Sambungan dari:
Cảm ơn Vietnam :: Day 2.4 :: Al-Noor Mosque, Zaynab Restaurant, Night Market & Hoan Kiem Lake at Night, Hanoi
hari ketiga di Vietnam merupakan hari terakhir kami di Hanoi...bangun seawal 4.30 pagi untuk bersiap dan pada jam 6 pagi kami dah turun bawah untuk check out...masa sampai lobi, masih gelap...ada staff yang tido kat lobi tu, kesian pula kena kacau dengan kitorang...ingat nak terus keluar, sekali diorang suruh tunggu...gigih diorang pergi tapau kan breakfast untuk kami...alahai baiknyaaa...diorang bagi roti Bahn Mi, telur goreng dan pisang letak dalam 1 plastik...abes lembik roti nya...hehehe...tapi takpela, janji kesungguhan mereka tu buat kami terharu...terus masa nak keluar tu aku hulurkan baki USD pada diorang...seronok gila la diorang kan...haaa memang aku sangat puas hati dengan servis dan layanan B&B Hanoi Hostel ni...highly recommended!
keluar je dari hostel, dah ada kereta yang tunggu kami...aku dah booking dari awal dengan hostel dengan bayaran USD6 sehala...perjalanan dari hostel ke airport mengambil masa dalam 40 minit...duk dalam kereta sambil layan perasaan je laaa...sedih pula rasa nak tinggalkan Hanoi...aku suka Hanoi ni, buat aku rasa tenang jer...jumpa pun orang baik-baik, tak sombong...Hanoi meninggalkan satu kenangan manis lah dalam hidup aku...dan bila sampai je di airport, kami takleh check in lagi...tapi sempat la guna penimbang yang terdapat di situ untuk timbang-timbang luggage kot ada yang terlebih muatan...lepas tu melepak la layan kopi vietnam di kafe berhampiran kaunter check in...nasib baik ada free wifi, takde la boring sangat...
untuk terbang dari Hanoi ke Ho Chi Minh, aku dah beli tiket Jetstar dengan harga RM216.70 seorang...dan pada saat akhir aku tambah RM10.70 untuk 15kg luggage...saje la beli buat standby kalo-kalo ada yang terlebih muatan beg...nasib la harga murah kan...hehehe dalam jam 7 pagi baru la kaunter check in dibuka...masa check in tu tetiba staff tu tanya nak upgrade tak seat untuk ruang yang lebih besar dan selesa...masa ni aku terbayang seat ala-ala hot seat dalam Airasia tu je la...sebabkan harga murah iaitu VND60,000 seorang, aku terus setuju je...
dan bila dah selesai urusan check in, kami pun terus masuk ke boarding hall...toilet kat sini ada paip tau...seronok rasa hati kat Vietnam ni, kebanyakan toilet memang ada paip...i loike!dalam boarding hall memang melanguk main internet je la masing-masing sementara nak tunggu boarding time...
jam 8.15 pagi kitorang kena naik bas dari boarding hall menuju ke flight...haaa masuk je flight terus teruja hoih!rupanya seat kami depan sekali dan paling penting business class ru...hahaha walaupun business class Jetstar ni takde la mewah mana, yang penting seat 2-2 tu tau...besar dan selesa...jakun hoih kami bertiga sampaikan pakcik Singapore sebelah dini offer nak ambilkan gambar...hahaha...sepanjang 2 jam perjalanan tu nyenyak lah kami tido, tak terasa gegaran langsung...tapi sepanjang perjalanan ni takde serves any drink or food pun...rasanya kena order awal dan bayar macam Airasia juga...
dan akhirnya kami selamat tiba di Ho Chi Minh pada jam 11 pagi...lepas selesai ambil luggage dan singgah toilet, kami pun terus keluar dari bangunan airport...dalam kepala aku terbayang orang cerita keluar dari airport nanti macam serabut dengan pemandu teksi yang nak push kita naik teksi diorang...tapi bila keluar ni, tenang jer...takde sape nak push pun...masa ni baru tersedar yang kitorang turun di domestic airport, haruslah tak sama dengan pengalaman orang Malaysia yang turun di international airport tu kan...hehehe jadi bila dah bertenang-tenang tu, aku tukar plan dari nak naik teksi denga harga VND180,000, aku decided nak naik bas!follow je signage ke arah bus station...keluar dari airport tu terus lintas jalan dan ke kanan...akan lalu tempat teksi dan kita jalan jer sampai hujung sekali ada tempat tunggu bas...sempat double confirmed dengan mamat kat situ, and yes kami di tempat yang betul...kami kena tunggu bas no 152 untuk menuju ke Ben Thanh Market...
