Friday, February 19, 2021

Teratak Sofea, Teluk Panglima Garang, Banting V2.0

masa besday aku tahun lepas, aku dapat buat reservation di Teratak Sofea last minute sebab ada orang cancel...yeay happy gilaa...aku dah niat nak belanja family tapi manjang penuh je tempat ni kan, first time datang dulu pun besday aku gak, aku belanja diorang sini, so then lepas 2 years aku datang lagi...hehehe nak baca cerita yang dulu kat sini yaaa...now aku update sikit laa gambar latest kan...masa sampai ni impress gila sebab dah lain dan besar...dulu satu je rumah dia, now dah ada 3 buah rumah, ada laman, ada surau, ada basikal, ada buaian, ada vending machine...eh seriously meriah gilaaa...aku sampai lambat sikit dari family abang aku dan adik aku yang bawa parents aku...masa aku sampai semua tengah beriang ria kat luar seronok tengok sekitar...dulu pun dah best, now berganda best nya!hahaha...semua duk ligat naik basikal la, naik buaian la...yang anak buah aku duk minta duit pi vending machine!hahahah...
walaupun dah ada rumah baru, aku cuma dapat booking Rumah Masam Manis ni lagi je...the same rumah kami stay 2 tahun lepas sebab dua rumah lagi dah penuh...ni pun kebetulan ada orang kensel last minute, dapat la aku kan...kalo tak tu, berbulan awal dah full dah aku buat reservation lagi lagi on weekend ni...ni pun aku baru tanya kekosongan pada September 2021 sebab nak plan bawak family lagi, nak try rumah baru plak...hehehe...so basically Rumah Masam Manis ni sama je macam dulu cuma dah ada katil dalam bilik, pastu tempat bbq dia kat dapur....kalo dulu tepi kolam syok sikit la...tapi pape pun aku kagum sebab masih terjaga dan bersih..terbaik!sebab kadang owner ni bila dah viral mula tak jaga kan, tapi sini tip top wa cakap sama lu!hahaha...
dah check in tu sibuk la semua nak makan...sedangkan baru je makan kat rumah kan...hahaha mana tahan nampak soto mak aku tu!hahaha sekali la aku order kek kat kawan aku buat makan makan besday katanya....hahaha then aku memang siap siap beli barangan BBQ, then order Grab je nasi goreng...untuk makan bersama BBQ...ingat nak buat malam, nan hado, lajuu je abang aku pi bakar...sedangkan semua baru makan ni...hahaha sambil makan, tengah panas tu bebudak tak sabar dah terus lompat masuk kolam...hahaha!
dan petang sikit tu kami pun melepak la kat luar tu sambil main buaian dan basikal...lawa langit masa ni cuma panas ya amat la...tapi budak budak ni kisah apa kan...seronok berlarian sana sini!hahahah...memang best lah lepak sini, family aku dari abah aku sampai ke anak buah memang semua seronok kalo datang sini...bising abang aku suh booking rumah lain plak nanti sebab yang ni dua bilik je, memalam kena kongsi bilik dan tido bertebaran di ruang tamu...hahaha...
dan esoknya masa checkout aku dapat hadiah beg ni...comel kan...hehehe haa ok la Teratak Sofea ni pada aku, memang higly recommended!korang kena pergi dengan family ke kawan kawan ke...memang best...setiap rumah memang ada private pool...rumah terjaga rapi...memang terbaik lah nak bersantai santai di hujung minggu...korang kalo nak buat reservation leh hubungi 012-2213636 ya...kat bawah ni aku share details dia hingga date aku update post ni...
Rumah Masam Manis
RM600 (weekend), RM450 (weekeday)
Terhad <10 orang sahaja (termasuk kanak kanak)
2 bilik (aircond) - katil queen
1 ruang tamu (aircond)
Bilik air
Dapur basah yang lengkap
Private pool dewasa dan kanak kanak

Rumah Anak Bapak
RM1350 (weekend), RM950 (weekdays)
Terhad <20 orang sahaja (termasuk kanak kanak)
5 bilik (aircond)
*3 bilik di atas (1 queen + 1 single setiap bilik)
*2 bilik di bawah (2 katil double decker setiap bilik)
Bilik air ada 2 unit di atas dan 2 unit di bawah
Dapur basah yang lengkap
Private pool dewasa dan kanak kanak

Rumah Ibu Mertuaku
RM1350 (weekend), RM950 (weekdays)
Terhad <20 orang sahaja (termasuk kanak kanak)
3 bilik + 1 dorm (aircond)
*1 dorm di bawah ada 4 double decker
Dapur basah yang lengkap
Private pool dewasa dan kanak kanak

ok korang sila lah usha dan pergi Teratak Sofea di Banting....seriously mesti korang akan berpuas hati dan nak datang lagi dan lagi!hahahah..best gilaa!

