Tuesday, February 23, 2016

Gulai Omak Den, Nilai

kali ni aku nak share tempat makan masakan nogori yang sodap kat Nilai...selama ni abang aku je selalu beli dan bawa datang umah aku...tapi kali ni aku suh dia belanja aku kat kedai ni plak...haaaa mana lagi kalo bukan Gulai Omak Den di Nilai...tempat ni kalo pasang Waze, insyaAllah jumpaa...hehehe...terletak di Kampung Jijan Hilir, if dari arah pekan Nilai lama tu, terusss jer nanti lepas Aunty Aini's belah kanan, kita akan nampak le Gulai Omak Den kek belah kiri jalan...kedai ni tutup hari isnin ye, jadinya jangan duk rajin nak pi terjah hari isnin...
kedai ni simple jer...rasa macam kat kampung jer laaaa...kalo tetiba lokasi tepi sawah lagi fefeeling kampung kot...hahaha...masa aku sampai ni dalam kul 12 tengahari, dah penuh jugak laaa orang...nasib abang aku dah sampai awal, dapat dah tempat duduk...
order kat sini ikut menu yer...moh kita usha menu dia...ada beberapa menu istimewa masak lomak cili api yang boleh dipilih samada nak ambil lauk saja (RM7.00) atau set (RM9.00)...kalo set tu termasuk nasi, lauk, ulam, sambal belacan dan ikan masin...ada gulai daging salai, gulai ayam kampung, gulai ikan keli salai...nyummeh!tulis ni pun buat aku kecur wei!hehuuu selain gulai ada juga lauk sambal sotong, udang kicap dan ayam kampung goreng...nyummmm...
dan terdapat juga menu-menu tambahan yang mengancam jiwa dan raga...hahaha keli goreng cili api, gulai telur itik, asam pedas ikan kembong, daging masak kicap, pucuk paku goreng, sambal gesek dan macam-macam lagi...juga terdapat menu istimewa yang dah payah nak jumpa kat kedai lain nih iaitu gulai betik, gulai nagka, gulai pisang, pucuk ubi tempoyak, gulai nenas ikan masin dan gulai siput sedut....fuhhh...
dan untuk minuman pula, boleh la nak order apa-apa pun...tapi air kosong dan air sirap disediakan secara percumaaa...hehehe untungkan...dah tu ada plak dessert lagi tu...dengan pengat ubi la, pengat pisang, pengat keledek, puteri mandi dan tapai...fuhh rambang mata nak pilih...hehehe
bila nasi sampai, feeling balik kampung dolu kala wei tengok pinggan tuh...hehehe ala-ala kat rumah arwah wan aku dulu...tapi lamaaa dah tak rasa feeling ni sebab dah lamaa dah arwah wan pergi...hehuuuu...ikan masin dia tuh sedap gila!sambal belacan pun nyum nyum!sedap...
dan antara lauk yang kami order adalah gulai ayam kampung dengan kentang yang sedap!lembut gila ayam dia dan kuah pun sedapppp...takde la pekat gila pada aku kuah dia, tapi just nice dan sedap!haish teringat la kenangan balik kampung dedolu...huhuhu...pastu order juga gulai daging salai dengan belimbing, memang sedap juga...gulai ikan keli salai pun sedap sebab dia campur bacang...so masam-masam...i loike!
tambahan lagi kami order gulai telur itik dengan bacang ni sedappp...masam pedas sedap!pucuk ubi tempoyak tu agak cair pada aku...tapi style nogori kan...kalo perak mau pekat melikat...hahahaha...then ada juga order sambal udang tapi macam turn off laaa sebab kacau rasa gulai lomak tuh...tapi sedap jer sambal diaaa...cuma aku yang tak suka campur makan...hehehe abaikan la pinggan comot tu sebab dah kena terkam sebelum aku amek gambar...pastu ada gak order kangkung dan pucuk paku goreng...sedap!
