Tuesday, September 30, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 2.3 : Arked Tg Dawai, M Season Boutique Hotel & Dataran Ikan Bakar, Sg Petani


dari Lembah Bujang kami meneruskan lagi perjalanan ke Tanjung Dawai pulaaa....yeay salah satu tempat dalam misi menjejak cinta pantai merdeka!hehehe kami terus menuju ke Arked Tg Dawai...kat sini ada banyak jual seafood kering tu...harga tak pasti sebab kami tak tengok pun...sebab terus cari kedai untuk menghilangkan dahaga...sambil tu layan juga laksa dan nasi goreng ayam....nyum-nyum...
pada asalnya kami ingat Pantai Merdeka berada berhampiran Tg Dawai ni...sekali bila tanya orang, baru realise Pantai Merdeka adalah berhampiran Kota Kuala Muda tadi, di mana tempat kami snap gambar signage nya sebelum ini....ahhh sudah...sadis!memang dari Tg Dawai ni boleh nampak je Pantai Merdeka tu di sebelah laut sana nun!sebab ni kawasan muara kan...dan boleh je naik bot 5 minit ke sana...selepas pikir punya pikir, kami decided untuk tidak ke Pantai Merdeka...sedikit kecewa sebab salah satu tempat dalam misi tak dapat kami jejaki...sobssss....
dan selepas dah kenyang, dalam 3.45 petang kami pun meneruskan perjalanan ke arah utara menuju ke Yan, Kedah...haaa ini la tujuan utama kami ke utara ini...untuk hadiri majlis perkahwinan cikwan...petang ni adalah majlis penikahan cikwan...dalam perjalanan sempat singgah beli goreng pisang...terkejut asie bila beli RM5, dapat sampai 30 bijik!wow singgit 6 tuuu...murah gilaa...hahaha pastu kami terus ke Masjid Kg KEDA berhampiran rumah cikwan untuk tukar baju dan solat..ngam-ngam siap semua, keluarga pengantin pun sampai ke masjid...rupanya nikah kat masjid da...hahaha terus jumpa cikwan kejap sebelum pengantin laki sampai...pantas betul majlis pernikahan kat sini, tup tup eh, dah sahhh....hahaha aku baru nak snap-snap gambar...hahaha Alhamdulillah dengan sekali lafaz cikwan sah menjadi isteri rajachulan...gitu nama laki cikwan kan...hehehe ehhh tu nama pelesu je, bukan nama sebenar...hahaha
selesai majlis pernikahan di masjid, kami pun bergerak ke rumah cikwan...ada makan dan minum...kami dah kekenyangan jadi cuit-cuit sikit laa makanan...dan selepas keluarga pengantin laki beredar, cepat jer kami ajak cikwan pergi bergambar di bendang di hadapan rumah cikwan...hehehe gigih ok walaupun kamera dan habes bateri, guna hp pun jadik laaaa....macam-macam aksi suh cikwan buat...bila lagi nak dera kan...hahahaha
habes jer bergambar di bendang, tetiba nampak kereta-kereta siap escort masuk ke rumah cikwan..kitorang dah saspen dah...sape kah?sekali YB Jamil Khir daaa...kawasan cikwan ni bawah parlimen dia...bapak cikwan plak ketua kampung...patut laaa YB datang...kerlasssss kau cikwan, YB datang kenduri kawin...hahaha masa ni tengah hangat isu cadbury, saja tanya sikit ke YB, hamboi panas sungguh hati YB masa tu...hohoho
selesai di rumah cikwan, kami pun gerak menuju ke Sg Petani, Kedah...dalam perjalanan dapat message dari kmyza bagitau ayah kawan kami, enfad, meninggal di penang...tapi sebabkan sampai Sg Petani pun dah malam, masing-masing dah penat...kami terpaksa cancel perancangan ke penang malam tu...irma dah book bilik superior extra dengan extra bed di M Season Boutique Hotel dengan harga RM120...tapi masa sampai diorang kata takde booking kami...hangin la cik irma kita masa tu kan...lepas bincang-bincang last diorang bagi kami standard room dengan extra bed...tapi kecik la sampaikan extra bed kena letak depan toilet...huhuhu nasib laaa....tapi bilik dia bersih dan selesa jer...malam tu kami tolak-tolak katil dan meja untuk cantumkan 3 katil...takde la orang yang kena tido depan toilet kan....
lepas dah berehat-rehat sekejap..perut pun dah lapar semulaa...nak keluar jauh-jauh tak larat dah...sekali ada Dataran Ikan Bakar rupanya di sebelah hotel ni...haaa apa lagi, ke situ je laaa kami...sampai je, dah tak banyak sangat pilihan seafood yang ada...jenis masakan pun tak banyak sangat...jadi redha pasrah kami order ikan siakap 3 rasa, sotong kunyit, tomyam camur dan sayur...jumlah makan adalah RM68...aku rasa macam mahal...sebab aku ingat kalo kat sini-sini seafood murah kan....rasa dia pula biasa-biasa sahaja...tapi dah laparkan, baham jer laaa....Alhamdulillah rezeki kami...
selesai makan, kami pun balik ke bilik...siap-siap untuk masuk tido...yeahhh takleh tido lambat sebab esok merupakan hari yang panjang buat kamii....banyak tempat nak diterjah selain dari kenduri persandingan cikwan tuh!hehehe

