Monday, July 27, 2015

PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015 – WANDERLUST DJ

Yezza akhirnya terlaksana juga misi aku nak join photo challenge yang dianjurkan oleh geng-geng Travelholicawesome ni...mula-mula tu tak reti gak macam mana nak mula...lama laaa duk pikir macam mana nak buat...dan akhirnya misi dimulakan pada minggu terakhir ramadhan...masa bos-bos dah mula cuti, kami di opis pun mula buat aktiviti-aktiviti sampingan...siap pusing putrajaya kooo untuk buat challenge ni semua...dannn first time aku duk join photo challenge begini, memang terchallenge abes aku!hahaha baru aku tau nak join benda ni memerlukan semangat dan kegigihan yang tinggi!dan paling penting, kalo takde kawan-kawan dan sedara-mara yang menyokong, memang tak jadi laaaa photo challenge aku nih...malu hoihhhh...
ok sebelum teruskan kepada hasil tak berapa kreatif aku dalam bergambar ni, pertama-tama sekali aku nak ucap mekasih banyak-banyak kat asie, irma, zu, faliq, dini, ed, adik aku, pakchek aku, sepupu-sepupu aku iaitu azra dan abang suandi serta anak-anak buah aku zara, alisya dan batrisya sebab membantu dalam melaksanakan semua cabaran yang telah ditetapkan samada secara rela atau terpaksa...hehehe!

Ayuhhh aku jawab satu persatu syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur!

3 SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!
  1. Setiap gambar MESTI ada BLOGGER - done!takde masalah sebab sememangnya aku model utama dalam photoshoot kali ini...
  2. Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015" - done!takde hal...aku tulis atas kertas merah dengan liquid putih!merah tu feveret color aku!
  3. Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya - done!lagi senang...harus hari-hari pergi kerja pun pakai baju raya...ini kan pula hari raya kannn...
  4. Dan aku sendiri tambah 2 lagi elemen wajib dalam semuaaaa gambar aku iaitu (1) personalised poskad raya aku yang dibuat oleh Ilovetoshoot Photography Services ni...saje gatal nak guna sebab ada lebih...dari dibuang begitu saja... (2) booklet Makan Secara Sihat di Hari Raya...pesanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia...gituuu kannn, baik hati aku tolong promote program kementerian sendiri....hehehehe!korang boleh dapatkan booklet tersebut di sini...
10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!

Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, pastu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan. Di sebelah penimbang ada sampul duit raya. - done!haaaa aku guna penimbang besi kat opis tu...gigih angkut bawa masuk bilik sebab malu dengan admin staff tengok perangai tak senonoh aku...hahaha!muka nampak kan?kaki atas penimbang kan?sampul duit raya pun ada tuuu...berat tu aku tunjuk tauuuu, cuma nasib korang laaa nampak ke tak arah jarum dia tuh!hahaha dah-dah tak payah nak zoom sangat lah!ehem!pesanan KKM, kalo taknak obes macam aku, sila makan secara sihat di hari raya dan hari-hari lain! #nakwondercheese eh!
Blogger berdiri di tengah-tengah bazar ramadhan/pasar malam/pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kena angkat tinggi sebelah. - done!memang tengah bazar ramadhan putrajaya tu aku bergambar!cumaaa pihak penganjur tak tetapkan syarat bazar tengah buka ke tutup kan?kan?hahaha!gigih pergi masa tengahari sebab maluuuu nakpi masa ada orang...janji kat bazar ramadhan kannn...kain pelikat pun ado, buluh lemang tiruan pun adooo (hoih mana nak dapat buluh real kat putrajaya ni?) dan kaki pun terangkat sebelah...haippp mana boleh angkat tinggi sangat, pakai kain kot!upss tak perasan terpakai selipar jepun je keluar dari kereta...hahahaha!
Blogger melakukan aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa/raya. - done!aku balik kampung nak beraya dengan cara hitchhiking!haaa sebabnya harga minyak naik, aku pun nak kena la berjimat cermat...kang nak kena bagi duit raya lagi kat bebudak...hahaha pengaruh traveller barat sangatkan aku nih...haaa gigih tau aku pakai baju kurung sambil bawa backpack menahan kereta di tepi jalan demi pulang ke kampung halaman bertemu sanak saudara sambil nyanyi lagu oooooo ooooo balik kampung....oooo oooo balik kampung...bopoluh hoih!paneh!
Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan "#TA RAYA". Mesti guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak - done!buat kerja masa pagi 1 Syawal...mak aku dah pelik ape ke hal aku keluarkan loyang pagi-pagi raya...ingat aku nak masak kuih raya lagi ke?hahaha haaa korang nampak tak perkataan #TA RAYA tu dari 7 jenis kuih raya?ada semperit, biskut cornflakes, kuih kapit coklat, biskut peanut butter, chocolate chip cookies, kuih kapit biasa dannn cornflakes maduuu...haaa kuih kapit tuuu mewakili huruf A tau!hahaha payah hoih nak susun kuih ni sebab besar...dan yang paling penting, lebih separuh kuih dalam tu homemade okeyyy...haaa tang tu ada markah lebih tak pihak penganjur?hahahaha!
Blogger bergambar dengan amil kat kaunter zakat fitrah, sambil hulurkan biskut raya sebagai tanda terima kasih. - done!malunyaaa nak buat challenge yang ni...hampir gagal misi ni sebab ramai plak orang duk nak bayar zakat fitrah kat kaunter pandu lalu ni...nasib pantas susun strategi...sambil bayar zakat fitrah sambil buat cerita sedih kat amil di Masjid Besi tu...tanpa dia sedar member aku pi lekat kertas merah tu di kaunter...lepas baca doa, aku cakap aku nak bagi dia kuih, dia cakap boleh...tapi saya nak kena ambil gambar untuk program saya...boleh?dan-dan dia cakap boleh, nak viralkan pun boleh...amboi abam amil ni kannn...nasib baik comel sporting!
Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api - done!jumpa abam mr potato jual bunga api di putrajaya...paksalaaa dia ambil gambar bersama...mahal betul abam ni jual bunga api, dah tu paksa plak aku jadi mrs potato dia....pasrah jer laaa....terima kasih abam mr potato!jasamu dikenang!
Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yang berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. - done!buat kerja gila mengipas 10 sampul duit raya berlainan design di petronas presint 18...i is maluuu sebab ramai orang isi minyak plak la tengahari camni...jadi kita buat jauh-jauh sikit kat area NGV, tak ramai sangat orang....
Blogger pegang kalendar 2015 yang tunjuk hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR - done! masa pi ni, sebelum masuk tol kajang jem giler plak!mampu ambil gambar dari lepas tol je la demi keselamatan semua pihak...tak dapat nak amek gambar pekerja tol yang nanges, terpaksa aku je laaa yang menanges sambal menunjuk tarikh 1 Syawal (seperti yang dibulatkan) di kalendar...
Blogger susun kasut raya kat rumah orang yang korang pegi beraya, secara bertingkat - done!kat umah pakcik aku masa hari raya aritu...aku dah susun bertingkat, sekali gigih la abang sedara aku tolong susun kasut kat tepi-tepi tu plak walaupun aku rasa dia pun tak paham apa yang aku coba buat...hahaha...haaa tak koser aku nak susun tinggi lagi dari ini sebab dah maluuuu...sampai berpeluh-peluh aku nervous tau buat challenge nih...almaklum, biasanya aku ni bajet matured di kalangan mereka...gituuu...hahahaha!
Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya - done!gambar diambil masa beraya kat rumah pakcik belah abah aku yang paling tua yang masih ada...atok nenek belah abah aku memang dah takdo...hehuuu...malu okeh nak amek ni, nasib baik pakcik aku sporting dan tak banyak tanya, dia ikut jer aku suh pegang kertas dan sampul duit raya tu...dan bagi nak cover malu, aku hambat anak-anak buah aku tu masuk gambar sekali...kuikuikui...arghhh I is malewww...

Alhamdulillah selesai semua challenges yang diberikan dengan penuh cabaran dan dugaan...hahaha!harap-harap adalaaaa rezeki aku kannn...dan di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, geng Travelholicawesome, atas inisiatif mereka menganjurkan Photo Challenge Balik Raya 2015 ini...semoga dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama blogger, terutamanya travel blogger semua...sekaligus mengimarahkan lagi dunia travel blogger ini...Sekian, wassalam...

68 comments:

  1. Boleh jadi pelakon part time nih... Moga menang nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha cita2 tu dolu nk jd pelakon...hahaha! Tq enmie!

      Delete
  2. suwittt sangattt.... moga menang... amin.. ^_^ VOTE !

    ReplyDelete
  3. Aku tak henti gelak!!!! Kah Kah Kah Kah Kah... Good Luck DJ!

    ReplyDelete
  4. ahahhahahahahahahaha comel gila entry ni. semoga menang tau! aku vote pat juta kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg comel tu aku kan?kan?kan?hehehe

      Delete
  5. hhahahahahahahah xtahannn ada assistant siap paste kt blkg badan hahahahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe assisstant malu tunjuk mukaaa...

      Delete
  6. Mantaplah DJ! Good luck, semoga menang ya!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah berjaya ko buat ye DJ! Syabas! Kagum aku dengan kegigihan ko! InsyaAllah boleh pegi jauh ni! Tunguuuuuuu

    Thanks sebab join ye!!!

