Showing posts with label VMY2014 : Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label VMY2014 : Pulau Pinang. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Visit Malaysia Year 2014!

Sempena Tahun Melawat Malaysia atau Visit Malaysia Year 2014 ni aku dengan kawan-kawan dengan semangatnya menyahut seruan yang satu ni...hehehe tapi sebabkan tahu pasal VMY2014 dah lambat sikit...masa dah masuk awal tahun 2014, makanya tak banyak la trip negeri jauh dapat dibuat....daripada 16 buah negeri termasuk wilayah persekutuan yang terdapat di Malaysia, kami berjaya menjejak 11 buah daripadanya pada tahun ni...Syukur Alhamdulillah....=D
Negeri yang telah kami jejaki dengan niat VMY2014 adalah Putrajaya (walaupun hari-hari pi kerja tak pernah hargai...tahun ni baru hargai), Selangor, Kuala Lumpur (both tempat ni pun selalu take for granted!), Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Sarawak!hehehe rezeki tahun ni banyak memijak kepada Perak!yeay!banyak kali kot aku ke Perak terutamanya Ipoh...hehe best!dan trip VMY2014 aku tahun ni banyak ditemani oleh Sue, Asie dan Irma...pastu ada juga dengan Dini dan Amoi dan sudah semestinya dengan la familia!terima kasih semua!
Cita-cita nak jejak pantai timur tahun ni tak kesampaian la pulak...takpe laaa...insyaAllah tahun depan nak plan trip ke pantai timur pulaaa....nak makang ikang celup tepung nih!ghindu sangat dah ghasernye nih...hehehe pastu ada plan nak visit Sabah jugaaa...tapi tiket mahal sangatlah...pendam jer laa dulu perasaan tu kan...hehehe so Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Labuan, tunggu yer tahun depan kalo ada rezeki aku melawat korang pula!hehehe!tahun depan moh ler kengkawan semua kita sambut dan sahut seruan Malaysia Year of Festival 2015!yeay!
p/s - dah ada a few orang cakap takleh nak komen kat blog aku...betul ker...sape-sape yang experience perkara yang sama, bagitau aku yer...through email ke, FB ke....nanti aku godek balik ape ke hal nya setting blog aku ni....ok!

Sunday, November 2, 2014

VMY2014 : Pulau Pinang >Day 4.3< : Padang Kota Lama, Pasar Chowrasta & Restoran Kapitan, Georgetown


dari Made in Penang Museum, kami meneruskan perjalanan menuju ke Padang Kota Lama...tujuan kami ke sini haruslah demi menikmati keenakan Mee Sotong Hameed yang popular tuh...gerai ni terletak di food court Padang Kota Lama...sampai jer terus order...dan tak lama tu, sampai laa mee sotong yang dinanti-nantikan....sekali suap, perghhh memang terangkat mee sotong tuh...pedas gak sambal sotong dia...tapi sedap!harga sepinggan adalah RM9.00....nyummeh...
kalo dah makan mee sotong pedas-pedas tu, haaa jangan lupa order sekali coconut milkshake dari gerai di sebelahnya!fuhhh memang syiokk abes dapat makan pedas campurair yang sejukkk...terbaik!hahaha sambil menaip nih terus aku rasa lapar tau...
dah merasa mee sotong yang fofular tu, kami pun berjalan-jalan sekejap di Padang Kota Lama...hajat di hati nak masuk ke Fort Cornwallis, tapi sebabkan orang yang jaga pintu tu kerek siap nak tutup-tutup pintu plak masa kami ambil gambar dari hadapan tu, terus rasa tak koser nak masuk...ambil dari depan saja lah....
kemudian kami pergi pula ke Pasar Chowrasta...tapi tak masuk dalam pasar pun...kami ke kedai-kedai di luar pasar tu...nak pi kedai Jeruk Madu Pak Ali...haaa again, tak penang laaa kalo tak pi beli jeruk kan...hehehe...aku takde la borong sangat sebab makan pun sikit-sikit jer...beli la sebungkus dua buat syarat orang di rumah...oh ya, kat sini ada juga la fridge magnet tapi tak banyak sangat pilihan...
selesai mereka-mereka memborong jeruk kiriman orang di pejabat, kami pun dah tak tahu nak ke mana dah..program mengikut itinerary dah tamat...tinggal nak pi dinner jer lagi nih...tapi sebabkan masih kenyang, maka kami decided untuk mencari baki 3 street art yang tak sempat kami jejaki semalam...jadi, ayuh kita menuju ke Gat Lebuh Chulia yang dah menghala ke Pengkalan Weld...both street art 'Brother and Sister on a Swing' dan 'Children Playing Basketball' terletak di kawasan ini...yeay...dan last sekali untuk street art 'Penang:Past, Present & Future' terletak jauh sikit dari kawasan ni, sebabkan dah gelap kami malas dah nak pergi...cukup laaaa dah dapat pergi ke 16 daripada 18 street art yang ada di Gerogetown nih...yeay!
dan sebelum kembali ke hotel, kami menuju ke Restoran Kapitan yang turut terletak di Lebuh Chulia ini...berhampiran dengan Restoran Kassim Mustafa yang kami pergi di hari kedua di Penang tu....tujuan ke sini haruslah nak merasai nasi beriani claypot dia yang famous tuh!dah lamaaa aku ngidam nak makan ni...akhirnya tercapai juga hasrat...hehehe memang terbaiklahhhh nasi beriani dia tuh...kalo tak sebab dah kenyang, memang aku nak tapau jer lagi satu!hahaha sedap!sedap!sedap!roti nan dan ayam tandoori dia pun sedap sangat!haaa dah kenyang tu apa lagi, kami pun bergerak kembali ke hotel...penat betul hari ni berjalan di Pulau Pinang...esok dah nak balik dah...hehuuuu macam tak puas jer jalan-jalan Pulau Pinang ni kan...macam nak kena datang lagi jer...hehehe 

