Sunday, August 31, 2014

MERDEKA MH57....Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.....

Salam semuaaa...tak lambat lagi rasanya nak ucap Salam Kemerdekaan buat semuaaa...tak dan nak wish awal sebab aku baru balik dari Penang & Perak petang tadi...pastu melepek kepenatan sampai ke malam...hehehe tapi gigih nak juga buat post kemerdekaan....malam semalam aku tido kat rumah sue di Bandar Seri Iskandar, Perak...rumah baru diaaa....jadi malam semalam, aku dengan dia keluar ke Ipoh untuk celebrate merdeka katanyaaa...hehehe saje laa nak berjalan sebenarnya kan....almaklum last sambut merdeka ke new year nih aku rasa masa zaman belajar dulu....gigih sampai ke KLCC bersesak-sesak...hehehe

semalam kami dinner di Dubliner's Cafe dulu...aku akan cerita details trip kerja + santai ni nanti...lepak makan dan borak sampai 11 malam...kakak-kakak kertu dah lama tak celebrate merdeka, lupa plak pasal jalam akan jammed giler!makanya gigih laaa tersangkut dalam jammed lebih setengah jam walaupun jarak nak ke Stesyen KTMB Ipoh tak sampai 1 km...sobsss....tapi dah namanya rezeki, dapat juga menyelit kereta betul-betul depan stesyen tu...dekat 11.45 malam juga la baru sampai...fuhhh ramai giler orang...tapi takde celebration apa pun...sebab nak hormati MH370 dan MH17...kitorang just lepak tengok orang ramai bersantai....budak-budak muda duk main skateboard la....tepat jam 12 tengah malam, ada laa bunyi bunga api sikit-sikit...pastu nyanyi lagu Negaraku dan Merdeka...semua pun inisiatif sendiri orang kat situ...layan je laaa...tak lama pun lepak, dalam 12.15 pagi, kitorang pun gerak balik ke rumah sue semula... =D 
pada 18 Ogos haritu pula, ada Majlis Kemerdekaan yang dirasmikan oleh YB PM kita...lokasi adalah di hadapan pejabat aku jer...iaitu Istana Kehakiman, Putrajaya...makanya ada laaa nama-nama paksa rela kena pergi kan...aku salah seorang yang terpilih untuk ke majlis ni..layan je laaa kan....meningkatkan semangat kemerdekaan sikit!sambil dengar ucapan YB PM serta menyanyi lagu Merdeka...memang meriah!
haaa gitu la kisah sambutan kemerdekaan aku buat tahun ni...dalam bergumbira, hati duk teringat juga pada mangsa dan keluarga MH17...sedikit demi sedikit jenazah yang dibawa pulang ke Malaysia...baki jenazah yang belum dikenalpasti dikatakan telah memasuki fasa sedikit sukar untuk pengecaman mayat...perlu bergantung kepada DNA test...Allahuakbar, semoga semua keluarga bertabah dan redho dengan dugaan ni...seluruh Malaysia mendoakan mereka....dan lately aku banyak dengar teori konspirasi pasal Malaysia yang menjadi sasaran pihak-pihak berkuasa besar dunia...jauh kat sudut hati, ada gerun juga....semoga Allah terus lindungi Malaysia, negara tercinta...semoga kita terus mengecap nikmat kemerdekaan ini dan tidak kembali dijajah seperti dulu kala....dan untuk diri sendiri, aku harap aku dapat merdeka kan diri aku dari sifat-sifat tak baik dalam diri aku nih....semoga aku akan menjadi insan yang lebih baik kelak...untuk korang semua juga, aku doakan semoga semuaaaaa MERDEKA!

