Friday, December 11, 2015

Permohonan Visa untuk ke China & Layan tekak Korea di Sweetree Restaurant, Ampang

ok malas nak sorok, hujung tahun nanti aku akan ke China, so dalam kesibukan kerja hujung tahun ni aku sempat la lari kejap ke KL untuk hantar permohonan visa aku ni...aku memang dah tak ingat macam mana nak mohon semua ni, nak study memang takdan sangat kan, nasib baik laaa baru-baru ni Zilla ada update cerita mengenai permohonan visa ke China...memang rezeki aku sangat la kan...hehehe siap ada link terus ke blog MKL yang ceritakan pula tentang bagaimana nak pergi Chinese Visa Application Service Centre Kuala Lumpur yang terletak di Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, KL...tapi untuk aku, aku buka jer waze atau gps dalam hp tu, Alhamdulillah sampai je tempat ni tanpa sesat...

so seperti yang korang leh baca di blog Zilla tu, sebelum ke visa centre ni kena laaa isi borang dia siap-siap...ada beberapa cara yang boleh digunakan, korang leh baca di blog Zilla tu...untuk aku, aku pilih cara online jer dengan pergi ke website Visa for China ni dan isi application form...lepas dah setel isi semua, baru la aku print application form tu...oh ya, info tambahan, untuk middle name tu, sila letak bin/binti ye, jangan dikosongkan...tapi kalo korang lupa letak gak nanti, diorang akan isi kan masa di visa centre tu...lepas dah print borang, sila tandatangan borang tu...untuk isi application form ni, kita boleh juga buatkan untuk orang lain, tapi nanti ada ruang lain yang kena diisi...

dah setel application form, kena siapkan juga passport asal dengan tempoh sah laku lebih dari 6 bulan, salinan muka surat depan passport, gambar berukuran passport dengan latarbelakang cerah (putih/biru), salinan flight ticket dan salinan itinerary...untuk gambar tu, please make sure yang sama lebih kurang dengan passport...means kalo dalam passport tu gambar pakai cermin mata, so bagi la gambar yang pakai cermin mata juga ye...dan untuk salinan itinerary tu aku buat simple je, hari ni kat mana, esok kat mana...gitu jer simple...

dah siap semua, start kereta dan terus menuju ke Hampshire Place Office...kalo nak naik LRT sila rujuk blog MKL...sampai je di bangunan ni, aku ingat nak parking tepi jalan je, tapi kena sound dengan guard plak, terpaksa la masuk ke dalam basement parking...bayaran yang dikenakan adalah RM3 untuk sejam pertama...dalam hati terpikir gak, berapa lama laaa agaknya nak setel urusan application visa ni...hohoho...oh ye, sebelum pergi visa centre, please make sure hari tu bukan hari cuti hujung minggu atau hari cuti umum di KL yer...kang kut makan hati je sampai sana, tutup!dan untuk penghantaran application, masa yang ditetapkan adalah pada jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang sahaja...dari parking, terus naik lif menuju ke tingkat 5...
masa aku pergi ni kul 12 tengahari, rezeki aku tak ramai yang sedang beratur...sampai je depan kaunter ada pakcik guard duk tanya cukup tak dokumen...kalo takde borang lagi, dia suh isi dulu kat tepi tu...kalo takde salinan passport dia suh pi fotostat kat situ gak...tapi aku dah lengkap, terus beratur je...depan aku ada sorang je masa ni, aku duk tengok budak tu bawak sampai 6 passport, tapi 1 je yang lengkap...so dia kena datang balik semula nanti...masa ni aku cuak dah, kalo kena datang balik memang payah la aku...bukan dekat, dah tu payah nak time off lagi...huhuhu dan tak lama tu sampai turn aku, staff situ semak dokumen dan minta aku isi kan info mengenai seorang dari ahli keluarga dalam tu dan terus dapat nombor giliran...yeay!lega...
dah dapat nombor giliran, kena tunggu kejap nama dipanggil ke kaunter penghantaran application form...kejap je tunggu, nombor aku dah dipanggil...serahkan semua dokumen, dia duk key in maklumat, tak lama tu aku dah dapat slip untuk dikemukakan masa nak ambil visa nanti...yeay!aku ambil servis biasa je, means akan ambil masa 4 hari untuk visa siap...kalo korang nak siap cepat boleh gak, tapi bayar lebih la yer...hehehe staff situ siap explain nanti bawa slip tu lepas 4 hari ke aras 6 untuk ambil visa dan passport kita...masa untuk ambil ni antara jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang sahaja...masa tu kena bawa duit RM88.30  seorang untuk one entry visa...kalo ambil double, triple or multiple entries tu lagi mahal laa ye...details harga leh rujuk blog Zilla or website Visa for China tuh...haaa lega dah setel urusan permohonan visa aku dalam masa kurang 30 minit...untung juga datang kul 12 tengahari ni eh...kalo datang awal pagi mesti kena beratur je lama...hehehe!lepas 4 hari bekerja, boleh laaa datang ke tingkat 6 untuk buat payment dan collect visa!and ready to go to China!yeay!
oh ya, lepas setel application aritu, terus kepala ligat pikir nak makan kat mana...alang-alang dah kat Ampang kan...pikir punya pikir, sampai je kat kereta aku dah decide dah nakpi makan kat Sweetree Restaurant, Ampang...hehehe...gigih kan pi makan situ sorang-sorang...tetiba plak laaaa tekak nak layan makanan korea...napetah sejak akhir-akhir ni tekak dan perut asyik nak makanan koreaaa jer...hehehe sedapnyaaa layan makan Dolsot Bibimbap...aku suka!nyummeh!harga malas dah la nak cerita...hahaha sebab dah beberapa kali dah aku share dalam blog ni rasanya... =D