Monday, September 29, 2014

VMY2014 : Utagha Trip Day 2.2 : Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok Kedah

dari Kota Kuala Muda, Kedah, kami pun menuju ke arah utara lagi...menuju ke Lembah Bujang!haaaa korang belajar sejarah kan?kan?mesti tau kan mana aku nak pergi di Lembah Bujang ini....hehehe perjalanan dalam 30 minit...agak kelaut juga guna waze nak ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Merbok ni...nasib baik gps dalam kepala dan hati berfungsi baik lagi...ikut jer la kata hati...hahaha sampai juga kami kan...di sini ada muzium dan candi-candi lama terletak di luar bangunan muzium...masa sampai panas terik!jadi kami decide nak cepat-cepat habis jalan di luar dahulu, baru la masuk ke dalam muzium...
untuk pengetahuan korang, kalo yang tak tau la kan...dikatakan Lembah Bujang ni dulu merupakan tapak candi yang tertua di Asia Tenggara....even lagi tua dari Candi Borobudur dan Angkor Wat...tapi sayang kan tempat ni tak jadi famous macam 2 tempat yang disebutkan tuh....huhuhu ianya dikatakan sebuah tempat pertemuan perdagangan utama satu masa dulu...sebab tu banyak dijumpai artifak-artifak di sekitar kawasan ni....ok aku tak pandai sangat nak explain pasal sejarah, jadi nak tahu lanjut pasal Lembah Bujang ni sila laaa google...ada banyak ceritanya...even masa belajar dulu pun ada kan kisah Lembah Bujang...tapi minta ampun cikgu sejarah, saya dah lupa kisahnya...huhuhu tapi sebabkan aku terbaca ada ura-ura tempat ni nak dirobohkan bla...blaa...blaa....politik...etc...sebab tu aku pergi juga tempat ni...malu laaaa Angkor Wat dah sampai, Borobudur & Prambanan dah sampai...Bagan bakal nak sampai...eh?tapi orang tanya Lembah Bujang yang beratus tahun awal dari tempat-tempat tu dan located in Malaysia, aku tak sampai?huhuhu #hentakkepalakatcandi...

