Monday, February 24, 2014

Menjejak Kesan Tsunami di Banda Aceh, Indonesia #Day2 #Part1


hari kedua di Serambi Mekah....Banda Aceh!kami bangun dan bersiap awal pagi...sangat excited nak memulakan perjalanan hari ini...almaklum kami cuma ada hari ini sahaja untuk meneroka semua yang ada di Banda Aceh terutamanya kesan-kesan peninggalan bencana tsunami!sedikit maklumat mengenai bencana tsunami yang telah berlaku pada 26 Disember 2004....dikatakan pada hari tersebut, selepas gegaran 8.9 skala richter, air laut menjadi surut secara tiba-tiba dengan cepat sekali...banyak ikan terdampar di pasir pantai!orang kampung bergembira dengan 'rezeki' tiba-tiba itu...tapi, tiba-tiba air setinggi bangunan 5 tingkat datang bergulung-gulung menuju ke darat...kelajuan dianggar 500-600 km sejam!habis dibahamnya seluruh isi bumi Aceh!hancur musnah segala-galanya...seakan mati Banda Aceh disapu gelombang tsunami!dianggarkan seramai 220,000 orang telah terkorban semasa bencana ini berlaku...
pada jam 7.30 pagi kami pun turun bersarapan...pilihan makanan adalah limited tetapi cukup mengenyangkan...ada nasi goreng dan mihun goreng yang sedap!bila dah kenyang, kami terus menunggu di lobi hotel dengan masing-masing leka melayan hp macam seminggu tak jumpa internet, sambil menanti Pak Edwar sampai...tepat jam 8 pagi, Pak Edwar tiba di perkarangan hotel...
kami terus meninggalkan hotel menuju ke perkampungan nelayan di pinggir Banda Aceh...bila nampak kapal-kapal nelayan di tepi jalan, cikwi nak berhenti ambil gambar...sekali cikwan sound cakap, kat kampung kita banyak laaa kakwi camni, dengan slang utara dia...hahaha lain la aku kan...orang bandar...mana nak jumpa pemandangan gini!hahaha layan je la cikwi nak bergambar...tapi sebenarnya kami ni taknak buang masa benda-benda tak perlu ni, sebab kami ada list tempat yang panjang untuk diterjah pada hari ini...hehe Pak Edwar bagitau kawasan ini antara yang teruk terjejas dek tsunami kerana kedudukannya di pesisir pantai...
destinasi pertama kami pada hari ni adalah ke Desa Lampulo, Kota Alam...di mana terletaknya lokasi kapal nelayan yang tersangkut di atas atap sebuah rumah semasa berlakunya tsunami!kapal ini dikatakan telah bergerak sejauh 1 km dari tempat asalnya semasa gelombang tsunami melanda...dan kapal ini telah menyelamatkan 59 orang penduduk yang entah bagaimana dapat menaiki kapal tersebut dalam arus yang sangat deras tu...SubhanAllah...sehingga kini monumen kapal ini dibiarkan seperti keadaan asalnya selepas tsunami berlaku...sebagai peringatan kepada semua akan terjadinya bencana tsunami, andai kita terlupa akan kebesaran Allah...
selesai di Desa Lampulo, kami menuju pula ke Makam Syiah Kuala yang terletak tidak jauh dari pesisir pantai ini juga....makam ini juga merupakan salah satu tempat yang tidak rosak semasa berlakunya tsunami walaupun perkampungan di sekelilingnya hancur dek gelombang dahsyat itu!Subhanallah...melihat pada lokasi yang berhampiran dengan pantai itu, dah pasti makam ini juga akan hancur...tapi kuasa Allah..dipeliharanya makam ulama terkenal ini...setibanya di makam ni, ada sebuah bangunan besar warna putih yang menempat Makam Syiah Kuala dan rakan serta ahli keluarganya....juga terdapat musolla kecil berwarna kuning di hadapannya...
semasa kami sampai di makam ini, tiba-tiba ditegur oleh pakcik penjaga di situ...rupanya orang perempuan tak boleh pakai seluar ye kalo nak masuk ke makam tersebut...terus dia beri kami kain yang ada di dalam musolla tersebut...mana la kami tahu kan...ingatkan boleh je asal menutup aurat...tapi memang kami realise kebanyakan perempuan di Aceh tak pakai seluar...semuanya pakai kain...huhuhu 
dah pakai kain, kami dibawa masuk ke dalam makam..tak boleh ambil gambar sebenarnya...tapi aku curi-curi la...pakcik tu ada je ikut kami...risau gak kalo dia sound...sekali cikwi, tak baca arahan agaknya...selamba depan pakcik tu dia panggil aku suruh ambil gambar dia!hahaha hadoi la...sebelum keluar, sempat la cikwi beri sumbangan pada pakcik tu sikit...dan juga tempat tu...tempat ni memang dijaga supaya tiada aktiviti syirik dilakukan...takut ada pula yang memuja makam ulama ni kan...huhuhu
keluar je dari makam, kami terus buka kain...sekali ditegur oleh seseorang kat situ...pak supir orang lain rasanya...katanya patutnya kami tanggal kain tu di kereta...bukan di kawasan makam lagi...haduhai mana la kami tahu...pakcik tadi tu pun takde cakap pape...kami ingat masuk dalam makan je kena pakai kain...tapi pak supir tu cakap nanti kalo orang lain tengok, orang ingat boleh pula pakai seluar je masuk makam...hohoho haaa dah kena tegur macam tu, cepat-cepat la kami lari ke arah kereta...nampak Pak Edwar cuci muka dengan air kat tepi luar bangunan makam tu...bila Pak Edwar sampai kat kami, dia tanya kenapa tak cuci muka?dia cakap semua yang datang lawat makam ni akan cuci muka di situ...air tu dikatakan istimewa sebab tak masin walaupun sumbernya air laut...wallahualam...kami tak berani la nak buatkan...ilmu tak tinggi mana...lagipun dah sentap kena sound!huhuhu