Wednesday, December 9, 2015

Cari Makan di IOI City Mall: B.bap Korean Food & Wondermilk

hari sabtu lepas tinggal aku ngan adik aku je kat rumah...sejak dua menjak ni, mak abah aku manjanggg je balik kampung tido sana sebab cucu diorang duk sana dah sementara kakak ipar aku berpantang nih...jadinya dah tinggal berdua ni, takde makna la aku nak masak kan...harusss makan luar!terus ajak adik aku lunch di IOI City Mall...bila dia tanya makan apa, terus aku terbayang B.bap Korean Food!hehehe kedai korean lain dalam tu kebanyakan aku dah cuba, tapi yang ni belum lagi...so apa lagi, ayuh kita terjah restoran yang terletak di aras LG ini...aku suka warna kedai ni, merah kelabu...nampak garang uols...iols kan garang, seswai sangat...hehehe...
disebabkan tak breakfast langsung pagi nya tu, terus masuk sambar menu...sambil usha sambil ketik kamera...gitu multitasking kan...hehehe abes la semua page menu tu aku ambil gambar...demi sape?demi korangggg jugak pembaca-pembaca sekelian...untuk korang buat reference sebelum terjah kedai ni...hehehe...
memang bikin pusing la nak buat pilihan masa ni...banyakkk sangat menu yang ada...dari bibimbap, roppokki, jjigae, ramyeon, bokeum dan macam-macam lagi...haaa lepas dah buat pilihan, sila tick order form ini dan serahkan pada pelayan di situ...
 tak lama tunggu, sampai laaa makanan kami...untuk air, aku ambil cold korean green tea (RM4.50) dan adik pula ambil kiwi juice (RM6.90)...untuk makanan, adik pilih roppoki with cheese (RM17.00 + RM3.50)...kami bayangkan roppoki tu, then dia tabur cheese jer atas tuh...sekali yang datang dalam bowl, dan penuhhhh ditutupi cheese...wah lain dari bayangan...sekali makan, wallawei sedapppp!meleleh cheese dia...hehehe sedap!nyummeh!kat bawah cheese tu penuh dengan ramyeon, teobokki, fish cake...cuma kalo cheese yang macam biasa tu, dia akan likat kan kuah, tapi yang macam ni kuah dia cair gak la macam roppoki biasa...tapi tetap sedap!nyummeh!banchan dia pun sedap...ada kimchi biasa, radish dan juga sosej...radish tu aku suka...teringat Siwon dalam She Was Pretty!ups!
dan untuk aku pula, aku pilih Chicken Jajangmyeon (RM17.00)...fefeeling masa nak gaul tu sama macam dalam drama korea la kan...tapi diorang guna mangkuk tutup dengan plastik tu sambil goncang-goncang...hahaha dan pada tekak aku, sedappp jer jajangmyeon ni...ada rasa macam taucu sikit tapi tak sangat laa...bila gaul semua tu, makan dengan kimchi dan radish tu sedappp!memang puas hati aku makan kat sini...next time aku nak kena datang sini lagi cuba makanan lain plak...hehehe!
lepas dah kenyang, aku racun adik aku pi usha Wondermilk jap...hehehe usha punya usha, konon jaga kalori, aku beli sebijik je cupcake yang mini dengan harga RM4.50...sedapnyaaa lahai....lagi-lagi choc cream atas dia tu...nanges makan tau...dah lama tak makan benda manis sedap camni...hehehe hover kan...lepas tu memasing tapau Wondermilk Caramel dan Butterscotch (RM10.00) yang sedap...puas hati cheat day hari ni!hahaha poyos, sedang kan hari-hari pun cheat day kan...lepas dah kenyang balik rumah menguap-nguap!hohoho...