sampai je di kawasan tepi muzium, kami dapat lihat bongkah-bongkah batu yang besar...dikatakan dipahat untuk pembinaan candi-candi yang ada...kagum aku, mana laaa diorang dapat batu-batu besar ni dan pahat guna apa beratus tahun dahulu...ada juga pengisar, lesung dan pemerah tebu yang diperbuat daripada batu-batu besar...bayang laaa dah besar aku dah haaaa lesungnyaa....diorang guna untuk buat belacan zaman dolu kala tu...untuk kapasiti besar...buat meniaga mungkin...
dan seterusnya kami menaiki tangga berbukit....menuju ke arah 4 buah candi yang terdapat di sini...khabarnya ada banyak lagi candi di sekitar kawawan ini...tapi yang 4 ni sahaja yang dibawa ke muzium ini....masa di sini, hanya kami bertiga je ada...dah la asie baca kisah mistik berlaku kat sini, tapi waktu senja laaa...tapi tetap aku cakap ngan diorang, jalan cepat-cepat...ambil gambar mana patut jer, pastu balik!huhuhu aku ni sakan gak imaginasi membayang yang bukan-bukan...sobsss...jangan ikut perangai bengong ni yer...
candi pertama yang dijumpai adalah Candi Pendiat...ianya dijumpai kali pertama pada tahun 1940 di Kampung Pendiat, Merbok...jadi selepas kajian oleh Jabatan Muzium, ianya kemudian dipindah dan dibina semula di muzium ini...dikatakan binaanya berunsurkan Hindu, dan semasa kerja-kerja penggalian, banyak dijumpai tembikar China, alatan senjata, permata dan arca Buddha diperbuat daripada gangsa...
kemudian kami sampai pula di Candi Batu Pahat...candi terbesar di Lembah Bujang ini....dikatakan tempat ianya terletak kini sememangnya tempat asal candi ini dijumpai...dibina semula pada tahun 1960an...juga semasa proses penggaliannya banyak ditemui barang-barang berharga dan juga barangan menyembah hindu....
dan kemudian melihat Candi Pengkalan Bujang pulaaa....candi ni dikatakan dijumpaai berkembar dengan 22 Candi Pengkalan Bujang...dikatakan telah dijumpai paku pada candi ni membuktikan badan candi ini diperbuat daripada kayu...dijumpai juga terracotta warrior pada candi ni, selain dari barangan emas...kajian menunjukkan ianya adalah candi buddha yang dihasilkan pada kurun ke-11 Masihi...
kemudian kami melihat ke candi yang terakhir iaitu Candi Bendang Dalam...candi ni terletak di hujung kawasan, dan di tepinya adalah hutan...masa ni dalam hati dah berdebar dah...mula nak pikir bukan-bukan...sobsss...terus ambil gambar cepat-cepat dan ajak diorang turun!
dan dengan itu, tamat la lawatan kami ke candi-candi zaman dolu kala ini...sayang betul tempat ni tak famous macam candi-candi di Indonesia, Cambodia dan Myanmar tuh...kalo tak, sekurang-kurangnya boleh beri peluang menjana pendapatan pada orang kampung sekeliling...huhuhu selepas puas berpanasan di kawasan candi-candi, kami menuju ke arah muzium...muzium dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang..masuk pun free sahaja....
sebelum masuk, kami melihat dahulu perahu kayu lama yang dipamerkan di tepi muzium...panjang-panjang perahu yang dikenali sebagai Sagor ni..dikatakan sebagai perahu tradisi orang lama di Kedah dan diperbuat dari pokok balak...no wonder laaa besar gedabak perahunya!
ok jom kita masuk ke dalam muzium...seperti biasa, kena la isi dulu borang pelawat kan...sebagai rekod diorang..masa kami datang ni, ada pameran duit-duit lama...pelbagai jenis duit lama dipamerkan di hadapan kaunter dan kalo nak beli pun boleh...tapi kami sekadar menjamu mata je laaa...belum ada minat kumpul duit lama...huhuhu
muzium yang dirasmikan pada tahun 1980 ni merupakan muzium pertama berasaskan arkeologi yang dibina di Malaysia...ianya menempatkan pelbagai artifak-artifak arkeologi yang mengaitkan Lembah Bujang sebagai sebuah pusat dagangan terunggul di Asia Tenggara pada kurun kedua hingga ke-14 Masihi...
di satu sudut dalam muzium ni, ada dipamerkan koleksi barangan artifak yang dijumpai serta gambar-gambar semasa kerja-kerja penggalian arkeollogi dilakukan di setiap candi sejak tahu 1840 lagi.....memang menarik perhatian sungguh...setiap candi mempunyai cerita dan sejarah yang tersendiri...jom tengok gambar je laaa eh...
selain itu, turut dipamerkan juga gambar-gambar kronologi aktiviti penggalian arkeologi dijalankan...nampak macam menarik jer kan...aku rasa macam ilmiah jer kalo buat kerja-kerja cari gali arkeologi ni...duduk tengah-tengah candi sambil pegang berus...sapu-sapu tanah di atas artifak...nak sorting lagi, nak analyse lagi nak tahu berapa lama dah usia artifak tuh...fuhh....
lepas dari melihat aktiviti cari gali tu, bateri kamera aku pun kong daaa...hahaha jadinya layan mata sendiri je laaa melihat beberapa lagi galeri yang mempamerkan seni bina dan barangan yang ditinggalkan oleh pedagang-pedagang di Lembah Bujang satu masa dahulu....tak besar mana pun sebenarnya muzium ni...tak sampai 30 minit dah habis pusing....lepas tu kami pun mula bergerak meninggalkan Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini....panas matahari mencanak-canak masa ni...dengan pantas masuk dalam kereta dan pasang aircond kuat-kuat!yeahhh misi dan impian aku nak ke Lembah Bujang dah tercapai...haaaa korang bila lagi?hehehe kalo ada masa, boleh la ke sana yer...memang la a bit boring sebab sejarah kan...tapi kalo tak kita yang nak hargai sejarah kita, siapa lagi kan?kan? =D hokeyyy panjang plak entry sejarah aku ni haaa...hahaha kita sambung lagi di next entry okeh!daaaa!