Thursday, November 28, 2013

The Grato & The Foodys di Bandar Baru Bangi

haritu kami pi cuba tempat makan baru kat Bangi...aku tak rasa kedai ni baru la, tapi aku la yang baru tahu....lokasi dia agak tersorok di Seksyen 3 tuh...masuk di sebelah Petronas Seksyen 3 tambahan tu...pastu terussss je....sampai lalu kat surau yang kedua..depan surau tu ada deretan kedai....haaa kat situ la terletaknya The Grato yang famous dengan Italian dishes katanya...ni kata kat blog la kan...sampai di sana, kitorang pun order la...aku ambil lamb chop with pasta dan mushroom soup & garlic bread, abah ambil classic chicken chop...mak pula ambil bakso...kedai ni ada juga jual makanan melayu...pastu kami siap tapau chicken with pasta untuk hanim dan beef ribss....so total makanan adalah RM70++...ok la pada aku masakan dia...sedap...aku suka pasta yang diberikan ngan lamb chop tu..dia nampak kosong je, tapi sedap...hehehe
lepas tu, selang beberapa hari, zara tido rumah kami...so aku ajak abah, mak ngn dak tecik tu pi keluar makan di Bangi Gateway lagi..saja nak cuba kedai lain pula kan...kali ni kami pilih The Foodys @ Food Galore...memang betul-betul di depan sekali...sampai je Bangi Gateway tu, memang itu la kedai pertama yang akan kita nampak...hehehe so order creme brulee, lamb shoulder, striplion steak, spaghetti bolognase dan tapau chicken chop untuk hanim...overall, memang puas hati...harga a bit pricey la iaitu RM125...tapi berbaloi-baloi sebab sedappp....hehehe

Wednesday, November 27, 2013

Chakri Palace, KLCC & Stable Steakhouse, Kg Baru

last week aku ada asean workshop kat Renaissance Hotel, KL...3 hari berkampung di sana...tapi aku malas duk hotel, maka aku ulang alik je rumah...malam 1st workshop, organiser belanja dinner di Chakri Palace, KLCC...kami jalan kaki je dgn asean delegates yang lain ke KLCC..memula aku nak naik kereta je, sebab lepas tu boleh balik rumah terus, tapi boss cakap, nanti orang asean cakap malaysian sombong pula...baiklah boss...gigih berjalan!hehehe tengah-tengah jalan bos ngomel, penat jugak ye..i ingat dekat!hahaha tu la bos, taknak dengar cakap aku..hehehe sempat la layan diorang semua ambil gambar depan KLCC...hehe so sampai ke Chakri Palace, organiser dah siap order makanan...ada appertiser yang aku tak tahu...tapi macam daun kaduk makan campur-campur dengan bawang, kacang, udang kering, cili dan sos!sedap!lepas tu sampai la tomyam putih, somtam...ayam, ikan, sayur...memang banyak sangat la makanan!sedap makanan dia!harga pun mahal okeh...aku sempat tengok menu, iced lemon tea je dah RM15.90...udang seekor yang besar sikit tu dah RM25 seekor!pergh...so total lost untuk hampir 40 orang malam tu aku tak tahu la berapa...hehehe
malam kedua, aku balik lambat..ingat nak singgah carik money changer tengah KL tu...tapi malas pula...so bos yang stay di hotel ajak pi makan..bincang-bincang...kami setuju ke Kg Baru...nak cari western food...terus menuju ke stesen lrt Kg Baru...ada Stable Steakhouse kat situ...so apa lagi...aku layan sizzling lamb chop...bos amek fish & chips, bos lain amek grilled salmon...diorang bagi juga roti bun panas makan dengan butter!sangat sedap!hehehe total makan juga tidak diketahui sebab bos belanja...Alhamdulillah...rezeki...tapi tak mahal sangat la dalam belas-belas ringgit la 1 dish tu....=D