selesai di situ, kami meneruskan perjalanan...sepanjang perjalanan melalui pesisir pantai...terlihat batu-batu kecil hitam di tepi jalan...Pak Edwar cakap tu batu-batu yang dibawa tsunami suatu masa dulu...banyak tertinggal di kawasan sekitar pesisir pantai tu...
kemudian kami kembali semula ke tengah-tengah kota Banda Aceh....nak menuju ke Masjid Raya Baiturrahman..masjid besar yang terletak di tengah-tengah Banda Aceh...sangat cantik masjid ni...masa kami sampai, tak ramai orang pun di sekitar masjid ni..mungkin sebab matahari dah mula memancar terik, menitik peluh juga dibuatnya...masjid ni telah menjadi tempat orang ramai menyelamatkan diri semasa tsunami melanda...gelombang tsunami dikatakan seolah-olah menjadi perlahan apabila tiba di kawasan masjid ini...huhuhu bila melihat keadaan sekeliling masjid yang indah ini, tak sangka satu masa dulu, dikelilingnya penuh dengan lumpur hitam pekat!kayu-kayu, mayat-mayat bergelimpangan.....
Masjid Raya Baiturrahman ini telah dibaikpulih semula dengan bantuan kerajaan Arab Saudi selepas kejadian tsunami...kiranya masjid ni macam Masjid Negara laaa di Malaysia...di Banda Aceh ini memang banyak terdapatnya masjid...pergila ceruk mana pun, mesti akan berjumpa masjid!kagum sangat...waktu solat juga, mereka akan meninggalkan kedai untuk pergi bersolat...memang seperti di Al-Haram!sebab itu agaknya ia digelar Serambi Mekah...
lepas tu kami pun meneruskan perjalanan lagi ke Taman Sari Gunongan...haaa yang ini tiada kaitan dengan kejadian tsunami...tapi merupakan tempat yang perlu dilawati kalau ke Banda Aceh ini...sebab ianya unik dan istimewa!Gunongan ini adalah cebisan dari istana pada zaman Sultan Iskandar Muda suatu ketika dulu...zaman kegemilangan kerajaan Aceh sebelum Belanda datang menakluk!masa tu, Sultan Iskandar Muda telah menyerang dan mengalahkan Johor dan Pahang...so untuk menguatkan kerajaan Aceh dan mengeratkan hubungan, dia berkahwin dengan Puteri Pahang...dek kerana kasih sayang, dia bina la taman permainan untuk puteri ni berbentuk ala-ala gunung...bagi hilangkan rindu puteri pada tanah air puteri yang bergunung-ganang tu...maka terhasillah Gunongan ini....wah gitu kisah cinta zaman dolu kala kan....hehehe 
kami layan je la masuk Gunongan ni...free sahaja...kecik je jalan nak masuk Gunongan ni..nasib baik aku muat masuk okeh...so korang, no worries, konpem muat gak...hahaha cuma kena tunduk la sikit sebab rendah...khabarnya masa tu puteri berusia belasan tahun...sebab tu la tempat tu rendah kot...tapi tertanya-tanya gak kami, memang warna putih je ke Gunongan ni masa dolu kala...takde warna warni ke..colourless lah...hehehe ok  la jom layan perasaan menjadi puteri!ecewah!
selepas penat menjadi puteri di bawah terik panas matahari...kami terus menuju ke Masjid Baitul Musyahadah yang terletak di Jalan Teuku Umar...masjid unik ini juga dikenali dengan nama Masjid Teuku Umar atau Masjid Meukeutop kerana kubahnya berbentuk meukeutop yang sering dipakai oleh Teuku Umar...meuketop merupakan kupiah yang menjadi lambang adat di Aceh...manakala Teuku Umar pula adalah seorang hero Aceh dalam perang menentang Belanda satu masa dahulu...dia juga adalah suami kepada Cut Nyak Din yang digelar National Heroin of Indonesia kerana keberanian seorang wanita menentang Belanda!tapi aku tak berkesempatan nak pergi ke Cut Nyak Din House pada kali ini...maybe next time..insyaALlah....
selepas melawat Masjid Meukeutop...kami meneruskan perjalanan menuju ke Muzium Tsunami!yeah!antara tempat utama yang memang aku nak pergi di Banda Aceh ini...nak lihat sendiri kesan-kesan tsunami pada satu masa dahulu.....yezza kita sambung cerita pasal muzium ini dalam next entry ye!daaa........

