pada November 2015, hehehe aku ada mesyuarat cawangan kat Alor Setar, Kedah...so ramai la kan kawan-kawan seprofesion yang memeriahkan mesyuarat yang diadakan di Holiday Villa Hotel, Alor Setar...masa ni konon-konon fit lagi, so 1st time pi mesyuarat bawa baju sukan dan kasut tau...hahaha gigih beriadah!
dah nama pun Food Technologist kan, so dalam mesyaurat kali ni siap ada lawatan ke kilang ayam!aku 1st time pergi kilang ayam ni...tapi yang berskala kecil la...tapi ok jer untuk gain knowledge kan...sambil jumpa kawan-kawan yang dah lamaaa tak jumpa...
selesai jer meeting pada tengahari Khamis, terusss geng-geng ibupejabat bersiap nak balik ke rumah...dah plan awal ada yang naik flight, ada yang naik kereta...aku pergi naik flight tapi balik naik kereta dengan Irma, Asie dan Zu!haaaaa nama jer nak balik kan, tapi haruslah banyak persinggahan dalam kepala ni...orang lain, naik kereta dari Alor Setar ke Putrajaya makan masa dalam 5-6 jam jer...tapi kitorang sampai 3 hari 2 malam kauu nak sampai Putrajaya...hahahaha...pertama sekali, dah selesai check out, kitorang terjah Pekan Rabu dulu...rupanya dah berpindah tempat ke kompleks yang baru dan lebih cantik...layan laa tengok dalam dan luar kompleks...benda wajib beli adalah ikan pekasam!hehehe...
dari Pekan Rabu kami menuju ke Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang, dalam 8 km dari Bandar Alor Setar...bentuk bangunan muzium ni dikatakan inspirasi daripada gemai padi...aku pun tak pasti gemai padi tu macam mana, tapi aku suka bangunan ni, nampak lain...bangunan warna keemasan padi, dihiasi plak dengan bukit batu kat belakang dia tu, iaitu Gunung Keriang...memang cantik!
sebanyak RM5 bayaran dikenakan untuk dewasa masuk ke dalam Muzium Padi ni...kalo kanak-kanak dan pelajar sekolah, cuma RM2 sahaja...murah sangatlah....masuk je dalam muzium ni, kitorang terus menuju ke Puncak Gunung Keriang...eh replika je laaa...naik 59 anak tangga menuju ke Aras 3...
rupanya kat atas ni, ada mural mengenai panorama dari atas Gunung Keriang zaman dolu kala...cantik weh pada aku lukisan ni yang menggambarkan perkampungan tradisional dan sawah padi yang luas terbentang saujana mata memandang...memang keliling 360 darjah lukisan tu...hehehe...cantik dan mengasyikkan!mural ni dikatakan yang terbesr dan tercantik di Malaysia...dan platform tempat kita berdiri tu berpusing secara perlahan-lahan...so duk lepak tak gerak pun leh layan view...
habis melayan perasaan di atas 'Puncak Gunung Keriang' tu kitorang pun turun ke Aras 2 untuk melayan informasi yang ada mengenai padi di Malaysia dan luar negara...banyak maklumat yang diperolehi dan dibincangkan masa ni...almaklum semua food technologist kan...seharusnya muzium berkaitan makanan serta jalan-jalan cari makan menjadi agenda trip kali ini...hahaha...
then kitorang turun ke Aras 1 di mana terdapat maklumat mengenai sejarah penanaman padi di Kedah dan banyak lagi informasi mengenai variati padi, peralatan pesawahan yang tradisional, tempat membanting padi dan macam-macam lagi lah...hehehe
dan kat Aras 1 ni juga ada Kedai Cenderahati...haaa leh la nak carik souvenir tu...adalaaa diorang jual fridge magnet, makanan ringan, baju, buku, mug, kraftangan dan sebagainyaaa...aku takde beli apa pun, usha-usha gitu jer...hehehe
dan lepas melawat Muzium Padi, kami pun terus bergerak ke destinasi seterusnyaaa...tapi dalam perjalanan, sempat laaa singgah minum petang di Sungai Dua, Pulau Pinang...mana lagi kalo tak ke Medan Selera Sri Tambang!nak melayan mee dan nasi goreng udang!tapi kali ni pesal tah, rasa kurang umpphhh mee goreng dia...tukang masak lain gamaknyaaa...hehehe
perut dah kenyang, ayuhh kita meneruskan perjalanan menuju ke destinasi berikutnyaaaa iaitu Taiping, Perak!malam pertama kami akan bermalam di sini...terasa jauh plak nak balik terus Putrajaya terus kan...hehehe ye lah tu, yang sebenarnya gatal kaki sangat nak berjalan...hahaha!
nice sharing
ReplyDeletetq
Delete