dan akhir kata mak aku sempat jer order cucur badak ni...dia masak time kita order...memang sedap gila la kan...mak aku siap tapau tak bagi kitorang makan!hahahaha tamak hoih...hahaha pastu dia tapau lagi segala macam pengat...haish kemain makan manis...huhuhu...
overall memang pueh hati la dapek makan kek sini...terasa terubat rindu makanan kampung nogori nih...walaupun omak den pun pandai yo masak semuo masakan nogori ni, tapi feeling makan kat kedai ni buat aku mengimbau kenangan sikit la...maybe sebab pinggan yang digunakan kot...hehehe...ok sape nak cuba masakan nogori leh la terjah yer!harga pun berpatutuan memang recommended!

Monday, February 22, 2016

Meatball & Co, Ayer@8, Putrajaya

ini satu lagi kedai baru di Ayer@8....Meatball & Co!dengar je macam menarik, harus aku hambar dak cawangan aku untuk lunch di sini...masa sampai je dah terkejut tengok orang beratur sampai ke luar!hamboih terus tinggi expectation aku...sekali masuk je line, baru nampak kawasan dalam kedai kosong jer lagi...oh rupanya servis yang agak slow di kaunter...huhuhu...
nasib la datang beramai-ramai so sembang-sembang tu takde la rasa masa berlalu kan...masa beratur ni, sempat la usha menu yang ada dan how to order...haaa kat sini style nya kalo ambil Meatball Meal tu kita boleh pilih jenis meatball, kuah dan 2 side dishes laaa dengan harga antara RM10.90 ke RM15.90...dapat laaa 7 bijik meatballs...selain tu ada juga meatball pasta dan juga meatball dengan soft long bun...dah kata makan di Meatball & Co kan, harus semuanya bertemakan meatball...hehehe
tapi buat yang tak gemar meatball sangat tu, diorang ada juga laaa menu lain seperti roasted chicken, baked salmon, chicken fingers, chicken wing dan fish & chips...dan juga terdapat beberapa dessert yang mampu menggoda iman senipis kulit bawang ini...hehehe
sampai turn aku nak order, terus aku order Meatball Meal (RM15.90)...ambil lamb meatball bersama fresh salad dan steamed potato...pastu tergoda juga dengan dessert, aku order Blueberry Pie with Ice Cream (RM9.30)...rupanya yang slow kat sini adalah cashier...punya lama tunggu nak bayar sampai cair aiskrim aku...huhuhu sambil menunggu nak bayar tu, layan je laaa gambar hidangan yang ditayangkan untuk tontonan umum sambil tunggu turn nak bayar...sobs...
dah bayar makanan, terus usha tempat duduk...kebanyakan di belah dalam dah penuh...duduk la kami di kerusi tinggi ini...dekorasi kedai ni boleh tahan menarik laaa...cuma aku dah pissed off sikit sebab lama sangat menunggu masa nak bayar tuh...huhuhu....
dah dapat tempat duduk apa lagi, ngappp laaa...haaa nasib baik lamb meatball aku boleh tahan sedap...memula pandang rendah gak 7 meatball tu macam tak cukupp...sekali senak juga nak abeskan tuh....aku cuba rasa beef dan chicken meatball member...tak berapa nak sedap la pada aku...nasib baikkk aku ambil lamb...ada member ambil pasta cakap biasa jer sebab pasta still keras...ada yang ambil roasted chicken cakap sedap la jugak...tapi yang pastunya, majoriti bersetuju tak akan repeat dah kedai nih...huhuhu...tapi surprisingly dessert dia sedap!blueberry pie tu sedap!member aku ada ambil apple pie pun sedap!maybe sebab crust dia tu sedap...nyum nyum....itu la penyelamat mood kami pada hari tersebut...huhuhu nasib baik laaa masa pagi dah makan nasi lemak, kalo tak mau berantakan juga aku kat situ!hahahaha...