Monday, August 25, 2014

Airasia Free Seat!

haaa mesti ramai yang tengah duk bersengkang mata mencari tiket murah kan malam ni?eh ke takde?semua dah tido awal ker...hahaha sebabnya agak mudah aku usha tiket malam ni...jarang sekali masuk waiting room tu...tapi bila dah senang nak usha, harga tiket pada tarikh yang dikehendaki pulaaaa tak memberangsangkan!rata-rata tiket, destinasi dan tarikh yang aku nak semuanya mahal-mahal...macam takde promo pun...sobss....ini membuatkan keinginan mencari tiket untuk trip tiup lilin tahun hadapan menjadi semakin pudar...huhuhu macam mana ni?mana nakpi untuk tiup lilin tahun depan....sobsss....ada sape-sape dah dapat tiket?meh sini jeles kan aku...hehehe

Friday, August 22, 2014

Hari Berkabung Negara: 22 Ogos 2014

pagi tadi, masuk kereta dengar radio menyebabkan hati dan jiwa meruntun jer....hari ini merupakan hari berkabung buat negara kita....hari 'kepulangan' jasad mereka yang terkorban dalam tragedi MH17 ke tanahair....Alhamdulillah semua jenazah daripada Amsterdam dah selamat sampai di KLIA pagi tadi...masa istiadat penghormatan jenazah dijalankan, aku tengah meeting...tapi sempat juga aku larikan diri kejap masa hujung-hujung istiadat nak selesai tu...ramai juga yang join sekali duk depan tv kat pejabat aku...sampai big boss pun datang join...siap suruh semua bertafakur selepas pintu van jenazah terakhir ditutup...sayunyaaa....sedihnyaa....kematian itu pasti...cuma kita sendiri tak tahu macam mana saat kita datang kelak...tapi dalam tragedi yang kita lihat ni, tersembunyi hikmah buat mangsaaa....bayangkan seluruh Malaysia bahkan dunia, mendoakan kesejahteraan mereka di sana, solat jenazah buat mereka...semoga Allah menempatkan mereka di kalangan orang yang beriman...Syurga buat mereka yang terkorban...
aku juga doakan semoga baki lagi mangsa MH17 dapat dicam dan dikebumi dengan segera...dan semoga keadilan buat mangsa-mangsa MH17 dapat ditegakkan kelak!Aminnn....dan takkan dilupa jugaaa...buat MH370....walau di mana juga ianya berada, semoga sentiasa di dalam rahmat Ilahi...permudahkanlah ya Allah urusan untuk mencari MH370...Aminnnn!

Isnin lepas aku join Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibarkan Jalur Gemilang bersama PM di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya....terdapat board memperingati MH370 dan MH17 di situ...aku tak lepas peluang memberikan sedikit kata buat keluarga mangsa...semoga mereka terus tabah!
mereka mungkin bukan ahli keluarga kita, bukan sahabat kita....tapi kita rakyat malaysia....sama-sama turut merasakan kesedihan daripada 2 tragedi ini...dan ianya turut melibatkan MAS yang selalu dekat di hati kita...dan yang paling memberi kesan kepada aku adalah kerana aku seorang yang agak kerap ke awan biru...walaupun bukan bersama MAS, tapi tetap memberi kesan yang mendalam...mati itu pasti...tak kira di atas darat, di tengah laut atau di awan biru...semoga Allah melindungi kita semua daripada segala mala petaka dan musibah....semoga diberikan kita pengakhiran yang husnul khatimah...Aminnn.....

Tuesday, August 12, 2014

08082014 : Hari Selera Omputih : Fuel Shack, Ayer@8, Putrajaya & Big Brother Restaurant, Bangi Gateway

