aku tak pernah review pasal novel dalam blog ni...biasa aku cerita pasal makan dan travel...sikit-sikit aku merepek dan merempan juga cerita pasal aktiviti aku yang lain seperti hiking, running dan stargazing...so kali ini aku nak review sebuah novel bertajuk Antara Langit, Bumi dan Dua Hati yang ditulis oleh M Hany Hisham...kenapa tetiba nak review?sebabnya novel ni banyak berkaitan dengan travel!so haruslah taknak lepas peluang share dengan pembaca blog ni kannn...haaa okey meh nak bagi review cara DJ...kita belasah jer!hehehe...
aku sebenarnya dah dengar nama penulis novel Antara Langit, Bumi dan Dua Hati ni dah lama, maybe pertengahan tahun lepas bila Azra dan Dzuli duk sebut-sebut sebab diorang saling berkongsi maklumat dan cerita mengenai NZ dan Australia...dan sebab member-member aku duk sebut-sebut nama penulis ini la, akhirnya aku pun start follow Instagram M Hany Hisham dan tengok dia duk promote novel dia...kawan-kawan ada plan nak beli novel ini, so pernah la kitorang pergi mencari di beberapa tempat tapi tak jumpa...sampai ada plan kononnya nak jumpa terus beramai-ramai bersama penulis dan beli direct novel daripada dia sekaligus dapat sign autograph...tapi perancangan demi perancangan gagalis...hahahaha
dek asyik bertangguh, last sekali Azra beli sebuah novel secara online untuk dihadiahkan kepada Mrs yang nak operate pada awal Disember lepas...masa tu kami semua secara berjemaah buat ucapan untuk Mrs kat novel tuh...masa tunggu Mrs keluar dari operation room tu, sempat gak aku baca belakang novel dan mukasurat pertama novel ni, aku macam terkaget jap sebab puitis sangat pada aku bahasa dia...ada juga penggunaan ayat yang aku tak faham maksud dia, siap tanya Azra dan Dzuli serta Google maksud semilir dan pawana masa tu...hahaha aku ni memang fail la kan bab bahasa macam ni, tengok cara aku menulis kat blog pun tau dahh bahasa aku level berapaaa...
dan lepas tu terkubur hasrat nak baca novel ni...memasing busy meneruskan hidup...ecewah...sampai la pada awal Februari rasanya, Ab pergi bersua muka dengan M Hany Hisham dan terus beli novel dia...siap dapat sign kau...pastu gigihkan membaca dalam masa 1 hari dah abes!gila lah 400 mukasurat mampu baca dalam sehari...siap review baikk punya...terus laaa aku terasa nak membaca juga...
tapi nak pergi membelinya memang tak la aku ni, memang seingat aku, aku tak pernah beli novel...beli buku sebab terpaksa ada la kot dulu masa kat univerisiti...hahaha sebabnya aku lemah dengan buku, pemalas belajar kan...macam ni laaa...hehehe so aku pun pinjam la kat Ab novel tu...dari awal March dah pinjam dah...balik rumah aku baca 3 mukasurat pertama jer, lepas tu aku letak tepi...rasa macam berat aku nak hadamkan, berbunga sungguh ayat dia...kalo orang marhaen macam aku ni cakap, ini dah tahap kesusasteraan level dewa dah ni...hahaha...
pastu tersadai laaa novel tu kat tepi katil seketika...sampai laaa Isnin lepas aku tergerak hati nak baca balik novel tu...balik dr jogging dalam keadaan penat gila, aku sempat baca 20 mukasurat...lepas tu aku ngantok...awal ni aku rasa macam tak best gak...rasa macam panjang dan details nya explanation penulis dalam blog ni...awal tu banyak cerita pasal kerja dia...tapi maybe ada orang suka je baca details, tapi being me yang gelojoh ni, aku nak cepat tau cerita je...tak penyabar!pastu aku macam malas nak baca dah...tapiiii tetibaaa aku terbaca review di Instagram penulis...terasa pembaca ni macam aku...payah nak hadam di peringkat permulaan tapi enjoy lepas seketika?haaa terus aku rasa nak sambung membaca novel tuh...