Monday, December 7, 2015

Bawal & Sotong Power Sempoi, Sport Arena, Cyberjaya

haaa hari ni aku nak share satu lagi tempat makan yang best gila pada aku yang terletak di Cyberjaya...aku tahu tempat ni sejak Oktober lepas bila tengok FB PA big boss aku...terus hari tu jugak aku ajak member opis aku terjah...tapinya masa pergi kali pertama tu, aku tak dan nak ambil gambar beriya untuk update dalam blog...hehehe meh layan gambar sekeping yang sempat diambil di kali pertama aku jejak kan kaki ke tempat ni...bila tengok gambar ni memang rasa nak meleleh air liur hoih!
haaa tempat makan yang aku maksudkan ni adalah Gerai Bawal Power Sempoi yang terletak di Sport Arena, Cyberjaya...nama jer Bawal tau, tapi ada macam-macam makanan lain lagi...dan paling menggamit hati aku adalah sotong dia laaa...besar wei...tak liat sangat...sedap!selain sotong dan bawal, ada juga ikan keli dan burung puyuh...semua dijual dalam bentuk set sekali dengan nasi, kuah kari bendi, sambal kicap, sambal belacan dan pelbagai jenis ulaman seperti salad, timun, kacang panjang dan ulam raja...pilih je la nak yang mana...harga sangatlah berpatutan...untuk ikan bawal satu set RM10 manakala sotong tu RM12...berbaloi wei sebab besar portion dia...yang lain tu aku tak pernah cuba so tak sure harga, tapi lebih kurang gitu la kot...
disebabkan kali pertama datang semuaaa pun ambil sotong, mengah juga nak abeskan sotong sepinggan tu sensorang...so kali ni aku pi berdua dengan irma dan kami decided untuk share lauk...ambil set ikan bawal garing gila dan sotong...lauk-lauk ni panas-panas lepas digoreng tu diorang siram dengan kicap...tu rahsia yang sedap tuh...hehehe sotong sedap, ikan bawal sedap, sambal sedap, kari sedap...haish masuk semua tu dalam mulut memang meletup-letup lah rasa dia...hahaha!aku memang suka gila la makan sini...dah la murah sebab dengan sotong besar gitu baru RM12 jer...cuba ko makan sotong kat Jalan Bellamy tu, menanges mau RM20-30 seekor besar gitu...lagi ni kat Cyberjaya kot, bukan senang nak jumpa murah gini...hehehe!so apa lagi korang, silaaaa la terjah!kalo rasa takde geng tu, leh roger aku yer...kita makan sesama kat sini...hehehe!ehhh tapi tempat ni buka masa lunch hour hari kerja je tau!jangan datang weekend or dinner time plak yer!
oh ye aku nak ambil kesempatan ni nak ucapkan terima kasihhhh kat korang-korang semua yang aku kenal melalui blog ni...serius aku tak sangka akan kenal dengan ramai orang-orang di luar lingkungan personal life aku, dan share same interest sama ada travel ataupun makan...hehehe kat kesempatan ni juga, aku nak minta maaf kalo selama beberapa tahun aku menulis blog ni, aku ada terkasar bahasa, terlaser, tersindir dan semua yang sewaktu dengannya, maafkan la aku yer!terima kasih juga buat kawan-kawan yang sudi menghantar tanda ingatan dan kenangan kat aku sempena trip jalan-jalan korang tu...aku sangat-sangat menghargainya... =D