aku sempat borak ngan mamat tu tanya tambang berapa VND?mamat tu tak ingat sangat tapi dia cakap takpe nanti dia naik dulu dan beritahu kami berapa...tak lama lepas tu bas pun sampai...mamat tu naik dulu, lepas bayar dia pun cakap ke aku harga tiket VND5,000 seorang...ok dah tahu tu, sampai turn aku nak bayar, aku saja la buat tanya pemandu bas tu berapa, dan-dan dia cakap ke aku VND10,000!aku terkejut la...mamat tu dengar terus dia berkeras suh aku bayar VND5,000 je...dah bergaduh pemandu bas dengan mamat tuh!hohoho dan aku buat degil masukkan VND5,000 je dalam mesin tuh...hambik ko...hadoi aku baru jejak kaki kat sini dah nak scam aku pehal?dah le aku memang banyak baca cerita orang kena scam kat Ho Chi Minh...adoi...bikin spoil mood aku je tau...terus masa ni aku dah rasa tak happy dan teringat-ingat Hanoi yang best tuh...huhuhu...
perjalanan dari airport menuju ke bandar Ho Chi Minh mengambil masa dalam 30 minit...nasib baik mamat tu pun nak turun sama tempat dengan kami...so aku follow jer la dia...kami turun di station bas berhampiran Ben Thanh Market...dari situ jalan terus menuju ke arah Hotel Saigon Pink 2 yang terletak di Nguyen An Ninh Street atau lebih dikenali sebagai Malaysian Street...sebab apa namanya gitu, sebab kalo korang pi situ memang tak terasa duk kat Vietnam...bersepah orang Malaysia!hahaha credit to
Jari Manis atas map yang dilakarkan ini...memang terbaik untuk rujukan yang akan ke Ho Chi Minh...
sampai je di Hotel Saigon Pink 2 ni kitorang tak boleh check in lagi...kitorang tumpang letak beg dulu la kat situ sambil tu tanya-tanya apa yang patut kat staff di situ...tapi layanan sangat la hampeh!tak friendly langsung weh...sombong!sebelum datang aku tanya if diorang ada buat ground package or airport transfer, memang ada tapi mahal gila bila aku compare dengan company lain...melampau betul...mentang-mentanglaaaa hotel ko lokasi best, ramai orang malaysia duduk...kemain sombong...menyampah betul aku...huh!jauh betul beza dengan layanan di hostel di Hanoi aku duduk tuh...dah la murah, servis terbaik!
hati dah panas, perut pun meronta-ronta la minta diisikan...lepas dah letak beg tuh, kitorang pun keluar semula dari hotel untuk cari makan...kat sepanjang jalan depan hotel tu memang banyak gila kedai makan halal...pilih je la ikut kata hati...oh ya, masa kat lobi tu sempat jer sembang dengan orang malaysia...dia duk pesan jangan makan kedai tu, jangan makan kedai ni sebab mahal melampau...siap cerita bapak dia dah kena scam dah kat peniaga sana...hohoho sadis...tapi sebelum aku datang sini aku memang dah ready mental dengan harga makanan yang mahal ni...jadinya bila sampai sana, takde la terkejut sangat...hehuuu...untuk makan tengahari pertama kami di Ho Chi Minh ni kami memilih Restoran Hajah Basiroh yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia yang datang ke Ho Chi Minh ni...