dan Selasa lepas, balik rumah awal dan terus melingkar atas katil membaca novel!dann surprisingly aku takleh berhenti!hahaha gigih tau...dari petang bawak ke malam!bila dia masuk bab perjalanan di Utrecht, Netherlands...ya ampun details penerangan penulis mengenai tempat tersebut, seolah-olah aku tengah berada di sana!lepas tu aku siap Google Image tempat yang dia ceritakan...ini semua telah membuatkan jiwa sang pengembara ini meronta-ronta ingin berkelana...ecewah kemain ayat aku kan...kahkahkah walaweiii...aku gigil lah!aku jadi teruja baca novel ni...terus aku berangan nakpi minum kopi tepi terusan Utrecht...pastu dia masuk pergi Amsterdam, aku berangan naik beskal kat Zaanse Schans...eh ni payah kalo aku baca novel ni...aku kuat berangan!hahaha tu belum lagi dia masuk cerita Belgium dan Switzerland...haaa serious lah, hati ni macam kena jentik, kena geli tau masa part kat Switzerland...menggeletis sangat aku rasa weh...kahkahkah oh maafkan perlakuan aku...tapi seriously baca novel ni rasa nak pack beg sekarang juga, lupakan terus seketika semua tanggungjawab di Malaysia dan berkelana di bumi Eropah!tanpa specific itinerary...just enjoy the moment sambil-sambil berharap bertemu sang jodoh. Eh. hahaha pandai gila penulis ceritakan mengenai sesuatu tempat tu...menggoda jiwa sang pengembara ni...tak sedar, seronok sangat baca sampai ke mukasurat ke-300 dah...dan saja aku taknak abeskan baki 100 mukasurat lagi...sebabnya nak bawa baca di tempat yang best...hahaha...sambil fefeeling piknik di Switzerland. Eh!
dan semalam, gigih bawa novel ke opis...sebab dah ada plan baik punya nak lepak lepas opis nanti baca novel...hahaha lepas kerja, terus pi carik kopi dan kek sebagai peneman nak membaca novel...nampak langit dah gelap masa ni, tetap positif dan berdoa moga tak hujan...pikir punya pikir, decided nak lepak di Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya...mengadap tasik buatan manusia di Putrajaya ini...
aku ni sebenarnya jarang melepak sensorang...rasa awkward dan malu...tapi sebabkan port ni tak ramai orang dan sedikit terlindung...jadi layan plak...dah la angin petang sangat laaaa menderu-deru...memang asyik weh...layan baca novel sorang-sorang...sambil minum kopi dan makan kek...hehehe 100 mukasurat terakhir ni banyak alkisah hubungan hero dan heroin...masa ni aku dah tak fokus sangat pasal cerita tempat-tempat tu sebab dah tak sabar nak tau apa jadi pada mereka!ada laaa part yang aku duk sroot sret sensorang masa ni...nasib takde orang nampak...hahahaha...
dan akhirnya lebih kurang sejam, aku berjaya menghabiskan baca novel Antara Langit, Bumi dan Dua Hati ini...yezzaaa...habis jugaaa...tak sangka sebab dah lama gilaaa tak baca novel!hehehe so overall sebagai orang yang suka travel, aku rasa penerangan penulis mengenai sesuatu tempat kat dalam novel ni memang terbaik!memang as pembaca aku siap dapat bayangkan keindahan dan bestnya tempat tu semua, dan of course dengan bantuan Google Image lagi jelas bayangan dan imaginasi aku...dannnn aku rasa kalo copy paste cerita travel dari novel ni, siap dengan where to go, how to go, tips nak ke sesuatu tempat semua tu, harga tiket pengangkutan etc...mau siappp sebuah itinerary weh!complete!hahaha dannn bab cinta cintun tu, ok la pada aku...takde la drama sangat, ada part aku touching la jugaaa...berderai sikit la airmata...hehehe tapi just nice...takde la sampai aku fefeeling teresak-esak sampai tak cukup nafas macam tengok drama hindsutan...in real life pun benda ni could happen...temui cinta sejati when we less expect it...gituh...tapi masalahnya aku dah berharap ni tau...nakpi travel Europe dengan niat moga bertemu Firman Mukhlis Ummar akuu....Eh. Acanerrr...hahahahahaha...
ok lah tu je nak cerita...panjang plak kan...aku sebenarnya tak reti nak review novel...mana reti nak komen pasal penulisan orang sangat...tak pandai sangat tang bahasa aku ni...hahaha so korang kalo rasa-rasa nak membeli dan membaca novel Antara Langit, Bumi dan Dua Hati ni, boleh laaa usha Instagram M Hany Hisham or blog beliau okay...dapatkan cara di mana dan bagaimana nak perolehi novel ini...okay korang, selamat membaca!nahhh kasi layan sikit gambar sunset yang indah sempat aku rakam selepas selesai membaca novel...asyikkkk banget!