Friday, December 4, 2015

Salam Noodles, Putrajaya

sabtu lepas aku ada netball tournament di Putrajaya...lepas abes game, kitorang decided nak pergi makan ramai-ramai...masa duk sembang mana nak makan, ada yang bagi cadangan untuk cuba makan di Salam Noodles yang terletak di shoplot baru di depan Shell Presint 8...aku memang pantang dengar kedai baru, memang laju je nak pergi cuba...lagi dengar harga makanan di kedai semuanya adalah sama iaitu RM8.50 sahaja dan minuman adalah percuma dan refillable!haaa tempting kan?
bila sampai di kedai ni baru tau rupanya kedai mi tarik...lagi lah teruja kan sebab terbayang Mi Tarik Warisan Asli yang sedap tuh...hehehe kedai ni terletak di sebelah 7E dan tak nampak dari jalan utama...kena masuk ke belakang kedai yang ngadap jalan utama tu...dan kedai ni memang senang nak nampak dari jauh sebab luar dan dalam dia berwarna hijau terang...rupanya Salam Noodles ni dah ada beberapa cawangan lain seperti di Cyberjaya, Wangsamaju dan Bandar Baru Bangi...tapi aku sendiri tak perasan kat mananya kat Bangi tuh...
dah duduk tu apa lagi, jom kita usha menu!ada pelbagai jenis pilihan soup noodles, Chinese fried noodle dan juga nasi dengan pelbagai jenis lauk...semua makanan ni berharga RM8.50 sahaja, dan didatangkan bersama air minuman...terdapat juga roast stick ala sate kawin ngan kebab tu berharga RM2 secucuk...memang rambang mata masa nak buat pilihan nih...hehehe...
konsep di kedai ni adalah ko sebagai lovely customer pilih makanan dan isi order form...lepas tu bawa form ke kaunter dan buat bayaran...lepas tu baru leh pi ambil air minuman dan tungguuu makanan sampai...senang kan kerja staff dia...tak payah susah payah nak pi ambil order pada setiap customer...hehehe...tapi takleh blah betol kat ayat english dia tu banyak pembetulan guna pensel...sapetah pedajal tuh...hahahaha!
macam aku cakap tadi, air percuma kat sini...tapi walaupun percuma, macam-macam jenis air yang diorang sediakan...air kordial je ada 3 jenis, lepas tu ada juga carbonated drinks dan jasmine & chrysanthemum tea...
tak lama pun tunggu akhirnya makanan kami pun sampai...bapak besar portion mi tarik dia nih...mengah nak abeskan!hehehe ada yang ambil ayam, ada yang ambil mutton...kalo yang banyak sayur tu kami ambil salad ayam or salad mutton laaa...aku ambil salad mutton, sedap la pada aku...mee dia pun lembut macam mee tarik yang pernah aku makan...cuma tak nampak tukang tarik je kat kedai ni...hehehe tapi member aku yang ambil ayam cakap kurang sikit sebab dia bagi ayam dada...kitorang tak suka sikit ayam dada nih...hehehe dan ayam dengan nasi member aku tuh rasa ayam lama...tak fresh sangat...aku tak berapa suka sebab aku over sensitip dengan ayam lama nih...hehuuu...
dan last sekali roast stick kami sampai...again aku ambil kambeng...sedap gak!nyum nyum!aku tak sempat plak rasa ayam dia, tapi tengok orang lain makan laju je...sedap la kot kan...hehehe aku rasa kambeng ni lagi sedap dari yang di Mee Tarik Warisan Asli...hehehe ok la, sesape di sekitar Putrajaya tu, boleh la kalo nak cuba...boleh fefeeling berada di negeri China + Bangladesh!sebab pekerja kedai ni semuaaanya abangla eh ke yindia tah...aku keliru...