Monday, September 30, 2019

Tuah Cafe, Bandar Baru Bangi

ada sekali tu saje ajak mak abah makan luar...so aku saje la search kedai tak pernah cuba kat Bangi tu sebab dah bosan la asyik kedai sama je kan...so cemana tah terjumpa Tuah Cafe ni, actually aku pernah ingat ada sorang follower blog ni pernah suggest aku pi sini gak, haaa akhirnya selepas beberapa tahun baru aku sampai kan...hehehee...masa sampai ni awal gak dalam jam 8 malam...tapi dah ramai juga orang...meja kami pun ngam-ngam je ada satu lagi yang kosong...
dah dapat duduk walaupun tepi kaunter, pasrah je la kan...so marilah kita usha menu...menu dia memang banyak gilaa...mostly memang western food la kan...staff situ siap bagitau ada beberapa menu ada diskaun dan promosi malam tu...ok la bagus dia tolong explain gitu kannn...haa malas cerita panjang pasal menu, tengok sendiri la ye korang...
so apa kami order?haaa mak aku nak makan pavlova, layan kan aje la, pastu kami minum pelbagai jenis air...cuma yang nampak isitmewa nya adalah soda bandung dengan aiskrim tu la...kemain mak aku layan manis kan...sakan pastu komplen semua baju dah ketat...hahaha sama la tu macam aku, siap order coke lagi masa ni...hahaha tak sedar diri...
abah ambil Mixed Grill (RM29.90) tapi malam tu ada promosi murah sikit harga nya tapi aku tak ingat berapa...memang besar la portion dia dengan lamb, chicken serta fries dan roti...ada juga coleslaw...aku nampak macam dry sikit, tapi ada sos ok la...abah cakap ok laa not bad...mak plak order Spicy Beef Olio (RM10.50) yang mak suka gilaa...haaa tak henti dia puji sedap, pastu aku rasa sedap gak la...pedas weh...cuma daun atas tu buat aku turn off sikit...hahaha tapi portion dia besar dan banyak weh...dan aku plak order Lamb Carbonara (RM22.90)...besar gilaaa weh portion aku ni...dah la spaghetti dia banyak, kambing banyak...mak aihhh kekenyangan gila aku makan...spaghettti dia sedap dan pedasss so tak la muak nak makan cuma kambing dia liat sikit laaa...tapi overall ok laaa sedap...
tak angkat muka dah mak abah aku makan...suka sangat la tu...hehehe oh ya sebenarnya aku bawak diorang keluar makan ni sempena 38th anniversary diorang pada 8 Ogos 2019...hehehe saje laaa makan-makan kan...masa balik tu terkejut, tetiba kat luar kafe dah penuh diorang buka meja dan dah ramai juga manusia...hahaha gila lah ramai betul orang datang sini...harga dia murah gak la pada aku, portion besar dan sedap...haaa apa lagi kita nak kan...hehehe...
dan sebabkan mak abah suka, masa birthday aku abah suh pilih kedai dia nak belanja, makanya aku suggest datang sini je la...lagipun adik beradik aku yang lain tak pernah datang lagi kan...so kami diberi duduk dalam bilik kecil ni...haaa ok ngam la untuk kami sekeluarga cuma bila makin lama tu makin panas gak la bilik tu...huhuhu...
masa kami datang ni ada promosi order air, semua dapat upgrade ke gelas besar secara percuma...haaa bagus kedai ni aku suka sentiasa ada je promosi dia kan...dannn lihatlahhh makanan-makanan yang kami order ni...aku sempat la snap semua, tapi malas nak review tiap satu sebab aku tak rasa pun...hahaha aku cuma makan nasi dengan butter chicken (RM10.50) yang sedap gak la...pedas yet creamy...laju aku makan sorang...hahaha....pastu ada kami order Trio Platter (RM25) dan Crazy Nachos...both pun laaa sedap...takde la sedap gila, takleh compare la ngan Chillis kan, tapi untuk harga dia macam ni pada aku sangat berbaloi...hahaha...dah la layan je la gambar yaaa...so overall korang boleh terjah sini kalo ke Bangi okay!

Friday, September 27, 2019

Cari Makan di IOI City Mall: Suki-Ya

masa jumpa Ain aritu dia ada suggest aku untuk cuba makan di Suki-Ya ni, memula aku ingat kedai Suki-Ya ni sama dengan Sukiya ni, sekali lain okey...Suki-Ya adalah tempat bagi penggemar daging dan kambing...sebabnya kat sini konsepnya adalah eat all you can sukiyaki and shabu shabu...masa sampai ni tak ramai sangat orang, dan kawasan restoran dia agak besar....
konsep kat sini adalah buffet...harga nya adalah seperti yang tertera di bawah ni haaa...so masa aritu kami pi weekday, layan lunch so kena la sorang RM40.35...haa rasa mahal tak?pada aku amat berbaloi sebab apa?haa jap lagi aku ceritakan kenapa...tapi berbaloi kalo korang penggemar daging la...kalo seafood, tak berbaloi sangat...hehehe...
sebabkan ni buffet kan, haruslah ada buffet station yang dipanggil healthy bar...maunya tak healthy, kebanyakannya adalah sayur je la kat sini, pastu ada laaa segala macam ball tu kat situ...meatball, fishball bagai...tapi paling banyak adalah sayuran dan cendawan la...selain tu ada telur dan bahan-bahan nak buat sos...kita leh campur-campur sendiri je ikut suka sos tu...selain tu ada gak la sushi, aiskrim dan air...haaa tu je untuk buffet?what?hahaha takkan makan sayur je kan...hahah sabarrr...
dan yang paling bestnya pada aku kat sini adalah niii bawah ni!free flow ok!ko mintala berapa puluh kali nak minta tambah, dia akan hantar kan...ada beef, lamb dan chicken...ya ampunnnmmenggoda gila dedaging dia yang dihiris nipis ni weh...sungguh la, aku sampai lost count berapa banyak kami tambah...aku rasa ada dekat 25 bekas kot...hahaha!
untuk kuah nya kita leh pilih antara shabu-shabu, sukiyaki, miso soup atau kimuchi...haaa atas saranan staff situ, kami ambil sukiyaki dan kimuchi...sukiyaki tu macam masin-masin sikit, kimuchi plak pedas-pedas sikit...tapi both pun sedap...lagi bila makin lama makin banyak dah daging masak dalam tu, makin sedappp kuah dia...hahaha...seriously terbaik!
kami makan bertiga, aku rasa dalam 25 bekas laa kami ambil daging tu...sekali je rasanya ambil ayam, lain tu memang belasah beef dan lamb je...serious sedappp sangat...dah la nipis, lembut je dagingnya...ada la aku cuba masukkan daging dalam soup then celup dalam telur mentah dan makan...ermmm boleh laaa, tapi lebih baik tak celup kot...pun sodap dahhh...hahaha...overall aku suka tempat ni, dannn seharusnyaaa boleh repeat lagi!hehehehe...terbaik....