Sunday, February 21, 2016

Solo Trip to Labuan :: Part 1


sampai di Labuan, aku terus call Fitri (019-3565775) empunya kereta sewa aku di sini...haaa nak jadi cerita, masa aku pi Labuan ni ada apetah pasal oil and gas ni la, makanya ramai orang dari luar datang masa nih....kebanyakan kereta sewa dah tak available...nasib baik aku shout kat FB aku tanya pasal kereta sewa ni, ada kawan lama masa matriks aku bagi nombor mamat ni...terus booking, nasib baik yang tinggal pun last kereta!fuhh...ok dah call Fitri ni, tak lama tu aku jumpa la ngan dia dan isterinya...terus dia minta aku isi dan sign beberapa dokumen, standard procedure je la...simple...dan lepas tu aku bayar RM80 untuk sebuah kereta Axia baru keluar oven!hehehe orang pertama yang sewa beb...dah le naik sensorang, kereta besar pula tuh...mewah aku kan...hehehe...
daripada airport, aku terus pasang Waze menuju ke tempat penginapan aku pada malam ini...disebabkan aku sensorang, so aku decided taknak duk hotel biasa-biasa sebab takut!hahaha...makanya aku pilih untuk stay di Grand Dorsett Labuan!haaa hebat tak pilihan aku?hahaha 5 star hotel terus...saje nak kasi dengki ngan member aku yang tak jadi pi trip nih...hehehe tapi jangan la ingat aku kaya sangat yer!sebenarnya aku cuma bayar RM26 jer untuk bilik Deluxe ni sebabnya aku redeem point Agoda...hahaha gila ko setakat nak duk sensorang aku nak bayar sampai RM400++ kan...hiksss...rezeki hoih!
masa nak check in tu ada cuak-cuak gak...betul ke redeem point ni tak kena bayar pape dah...hahaha almaklum perak tak pernah redeem...mana la tau kot dia minta aku pape bayaran lagi kan...nasib baik tak kena pape...smooth check in...lepas setel check in, terus dengan lagak orang kaya bawak backpack, pakai selipar jepun dengan hidung kembang kempis syok sendiri aku naik ke bilik!hahaha...excited!
buka jer pintu bilik, wahhhh besarnya bilik!hallway je dah panjang dengan 2 almari, dengan cermin...katil luas dan empuk...toilet pun besar gilaaa...hahaha gelak gelak orang kaya...seronok la aku tido sensorang malam nih kan...walaupun dalam hati ada sedikit cuak...hohoho...almaklum duk sensorang...dah abes pusing bilik ambil gambar, aku pun melepek dalam bilik layan internet dan perasaan...sampai terlelap jugak laaa sekejap...
dalam jam 4 petang baru la aku bersiap untuk keluar...masa ni sempat ambil peta di reception...lepas usha seketika, aku pun buat plan dalam kepala mana nak pergi...susun yang satu arah jer supaya takde berpusing-pusing aku...tapi Labuan ni kecik je pun, kalo berpusing-pusing pun tak makan masa pun...hehehe...memula sekali aku ke Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan nih...
tujuan aku ke sini adalah untuk ke Muzium Marin ni!haaa masuk adalah percuma, haruslah masukkan dalam itinerary kan...hehehe muzium ni buka tiap hari kecuali hari raya...aku kagum gak tengok statistik pelawat yang datang tiap hari tu, boleh tahan ramai...hehehe 
muzium ni 2 tingkat...memula kita jalan di bahagian bawah dulu...kat sini ditempatkan ikan-ikan cantik dalam akuarium yang cantik...aku ni takde minat sangat ngan ikan, tapi bila tengok kat sini pada aku ok gak la...takde la boring sangat sebab banyak juga ikan dia dan berjaga je tempat ni walaupun percuma...cantik je akuarium dan ikan-ikan tuh...
masa melawat muzium ni baru aku realise rupanya banyak tempat diving kat Labuan ni untuk pergi tengok kapal karam dolu kala...tak sangka plak sebab jarang dengar orang datang Labuan untuk diving kan...lain la Sabah nun...tapi mayb air dia tak secantik Sabah, tapi ada hidden gem yang leh diusha di sini...silap-silap jumpa Jack & Rose dalam kapal karam tuh.eh?
