Friday, January 31, 2014

Trip Keinsafan ke Banda Aceh, Indonesia!

sekejap lagi, aku bersama 3 rakan sepejabat akan menaiki pesawat Airasia menuju ke Banda Aceh, Indonesia!tiket telah dibeli pada bulan Januari 2013!setahun yang lalu dengan harga RM130 sahaja...pada aku kira mahal la tu, sebab sebelum tu pernah tengok harga dalam RM60++ sahaja...tapi takpela, nak pergi punya pasal kan....so niat asal masa beli tiket cumalah ingin bercuti sambil menjejak kesan-kesan tsunami pada 9 tahun yang lalu....sebenarnya, selama ini aku tak pernah terfikir pun nak berjalan ke Banda Aceh ni....tapi selepas membaca post pasal Banda Aceh di blog Supermeng pada 2 tahun yang lalu, terus tersampai seru menderu-deru nak ke sana...nak pergi tengok kesan tsunami kat masjid, kat kapal yang tersadai, nak pergi Muzium Tsunami dan macam-macam lagi la...
tetapi, beberapa minggu yang lalu, tiba-tiba ada seorang rakan sepejabat mengutarakan pendapat supaya kami turut pergi mengunjungi rumah anak yatim di sana...katanya banyak rumah anak yatim di sana yang kita boleh bantu...jadi terus dapat idea nak buat kutipan kilat sumbangan dalam bentuk wang ringgit di kalangan rakan-rakan pejabat dan rakan-rakan rapat aku..kawan-kawan yang pergi sekali pun duk sampaikan kat kawan-kawan rapat diorang...dan Alhamdulillah dalam masa yang singkat ini, kami berjaya mengumpul sejumlah wang yang agak banyak...jauh tersasar dari sasaran awal aku...Alhamdulillah...rezeki budak-budak tu...InsyaAllah kami akan gunakan sebaik mungkin untuk membantu mereka di sana nanti...

terima kasih pada blog Nota Kembara juga sebab melalui blog ini aku dapat kenalpasti rumah anak yatim yang akan kami lawati di sana...masih teringat-ingat keseronokan Paman, penyelia rumah anak yatim Dayah Nurul Huda di sana apabila aku telefon dan beritahu nak datang ke sana...tak henti-henti dia bersyukur....sebak pula rasa masa tu....semoga semua urusan kami dipermudahkan...tolong doakan semoga perjalanan kami selamat pergi dan pulang ya! #modeinsaf

Thursday, January 30, 2014

Hujung Minggu di Restoran Mastercook dan Restoran Wadihana Islamic Kitchen, Bandar Baru Bangi

pada hujung minggu yang lepas, sabtu dan ahad aku makan luar dengan family...sebab semua pun malas nak masak..nak berehat sahaja...so pada hari sabtu, aku dengan mak dan hanim pergi late lunch di Restoran Mastercook, di Bandar Baru Bangi...pernah lalu kedai ni, satu deret dengan Ayam Penyet API tu...tapi baru la nak mencuba...kedai makanan cina muslim...ada dimsum katanya...moh kite....disebabkan kami pi bukan waktu makan...dalam 3 petang macam tu, kedai adalah lengang...so dapat menu kitorang pun order la nasi kukus, salted egg sotong, ginger & spring onion beef, emperor chicken, selain itu ada juga order kue teow goreng seafood, prawn dumpling, prawn siew mai dan fried wantan dumpling...pada aku dan mak, makanan kat sini ok la....tapi anim cakap sedap sangat lah...hahaha selera masing-masing okeh...tapi aku suka beef dia...kos makan adalah RM87.10...ok la memandangkan kami order pun banyak kan.... =D
then pada hari ahad pula, awal pagi na anta zara ke rumah sebab dia kena masuk opis...abang pula ada tournament...haaa apa lagi, terus cakap dengan mak, kita makan luar la...anim pun kerja, abah pun ada hal...so aku ngan mak dan zara terus ke Restoran Wadihana Islamic Kitchen di Bandar Baru Bangi...girls day out katanya....sampai je terus order pudding caramel (RM7.90) dan creme brulee (RM13.90) sebagai pencuci mulut...pastu untuk main dishes ambil mini bolognase untuk zara (RM6.90)...mak ambil nasi goreng ahpau (RM9.90)...dan aku tamak ambil lamb shoulder (RM19.90) dan BBQ chicken wing (RM10.90)...ingat chicken wing kecil, rupanya besar..last sekali tapau je bawak balik...hehehe makanan kat sini boleh tahan laaa.....kenyang perut, suka hati.... =D