Wednesday, February 17, 2021

Layan Drama Korea di Netflix!

saje laaa aku share ngan korang drama drama korea yang aku dah layan beberapa bulan ni...hahaha sebabnya aku baru langgan Netflix kat handphone hujung tahun lepas, makanya perangai layan korea aku menjadi jadi semula...taksedar dah tuaa...skang ni sampai ke pagi aku tengok Korea lepas tu aku sakit kepala!hahahaha...gila lah, tu masalah aku, sekali dah tengok mana boleh berhenti...huhuhu so sini aku nak share sikit drama yang best aku dah tengok...heheheh...

FLOWER OF EVIL - best!aku suka sebab cerita pasal polis dan penyiasatan ni...memang best sebab unexpected awal awal tu sape orang jahat dia...memang plot twist!hahaha...sis suka!hero pun comel tapi muda la...hahaha
LET'S EAT S1 & S2 - best gilaaa...aku suka sebab drama ni pasal makanan korea...couples yang taksub dengan makanan hahaha...best gila sampai meleleh air liur tengok drama ni, best gila makanan dia...S1 dan S2 punya cerita takde kaitan sangat, so leh je nak layan memana dulu...aku suka S1 sebab hero dia lebih menyerlah, tapi S2 lebih banyak watak dan drama...santai la citer ni...ada S3 tapi aku tengok 1 episod je malas nak layan...hahaha
PARTNER FOR JUSTICE S1 & S2 - best gilaaaaa jugak...pasal forensic weh, best gilaa...kau tau je la korea ni kalo citer bab forensik dan penyiasatan ni memang menggila best diaa...cuma sakit hati sebab S3 dia takde lagi...so S2 dia memang hanging gitu je...demmm...geramm!
HOSPITAL PLAYLIST - best gak la citer santai pasal doktor doktor berkawan baik dan sesekali diorang jamming bersama...pada aku takde la padu sangat bab kedoktoran dia tu banding citer medical lain, tapi ok la santai santai...
HER PRIVATE LIFE - pun layannn pasal cintan cintun peminat fanatik artis dengan bos dia...aku suka heroin dia ni cantik..hero macam biasa la acah acah dingin...hahaha
Haaa tu je la aku pun dah lupa drama apa lagi aku dah tengok...hahaha selain tu, ada beberapa drama aku tengok gak tapi terhenti di tengah jalan...hahaha mayb tak menarik minat sangat laa...hahaha contohnya About Time, The Good Detective dan VIP...hahaha dan aku gak dah ada list beberapa drama aku nak layan nanti!hahahah tapi yang tu aku simpan dulu la yaa...next nanti aku share lagi ngan korang!okay muahciked!