lepas spend beberapa ketika di bahagian bawah, aku pun naik atas...kat atas ni pun sama la ada beberapa pameran marin terutamanya pasal terumbu karang...geli pun ada gak bila tengok terumbu karang nih gerak-gerak....mula kepala otak aku ni pikir bukan-bukan...hehuuu... 
then highlight pameran kat atas ni adalah rangka anak ikan paus sepanjang 42 kaki nih!dikatakan anak ikan paus ni ditemui terdampar di sebuah kampung di Melaka pada tahun 1892...kalo tak baca ni, mesti aku ingat rangka dinasour sebab dah macam dinasour dah aku nengok nih...huhuhu
lepas dah usha muzium, aku pun berjalan ke arah pantai yang terletak di belakang Kompleks Sukan Laut Antarabangsa nih...pantai dia takde la cantik mana, tapi dari sini dapat tengok banyak kapal-kapal tengah beratur untuk apa aku pun tak pasti...maybe situ berdekatan dengan pelabuhan kot...
kat tepi pantai ni juga letaknya Restoran Manja Rasa yang terapung di atas air...aku cuma bergambar jer la di depan dia takde nak masuk makan pun...nak simpan perut untuk menu spesial nanti...hehehe...gigih hoih masa ni set timer nak ambil gambar sendiri...sedih rasanya travel solo ni tau, takde sape nak mintak tolong ambilkan gambar aku...hahahaha....
kemudian aku bergerak semula menuju ke kereta...sempat usha beberapa grafitti yang terdapat di sekitar kompleks ini...layan jer laaa...
dari Kompleks Sukan Air Antarabangsa, aku menuju pula ke Menara Jam Labuan yang terletak berhadapan dengan kompleks tuh...merupakan binaan semula yang menyerupai menara asal setelah ia diruntuhkan oleh tentera British tahun 1940an dulu...aku just berhenti ambil gambar jer laaa...sebagai tanda dah sampai sini...
dan kemudian aku pun bergerak menuju ke War Memorial Park yang menempatkan mangsa-mangsa Perang Dunia Kedua dulu...rupanya tempat ni terletak betul-betul berhadapan dengan Jabatan Kesihatan WP Labuan...hahaha tak sangka plak...tapi aku memang takde contact la mana-mana pegawai kat sana bagitau aku datang nih...tak koser...hehehe masa sampai sini dah nak rembang senja, jadi harus la aku pun rasa remang-remang manja gitu kan...dah le sunyi takde orang, jalan depan dia pun takde kereta lalu sangat...haaa apa lagi, cepat-cepat ambil gambar dan blah!
dannnnn dari War Memorial, aku terussss menuju ke Anjung Ketam yang terletak di Kampung Tanjung Aru...perjalanan dalam 20 minit juga dari bandar Labuan tuh....gigih tau pasang Waze untuk sampai ke sini...hehehe dari namanya pun kan korang dah leh tau kannn apa aku carik kat sini...hehehe
aku ingat tempat ni besar wei ada banyak-banyak kedai...rupanya seketul je Anjung Ketam ni...tapi ada 4 buah kedai laaa atas dia nih...aku tak ingat kedai mana orang cakap sedap, so aku layan je la orang yang approach aku dulu iaitu Gerai No 1...masa tengah pilih seafood tu, sekali budak tu cakap minimum order kat sini 1/2 kg!ahhh sudah!takkan nak makan 1 jenis lauk je?jauh ni datang...tapi kalo amek banyak lauk, bape kg seafood aku kena telan?huhuhu pikir punya pikir aku order juga laaa 1/2 kg ketam dan 1/2 kg udang...tak tahan weh...nasib la pecah perut pun!hahahaha tu pun ada hati lagi tu berpikir-pikir nak amek lobster ke idak...sebab aku rasa harga dia murah!hahaha...gila kan...
