hujung bulan depan aku ada plan ngan member opis nak naik ETS ke Perlis, then lajak ke Hatyai semata nak cop passport...tapinya asyik bertangguh beli tiket ETS sampai la tengahari semalam tetiba salah seorang ahli jemaah bagitau yang dia baru perasan date trip kami clash dengan meeting dia...alamak, nasib baik tak beli tiket lagi kan...so punya la duk nak tukar date, ahli jemaah lain ada audit la, ada yang dah busy la bulan November...then aku lontarkan soklan kepada mereka...apa tujuan utama kita dalam trip ini?naik ETS atau cop passport?hahaha then dapat jawapan, cop passport laaa...haaa terusss aku buka website Airasia dan usha tiket...terkejuttt tengok tiket bulan depan murahhh especially ke Thailand...so apa lagi, dengan pantas call semua untuk mesyuarat tergempar kat tempat aku dannn dengan pantas kami decided untuk beli tiket flight ke destinasi wajib backpackers iaitu Krabi!hahaha...gila best!walaupun sedikit ragu-ragu tapi lepas tu belasah je laaa...
dan lepas dari beli tiket tu, budak-budak ni tegur muka aku nampak berseri-seri...asyik senyummm je sepanjang hari...hahaha petang semalam aku buka balik fail Excel yang dah lamaaaa tak buka...plan aku untuk beberapa tahun dalam misi melihat doniaaaa, misi 40 negara sebelum 40 tahun...wahhh lama tak berupdate fail ni...kalo hardcopy ni, mau dah reput...hahaha terus rasa excited update fail tu balik...then masukkan balik perancangan untuk tahun depan...tetiba rasa semangat nak travel balik....hahaha...
rasanya last aku tambah pin negara baru kat peta tu pada 2015, iaitu Philippines...lepas tu aku takde pi negara baru dah...duk pi negara yang dah pernah pi jer laaa...hahaha kemain haaa rasa excited nak tambah pin negara tu membuak-buak...dah lama tak merasai perasaan ini wehhh...harapnya tak terkubur la kannn perasaan ini semula disebabkan kekangan takde kawan or kewangan...hahaha rindu plak zaman dulu, main belasahhh jer beli tiket...duit ada takde tu belakang kira...janji happy...hahaha...omggg rindunya nak galas backpack kat KLIA2 tuuu...rindunyaaa nak breakfast awal pagi kat KLIA2...rindunyaaaa nak naik flight!rindunya nak travel ke negara baru!hahahaha...ok perangai sangat nuubies kan, sedangkan suatu ketika dulu, kauuu laaaaa orang yang tak reti duk diammm kat negara sendiri...hahahahaha oh I missssss myyy wanderlust DJ!