Monday, February 15, 2021

Hot Meal Bah, Chinese Muslim Cuisine, Cyberjaya


okay hari ni aku nak share dengan korang satu kedai makan chinese muslim yang sangat laaa sedap pada aku dan aku dah bawa beberapa kawan dan order makan reramai kat pejabat pun dan semua setuju cakap sedap!member yang pernah pi China semua gila makan kat sini dan cakap serious macam kat sana!hahaha so sesiapa yang suka makanan China ala Xinjiang tu, moh la teruskan baca post ini...hahahaha so kedai makan yang aku maksudkan adalah Hot Meal Bah, Chinese Muslim Cuisine yang terletak di Cyberjaya...masa duk bincangan dengan Liana dan Dini nak makan mana, diorang duk cakap nak nasi la apa la, aku teringat pernah baca FB kawan cina aku yang makan kat sini...so dia cakap sedap...so sebab tu aku ajak Liana dan Dini mencuba makan di sini...masa kami sampai tak ramai lagi orang...dan kedai ni agak besar sebab ambil 2 lot kedai...
tanpa membuang masa, moh ler kita membaca menunya...excited sebab sama macam menu kat China...hahaha aku pernah ke Beijing dan Xian dengan Liana, dan pernah ke Shenzhen dengan Dini...makanya memasing excited la kan tengok menu sambil mengimbau kenangan lama...siap gelak gelak tengok menu tomato masak telur yang Dini tersilap order di Shenzhen dulu...hahaha ok menu sini ada banyakkk...ada macam macam jenis nasi goreng, lauk apetah lagi banyakkk gilaaa..memang rambang mata nak pilih!pastu dengan mi tarik la, dumpling, sate dan pau...eh memang banyak lah cite dia!hahaha...
ok dah setel order, kita pun tunggu la makanan sambil sembang pasal kenangan travel ke China dolu kala...lama dah la kan citernya...hahaha so tak lama tu sampai la minuman dan makanan kami satu persatu...aku cepat gak la servis dia pada aku...cumanya memula awal tu aku macam nak kata possed off gak...sebab aku order Chienese Tea (RM7) la kononnya, sebab nak feeling kat China kan, sekali teko dia bosor kauuu!melompat aku!nasib baik tak kena baju...hahaha demmm...nasib baik lekas lekas dia angkat dan ganti baru...huhuhu...then Dini minum Fresh Orange (RM8)...
dan untuk makanan pula, masa ni tak tahu portion dia besar so kami order makanan sorang satu!Dini ambil Mi Tarik with Beef Soup (RM9), Liana ambil Dry Fried Noodle with Lamb (RM15) dan aku ambil Fried Rice with Egg (RM9)....besar weh portion dia, memang kena share!hahaha tapi nasi goreng dia sedap gilaaaaa...sekali masuk mulut, ngappp ALlahuuu rasa macam jatuh cintaaa...serious sedap walaupun nampak bodo bodooo jer nasi dia kan...hahahaha mi tarik dia sedap la pada aku, tapi aku bukan penggemar sangat...hehehe...so nasi goreng telur dia ni memang dah jadi menu wajib aku setiap kali order di Hot Meal Bah ni tau...sedap!tak tipu!sumpahhh!hahahaha...
dan selain menu kat atas tu, memasing tamak nak order dan rasa menu lain gak...so kami tambah order Toothpick Lamb (RM25), Broccoli (RM18), Xinjiang Mantau (RM9) dan sateyyy....ada satey kambing (RM5) dan sateyy ayam (RM4)...dan semua pun sedappp...toothpick lamb tu, rasa nak nanges makan!hahaha sedap!brokoli pun sedap ya amat walaupun macam goreng kosong je...sate tak payah cakap, serious macam kat Xian weh!cumanya mantau dia je la pada aku biasa, tebal nau kulit dia...plus masa dia sampai kami dah kenyang ya amat, tu mungkin gak punca jadi rasa biasa je...hahahaha overall kami bertiga memang berzikir lah sepanjang makan kat situ...hahahaa duk sedap, sedap, sedap, sedap...hahahaha!
masa first makan tu adalah September 2020, pastu sehari sebelum kita kena PKPB semula pada awal Oktober tu, aku ajak Mrs dan Nily dinner kat sini...haaa penting bawa Nily ni sebab dia memang gila China, setiap tahun dia balik sana!hahaha...so kali dah bijak tak payah order banyak banyak nasi dan mi, so kami order nasi goreng telur je atas saranan aku...tapi kali ni memasing tamak order lauk!hahaha aku memang teringin nak cuba Cumin Mutton Chop (RM28), pastu bebudak ni nak juga makan lamb toothpick tu so layan kan saje, then kami order Hot Meal Bah Chicken (RM14) dan Sichuan Dry Fried Green Beans with Meat (RM18)....haaa cumin mutton chop tuuuu gila sedappp weh!kat tekak aku jauh lagi sedap dari toothpick!dah la banyak gila kambing dia, harga sangat berpatutan la pada akuuu...hahaha ya Allah kambing ni makan dengan nasi goreng tu, sempurna sungguh rasa dia...sesempurna cinta saya pada awak...ehhh...hahahaha!cumanya ayam tu biasa je pada aku...macam kurang fresh sikit...sama macam ayam kat China!hahahahaa...so kalo tanya aku, datang sini kau makan kambing je lah!hahahaha...serious terbaek!again kami bertiga memang berzikir sedap, sedap, sedap masa makan...Nily siap cakap aku approved kedai ni...hahaha...
dan seterus seterusnya, dah PKPB kan, tapi sebab aku masih kena kerja kat pejabat, so banyak kali juga la aku Grab Food dari Hot Meal Bah ni...dan satu lagi aku nak share dengan korang, ada satu dessert dia pun jadi kegilaan aku...sedap ya amat iaitu Crispy Oat Pumpkin (RM18)...sedap gilaa...memang berhantu, makan takleh stop!beef dumpling, chicken kungpao pun sedappppp!hahahah...aku kan pernah buat kerja gila sebab lapar gila aku tak makan tengahari sebab ada meeting, pastu aku tamak haloba dalam kul 3.30 petang tu aku order nasi goreng telur dan mutton chop dia, then aku makan sorang sorang!hahaha sedap gilaaa weh!seriousss hahaha...sedap gila...korang wajib cuba tauuu!