    ReplyDelete
  8. Wahhhhh bestlah!! Bagus bagus 👍

    ReplyDelete
  9. Walllaaa tahniah DJ kerana berjaya menyiapkan Photochallenge TA ni....
    Anda memang sporting giles! Thumbs Up!!! Woot wootttttttt... Semoga berjaya ;D

    *nak sket kuih raya home made tuu, hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha nak kuih raya kena dtg rumahhhhh...kuikuikui

      Delete
  10. Naseb ada kwn2 sporting kan. Goodluck DJ!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paksa rela tu kwn2 aku tuh...hehehe

      Delete
  11. aku harap kau menang dgn bergaya.

    kudos kat kawan kawan kau tu yang menjadi pelakon tambahan.. seriously aku x leh buat. tak de kekuatan. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks beb! Kwn aku ada yg tak tau pun aku nk wat ape, aku pksa je ikut...smpi lokasi, pksa pgg prop...kahkahlah...

      Ko syarat no 1 pum dh xlps meng! Kna tayang body yg fit tuhhh...hahahaha!

      Delete
  12. wahhhhh! bagus betul kwn2 ko ni dj. terima kasih. and gudluckkkkkkk!

    tergelak aku ni haaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan2 aku mmg sporting...klo x, xmmpuuu aku nk buat challenge nih...hehe

      Delete
  13. Sebagai photog beberapa gambar di atas daku menggesa pihak penganjur mengambil serius penyertaan DJ. gigih tau kami mengikut arahan DJ yg nak posing macam2.

    hahaha.

    ReplyDelete
  14. so kreatif & sporting...cayalah kawan2 dan sedara mara ko yang membantu tu...all the best DJ...moga berjaya bawak balik hadiah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks beb! Tulang belakang aku diorg semua tuh...hehe

      Delete
  15. Kalo menang ... Habaq! Misterious sgt hadiah tix flight ...tapi kalo ko menang, kenkwn kena osom2 la sape dpt hikut 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Aku janji belikan FM jeeee...hahaha!

      Delete
  16. hahaha..akak kasi gelak dulu dengan kegigihan mu dik...
    tahniah juga kepada pelakon2 tambahan tu, bagitau deme ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe mmg tersangat gigih laaa mmbuat challenge nih...hehe tanpa extra tu, siapalah saya...kuikuikui

      Delete
  17. All the best! Tergelak tengok entri ni!

    ReplyDelete
  18. kita pernah masuk ni dulu DJ...biqque yg buat dgn chawanna...tahun 2012...hehe

    tahun ni dah beraya baru kt baca...xdpt le...hehe

    walaupun mcm2 task...seronok sebenarnya buat mende ni kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe ye la seronok2 nk masuk ni...sekali sekala buat koje giler cmni...hehe

      Delete
  19. hahaahahah...
    penat huit gelak...
    baca satu-satu dengan penuh debaran

    serius gigih weh!!!
    apa yg penting - kerjasama!
    thanks for participate

    ReplyDelete
  20. Taniah....
    Kelakar...
    Good Luck....

    ReplyDelete
  21. Aku paling suka tengok muka nyonya masa gambar last. Dia macam persoal apakah kejadian MakNgah dia lately ni. Dengan susun kuih rayanye, dengan susun selipar bertingkatnye. Best of luck bebeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha kannnn....mesti dalam kepala dia duk pikir apa laaaa masalah makngah aku nihhh...hahahahaha!

      Delete
  22. WAHH3, KREATIFFF !!!! HEHEHEE, SMG ADE REZEKI KITA........... Nk tgk jujurnye nona takk?? hahahaha, mehh singgahhh~jemput ke teratakkuuu,

    http://nonasani.blogspot.com/2015/07/photo-challenge-balik-raya-2015-nona.html?showComment=1438218591798#c8703636069385880580

    ReplyDelete
  23. RESULT DAH KELUAR! :D

    http://biqque.blogspot.com/2015/08/result-travelholicawesome-photo.html

    CONGRATS!

    ReplyDelete
  24. CONGRATS for winning our fotocelen ehehheheh...

    I kagum persahabatan youalls... memang sehati sejiva. Penimbang tuh letak balik dak? ehhehehhehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq lily...hehe pnimbang dh ltk blik dhhhh...hahaha

      Delete
  25. wahhh3, tahniahhhhhh ! menang jugok yerrr~ hihiiiii, slmt hr rayaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq nona.tahniah to u too...hehe

      Delete
  26. DJ!!! baru baca entri ni lepas tahu u menang..TAHNIAH DJ!!!...u mmg layak menang..mmg memenuhi syarat....hanya orang 'mampu' dan kreatif je boleh buat semua ni

    ReplyDelete
  27. tahniah dik...atas kegigihan ini
    agak-agak la...serik ke tak untuk masuk kontest mcm nih kalau diulang tahun depan?
    heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak...hahaha nk msuk thn dpn tu kna tgk sokongan mmber2 thn dpn...sbb klo xde diorg mmg pyhhhhh gler nk buat challenges nih...hehehe

      Delete
  28. Tahniah le walau dapat tempat ke 3.. Usaha lagi dan join segala contest..

    ReplyDelete