tahun 2009 dulu, aku la yang banyak jaga dia...dan aku selalu ingat dia pesan kalo datang NZ nanti carik dia!hahaha jadi tanpa segan silu, beberapa minggu sebelum pi NZ, aku email dia...walaupun tau dia buzy nak raya kan, tetap la aku nak inform dia yang aku nak datang NZ nih...actually jadual dia giler punya pack...tapi last-last berjaya juga dia memfreekan diri pada 26hb, hari aku berada di Christchurch ni sebelum bergerak ke bahagian lain South Island ni...jadi dia jemput laaa datang rumah dia untuk minum kopi sebelum aku berlepas meninggalkan Christchurch...makanya sampailaa kami di sini pagi ini...hehehe

sampai depan rumah Richard, tengok sunyi jer macam takde orang...aku dah terpikir dia ni lupa kot kami nak datang ni...terus pergi depan pintu dan tekan loceng...lepas tekan, aku duk korek beg cari barang, sekali Richard buka pintu dengan muka excited gila dan terus dia peluk aku!hahaha tergamam aku sekejap...pastu terus dia kenalkan aku ngan wife dia, Margaret...

masa nak masuk dalam rumah tu kami teragak-agak nak pakai kasut ke...sekali wife dia nampak kot, terus dia cakap takpe pakai je...hehehe then aku bagi laaa hadiah sikit untuk Richard dan wife dia...nasib aku sempat grab fridge magnet dan card holder untuk Richard di KLIA2...dan untuk Margaret aku beli scarf di Bangi...seronok sangat diorang berdua dapat hadiah tu...hehehe pastu apa lagi, sakan laaa kami bersembang...wife dia buatkan hot chocolate guna fluffy milk...sedapnya!sambil minum sambil sakan bersembang...aku duk sembang ngan Richard, sue dan dini ngan Margaret...sekali sekala kami sembang ramai-ramai...macam-macam cerita keluar...aku nak snap gambar dalam rumah dia tapi segan...rumah dia sangat cantik!aku suka...rumah omputih kan, english style laaa...hehehe...rupanya sue ada curi-curi snap gambar aku tengah sakan sembang ngan Richard!suka aku...hehehe pastu masa lori sampah datang, Richard ngan wife dia keluar kejap, baru dan aku snap gambar sikit...
masa ni baru la terasa yang masa itu amatlah mencemburui kami!memang takleh lama la kan lepak rumah Richard...sebabnya kami punya agenda yang panjangggg lagi pada hari ini...sempat la sebelum balik tu ajak Richard dan Margaret bergambar kenang-kenangan...masa nak  keluar dari rumah ni, tak abes-abes Richard duk cakap tak sangka dapat jumpa aku balik lepas 5 tahun!pastu dia asyik say thank you sebab tak segan nak hubungi dia, dan sebab tu laaa dia dapat jumpa aku balik...hahaha 
masa kat luar rumah, sempat lagi kami bergambar lagi...rumah kat NZ ni memang kebanyakannya sebijik-sebijik...memang cantik...almaklum tanah besar, penduduk tak ramai...biri-biri lagi ramai dari manusia...hehehe pastu Richard siap cakap next time datang NZ, tido la rumah dia, ada bilik kosong...hehehe pastu dia duk pesan hati-hati bawa kereta, takut kami tak biasa dengan keadaan memandu di sini dan dia ingatkan lagi supaya patuhi had laju yang ditetapkan...dan sebelum naik kereta, sekali lagi kena peluk ngan Richard dan Margaret!hahaha kali ni sue dan dini pun kena sekali...pasrah jer laaa....tapi memang happy gila aku dapat jumpa Richard ni...entah bilaaa laaa dapat jumpa dia lagi kann...huhuhu dan pada jam 9.45 pagi, kami bergerak meninggalkan O'dea Place....
kemudian kami set gps menuju ke arah Pak n Save di Hornby yang terletak di jalan utama keluar daripada Christchurch menuju ke selatan South Island nih....Pak n Save ni merupakan salah satu supermarket yang terkemuka di NZ...kat sini kami shopping barang makanan dengan sakannya...sambil tu usha juga menu dalam itinerary yang dah buat tu...tapi tak ikut sangat pun, tengok availability bahan mentah juga...masa kat sini kami tak jumpaaa pun ayam or daging halal...jadinya terpaksa ambil crabstick sahaja....lain-lain tu kami beli beras, spaghetti, kuah spaghetti, bawang, sayur, telur, garam, minyak, buah, Nutella, roti, serbuk pancake, coklat, keropok, maple syrup, air botol dan lain-lain...jumlah grocery shopping kami yang pertama ini adalah NZD80 dikongsi 3 orang...
setel shopping, kami pun bergerak meninggalkan Christchurch...tak nyempat-nyempat dalam kereta suruh sue sapu roti dengan Nutella...kelaparan wehh...hehehe pastu sempat juga kami singgah isi minyak dalam AUD48 untuk lebih kurang half tank...kat sini harga minyak berbeza mengikut tempat...lagi jauh dari bandar, lagi mahal laa harga minyak...seingat aku dalam bandar harga dia NZD1.91 per liter dan di tempat lain aku pernah nampak NZD1.95, NZD1.99...lebih kurang laaa...aku pun tak ingat sangat...

