Thursday, July 30, 2015

Raya geng travel alam maya: Bahagian 2 ~ Teratak Zilla dan Sangkaya, Dal.komm Coffee & Tappers Cafe, IOI City Mall


dari Cake Jalan Tiung, kami mencari surau untuk tunaikan kewajipan...dan seterusnyaaa misi mencari Teratak Zilla!haaa kali ni baru betul beraya kann...kami beraya di rumah Zilla yang harus dirahsiakan lokasi nyaa...sakan bersembang sambil makan biskut raya dan mihun goreng tersedappp mak Zilla masak...sampai muka tak malu mintak tambah!hahahaha...lama juga kami di rumah Zilla ni bersembang...macam-macam topik yang dibincangkan...dan kebanyakan berkisar tentang travel, terutamanya korea laaa....ramai plak ahli jemaah kali ni gila korea...ada yang siap bayar mahal tauuu nak batal air wudhuk dengan Lee Seunggi...eh?hahahaha!
dan dalam jam 6 petang baru laaa kami semua berangkat pulang meninggalkan rumah Zilla...terima kasih banyak Zilla sebab sudi terima kunjungan mengejut kami nih...actually ada email En Mie juga nak datang beraya, tapi takde balasan hingga ke akhirnya...sedih tak dapat nak tengok anak dia yang hensem tu...pastu nakpi beraya rumah Supermeng Malaya, dia buat rumah tertutup pula...kuikuikui makanya terpaksa laaa dari rumah Zilla, kami menuju terusss ke IOI City Mall di Putrajaya dengan niat ingin bertemu dan mengopi bersama kaklong kawasan sendayan dengan pitching level octave itu...hehehe

sampai je di IOI City Mall, jam baru kul 7 petang...terus kami pergi terjah Sangkaya dulu...teringin nak makan yang tengah 'in' sekarang ni...semua orang pun duk upload gambo sangkaya ni haaa...sampai je, Dzuli dan Mrs yang pi order...aku ngan Bibie duduk chop tempat...kedai ni simple jer, semua punnnn berasaskan kelapa...
disebabkan dah banyakkk sangat makan manis hari ni, kami cuma order 2 aiskrim iaitu Coconut Ice Cream dan juga Cha Yen Thai Iced Milk Tea Ice Cream...yang coconut tu sedappp...dalam tempurung ada 3 scoop aiskrim kelapa dan ditaburi dengan kelapa parut yang dibakar, kacang, cornflakes dan juga jagung...kat bawah aiskrim tu ada isi kelapa...memang sedap!nyummeh!yang cha yen tu pula rasa teh ais thai tu laaa...tak berapa nyaman kat tekak aku...hehehe!
jangan tertipu dengan gambar kat bawah ni...minah ni tak makan kelapa...semua pun dia tak makan...durian tak makan, kelapa tak makan, milo tak minum...so sebelum aiskrim habes dibedal. kasik chance laaa dia bergambar dulu...hehehe eh by the way, HAPPY BIRTHDAY BIBIE KARIM YANG TENGAH BERCANDA DI MELBOURNE!
dari Sangkaya, kami pergi ke surau dulu...sambil lompat-lompat nak turunkan makanan...sambil bermesej dengan si Nanatron yang plan nak jumpa kami di sini...plan punya plan, last-last nana tak dapat datang plak...ramai bebenor family katanya datang beraya....takpela, next time je la ye kita jumpa nana...hehehe sambil tu kami jalan layan deko raya dalam IOI City Mall tuh...
memula kami menuju Dal.komm Coffee nak ngopi dan lepak...masuk jer memang cantik cafe nih...menu yang ditayangkan pun menarik...sekali nak order semua pun dah takde...denggg...baru nak layan bingsu tuuu...shibuya toast dan cruffin dia pun nampak sedapppp...pasrah je laaa lepas tu keluar dari cafe tu dengan niat akan kembali lagi ke sini next time..gituuu....hehehe
lepas tu pikir punya pikir kami decided nak lepak di Tappers Cafe je...senang cerita...cantik cafe ni warna putih suci jer semuaaa...ada orang tu nak buka cafe, sangat teruja la dengan konsep cafe nih kann...hehehe duduk lepak sambil borak dengan mata yang kuyu...penat dah hoih seharian berjalan dan makan...
haaa ingatkan perut memasing dah kenyang kan...tapi sakan je memasing order...hehehe aku order chicken parmigiana yang sedap!dzuli ambil fish & chip...mrs makan carbonara tapi dia tak masuk kat tekak, terpaksa laaaaaa aku yang tolong makan kan...hehehe dan bibie yang diet makan roti jer... 
dan akhirnya dalam jam 9.30 malam, kami pun bergerak meninggalkan IOI City Mall...hahaha paling takleh blah, boleh tekan alarm kat salah kereta hoih!hahaha siap cuak ingat tak kunci kereta...then ada plak yang ingat beg diorang dah hilang sebab takde dalam kereta!hahahaha hadoi laaaa...sangap sangat dah tu banyak sangat makan kannn...hahahaha pape pun seharian spend masa dengan semua orang hari ni memang berbaloi-baloi...enjoy!harap-harap ada lagi peluang melepak di masa akan datang ok...mana tau nak layan megi ketam plak ke lepas ni kan!hehehe!jommmms sape nak join?