Fuel Shack, Ayer@8, Putrajaya

jumaat lepas kitorang duk pusing-pusing mana nak makan tengahari..budak-budak ni kata nak cari makanan ringan sebab dah makan mihun sebelum tu....so pusing punya pusing, aku teringat kedai burger Fuel Shack kat Ayer@8 tuh...haaa apa lagi, terus la ke sana bersama knora, asie, dayaho dan lin...sampai jer, mak aihhh panjang orang beratur sampai keluar kedai!huhuhu agaknya semua orang boikot mcd kot?tu ramai datang ke sini demi mencari burger...huhuhu nak tak nak, terpaksa bergigih la beratur sambil layan tengok menu dia yang macam best jerrr tuh...takde la lama giler beratur tu, sampai je turn, kami pun order...aku ambil lamb burger dan cheese fries...
lepas dah order kami duk tunggu makanan...dia main panggil nama je nanti...dah macam dekat klinik plak aku rasa...dah le ada meja kat luar, tak dengar sangat la kot...tu duk ulang jerit nama orang sama...ada tu paling best, salah nama...sebab pakcik yang ambil order tu salah tulis nama...nama asie pun jadi atilia...takleh blah...hahahah lama sikit la tunggu turn nak dapat makanan...tapi sebab kitorang lepak sambil merepek-repek so tak terasa lama sangat...tiba masa nama kena jerit, sila la ke kaunter untuk ambil makanan...aku rasa better dia buat sistem nombor macam kat klinik tu jugak...senang untuk orang kat luar, dia pun tak sakit tekak duk jerit....
untuk burger aku, aku rasa kurang juicy sikit...tapi boleh laaaa....yang ambil aloha chicken la, burger ayam apetah lagi semua cakap sedap...even burger dia pun besar...memang kenyang laaa...lin ambil double dawg pun sedap gak katanya...cuma lain kali taknak letak mustard sauce tu jer...cheese fries agak sedap...cuma kalo dia panaskan fries tu sampai cheese meleleh lagi meletop kot!hehehe overall ok la makanan kat sini...nak kata meletop sangat takde la..tapi aku nak pergi lagi next time...nak cuma menu lain pula...aku tengok ada ayam goreng...tengok ramai gak yang makan ayam goreng masa aku pi tu...so harusss cobaaa nanti...

Big Brother Restaurant, Bangi Gateway

balik kerja pila aku terus menuju ke Bangi...dah janji dengan family nak belanja diorang makan...sebenar tarikh 8 Ogos ni adalah anniversary mak abah aku....sebab tu aku saje nak belanja diorang...tapi end up, abah aku ada reunion raya ngan dak skuad dia, anim ada audit so takleh balik awal dan na ada urusan dengan kakak dia...makanya cuma aku, mak, abang, adik dan zara saja yang pergi makan bersama-sama....memula aku nak makan di Burgerbyte...kedai Zizan Razak tu...tapi tak jadi, aku ke Big Brother Restaurant yang terletak di dalam Bangi Gateway....
sampai je agak keraguan sebab tengok kedai takde orang...tapi sebab dah masuk, order je la kan...kitorang order onion ring, lamb chop, lamb rack, chicken burito dan beef burger....total makan adalah RM146...overall makanan ok laaa...kambing dia lembut giler...cuma sos tu pada aku biasa jer...tak berapa nak inggeris sangat...lebih kemelayuan sikit...hehehe adik cakap burito dia sedap...mak pulak cakap burger tu biasa saja....zara plak cakap dappppp oreo yang dia makan....sampai ada shisai kat mulut dia...hehehe

Thursday, August 7, 2014

Sempoi Trip to Surabaya Day 1 Part 1


trip ke Surabaya ini merupakan trip tertangguh daripada tahun 2013 gara-gara dedikasi memilih untuk mengundi daripada travel...hahaha cerita penuh tundaan trip adalah di sini dan sini....Alhamdulillah tak lama dari penangguhan trip, berjaya gak aku rembat lagi sekali tiket murah ke Surabaya...RM103 untuk return ticket...murah kan?kan?rezeki... =D

