weekend baru ni aku dan keluarga pi terjah Penang sebabnya ada kenduri kat Taiping...so nanti aku cerita full pasal trip yang penuh dengan makan-makan ni yer!tapi sebelum tu aku nak share sikit dengan korang kafe yang best gilaaa dan penuhhhh dengan dessert iaitu China House yang terletak di Lebuh Pantai, Georgetown....dia dekat je dengan kawasan streetart tu...masa sampai ni baru lepas maghrib so bajet tak ramai orang lagi...
sebelum masuk kedai, aku nak cerita sikit..kafe ni famous sebab setiap hari dia buat sekurang-kurangnya 50 jenis desserts!dan dikatakan ianya adalah kafe yang paling panjanggggg di Penang ni...haaaa tak caya?jom ikut aku masuk!
masuk je dalam, tengok banyak meja kosong lagi...so dengan pantas kita ambil tempat dulu...lepas tu aku jalan ke belakang dan usha desserts!sekali tengok kat belakang orang duk beratur...rupanya diorang tunggu turn untuk duduk kat belah belakang...ada banyak lagi meja kat belakang tu...lagi cantik la dekorasi kafe ni..lebih hipsturrr gitu...
tapi aku tak jalan la sampai hujung belakang kafe sebab dah nampak desserts yang menggoda...so apa lagi, ayuhhh kita usha desserts yang ada..memang banyak gila weh...dari dalam chiller sampai la kat luar...banyak gilaaa.sampai tak tau nak pilih yang mana...semua nampak sedap!
oh ya untuk makluman korang, ada desserts yang mengandungi alkohol...tapi jangan risau, diorang dah siap label warna merah dah mana-mana desserts yang ada alkohol...so pilih la dengan bijak yer...hehehe...tapi kan, yang ada alkohol tu laaa aku nampak tempting gilaaa...lagi yang coklat-coklat tu....telan air liur je la aku....sobsss...
lepas ambil gambar kat bawah, aku naik atas ke art gallery...tapi bukan nakpi art sangat, tapi nak flatlayyy gambar desserts kau...hahaha gigih sangatkan aku ni...ya ampunnn bersusun nampak desserts dari atas ni tau....rasa nak makan semua!
ok then aku balik tempat dan suruh anim pi pilih desserts...aku dah pening tak tau nak buat decision...then aku usha menu...ada la menu savory tapi sebab tak makan, aku just usha minuman...ada alcoholic beverages juga tapi takde la aku snap menu...
dan sementara tunggu desserts dan minuman sampai leh la kita menconteng guna krayon kat atas alas meja tu...diorang letak kertas mahjung je sebagai alas meja tu...so tulis laaa sukati apa nak tulis sambil membuang masaaa...
dan tak lama tu sampai laaaa Latte (RM12.08) dan desserts yang menjadi pilihan hati...yang paling best aku rasa Marjolaine (RM16.98)...walaupun mahal sikit tapi berbaloi...penuh dengan kacang pistachio dan walnut...super nyummeh!dengan coklat dan krim dia yang tak muak...memang sedap!then anim ambil gak Chocolate Coconut Milk Cake (RM11.32)...yang ni memula aku takleh terima gak coklat ngan kelapa, tapi sekali ngappppp!sedap hoih!kena rasa dia sebab kelapa dia macam bakar...sedap!dan akhir sekali anim ambil Red Velvet Cake (RM11.32) yang biasa je la pada aku...tapi cukup la manis dan moist dia...
so overall kami sangat sukaaaa desserts di kafe ini...nasib datang berdua je so mampu order 3 je laaa cakes...ni pun dah kenyang tahap dewa, siap pack red velvet bawa balik...hehehe...next time kalo ke Penang lagi, harussss aku terjah lagi kafe ni...memang terbaik!