Tuesday, November 26, 2013

7 Tips Menjaga Perut Semasa Melancong di Asia Tenggara.

semalam aku dapat email minta untuk promote artikel daripada Gaviscon ini di blog...berkaitan 7 Tips Menjaga Perut Semasa Melancong di Asia Tenggara...so lepas baca artikel ini, aku rasa berminat nak share di blog ini...sekadar perkongsian ilmu dengan kawan-kawan traveller juga...memandangkan aku sendiri dari latarbelakang foodsafety, dann aku juga sangat sukaaa makan semasa travel (masa tak travel pun suka makan gak), aku rasa tips-tips berikut adalah amat penting untuk diamalkan bagi memastikan pengambilan makanan kita semasa travel tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan kepada kesihatan...sekaligus menyebabkan mood kita untuk travel terusss merundummmm....aku ada member yang kena keracunan makanan semasa di Bandung, sampaikan terpaksa duduk di bilik selama 2 hari...sangat merugikan bukan...jadi marilah sama-sama kita menjadi seorang yang 'pemilih' untuk makanan kita sendiri dengan mengamalkan tips-tips tersebut....dan sebagai langkah tambahan yang aku boleh sarankan adalah....LIHAT, HIDU dan RASA sebelum mengambil sebarang makanan...yeahhh dengan penggunaan 3 deria kita yang Allah kurniakan ini juga, InsyaAllah dapat menghindarkan kita dari sebarang gejala keracunan makanan dan sewaktu dengannya....ok korang, selamat berjalan-jalan sambil menikmati kesedapan makanan di negara orang....enjoy selagi boleh....eat like a local!more experiences you will get! =D
##tetiba teringat kisah masa aku mula travel, aku ke Cambodia dan India...masa tu mana mampu pi negara mahal (macam la sekarang mampu sangat kan)...so ada seorang rakan cakap, 'eii ko ni buat apa travel tempat gitu?ko nak makan ape nanti?katak gantung?' oh alangkah dangkalnya pemikirannya itu...huhuhu haaa disebabkan kata-katanya itulah aku rasa nakkkk sangat enjoy semua food di negara yang aku lawati!tapi tetappp dengan mengambil langkah berhati-hati dari segi keselamatan dan kebersihan serta seharusnyaaa kehalalannya...InsyaAllah!

Monday, November 25, 2013

Golden Triangle Tour India in Ringgit Malaysia!

haritu aku ada cerita pengalaman aku sendiri menggunakan perkhidmatan company Columbus Holiday / Discover Destination ini kan masa ke India pada tahun 2011...nak baca semula boleh refer sini...so aku dah tak tahu rate terkini diorang kan...dan baru-baru ni aku ada contact semula dengan company ni, saja tanya-tanya rate untuk destinasi lain la kan...saja buat survey awal...so dalam pada tu, dia ada minta input aku pasal newspaper kat Malaysia ni...dia nak buat promosi baru pakej diorang..so alang-alang tu aku tanya la apa promo dia, aku boleh tolong promosikan di sini...walaupun tak ramai pembaca, tapi mana tau, kot-kot ada yang terbuka hati kan nak ke sana bila baca ni...hehehe so untuk makluman, dari 1 Okt - 31 Mac 2014 company ini akan adakan promosi untuk pakej 5 hari, 4 malam untuk Golden Triangle Tour dalam Ringgit Malaysia!dan pada aku, harga dia amatlah berbaloi!dan harus la lagi ramai pergi, akan jadi lagi murahkan...hehehe so promosi ini untuk yang malas nak fikir arrangement di sana la...yang nak redah sendiri tu, belakang cerita la eh...hehehe terbahagi kepada Deluxe dan Regular Package...beza dia dari segi hotel je...so terpulanglah kan pada masing-masing...sesiapa yang berminat dengan pakej ini, boleh contact diorang kat information yang diberikan itu...atau pun leh add diorang di FB Discover Destination....by the way, ni bukan iklan berbayar tau...aku cuma tolong promosi je...sebab dulu aku puas hati dengan servis mereka...hehehe challo betti!
maklumat tambahan: untuk ke Delhi daripada Malaysia, kita boleh menaiki MAS, Air India atau lain-lain flight yang ada direct flight ke Delhi...tapi sebagai alternatif, kita juga boleh menaiki Airasia terus ke Bangalore atau Kolkata atau mana-mana destinasi lain di India yang available la di website Airasia tu..then naik pula domestic flight ke Delhi...domestic flight di India seperti Spicejet, Indigo, Go Air, etc...

Sunday, November 24, 2013

Our Wish!

dolu-dolu kami berangan-angan menyambut next birthday di Istanbul, Turkey....tapi nampak gayanya, rezeki belum sampai lagi...kewangan belum begitu bersedia...setelah berbincang, kami bersetuju untuk menukar perjalanan ke sekitar Asia sahaja...makanya, haruslah promo FREE SEAT AA pada kali ini memberikan makna yang besar buat kami...hehehe kami dah ada beberapa plan sebagai backup...sebabnya kami nakpi pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja memandangkan travelmate ada kekangan dari segi kerja masa tu nanti...jadi beberapa pilihan tempat diperlukan sekiranya tak dapat tiket murah pada destinasi yang diingini...so kemanakah rezeki kami untuk meniup lilin tahun hadapan.......LET'S MAKE A WISH!
House boat di Kerala, Selatan India
 Cruise di Halong Bay, Vietnam
 Stone boat di Masjid Omar Ali Saifuddin, Brunei
....yang mana satu...idaman kalbu...

......ataupun......
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

ehhh terlebih sudah berangannnn...hahahahaa........