berbalik kepada trip yang giler sempoi ini....pada 30 April, malam sebelum penerbangan kami, sue dan dini sampai umah aku agak lewat....dah lebih jam 12 tengah malam kot...sampai rumah aku baru nak siap-siap, nak borak-borak....macam-macam cerita kan...makanya kami tido dah dekat jam 2 pagi...aku tak tutup lampu, takut terlajak tido!jam 3 pagi dah kena bangun untuk mandi dan bersiap sebabnya aku dah booking teksi untuk bawa kami ke LCCT pada jam 4 pagi...ini merupakan trip terakhir aku yang berlepas dari LCCT...sentimental plak kan....sesampai di sana, kami setelkan urusan document checking dan kemudian lepak di Old Town makan nasi lomak...
dalam jam 5 pagi, kami pun masuk ke boarding hall...sempat solat dulu dan boarding pada jam 6.30 pagi...masa ni dah perasan gelap je langit...mendung nak hujan...dari boarding hall sampai ke seat, kami duk sakan bercerita pelbagai teori mengenai MH370...almaklum masa ni kejadian tu masih hangat lagi...dalam duk cerita, aku duk seriau memikirkan perasaan orang dalam tu kalo dia sedar flight tu dah nak terhempas ke apa ke....huhuhu memang menakutkan!terus terbayang-bayang wajah penumpang dan anak kapal MH370....huhuhu selepas sejam take off, kami dah mula rasa ngantok dan masing-masing nak tido kejap....
sedang baru aku nak lelapkan mata, sambil pandang ke luar tingkap....tiba-tiba aku tekejut dengan bunyi dentuman kuat!berserta letupan berapi di sayap kapal terbang!depan mata aku nampak sendiri api tuh...masa ni rasa nak luruh jantung aku!terus aku terbayang flight nak terhempas dah....1st thing keluar dalam kepala aku adalah calculation ketinggian flight!bengong kan...pastu terus teringat mak aku yang selalu bebel pasal aku suka travel....pastu mesti aku adaaa je menjawap ke dia....hohoho memang masa tu cemas sampai kuat aku pegang kaki sue!dini plak terus panggil steward!steward datang dan menenangkan kami cakap takde apa...tu kilat je tuh...kapal terbang kita ada sistem penebat kilat...blaaa....blaaa....blaaa....gitu penerangan dia...kitorang tetap cuak okeh...tapi yang pelik semua orang lain diam jer....kitorang je kalut lebih...terus berduka lara je lepas kejadian tuh...nak tido pun dah tak boleh...kecuakan melampau!huhuhu
tak lama lepas tu, kami tengok kat luar dah makin terang...dah takde dah gegar-gegar lagi....Alhamdulillah dah lega sikit rasa...tapi still ada rasa cuak-cuak lagi...dan-dan masing pun mengeluarkan hp dan berniat untuk membaca surah yassin...gitu keinsafan yang diperolehi dari kejadian ini...
tapi....baru nak baca bismillah, tetiba datang si ketua pramugara duk berborak ngan kitorang...tetiba je dia duk bagi kitorang tengok video anak dia tengah feeling nyanyi lagi frozen...lepas tu macam-macam cerita airasia kitorang korek dari dia....masuk plak cerita MH370 dan macam-macam lagi cerita lain kitorang borak!paling takleh blah tu, dia boleh melanguk kat sebelah dini tu lebih sejam kot!kejap kang lalu troli makan, dia berdiri jap senget-senget badan...pastu kang lalu lagi troli jual barang...tetap dia sibuk gak nak bercerita lagi...hahaha sampai last sekali steward yang datang kat kitorang masa kilat tu datang tegur sakan borak, nak join boleh...hahaha pastu dia siap buka cerita, masa kitorang panggil dia tadi, dia pun cuak sebenarnya...sebab dia pun 1st time face menda tu...hahaha cehhh gaya menenangkan kitorang macammm cool abes!hahaha aduhai...sekali dekat nak landing, pilot panggil ketua pramugara ni...dia pun pergi la...so kitorang bajet nak sambung baca yaasin...sekali kejap je dia pi, dia datang lagi kat kitorang...haha siap minta nama penuh lagi tuh....tiba masa nak landing baru dia blah...
masa dah landed jer, sambil flight tu berjalan atas landasan...tiba-tiba ketua pramugara buat announcement selamat datang semua kan...last sekali tetiba dia cakap dia nak nyanyi!hahahaha!kitorang dah gelak gila masa ni...sekali dia buat ucapan nyanyian ditujukan untuk semua penumpang terutamanya 3 penumpang paling sporting iaitu.........sambil sebut nama penuh kitorang!hahahaha gelak giler kami masa ni..terhibur sungguh...terus terlupa kejap kenangan pahit di atas udara tadi...pastu masa nak keluar sempat la bertukar FB...dan sehingga sekarang, kami masih berkawan di FB...rumah dia sejengkal jer dari umah aku rupanya weh...hari-hari balik rumah aku lalu rumah dia dulu...hehehe

