Friday, February 28, 2020

Solo Trip to Myanmar ~ Day 2.2

Sambungan dari: Solo Trip to Myanmar ~ Day 2.1

dan lepas dah puas bergambar, aku pun gerak balik ke hotel...syiok weh masa ni sebab dingin jeee...aku suka lah cuaca Bagan masa aku pergi ni...nice...cumanya bila naik tuk tuk ni, berhabuk la sikit kan, lagi jalan diorang masih ada yang tak bertar...huhuhu tapi sebab tak panas sangat, so ok lagi lah pada aku...hehuuu...masa dalam tuk tuk ni aku ada la deal ngan mamat ni untuk bawa aku jalan petang nanti, dia nak caj 15,000 kyat untuk half day (4 jam) or 30,000 kyat full day (8 jam), tapi sebab aku macam malas nak pikir dah aku setuju je...aku pesan dia nanti lepas aku tido datang ambil aku...
then kami sampai di Hotel Zein, terletak tengah antara Old Bagan dan Nyaung-U...masa sampai ni, aku duk baca semua hotel kat Bagan bagi check in awal, sekali masa aku sampai dia tak bagi check in daaa...dia cakap bilik aku ada orang lagi dan diorang tak check out lagi!ahhh sudahh...aku tanya bila agak agak leh dapat bilik, dia cakap tak tahu, tapi paling lewat pun pukul 3 petang standard time...demmm...jammed kepala aku jap...huhuhu nasib baik tak berlengas sangat sebab sejuk...so aku pun cancel la ngan mamat tadi untuk bawa aku jalan, sebab program aku dah lari ni...baru ingat nak rest dan tido jap pagi tu then baru keluar jalan...huhuhu...
then aku lepak je la kat lobi tu dengan harapan leh check in awal...punya lama aku melepak main handphone la, siap makan Nasi Goreng lah...tak juga orang tu check out...dah la sejuk weh kat lobi tuuu sebab semua pintu dan tingkat terbuka...huhuhu aku rasa mau 2 jam gak aku melanguk situ, aku rengsa dah...
so aku ambil apa yang patut dalam beg aku, aku masuk toilet dan refresh diri, pakai lenses, then pi kaunter semula...tanya konpem bilik lambat lagi, makanya aku decide nak sewa e-bike!haaa nasib baik hotel ni ada own e-bike tak payah susah susah carik kat luar kannn...hehehe aku sewa e-bike untuk fullday (sunrise till 8 pm) sebanyak 6,000 kyat...ok la kan murah banding ambil ngan tuk tuk tadi...hehehe...dia siap bagi aku map, haaa nasib la aku redah je la kang...
memula aku ingat e-bike ni kecik je, so was was gak mampu aku nak naik...sekali tengok ooo macam skuter je la...terus onnn semangat minah rempit aku yang dah lama terpendam ni ha....hahahaha adik tu dah pesan jangan keluar dari Old Bagan sebab nanti bateri tak cukup...hahaha...denggg....almaklum e-bike kan...so marilah kengkawan kita cuba meneroka Old Bagan walaupun dalam kepala tak tau mana nak terjah sebab niat aku datang Bagan nak layan sunrise dengan hot air balloon serta sunset jer!hahahaha....
seriously aku memang tak study sangat pun pasal pagoda yang ada kat Old Bagan ni, so memang jalan ikut peta yang tak berapa nak paham dan ikut sukati aku je...hehehe so mana rasa nak berhenti aku berhenti...hangat wehhh masa aku naik e-bike ni...aku rasa memang terbakar muka...huhuhu tapi cantik la sekitar Old Bagan ni, aku siap masuk celah celah jalan tak bertar bagai nak potong sana sini...merempit la kan sambil snap snap gambar...aku memang takleh nak share laaaaa pagoda apa aku singgah ni, sebabnya memang tak amik tau...ada pagoda sebab ramai orang aku pergi gak, masuk kejap keluar...pastu sambung merempit!hahaha aku seronok merempit je masa ni...haa korang layan je la gambar yang aku sempat ambil...
dalam sejam lebih merayap tu, aku dah penat...ye laa, tak rest bebetul lagi kan, dengan tak mandi lagi...hahaha nasib baik laaaaa sejuk...takde peluh sangat...then sebelum balik ke hotel, aku usha kedai makan dulu...adalaaaa aku nampak Indian Hut Restaurant ni, aku sebenarnya tau dari pamplet kat hotel cakap restoran ni ada halal...tapi masa aku sampai, aku tak yakin plak nak makan ayam dia...makanya aku layan biryani udang....layan weh, sedappp!makan plak dengan coke sejuk...terbaik!total lunch aku adalah 7,000 kyat...nyummeh!
dah kenyang aku pun balik semula ke hotel...sampai dalam jam 12.30 tengahari, diorang cakap bilik aku dah readyyy...yeay!so sebelum masuk bilik, aku setel bayaran dulu...walaupun booking thru Agoda, aku kena bayar di hotel..harga dia USD40.50 tapi sebab aku banyak kyat, aku bayar dalam kyat je sebanyak 61,000 kyat...masuk bilik wahh katil besar...hehehe so apa lagi, kita landinggg laaa...takdan mandi lagi pun...terus membuta!penat weh!hahaha...syiok tido sebab sejukkkk...