Saturday, November 23, 2013

Yang ditunggu dah tiba....Airasia BIG Sale...

yeah setelah sekian lama menunggu...hehehe akhirnyaaa datang juga free sale AA ni...almaklum, biasanya aku beli tiket untuk bulan September tahun depan pada bulan September tahun ni...tapi ni dah penghujung November baru laaa AA buka route untuk September 2014 onwards aku rasa...sebab till now diorang cuma buka trip sampai Ogos 2014 sahaja...hehehe so apa lagi kawan-kawan...marila kita sama-sama menanti awal pagi Isnin depan...yeah.....

Thursday, November 21, 2013

Jumlah Perbelanjaan di Sydney & Melbourne, Australia




yezza habes juga entry Melbourne dan Sydney...kira paling mencabar la nak buat post untuk trip kali ni sebab beribu-ribu gambar nak kena susun dan pilih dari 4 kamera!fuhh...OK aku nak share mengenai bajet perbelanjaan bagi percutian selama 6 hari 5 malam di Melbourne dan Sydney, Australia...trip disertai oleh 4 orang...so segala perbelanjaan teksi dan penginapan di bahagi kepada 4 la kan...okeh meh tgk bajet untuk aku seorang secara overall....

Flight AAX KUL-MEL (return) = RM910 (incl meals only)
Flight Jetstar MEL-SYD (return) AUD115 = RM370 (rate AUD1=RM3.22)
Penginapan (5 malam di Melbourne; 1 malam di Sydney) = RM355
Transport (taxi & weekly card) = RM635
Makanan & Minuman = RM575
Day tour, Fee etc = RM550



*Tukaran wang (selain untuk flight): AUD1=RM3.02


so jumlah keseluruhan yang telah dibelanjakan adalah sebanyak...RM3,395...tapi ni tak termasuk shopping la...aku takde beli apa sangat kat sana, just beberapa fridge magnet, perfume, tshirt dan jam Fossil!total barangan shopping adalah RM500!actually perbelanjaan boleh dijimatkan kalo tak shopping, pastu makan pula masak sendiri dan sewa kereta...tapi macam aku memang enjoy foods kat sana...tu memang dah style aku, biar berhabis kat makan...pastu amik pula pakej day tour instead of sewa kereta...hehehe so pilihan masing-masing la kan....pastu transport pula ada kesilapan di Sydney sebab terbeli weekly card instead of daily card...dan kami juga sangat suka sangat naik taxi walaupun dah ada card...so overall aku puas hati ngn kos trip ini yang masih di bawah anggaran awal aku iaitu RM5,000!sebab rata-rata aku tanya, semua cakap kalo ke sana, kurang-kurang abes RM5,000!masa aku pergi aku cuma bawak AUD1,000 only...dan dapat bawa balik semula dalam AUD250++....dengan makan di luar je, naik teksi selalu, shopping lagi...sangat berbaloi-baloi la kos tu kan...hehehe oh by the way, tiket flight dan hotel aku dah bayar siap-siap sebelum pergi... =D
ok selesai cerita trip to Aussie kali ni...aku harap aku dapat pergi balik ke sana...especially Melbourne laa...macam banyak je tempat-tempat yang aku tak pergi lagi kan, lagi-lagi yang luar bandar Melbourne tu...tapi next time kalo ada rezeki ke Melbourne, aku nak pergi ke Tasmania sekali!yeah!dan 1 lagi wishlist aku untuk Aussie ni adalah untuk ke Gold Coast...nak pergi Seaworld & Movie World aje pun!hehehe ok tutup buku Aussie buat masa ini, mari kita mulakan countdown untuk next trip pula!yeah 13 days to go!excited nak bercuti tapi sebelum tu nak kena stress dulu sebab banyak benda kat opis tak setel lagi!audit la, workshop la, report la bla..bla...bla....never ending story...huhuhu...dah tu itinerary untuk next trip tu pun tak siap lagi...hehuuuu semoga dipermudahkan urusan kita semua..AMIN.... =D

Tuesday, November 19, 2013

I is Jakun.

hahaha semalam ada member tag aku kat FB mengenai berita di tempat aku nak pergi lagi 2 minggu nih, telah pun mulai turun salji...oh apakah?awal pula turun salji tahun ni...tahun lepas awal disember baru turun...hehehe alahaii agak-agak masa aku sampai ada salji tak...hehehe jakun okeh aku nih..1st time nak jumpa salji..dolu pernah jumpa di Amsterdam..tapi sikit sangat dah masa tu..hujung winter dah nak masuk spring...nak kepal-kepal ais pun tak boleh....hahaha so harapan untuk trip kali ini, semoga kita bertemu di sana ye snowyyy.......tak sabar dah ni tapi minggu ni kena berbengkel dulu.....hehuuuu~

Monday, November 18, 2013

AA to Nagoya-Chubu

yeah AA dah buka tambah 1 lagi route menuju negara matahari terbit iaitu Japan!ke manakah destinasi ketiga selepas Tokyo dan Osaka....ingatkan ke Fukuoka...rupanya new route di buka dari KL menuju terus ke Nagoya!penerbangan akan bermula pada March 2014...tapi awal pagi nanti dah boleh start hunting ticket dah...haaaa apa lagi yang rasa-rasa nak berjalan ke Jepun next year....boleh ushaa.....hehehehe ini sedikit info dari FB Airasia...
AirAsia X Announces 3rd Destination in Japan – NAGOYA!