seterusnya kami menuju ke Ashburton!masa ni dah excited nak tengok keindahan NZ...dalam perjalanan sejauh 90 km ini kami dihidangkan dengan pemandangan kiri kanan dengan ladang luassss yang macam dah kekuningan kering sebab summer...takde apa yang menarik sangat la masa ni...dan paling takleh blah sebab salah setting aircond, rasa membahang giler dalam kereta tu!cuaca kat luar bertambah terik!ini baru summer kan...hohoho...semasa drive di NZ ni, silaaa la patuhi had laju yer...jalan biasa luar bandar biasanya had yang ditetapkan adalah 100km/j...masuk bandar kadang 70km/j, kadang 50km/j...memang setiap keluar dan masuk bandar akan terpampang besar had laju yang ditetapkan...di gps pun ada tulis juga...sila alert dan patuhi had laju okeh!
sampai di Ashburton, kami macam terpinga-pinga mana nak tuju...actually aku dah siap list tempat menarik kat semuaaa city yang kami akan lalu dan select mana nak pi...macam kat Ashburton ni aku plan nak ke Ashburton Aviation Museum dan Trotts Garden...masa kami pusing-pusing dalam pekan Ashburton tak tahu arah, kami decide tak payah pergi muzium, kita pergi garden je...terus set gps untuk ke Trotts Garden!katanya garden ni cantik dan dijadikan tempat majlis perkahwinan, turut dianugerahkan sebagai 'A Garden of National Significance'...tapi mana-mana tah gps bawak kami, macam jauh bebenar pusingnyaa...sampai kat tempat sunyi takde orang pun...last-last kami berhenti tepi jalan ambil gambar!banyak giler kat NZ ni pokok tinggi-tinggi yang trimmed baik punya dan dijadi pagar...
bila dah give up, nak teruskan perjalanan jer, terjumpa pula dengan Trotts Garden ni...masuk sampai ke dalam tengok takde orang pun...sebabkan aku tak study sangat tempat ni, aku pun jadi tak reti nak buat apa kat sini...hahaha tapi memang nampak cantik taman ni...tapi tak berani nak masuk lebih-lebih sebab ternampak signage private place...jadinya kami layan jer laaa mana-mana yang ada...hehehe tu la sape suh tak study awal-awal kan....
selain tu kat Ashburton ni juga ada i-SITE dengan free wifi tau...tapi kami takdan singgah pun...kalo nak tau, kat NZ ni payah nak jumpa free wifi, jadinya sebarang sumber yang diketahui, harus digunakan sebaik mungkin...hehehe oh ye, i-SITE ni adalah information centre yang terletak di kebanyakan cities di NZ ni...banyak informasi, map, accommodation, transport, aktiviti yang boleh kita perolehi di sini...korang leh check sini nak tau kat mana ada i-SITE ni...

kemudian dari Ashburton kami terus bergerak menuju ke arah Geraldine...masa dalam perjalanan tu, masa dah nak dekat sampai Geraldine, kami ternampak signage The Tin Shed, salah satu tarikan di Geraldine ni...terus kami menuju ke arahnya...The Tin Shed ni merupakan sebuah kedai yang menjual barangan original NZ yang diperbuat daripada wool yang asli...masa kami sampai takde orang pun...ye la kedai ni terletak agak jauh dari pekan...tetiba jer dia ada kat sini kan...sampai jer ada 2 orang makcik sambut kami dengan mesra...soalan pertama diorang adalah kami dari mana...pelik agaknya nampak bertudung bagai kan...pastu kitorang pun usha barangan yang dijual...takde yang menarik minat sangat...kami just beli kain lukisan kartun biri-biri yang comel jer dengan harga NZD10, yang mana lepas tu aku dapat tahu harga tu mahal...huhuhu sebelum balik, again makcik tu beriya-iya nasihat bawa kereta elok-elok, takut kami tak biasa drive di negara orang...huhuhu baiknyaaa makcik...
kami teruskan perjalanan menuju ke pekan Geraldine...memang kiri kanan jalan tanah luassss terbentang!dah mula nak kering jer rumput sebab panas kan...masa ni nasib baik laaa dah tersedar dan baiki setting aircond yang salah tu...cuaca kat luar makin panas terik!pasrah jer laaa....nak keluar kereta ambil gambar pun masing-masing jadi malas...ambil gambar dari dalam kereta jer laaa...jumpa lembu mooo....bak kata sue, dia nak cari lembu hitam putih kat NZ ni sempena mengembalikan zaman kegemilangan kanak-kanak dia tengok iklan susu lembu NZ kat tv...hehehe
tak lama lepas tu kami pun sampai di Geraldine...disebabkan panas sangat, kami plan nak cari Real Fruit Ice Cream!aku pernah baca dalam blog kot pasal menda ni, tapi tak search details apa nama kedainya...yang ada dalam itinerary cuma Berry Barn Bakery dan The Barker's Shop...terus kami menuju ke arah kedua-dua kedai ini yang terletak di Talbot St...panasnya masa turun kereta ni....terik sungguh sampai sakit kulit rasanya...ini la kot yang orang duk cakap kat NZ ni ada certain tempat takde ozon or dah menipis, sebab tu kalo panas matahari tu, perit dia lain macam!huhuhu
sebelah menyebelah je rupanya dua buah kedai ni...masuk dalam Berry Barn Bakery, usha takde apa yang menarik minat kami...aiskrim pun yang biasa punya, yang manufactured...sobsss...terus ke The Barker's Shop pula...rupanya kedai ni duk jual jem, chutney, sos, jus syrup etc...siap ada sos kari melayu tau...hehehe boleh la kalo nak beli buat sourvenir...meanrik juga strawberry jam, blackcurrant, red onion jelly dan lain-lain lagi...ada yang siap pack cantik-cantik lagi as a gift...
berdekatan dengan kedai tu, aku ternampak ada Visitor Centre...gigih la tanya kat mana nak cari Real Fruit Ice Cream...sekali dia tunjuk kedai aiskrim biasa jer kat tepi The Barkers tu...sadis...punah harapan nak makan aiskrim di kala panas terik mentari nih tau...kecewa punya pasal, kami meneruskan perjalanan ke arah Lake Tekapo dengan melalui Fairlie....oh yer, sebagai informasi tambahan, ada Geraldine Vintage Car and Machinery Museum kat sini...tapi tak sempat la nak pergi...perjalanan kami masih lagi jauh....lagipun cuaca panas menyebabkan kami malas nak turun dari kereta dah...