Thursday, February 27, 2020

Encore Melaka: Impression Series

guysss masih ingat entry Weekend Gateway to Melaka hari tu?ingat tak building putih lawaaa yang menjadi tempat aku posing sakan tu?hehehe haaa tu laa Encore Melaka...masa pi hari tu, sekadar pi posing je laaa, tapi last week aku dapat invitation untuk layan performance diorang ni...haa jangan tak tau, building lawa ni sebenarnya dalamnya terletak sebuah teater a.k.a pentas pertunjukan yang aku boleh gelar world class performance!sebab apa tau, sebab aku rasa sebelum ni ada dapat this kind of performance bila pi luar negara je macam Thailand, China etc...hahahaha...so apa yang world class nya tu jom aku cerita...eh sebelum cerita, meh laaa sekali lagi aku bawa korang pusing bulidng Encore yang lawa gilaaa ni, katanya dibina dengan mengambil inspirasi timur bertemu barat gitu...bila nak buat pelamin tema awak bertemu saya plak ni. Eh.

kalo datang Encore Melaka ni memang tak sah laaaa kalo tak posing sakan kat dinding dia ni, memang insta-worthy hospot laaa kat Melaka skang ni...ramai gila orang kat luar bangunan ni duk posing...kita pun taknak ketinggalan la kan walaupun dah 2 kali sampai sini, dolu posing lain, kali ni posing lagik...hehehe pasangan pengantin pun ramai petang tu duk photoshoot kat sini...seriously lawa!
dah penat berpusing dan bergambar, kita singgah masuk toilet dia sat...kemain lawa haa toilet dia, terpaksa la kita posing seround dalam toilet dia pun kan...eh masa ni baru perasan ootd aku setema plak dengan bangunan ni...putih biruuu kekdahnyaaa....hahaha...dah sebelah toilet ni ada surau juga, tak dan nak singgah usha sebab nak cepat pi ambil tiket kami...hehehe...
lepas tu kami ke kaunter box office untuk mengambil tiket dari staff yang berurusan dengan aku sebelum ni, sempat laaa dengar dia menerangkan pasal Encore Melaka yang rupanya kalo sebut sebagai Onkore...hehehe kat sebelah kaunter box office tempat beli tiket ni juga ada sebuah merchandise store, so boleh la usha yaaa kalo nak beli pape souvenir nanti...so harga untuk masuk ke Encore Melaka ni adalah RM148 per pax bagi standard seat...kalo premium RM248 manakala VIP seat adalah RM568...macam mahal ya?haaa aku kalo pi oversea memang aku carik show dan performance begini, so aku tak rasa mahal laaaa dengan harga ni...tapi kalo korang rasa mahal, jangan risau, diorang sakan duk buat promosi sekarang ni...ada tiket buy 1 free 1 sekarang ni, pastu ada gak 50% off untuk senior citizen dan student...haaa murah la kan?hehehe...pastu kalo korang nak murah sikit beli tiket tu kan, korang leh guna promo code EMBLGDJ (valid till 31st May 2020) so leh dapat 5% dicsount tiket dia tuuu...then tiket korang kena beli thru web diorang iaitu https://encore-melaka.com/
so persembahan kami start jam 5.30 petang...so dalam 5.20 petang tu kami dah masuk dahhh...masa masuk ni excited lakan sebab katanya tempat duduk kami ni nanti akan berpusing 360 darjah!haaa menarikkan?ada 4 buah pentas sepanjang 240 meter sebenarnya nanti, so yang akan berpusing adalah seat penonton, bukannya pentas tau...haa leh bayang tak?haa ni kat bawah aku ada ambil gambar model teater ni...so kita duk kat tengah tu laaa, so yang bulat tu actually pusing nanti tau...kalo tak caya, masa menonton tu, masa nak tukar scene korang tengok atas, haa memang nampak tempat duduk yang pusing bukannya pentas yang pusing...hehehe...
ok dah masuk pun panjang membebelkan...hahaha so basically takleh bawa masuk kamera katanya, tapi handphone boleh!haaa tapi kalo dah bawa tu jangan risau, dia ada sediakan locker nak simpan barang kita tuuu...so apa lagi moh masuk ke dalam teater kitaaa...tempat duduk ikut tiket yaa, bukan free seating...hehehe tapi sebabkan tak ramai orang petang tu, kami dapat la duduk kat area tengah dan cun nak ambil video dan gambar!