dan tepat jam 8.30 pagi waktu Indon kami tiba di Juanda International Airport...cantik sungguh airport ni, baru lagi...sebelum keluar sempat la ke toilet yang cantik tuh...tapi air takdak...hadoilaaa....gigih cari toilet lain pula yang ada air...last-last kaunter imigresen dah tutup dan semua orang dah keluar!nasib baik bila diorang nampak kami tu, diorang buka balik kaunter...huhuhu keluar je dari balai ketibaan, tetiba kami didatangi seorang lelaki cina yang agak muda...ceyyy mati-mati aku ingat mr wong nih orang tua tau!sekali muda...leh panggil oppa wong jer nih....kemudian kami menuju ke kereta dia...hari ni dia sendiri akan bawa kami pusing-pusing surabaya...petang nanti baru dengan pak supir kami....mr wong ni orang sarawak tapi dah lama duk surabaya sebab kawin dengan orang sana...so dia buat bisnes supir-menyupir ni la skang....tapi dia bos la, dia ada staff yang jadi supir...tapi kadang-kadang dia turun padang join orang gak...kalo korang nak contact dia boleh melalui FB dia.......

keluar je dari kawasan airport, 1st sekali aku ajak dia ke Lotte Mart yang terletak berhampiran airport ni...niat di hati nak mencari milkis!sebab aku jumpa di bandung dulu....so bajet kat sini pun ada...tapi takde rezeki...tiada milkis di Lotte Mart ini....sobsss....kuciwa.....
sebenarnya aku takde la prepare sangat dengan trip ke Surabaya ni...yang aku tau nakpi bromo jer...so bila mr wong tanya nakpi mana, aku cakap tak kisah...dia ajak pergi shopping tapi kitorang memang bawak duit cukup-cukup jer, taknak shopping...cakap ngan dia kitorang suka layan tengok-tengok pemandangan...malas nak shopping...jadi dia bawa kami ke Masjid Nasional Al-Akbar...cantik masjid ni dan besar...kami just ambil gambar dari luar je, tak masuk dalam pun....sambil layan pemandangan orang surabaya lepak di pagi hari di luar kawasan masjid tu...
dari depan masjid tu, mr wong ajak kami ke Menara 99 Meter yang terletak di bahagian tepi masjid tu pula...kami ikut kan je laa...sampai sana, nak naik kena bayar Rp5,000 seorang...memandangkan kami semua takde duit kecik...semua Rp100,000 je kan, mr wong tolong bayar kan dulu...
naik lif ke atas menara ni agak lama gak...gerun pun ye juga sebab tinggi sangatkan...gayat aku....sampai atas sana, memang tak besar mana pun kawasannya...layan pemandangan bandar surabaya yang agak crowded dengan bangunan...ada mini cafe kat atas tu...tapi masa nak beli air, takde plak orang yang menjaganya...kami tak spend lama sangat pun atas ni...terus turun ke bawah....
dari menara, mr wong tanya nak jalan ke Singapore of Surabaya tak...kami tak pernah dengar tempat ni, tapi sounds best kan...setuju je la...rupanya ni kawasan elite kat surabaya ni....nak masuk je kawasan tu kami disambut dengan belalai gajah...bak kata mr wong la..haaa ada ke rupa belalai gajah?hehehe
kat dalam kawasan tu ada tempat nama Citraland, Crystal Golf dan beberapa tempat lain lagi...kat dalam ni la ada monumen singa dengan mulut keluar air macam di singapore tu...sebab tu digelar Singapore of Surabaya kot...kawasan rumah orang kaya-kaya tahap gaban punya kat sini...design meletop-letop...aku masuk sini, feels dia sama macam kalo aku pergi masuk Tropicana kat Damansara tu...rumah besar-besar dan cantik...tapi tak nampak orang sangat...hahaha
tapi kat rumah besar-besar ni ada 1 perkara pelik kami nampak...walaupun rumah cun dari depan...tapi kalo tengok dari tepi atau belakang, mesti ada dinding simen yang tinggi....macam mencacatkan pandangan gakla pada aku...rupanya mr wong cakap tu untuk elak pencuri masuk...hohoho aku confuse...kalo camtu pencuri leh je masuk ikut depan kan?kan?
kat dalam kawasan ni gak banyak roundabout dan dibina monumen atau arca di setiap roundabout tu...kiranya memang menariklah sekitar kawasan Singapore of Surabaya ni...almaklum kawasan elite...dalam excited layan rumah cantik tu, lama-lama kami tewas gak...dah semalam just tido sejam jer!aku tengok budak 2 orang tu lama dah belayar ke alam mimpi kat belakang...aku je laa bersengkang mata layan mr wong borak...mr wong ni memang banyak cakap...tak berhenti...aku dah nguap-nguap pun dia tetap tak berhenti...hahahaha layan je la kan....
sampai laa akhirnya dia bawak kami lalu kawasan kedutaan US...dia cakap jangan obvious sangat ambil gambar sebab nanti polis dia datang kat kita tanya macam-macam...memang berkawal sentiasa la kawasan tu...hohoho lepas dah pusing-pusing tu, aku terus ajak mr wong pi makan...dah le penat, lapar plak kan....tapi tetap la dia nak bawa lagi pusing tengok rumah cantik-cantik...dia cakap sikit lagi...layan je laa...dia yang drive pun...tapi masa ni dah ngantok tahap gaban dah...tinggal mr wong jer excited sorang-sorang...hehehe bagusss dia nih...mayb sebab dia dengar kami cakap kami suka tengok pemandangan kot..tu abes semua pemandangan dia nak bagi kami tengok...
dan akhirnya, selepas abes seluruh kawasan Singapore of Surabaya tu kami jelajahi, mr wong bawa kami makan tengahari di Pondok Tempo Doeloe...restoran ni kelihatan agak mewah dan cantik...dekorasi dalam pun menyejukkan hati....kata mr wong presiden indonesia pun pernah makan di sini tau...haaa kau terus rasa macam orang kaya kat indon ni kan...
lepas tengok menu, kami pun order...macam-macam rasa nak makan kan...hehehe dan tak lama tu air pun sampai...mr wong ambil jus terung belanda...siap suruh kitorang cuba minum lagi...erkk tak masuk kat tekak aku....masam!dini suka terus tambah order jus ni....aku macam biasa kalo ke indon ni mesti cari teh botol atau jus jeruk...kali ni ambil jus jeruk...nyummehhh....sedap!sue plak ambil sprite susu...bajet rasa macam milkis sebab kecewa tak jumpa milkis tadi kan...sekali nan hado!manis sangat susu dia tuh!hahaha dan akhirnya dini ambil ABC...nyumnyum....