18 comments:

  1. Mencabarkan travel dengan jangka masa yang pendek ni. Semuanya terkejar-kejar. Kalau x, rugi la. Anyway, cantik betul view dekat sana. I'll go there one fine day. InsyaAllah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu pojiegraphy...masa pendek, tapi semua tempat punnn nak pergi kan...hehehe yup sila pergi...memang takkan nyesal punya lah!hehehe

      Delete
  2. dari geraldine ke lake tekapo byk lombu-lombu bersidai... perghhh.. rasa nak kidnap satu bole jual buat trip ngulang ke NZ.. ahhahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul anil...dan satu lg aku rasa pemandangan dari geraldine ke tekapo ke queenstown laaaa yg plg cantik kan kat NZ ni...hehehe amboi jauh sgt nak kidnap lembu kt nz tuuu...hahahaha

      Delete
  3. real fruit ice cream yg sy dan kengkawan pernah jumpa di cromwell..
    sumpah NZ memang cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu watie...saya pun ada baca pasal di cromwell tu....siap dgn tugu buah ada kat sana kan...hehehe tapi ada terbaca kat geraldine ada gak...ntah la maybe tersalah baca ke apa tu...hehehe yezzaa setuju....NZ memang cantik!

      Delete
  4. cantik gilaaa.....summer pun still Nampak cantik
    aku tgk dlm youtube, mat salleh ni memang rajin bagi edible gift macam jem, sos dll dekat orang, sebab tu kedai2 mcm tu boley hidup la kalau kat sana. cuba kat Malaysia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg weh...cun giler...summer ni yg syiok adalah langit biruuuu...hehehe ooo yeke...rajin ko nengok youtbe menda gini eh...aku kalo youtube tu nengok movie ke, runningman ke...hahahaha

      Delete
  5. Untung ada kenalan di luar negara....sesak Boleh tumpanng tidur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kebetulan jer kak...tp mmg best melawat kawan luar negara mcm tu....ni yg semngat nak carik kwn org obersi ni...hehehe

      Delete
  6. gambar gambar ni buat aku rasa aku berada ditempat kejadian tauuu. kakjem jeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ok la tu pngembaraan 3d kekdahnya...hehehe

      Delete
  7. Wah..ade fren2 lg.... bagos tu... seronok grocery shopping kt oversea kan... aku suke..tp bile byr monyok...duit mcm air...huahaha....
    Ghost story tu klu bca mlm2 takot tu.... 😨😨
    brp suhu dj? Pns sngt ker? Ade mcm seoul time summer...? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la syiok gk mlawat mmber obersi ni.hehe shopping grocery mmg best...sukar dikawal...hahaha.duit tu kalo xconvert, tenang sikit jiwa..hahaha

      Takde ghost la kot...aku je suka tbwk2 tgk cite Hantu..hehe

      Dlm 30 lbih kot..korea tU pns tp humid, ni kering dn terik..perit rssa kt kulit...huhu

      Delete
  8. Real fruit Aiskrim tu kami makan masa kat Auckland. ada 1 ladang tu dekat je ngn motel kami menginap. Area dia pun dkt ngn Airport Auckland. Dahla besa muraj lak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnyaaa.teringin nak makan tapi takde rezeki...hehuuuu

      Delete