sebelum masuk tadi kami diberikan pamplet mengenai Encore Melaka ni, so persembahan selama 75 minit ni akan melibatkan 200 orang local performers tau!haaa ramai tak ramai kannn atas pentas tu...dan ianya melibatkan beberapa siri cerita Melaka itu sendiri iaitu Parameswara, Cheng Ho, Nyonya, Six Mothers, Pregnant Women dan Wau....
masa awal persembahan tu kami semua dibawa merentas masa ke tahun 1400, tahun di mana Parameswara mula datang ke Malaya dan memberikan nama kepada Melaka ni...persembahan dia memang high technology la dengan multiple lifting platforms, bunyi dan pencahayaan serta 3D projection yang menghasilkan persembahan yang cantik dan memukau!aku suka...nampak real weh!terbaik!ok la korang layan gambar dari Parameswara sampai ke Cheng Ho yang aku ambil ni y...
dari cerita Cheng Ho keluar pula cerita Nyonya sebabnya katanya perkahwinan campur oleh anak kapal Cheng Ho dengan rakyat jelata Melaka laa yang hasilkan keturunan Baba dan Nyonya sekarang ni...alahai persembahan nyonya ni sangat la comel aku rasa...dengan warna warni, dengan lenggok gemalai para nyonya sekelian...memang mengasyikkan!hahaha...dah la colorful gilaaa...lawa!aku paling suka masa scene nyonya ni lah!hehehe....
oh ya lupa plak nak cakap, sepanjang performance ni diorang guna kan 3 bahasa iaitu Melayu, English dan Mandarin, eh kekadang keluar juga bahasa Tamil!hehehe...tapi ok la pada aku, kadang ada translation ditulis pada skrin layar tu, so paham je pun walaupun diorang sedang cakap cinaaa...takde masalah!hehehe...barulah muhibbah kan!
kemudian keluar pula cerita Six Mothers, aku tak pernah dengar cerita ni sebenarnya...tapi masa ni la baru tahu pasal budak yang dibela oleh 6 orang mak angkat dia, dari pelbagai bangsa!comel gila kan ada melayu, cina, india, portugis, nyonya dan apetah lagi...
dan satu lagi persembahan yang aku rasa lain dari lain adalah Pregnant Woman!siap ada air dan kolam atas pentas weh!real okayy...hahaha cantik dengan lighting dia semua, memang nampak gempak lah!bila air tu turun, dengan bunyi dia...perghhh serious laaa...sebab tu aku cakap layan digelar world class performance!hahaha takde kurangnya dengan performance yang aku layan kat China, Thailand etc...tak sangka Malaysia pun ada tau!hehehe...
then ada scene pasal Wau...aku tak sure plak Wau ni asal Melaka ke, tapi layan je lah kan...hehehe pasal cita cite sebenarnya...ada nak jadi pembuat wau dan macam mcam lagi...menarik gak la, cerita rakyat dia masa ni...layannnn...haa untuk setiap scene ni kan, bila nak tukar next scene je, tempat duduk kita aku bergerak pusing la...menarik la...
dan akhir sekali tetibaaa muka kita keluar kat skrin!hahahah...pastu semua performer pun keluarrr  dan buat tarian reramai...meriah habis aku rasa masa ni, dan rasa enjoy sangat layan performance ni...seriously, jalan cerita best, lighting gempak, audio pun sedap didengar...seriously korang kena cuba pergi sendiri nanti tau...hehe...
dah selesai 75 minit persembahan tu kami pun keluar la dengan happynyaaa...sempat isi borang feedback, kita puji la sikit sebab best kan...tak sangka ada tempat gini kat Malaysia...hehehe...so korang, apa lagi, sila laaa ke Encore Melaka ni ya, selain leh posing sakan keliling bangunan dia tu, korang leh la layan teater diorang yang best ni...dan masa kami keluar tu, masih terang...almaklum maghrib masuk lambat kan...so kami takdan la nak tunggu layan sunset, walaupun orang cakap lawaaaa sunset kat sini, takpela, mayb next time saje kami datang lagi...hehehe...