Wednesday, January 29, 2014

Visit Malaysia Year 2014 : The Capital City of Malaysia ~ Kuala Lumpur @ Kolumpo > Part 2


selesai makan, kami menuju ke Surau Istana Negara yang terletak di hadapan kedai ikan bakar...cantik surau ni...diperbuat daripada kayu...dan dijaga dengan baik...suka tengok surau ni, klasik dan cantik!siap ada chandelier ko...hehehe
dah selesai urusan, kami pun terus menuju ke destinasi seterusnya iaitu Istana Negara!yeahh Istana Negara lama telah dijadikan muzium...dah lama aku teringin nak pergi, akhirnya sampai juga la aku kat sini...turun je kereta, aku ditegur...la jumpa sedara pula kat sini...hehehe lepas borak jap, aku dan sue terus ke pintu hadapan istana melihat persembahan silat dan bergambar-gambaran...
then kami pun masuk ke kawasan istana...sebelum itu, beli dulu tiket RM5 seorang...dan kemudian jalan kaki menuju ke istana...masa sampai depan kawasan istana, tengah ada pemasangan khemah untuk event esoknya tu...so kami pandai-pandai cari port je la untuk bergambar depan istana...siap main guling-guling atas rumput kan..nasib takde yang tegur...lepas tu barulah kami masuk ke istana...kena buka kasut dulu, kemudian diberikan buku mengenai kisah istana ini dan peristiwa yang pernah berlaku...dan diingatkan juga supaya menyimpan kamera di dalam beg...takleh ambil gambar dalam Istana Negara ini...redho je la...so layan perasan melihat keadaan dalam Istana Negara..ada ruang tamu, bilik menunggu, siap ada wayang okeh...ruang bersantap, bilik beradu kerabat diraja...pejabat raja, bilik istiadat...dan paling best kat bilik raja dan permaisuri la...ada bilik dobi bagai...toilet pun asing-asing okeh walaupun dalam 1 bilik...hehe selesai berjalan-jalan dalam istana, kami bergerak balik...masa turun terserempak 1 group pelajar Korea ada lawatan kat sini...aku siap jerit Anyeong!terkejut diorang pastu gelak-gelak balas balik...hehehe mesti tak sangka jumpa orang 'pandai' cakap korea kat sini kan...kan....
pastu dari Istana Negara, kami menuju pula ke Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak berhadapan dengan Dataran Merdeka...masa ni agak ramai orang sebab ada event di Dataran Merdeka tu...so kami pun cepat-cepat mengambil gambar Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 ini....cantik bangunan ni...aku pernah datang dulu tahun 2012 bawa orang dari negara India yang sama kursus dengan aku...
semasa sibuk mengambil gambar Bangunan Sultan Abdul Samad, aku perasan tiang bendera yang terletak di Dataran Merdeka, betul-betul mengadap menara jam di Bangunan Sultan Abdul Samad tu...sekali baca...rupanya itulah tiang di mana bendera Malaysia dikibarkan buat pertama kalinya pada Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957!
ok lepas tu kami meneruskan perjalanan kami ke KLCC pula!yeay!mercu tanda negara yang paling gah!sape tak tahu KLCC kan....memang sinonim la nama Malaysia dengan KLCC ni...so apa lagi, kami bersama-sama tourist lain sibuk la bergambar depan KLCC tu...aku tengok gigih diorang ni sampai baring-baring, panjat sana-sini semata nak ambil gambar terbaik kat depan KLCC ni!gigih!
dah selesai di KLCC, kami menuju pula ke Ampang Putra...seharian kemain semangat jitu keMalaysiaan sangat kan...sekali, untuk dinner, kami pergi ke Restoran Sweetree iaitu restoran makanan Korea!hahaha nasib laaa...tekak teringin kan....sampai di kedai ni, kami duduk di bawah je...terus aku order Jjanjangmyeon (RM15)...sue pula order set nasi bulgogi (RM16)...sementara tunggu makanan, aku pi solat...kedai ni ada surau tapi masa datang ni tengah renovate, tapi staff dia bagi aku guna bilik kat atas untuk solat...bagus kan...cuma leceh sikit nak ambil wudhuk la dalam toilet..nasib la bersih...masa naik atas la baru perasan kat atas ni dekorasi ala korea sikit...cute gitu...setel solat, turun bawah, dan tak lama pastu makanan pun sampai...kasi isi perut dulu la kan....makanan kat sini boleh tahan sedap....aku suka la....pastu masa dah abes makan, owner dia datang tegur kitorang..ramah betul, dah le hensem...hehehe bila kami cakap last month kami pi korea, kemain dia cakap this is not fair...dia dah 5 tahun tak balik okeh...pitam dia agaknya kalo tahu kekerapan Azra balik kampung!dan blogger-blogger lain tu...hehehe