masuk jer kedai dah rasa kat Malaysia dah...hahaha pekerja kedai pun boleh berbahasa melayu...memang senang la kan...dapat tempat duduk terus usha menu dan order...kat kedai ni sekali lagi aku panas hati...mamat gemok yang ambil order kami kurang hajar!boleh tak masa member aku nak tukar order tu dia naikkan suara?aku dah macam berasap gak masa tu...rasa nak sepak je dia nih...mentang-mentang pelancong ramai datang makan sini, suka-suka hati kooo je kan nak marah customer...weiii panas hati aku!tak lama lepas tu makanan pun sampai...mamat amek order tu memang besar kecik je aku tengok...cuak agaknya tengok pandangan mata aku ni, lepas tu kemain sopan santun dengan kitorang...puiii!makanan kat kedai ni biasa jer laaa pada aku...macam makanan kat malaysia jer...kami order nasi putih dan ambil lauk ayam...aku punya ayam masak merah tu harga VND90,000...harga tak masuk nasi dan sayur lagi...memang mahal la kan...tapi dah lapar, makan jer la tanpa banyak cerita...
lepas dah kenyang, liana stay di lobi hotel sebab tak berapa sihat...aku dan dini meneruskan perjalanan ke De Tham Street...dalam 1 km gak la kena jalan...De Tham Street ni adalah kawasan backpackers...so kalo ke sini memang akan nampak banyak hostel dan tourist company...tujuan kami ke sini adalah untuk ke
The Sinh Tourist untuk buat reservation day tour kami nanti...tak susah pun nak cari kedai dia ni sebab antara yang besar dan banyak bas depan kedai dia...kat sini sekali lagi aku panas hati...budak pompuan yang layan aku tu ok jer, tapi mamat baju kuning tu sangat la kurang hajar...adoi nasib tak baik asyik jumpa orang rude je kat Ho Chi Minh ni...dia siap buat muka dan jawap dengan nada kasar bila aku tanya pasal halal food...hampeh betul...again, mentang-mentang company dah famous...choi sangat...
dengan The Sinh Tourist ni aku ambil 2 pakej iaitu My Tho and Ben Tre (Mekong Delta) 1-day tour (VND219,000) dan Cu Chi Tunnel 1/2-day tour (VND79,000)...lepas dah setel bayaran dan diberikan travel voucher ni, diorang berikan kami sehelai tshirt dan keychain...tapi sebabkan hati dah terluka, balik bilik aku campak kan ajer free gift tuh...huh...
sampai je bilik dah boleh check in...aku booking bilik ni melalui Agoda dengan harga RM180.50 per malam...kami duduk sini untuk 3 malam...harga memang mahal la, tapi sebab lokasi strategik, pejam mata jer laaa...bilik dia basic jer laaa...semua pun ada tapi wifi lembab sikit...mungkin sebab ramai orang kot...tapi paling tak best, langsung takde iron dalam bilik mahu pun di luar bilik...cehh...tak traveller friendly betul...apa laaa salahnya sediakan sebijik iron, letak kat common room ke...nak huntong lebih jer la ni...huhuhu penat betul rasanya asyik nak marah jer bila sampai Ho Chi Minh ni...baru separuh hari duk sini, dah macam-macam benda memanaskan hati aku...hati aku asyik compare jer Ho Chi Minh dengan Hanoi...huhuhu...
oh ya, masa aku balik dari De Than Street tu, aku terserempak dengan booth Saigon Opera House...sebelum datang Ho Chi Minh memang aku ada plan nak layan AO Show, tapi bila check show tu takde masa aku datang...diorang gantikan dengan The Mist...sebabkan yang famous AO Show, so aku keluarkan la dari program nak layan opera nih...tapi bila dah terserempak dengan booth ni, terasa nak layan pula kan...tapi sebab harga dia agak mahal dan tak masuk dalam plan dan bajet asal, aku nak kena balik bilik dulu la bincang dengan dini dan liana...nasib baik budak booth tu willing hantar tiket ke hotel kalo aku nak...haaa bila sampai hotel, aku bincang dan paksa rela diorang join aku untuk tengok show ni...hahaha ye la, yang banyak study aku...kalo diorang tak follow aku, mana diorang tau sangat jalan kat sini kan...hehehe lepas tu terus aku call budak tu dan tak lama tu dia sampai dan bawa tiket yang berharga VND504,000 seorang...
setel dapat tiket, baru laaa aku boleh bersenang-lenang merehatkan badan dan minda yang penat hari ini...kena recharge tenaga sebab petang ni nak meronda bandar Ho Chi Minh pula...harap-harap laaa lepas ni yang indah-indah saja menanti kami di Ho Chi Minh...hehuuu....