sambil duk teguk air, tak lama tu makanan yang diorder pula sampai...fuhhh penuh semeja dengan makanan yang diorder!ikan gurame goreng garing yang sedap meletop-letop....kambing bakar yang lembut dan sedap....sup rawon yang mr wong order nak suruh kami rasa....dan sayuran....memang sedap-sedap sangat makanan di sini...kenyang sungguh kami semua makan....total harga makan kami berempat di sini adalah Rp320,000 sahaja...ok la kan....tempat selesa dengan makanan yang sedap!berbaloi-baloi...
lepas dah kenyang makan...kitorang setelkan dulu beli kad pulsa a.k.a simcard dari mr wong ni...baguih mr wong ni semua dia ada...beg dia dah macam doraemon dah...siap ada pemotong simcard lagi tau...hahaha kami beli kad pulsa dari dia dengan harga Rp3,000 sahaja...ni 1st time aku keluar negara aku beli nombor tempat yang aku pergi...sebabnya kami bertiga nak berinternet di Surabaya...bajet nak live update dari Bromo nanti...gituuu angan-angan kan....
lepas tu kami meninggalkan restoran dan menuju ke Indomaret yang berdekatan sebab nak beli topup...kami beli topup sebanyak Rp100,000 dan mendapat 6GB kalo tak silap aku...aku pun dah ingat-ingat lupa sebab dah lama trip ni kan..tapi memang terlebih cukup laaa untuk 3 hari ni walaupun guna sampai 3 orang...kad dipasang di hp dini dan dia buat tethering...semua orang boleh guna internet...yezzaaa...haaa dah dapat internet, terus masing-masing diam dalam kereta...malas dah nak layan mr wong borak...hahahaha macam-macam mr wong kaco kitorang nak ajak borak....tak kena layan weh....hahahaha ok nanti kan sambungan kisah seterusnyaaa dalam trip kami yang sempoi ini...... =D