Saturday, November 1, 2014

VMY2014 : Pulau Pinang >Day 4.2< : Tune Hotel, Rumah P. Ramlee & Made in Penang Interactive Museum, Georgetown


dari Pantai Miami, kami bergerak menuju ke Georgetown untuk check in di Tune Hotel pula...disebabkan kami nak stay lagi 1 malam di Penang, dan dah tak boleh claim...kena la duduk hotel murah...irma dah siap booking Quad room dengan harga RM147...quad room ni patut ada 1 queen dan 2 single bed...tapi kami dapat 2 bilik dengan connecting door...ok la kan...dah kepenatan tu, terus senyap semua dalam bilik tuh...
dalam jam 3.30 petang kami pun keluar menuju ke Jalan P. Ramlee...dah nama pun jalan P. Ramlee kan, haruslah tujuan ke sini untuk melihat Rumah P. Ramlee!masuk ke rumah ini adalah percuma sahaja...tapi sayangnya tak boleh ambil gambar di dalam pula...pasrah je la ambil gambar dari luar...nak curi-curi ambil gambar di dalam, penuh dengan cctv pula...walaupun tak pasti berfungsi ke tidak cctv tuh...hehehe kat dalam tu terdapat maklumat mengenai diri P. Ramlee tu sendiri dan ibu bapanya...ada juga bilik tidur dan dapur yang masih dikekalkan seperti dahulu kala....
lepas dah melawat ke rumah P. Ramlee kami ke Galeri P. Ramlee pula yang terletak di sebelah rumahnya...masuk ke galeri ni juga tidak dibenarkan mengambil gambar...aisehh tak dapat nak mengabadikan kenangan kan...pasrah je la...masuk dalam ni excited jer rasa bila mendengar lagu-lagu P. Ramlee yang tak asing di telinga nih....pelbagai bahan pameran mengenai hasil kerja seni dan barangan peribadi P. Ramlee dipamerkan di sini...baju-baju dia...gambar-gambar wanita yang pernah dikahwininya...poster filem, alat muzik yang pernah dimainkan dan macam-macam lagi...menarik...tak besar mana pun galeri ni...tak sampai 30 minit dah selesai pusing semua...
selesai mengimbau kenangan bersama P. Ramlee kami menuju ke Port Weld demi mencari Made in Penang Interactive Museum!asie yang dapat tahu mengenai muzium ni masa buat itinerary...baru dibuka pada penghujung 2013...muzium ni berkisar tentang penang dan dibuat dalam bentuk 3D...membolehkan pengunjung bergambar dengan gumbiranya di sini...hehehe sampai je di muzium ni, kita akan disambut dengan 'Great Wall of Penang' yang menggambarkan suasana di Pengkalan Weld pada 120 tahun dahulu...dan di hujungnya kita akan bertemu dengan Menteri Besar Pulau Pinang untuk 'duduk minum' bersama beliau...hehehe
dan dari situ kalo nak masuk ke muzium ni, kena la beli tiket...harga bagi pemegang MyCard adalah RM15...tapi kena tunjuk tau MyCard tu...ikut bilangan MyCard yang ada jer, so tak aci nak tumpang-tumpang MyCard member yer!
masuk je dalam tu, kita dapat lihat miniature yang menggambarkan kehidupan rakyat pelbagai kaum kat penang satu masa dulu...orang melayu, cina, india semua dengan aktiviti masing-masing dan hidup harmoni di penang...menarik kat sini melihat details patung yang dibuat tuh...
lepas tu kami masuk pula ke miniature Port Weld...miniature ni menunjukkan aktiviti perdagangan rempah, arang dan pewter yang rancak berlaku pada lebih kurang 100 tahun yang lalu...abang baju merah kat hujung tu aku tak kenal sape...abam yang aku kaco baca paper tu pun tak sure sapa...saje gatal ngaco anak bujang orang...hehehe
dan kemudian kami naik ke atas, menuju ke trick art hall...yeay ni tempat yang aku suka!sebab boleh posing ambil gambar banyak-banyak!hehehe agak banyak juga trick art yang ada di atas ni...memang menarik dan best...agak lama juga masa yang kami spend di atas nih...adik yang bertugas kat situ baik jer ajar kitorang posing kat tempat-tempat yang kitorang pun confuse macam mana nak posing tuh...hehehe ok jom layan gambar je la ye!
dah puas bergambar di trick art gallery, kami pun menuju pula ke interactive theatre untuk menonton filem pendek mengenai Pulau Pinang!tapi masa kami sampai jer, dah penghujung versi english...so kami kena tengok versi bahasa cina, jadinya tengok kejap je, kami dah angkat punggung blah...tak faham daaa...malas nak tunggu 7 minit katanyerr....
turun ke bawah balik, kita akan lalu sikit lagi trick art yang ada...tak lepas peluang la bergambar lagi kan...paling menarik bergambar dengan instagram ni dan jangan lupa #madeinpenang tau kalo upload gambar di instagram tuh..
sampai di luar, jumpa balik adik yang banyak tolong kitorang kat atas tadi tu..laju je aku tanya diaa arah nak pergi ke Padang Kota Lama...nasib adik banyak membantu tau..suka hati kakak...hehehe so nak buat apa ke Padang Kota Lama tuuu...haa tungguuu...