lepas dah order, aku pun amek seat kat tepi sekali untuk layan perasaan...satu lagi sebab maluuuu...orang datang situ makan ramai-ramai kot...tetiba aku duk sensorang...hohoho sedih!tapi dalam sedih, seronok gak le layan ketenangan tepi laut tuh...
tak lama tu, makanan pun sampai!macam biasa air kosong 2 gelas untuk aku...dannnn sampai laaa ketam buttermilk aku yang super sedap!ni antara masakan yang recommended la kat sini...serious sedap!lemak berkrim...ada pedas-pedas cili api juga...hehehe cuma yang sayang sebab isi ketam tak banyak...mungkin musim bulan mengambang kot...ketam takde isi sangat...nasib ambil 1/2 kg kan, pueh gak kekah isi ketam tuh!hahahaha selain ketam aku order udang salted egg wei!ya ampun...sedap gilaaaa yang ini...sedap sangat!dah la besar-besar udang dia...memang puas hati makan...dan sebagai penyedap hati, aku order juga sayur kailan goreng...hehehe overall makanan semuanya sedap gila!puas hati...cumanya bila dah banyak sangat makan tu, senak gila perut aku wei!lepas tu dah rasa takleh nak bangun!hahahaha...gila lah...total makan kat sini adalah RM69 saja...ok la kan?berbaloi sangat aku rasa...cuma next time tu kena datang berteman laaa...gigih nak ngabeskan makanan sensorang....hehehe
lepas dah kekenyangan, aku pun decided untuk balik ke hotel terus!gila tak mampu nak buat apa dah lagi ni...huhuhu masa sampai parking hotel, aku pun nak naik lif...kawasan aku tunggu lif tu berhampiran dengan kafe...sekali makcik yang nak naik lif ngan aku tu siap tanya aku nak ke mana...kalo dapur kafe ada kat level tu jer sambil tunjukkan arah dapur kafe tu ke aku...erk?aku macam pelik je kan...pastu masa masuk lif, dia pun keluar kat level lobby sebab baru nak check in, dan aku nak proceed naik ke bilik...masa tu baru dia macam cakap, ooo aku guest kat sini ker...aku macam WTH??baru je nak marah, terus tersedar yang aku sedang pakai selipar jepun jer!hahahaha choiii makcik oi...aku pakai selipar jepun takleh duk Grand Dorsett ker?hohohoho...selipar jepun aku jenama Fipper tau!hahahahaha 
sampai jer bilik aku terus berlingkar macam ular sawa sambil rasa tak puas hati ngan makcik tadi tuh...huhuhu sambil berlingkar, member matriks aku si Farha duk message ngan aku...katanya dia tengah shopping barang dapur di Ujana Kewangan di hadapan hotel aku...haaa boleh la plan-plan nak jumpa...almaklum, last jumpa masa matriks kot...dah lebih 10 tahun tuuuu...terus rasa tua!hahahah...dalam setengah jam melanguk, baru la aku bergerak jalan kaki ke Ujana Kewangan ni...
bila dah jumpa tu, sakan la bersembang...macam-macam cerita la keluar kan...hehehe duk jalan je tanpa arah sambil bersembang...Farha siap tunjuk aku kedai Sky Park ni untuk aku shopping coklat nanti...hehehe dalam sejam juga la aku jumpa Farha dan keluarga dia...lepas tu aku pun bergerak balik ke hotel...penat gilaaa...huhuhu
sampai bilik, mandi semua...terus aku nak tido!tak sabar menikmati keempukan katil tuh...sekali ku sangka hujan sampai ke pagi, rupanya panas di tengah malam...huhuhu again aku takleh nak tido malam tu sebab batuk gila-gila!even dah tutup aircond pun still berdentum dentang aku batuk sampai sakit kepala aku...huhuhu gula-gula sakit tekak pun ntah berapa bijik aku telan tapi tetap tak ok juga...huhuhu...apa la nasib...baru nak eksyen duk hotel mahal, tapi tak dapat rasa nikmat kemahalan dia tuh...huhuhu bertabah lahhh...