13 comments:

  1. Masjid Raya Baiturrahman lawa..kubah hitam against white walls..elegant sgt..

    Masjid Baitul Musyahadah pulak unik designnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg cntik masjid raya ni..naik seri!hehehe meukeutop pun sama...

      Delete
  2. Meletop....saya suka..teringin ke sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka...ada hajat tak tercapai di sini...ada rezeki, nak repeat juga...hehehe

      Delete
  3. Sayapun dah pergi ke tempat-tempat ini. Seronok dapat mengetahui sejarah Acheh, budayanya dan mendapat iktibar dari becana Tsunami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kak...mmg menarik Aceh ni...tak rugi pun pergi...lain dr yg lain...hehe

      Delete
  4. Wowww byk tempat betul dj pegi dlm satu hari dan kelakar pulak kes d makam syiah tu so klau mcm jika jm terbeli tiket ke sana haruslah standby baju kurung :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM ada banyakkk lagi tempat ni...hahaha ni baru suku hari je ni tau...hahaha alaa JM, jadi mcm ktorg je...sarung kain kat musolla tu...hehehe

      Delete
  5. Mesti rasa seram sejuk kan ketika berada di sana.. Siapa sangka bot-bot akan berada di atas bumbung rumah.. Teringin ke sana juga.. melihat sendiri kesan Tsunami tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afif, mmg la...berdebar je spjg kat sana...kalo2 berlaku gegaran...sbb beberapa hari b4 kami smpai, mmg ada gegaran kat sana...huhuhu pastu kan duk terbayang2 air hitam pekat tu lepas tgk video dia..huhuhu apa lagi afif, dekat je tu...pi usha tiket cpt!hahaa

      Delete
  6. Untuk orang yang hati rapuh macam aku ni, mesti ala2 drama sebak semacam kalau melawat area yang dilanda tsunami tu.

    Puteri DJ xrindu kampung halaman ke masa kat Gunongan tu? Pasni carilah sultan yang sanggup nak buat ala2 Sultan Iskandar tu. Melepas rindu katanya, sanggup buat semua tu. Ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la psl..sebak weh...huhu

      Haha aku puteri lindungan bulan la...tak main la gunung2 ni...bulan bintang terus jer...hahaha

      Delete
  7. Assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion

    KERETA SEWA BANDA ACHEH & SABANG

    Salam... Kepakaran Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Acheh, Sabang, Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat Shopping, Melancong dan Situs Tsunami Aceh sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang. Utk booking
    call. +6281263979828
    call. +6281263979828
    whatsapp +6281263979828

    ReplyDelete