Wednesday, July 29, 2015

Raya geng travel alam maya: Bahagian 1 ~ Dapur Koi, Taman Putra Kajang & Cake Jalan Tiung, Shah Alam

beberapa bulan yang lepas Bibie Karim ada bagitau yang dia akan transit beberapa hari di KL sebelum berangkat menuju ke destinasi yang seterusnyaaa...merayap je ko kan...rentetan daripada itu, mula la pelbagai perancangan dibincangkan...mana nak pergi, sapa nak join...tapi dah dekat nak raya tu, masing-masing busy dan takde kata putus lagi...lepas beberapa hari raya, baru laaa kami bincang semula dan last sekali hanya aku, Bibie, Mrs Smile dan Dzuli saja yang dapat berkumpul di lokasi pertama!yang lain-lain tu ada yang sibuk pergi travel la, ada yang sibuk layan kekasih gelap lah...eh?hahahaha!dan ada juga yang berada di luar kawasan dan sewaktu dengannya...

lepas dah finalise siapa yang akan hadir, aku terus decided untuk bertemu di lokasi pertama kami iaitu Dapur Koi!sebabnya senang nak tinggalkan kereta, dan lokasi dia tengah-tengah antara semua yang datang tu...dan selain tu, sebabnya dari hari tu Bibie bising suh bawa dia makan ikan patin tempoyak!haa amek ko beraya kat Dapur Koi...hehehe!dan memandangkan kali ni Bibie datang masa mood raya masih menebal, semua yang hadir diminta memakai baju raya...