Another X-citing news for our fans who love Japan! We have launched our 3rd destination in Japan – Nagoya earlier today! AirAsia X will commence four weekly flights into Chubu Centrair International Airport, Nagoya from Kuala Lumpur beginning 17 March, 2014.

Azran Osman-Rani, CEO of AirAsia X said, “We are excited to announce our latest route to Nagoya, marking our 3rd destination into Japan. This marks another milestone for AirAsia X and reiterates our expansion commitment in the key markets we operate in with the Asia Pacific Region. “Nagoya is strategically located just 50 minutes from Osaka and 1 hour 40 minutes from Tokyo via train. Guests may soon fly direct to Nagoya, and take a train to the metropolitan and capital city of Japan; Tokyo or visit the commercial centre of Japan, Osaka in the Kansai region and return from any of the ports we serve in Japan. Nagoya has much to offer, be it for families or even the back packers, the choices of attractions are endless.”

In conjunction with the announcement of our new destination, AirAsia X will be offering hot deals from as low as MYR199* (JPY6 990) on Economy and MYR699* (JPY 24 900) on Premium to Nagoya. Bookings are available online from 19 to 24 November 2013 for travel between 17 March and 5 August 2014.

erm bila agaknya AA nak buka route to New Delhi semula?takpun ke NZ ke....atau ke Europe...hohoho atau myb ke Turkey...hehehe banyak plak kan songeh aku nak suh AA buat route to semua tempat yang aku teringin nak pergi tapi sebab mahal, so kena hold dulu...hehehe

Restoran Pizza-Pizza, Cyberjaya

yeay akhirnya dapat juga aku pergi makan kat Restoran Pizza-Pizza di Cyberjaya ni...bukan jauh sangat pun dengan opis aku, tapi baru nak ada rezeki sampaikan...hehehe mula teringin nak makan bila baca di blog DATT, pastu diikuti plak oleh Supermeng...harus terliurkan...hehehe makanya, lewat jumaat minggu lepas, masa tengah sibuk-sibuk lagi kat opis, bos kecik ajak pergi makan sekali...so aku ok je la kan...pas maghrib semua, aku cakap la jommm pi Cyberjaya!diorang pun setuju, terus aku google lokasi semua..terus gerak ke sana!rezeki, memang terus sampai je depan kedai tu tanpa sebarang sesat...hehe aku kalo Cyberjaya ni, aku tau pi Restoran Saba' je...rupanya masa sampai kat sini, sementara pusing cari parking, banyak giler kedai makan okeh!tapi banyak bercirikan Middle East la tapi ada juga la lain-lain tu....memang sangat meriah!apesal aku cuma tahu Saba' je?hohoho ok pas dah dapat parking, kami macam was-was nak masuk Restoran Pizza-Pizza ni sebab bertutup!nasib aku ada baca yang restoran ni sama owner dengan Restoran Sultan sebelah dia tu..rupanya dia tutup dah Restoran Pizza-Pizza tu, tak sure sementara or selamanya...tapi menu dia di bawa ke Restoran Sultan tu...masuk je memang rasa pi negara arab la...semua muka-muka tu je dari pekerja sampai la ke yang datang makan!hehehe so ambil tempat, terus tengok menu..harus lah aku mencari menu pizza kan...aku ambil Pizza Pizza-Pizza...as recommended by pekerja situ...bos-bos aku makan nasi arab..ada ambik chicken kabsah, ada ambil lamb mandy...masa air sampai, wahh besar betul cawan dia!hehehe tapi sedap air buah dia!pastu nasi diorang sampai dulu...kalo tanya pendapat aku, biasa je la...sebab aku lagi suka kat Mr Kabab dan Saba' la...then masa pizza aku sampai...perghh meleleh cheese dia weh!nak angkat sekeping-keping pun tak leh la...sebab berat!penuh inti dia!pastu kulit pizza tu ya Ampunn...lembut!sedap makan masa panas tuh!hehehe Alhamdulillah...harga pizza size medium adalah RM16.80...air buah gelas besar RM8...untuk nasi tu pula dalam belas-belas juga la...aku rasa RM16 kot...lebih kurang la...total kami makan bertiga adalah RM67 sahaja...ok la kan....hehehe jom layan gambo pakai hp cap ayam nih...hehehe