pastu kami pun naik sekejap kat atas nak ambil gambar...sangat comel lah kat atas ni...mengingatkan aku kepada korea sangat....siap boleh pakai hanbok lagi tau kat sini...tapi aku tak pakai la sebab size kecik, sue je pakai...sue ni pantang ada hanbok, menggila la dia nak pakai...tak paham aku...rasa dia dah banyak giler dah bergambar pakai hanbok, tapi tak puas lagi...alasan dia, tak sama warna hanbok tu...ye laaaa...ikut ko la....hehehe dah abes posing-posing, siap bergambar dengan staff dia...kami pun keluar dari restoran itu..dengan harapan, nak datang lagik!
oh masa nak pergi ke Restoran Sweetree tu, kami berpusing-pusing juga mencari kedai, walaupun dah guna Waze...sampai terpaksa call kedai tu...so masa duk pusing cari kedai tu, nampak dah ada Korean Mart...dah plan nak cari susu pisang dan Milkis!sekali sampai je Restoran Sweetree, ada mini market Korean lagi sebelah dia...haaa apa lagi, terus la kami serang lepas dah kenyang tu....bila sue nampak Milkis je, terus excited!hahaha giler lah aku merinduimu Milkis!happy betul aku masuk mini market ni!terus teringat korea...ahhhh bila agaknya dapat pergi korea lagi nih...hehehe so aku beli Milkis botol besar tu RM9.90...Milkis kecil dalam RM2 rasanya...susu kotak pisang pula dalam RM3 kot..lebih kurang la...aku tak ingat exact harga dia...tapi memang syiok betul jumpa Milkis!again, nak pergi lagi!
dah happy perut kenyang, dapat pulak minum Milkis...kami meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir kami...sue teringin nak pergi Ampang Lookout Point!so bila guna Waze, tetiba kami diarahkan ntah ke mana...macam ke satu bangunan...so pelik la kan...kami stop tepi jalan dan buat research sikit...macam ada kata dah tutup tempat tu...so tengok-tengok lagi...ok kami find out yang Ampang Lookout Point yang restoran tu memang dah tutup sebab berlaku tanah runtuh....tapi now dah ada gerai-gerai buka di atas bukit tu...so kami study balik maps, dan terus menuju ke sana!nasib tak putus asa...kalo tak, tak sampai kami ke sini...hehehe jalan ke sana naik bukit, gelap...nasib la banyak kereta...gigih la juga kan....sampai je, terus cari parking...then kami berjalan di sepanjang gerai-gerai yang ada...semua gerai ni terletak di tepi bukit mengadap KL uols!gerai dengan pemandangan superb!so kami pilih duduk di King's Cha Ko Teow...dalam kenyang kami order juga char kue teow kerang...wallawei sedap giler okeh!kenyang pun, licin...milo ais dia memang sedappp....tak kedekut milo!memang best makan sambil layan pemandangan...tapi segan nak ambil gambar beriya kat situ....
dah selesai makan, kami berjalan di sepanjang tepi lereng tu...bila sampai port takde gerai dan orang sangat, terus la kami snap kan...barula tak malu sangat nak bergambar!hahaha pastu nasib baik la kamera canggih sue ada, dapat la capture moment ni..nak harap kamera cabuk aku, memang malap je laaa gambar KL tu...hehehe memang terbaiklah pemandangan atas ni...boleh nampak KLCC dan KL Tower tu...
so lepas di Ampang Lookout Point ni, berakhirlah perjalanan kami meneroka Kuala Lumpur hari ini...terus patah semula ke Masjid Negara nak ambil kereta sue...pagar dah tutup ok, tapi nasib tak kunci...pandai-pandai je kami buka pagar Masjid Negara...hehehe so overall aku sangat puas hati dengan perjalanan yang tak berapa terancang ini...memang best!kos sepanjang hari ini tak sampai pun RM100...termasuk makan, minyak, entrance fee...sangatlah berbaloi-baloi...so apa lagi kawan-kawan, moh le menyahut seruan Tahun Melawat Malaysia 2014!KL pun jadi weh....hehehe....