pada hari kejadian, 9 Syawal, aku sampai kat Dapur Koi pada jam 11 pagi...cuak gak nengok kedai masih tutup...terus call member aku...tak lama tu baru laaa kedai dibukaaa...sempat la sembang di luar kedai dengan Mrs dulu...taklama lepas tu baru laaa Dzuli sampai, dan last sekali kaklong kawasan KK pun sampai dengan spek itam retisss dan shawl Sugarcraft Sugarscarf dia tuuu...haaa terus kecoh jadinya kedai tu...hahaha dan lepas muahciked sikit, kami terus ambil makanan yang panas-panas baru dimasak...nyum-nyum!eh ada orang tu cakap taknak makan sebab baru lepas makan nasi lemak, tetiba dah pegang pinggan kat sebelah aku...ups!
bila masing-masing dah dapat makanan, haruslah ambil gambar dulu kannn...ambil gambar makanan, pastu ambil gambar kami pulaaa...ye laaa aktiviti perlu dihapdet kepada rakan-rakan travel alam maya yang lain yang tak dapat hadir bersama tuuu...hehehe kasik bakar sikit...
dan kemudian apa lagi, makan la!sambil bersembang sakan...macam-macam cerita keluar...mostly pasal travel la kannn...aku pun dah tak ingat apa je yang disembangkan...sebab banyak sangat topik bercampur aduk!hahaha!lagipun aku banyak makan semut, tapi kalo tanya diorang yang berkapasiti otak level terabyte tu, mesti diorang ingat semua...kuikuikui!
dah setel makan dan sembang, kami meneruskan agenda menuju ke destinasi seterusnya untuk bertemu kaklong kawasan Klang pulaaa!kecoh la masa nak masuk kereta aku ni...kejap kang si Mrs ulang alik pi kereta dia, pastu kang si Dzuli kejap-kejap tengok kereta dia...aku ngan Bibie berpandangan sambil cakap, orang tua macam ni laaa...kalut dan kecoh terlebih...#fefeelingmuda hahahaha!
daripada Dapur Koi, kami terusss menuju ke Seksyen 9, Shah Alam!tujuan utama kami adalah untuk ke Cake Jalan Tiung...dah lama teringin nakpi sini, kebetulan Dzuli pun suggest tempat ni, terus semua setuju!hehehe terus suruh kaklong kawasan Klang turun sini je, tak payah kami nakpi ngadap dia kat Klang tuh...sampai je, lega sebab bukaaa...Cake Jalan Tiung ni terletak di 31-Mezzanine Jalan Tengku Ampuan Zabedah J 9/J (atas Ani Sup Utara)...masuk je cafe ni, terus rasa best...simple jer deco dia dan sangat selesa...comel jer burung tiung kertas yang digantung dalam cafe tuh...hehehe staff dia pun ramah je tegur kitaa...siap tanya baru 1st time datang ke, bila cakap yess, terus dia minta staff situ layan kami...
untuk pengetahuan korang, cafe comel ni memang jual kek dan coffee jer...nak makan berat memang takde la kan...terdapat banyak gila menu kek dia, tapi dia tak buat hari-hari la semua kek tu...kiranya ikut nasib la kan hari kita datang tu apa ada...boleh follow Instagram diorang juga untuk tahu cakes apa yang disediakan hari tu...haaa bila duduk depan kaunter kek dia tu, rasa menggila kejap kot...kalo boleh semuaaaa pun nak makan!tapi bila pikir kandungan gula dalam darah yang tak berapa normal tu, harus kawal diri...hehehe...
lepas dah buat pilihan kek dan cookies serta air, terus kena bayar di kaunter...dan kemudian mereka pun hantarkan makanan ke meja kami...hoih sangat teruja tengok kek, cookies dan coffee yang comel!masa duk sibuk ambil gambar flatlay semua makanan, tetiba staff situ datang dan beri complimentary coffee...sebabnya aku nak order Affogato mereka yang comel, tapi tak ada la pulaaa...tu diorang bagi complimentary coffee...thank you Cake Jalan Tiung!kami order Rosie Huntington Cake (kek perisa sirap selasih), Salted Caramel & Choc Cake, Perfect Peach Cheesecake, Pavlova dan Choc Chip Cookies...wallawei serius sedappp semua cakes dan cookies diaaa...terbaek!yang rosie tu menjadi pojaan ramai...aku macam biasa laa suka yang coklat...moist giler...cheesecake dia pun sedapppp...harga cakes dekat sini dalam range RM12-RM13...ok la berbaloi...
dan paling win kat aku cookies dia yang celup susu tuuuu...perghhh meleleh air liur masa menaip ni...hohoho!siap order satu set tambahan...harga dia RM7 untuk 1 set yang mengandungi 5 pcs cookies beserta segelas susu...sedapnya wei...penuh coklat dalam cookies ni...fuhhh...sedap!
selain daripada coffee dan free flow plain water, kat sini juga ada The Tapping Tapir Natural Soda...comel jer botol dia dan aku suka air ni sebab tak manis sangat...ada pelbagai jenis perisa seperti grapefruit & chamomile, hibiscus & lime dan apple & vanilla...selain tu ada juga pressed juice yang dijual di sini...memang menarik!
oh ye, sakan aku bercerita mengenai menu kat Cake Jalan Tiung ni sampai terlupa nak perkenalkan kaklong kawasan Klang nih...haaa sape lagi kalo bukan KakJem a.k.a Saidatul Nazla ni!hehehe beliau merupakan adik bongsu di kalangan kami yang muda belia nih...so dia sokmo perasan dia dongsaeng!pui...keadaan dalam cafe ni menjadi amat gamat bila dia ni sampai...kami bersembang tak pedulik orang dah...mintak maap la yer kat cafe ni...gelak memang tak hengat donia punya masa ni...hohoho kami lepak kat sini dari jam 12.45 tengahari sampai la kul 3.30 petang!sepanjang masa tu kami perasan orang non stop masuk ke cafe ni...memang kencang laaa bisnes diorang ni kannn...hehehe!lepas dah kenyang makan cakes dan gelak, kami pun berpisah dengan KakJem cikabom cikabom sebab dia ada open house nak kena pergi...
dannn ke manakah kami seterusnya?tungguuu next entry!kita nakpi beraya ke rumah blogger yang selalu mempunyai destinasi yang terpaling rare di muka bumi ini...haaa cuba korang teka siapaaa....hehehe!sape teka betul aku nak bagi....erm....bagi....kasih sayang jer lah!hahahaha!

Tuesday, July 28, 2015

Wordless Tuesday ~ Seminggu Beraya!

memandaikan aku tukar Wordless Wednesday ke Tuesday kan...pastu takde la wordless sangat...hehehe seminggu hoih bercuti raya, macam-macam program aku nih...terutama bersama keluarga kecil dan besar serta rakan-rakan sekolah dan cikgu-cikgu...masuk kerja semalam, lemau!hahaha aku share sikit laa gambar kat sini, sok senang anak cucu aku nak tengok cemana opah mereka berhari raya...gituuu...hahahaha!ok next, aku menanti jemputan rumah terbuka kawan-kawan dan terjah rumah pensyarah-pensyarah plak!hehehe!raya kan sebulan hoih...ni baru semingguuuuu..... =D