Wednesday, May 25, 2016

Hei Sushi, Alamanda Shopping Mall, Putrajaya

hari tu duk nak layan cerita Ada Apa Dengan Cinta 2 dengan liana...so macam biasa la, sebelum masuk wayang harus lahhhh kita isi perut dulu....kalo tak, mau berantakan dalam wayang tuh nanti...hahaha sebabkan kali ni tengok wayang di Alamanda, so kitorang decided untuk cobaaa makan di Hei Sushi yang terletak di hadapan boling...boss aku duk suggest makan sini, dia cakap sedappp...liana pun pernah makan sini gak dan cakap sedap...makanya haruslah aku tergoda kannn...hahaha...
untuk makluman korang, restoran ni telah mendapat pensijilan halal daripada Jakim...so takde keraguan la kan...haaa jom kita usha apa yang ada dalam menu...memang terdapat banyakkkk gila menu kat sini...daripada sushi, sashimi, temaki dan macam-macam lagi...memang semuanyaaa nampak menyelerakan sampai aku tak tau nak buat pilihan...dia macam ko letak depan remy ishak, ahsraf muslim dengan zularifin depan aku, pastu ko suh aku pilih!haaaaa terkedu takleh buat keputusan!hahahahahaha

selepas pening membuat pilihan, akhirnya liana memilih untuk makan set salmon fillet (RM18.99) yang sedapppp sangat...tak overcooked salmon dia, aku sukaaa...kari dia tu pun sedap juga...tapi jangan la ko compare ngan kari mamak kan, harusss kari jepun ni kalah di hati aku...hahahaha untuk aku pula aku ambil vegetable tempura (RM8.99), deep fried sushi roll (RM12.99), temari sushi dan edamame...overall makanan dia sedappp pada aku...harga sedikit mahal berbanding Sushi King...of course la kannn...hehehe tapi rasanya sedappp!next time aku nak repeat nak layan sashimi la plak kat sini...hehehe
untuk minuman, aku gegedik pi order flower tea (RM7.99)...haaa kau hambik seteko dia hantar...hahaha dengan bunga kembang semangkuk plak tu kat dalam diaaa...seram gak memula aku nak minum ke..biar betol selamat ke nih...hahahaha drama sangat kannn...tapi bila minum tu sedap jeee, wangi plak tuuuu...haaaaa habis jugak ler seteko tu aku minummm!hahahaha so korang yang berkunjung ke Alamanda tu, agak-agak tekak Jepun merasuk tu, boleh laaa coba-coba kat Hei Sushi ni yer!

Monday, May 23, 2016

Heart & Soul Cafe, Bandar Baru Bangi

ni cerita lama...hujung April kalo tak silap aku...duk cerita pasal hipster cafe yang ada di Bandar Baru Bangi, tetiba Azra ke Dzuli tah cakap ada Groupon Coupon berharga RM56 yang worth RM100 kat Heart & Soul Cafe, Bandar Baru Bangi!yeahhh dah lama usha cafe ni, duk nengok Crayfish Lambak dan lobsternya ituuuu...so ni kira macam pucuk dicita ulam mendatang laaa kan...eh betul ke peribahasa tu...hehehe terusss Azra beli coupon tuh...bab-bab makan cenggini kita harus gigih...dan terus set petang tu jugakkk kita serang Heart & Soul Cafe yang terletak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi...dalam hati berbunga riang nak berjumpa si Crayfish Lambak!
aku, dzuli, azra dan mrs berjumpa di cafe ini selepas maghrib...masuk jer Heart & Soul Cafe ni terkagum jap sebab diorang pasal bacaan ayat suci Al-Quran...terus sejukkk hati aku tau...hehehe dekorasi cafe ni agak menarik gak laaa kat mata aku yang tak berapa nak berseni nih...hehehe...dekorasi dalam kedai ni je dah buat aku tak sabar-sabar nak makan Crayfish Lambak tau...besarrr Crayfish ke Lobster tah tu tengah naik vespaaa...hahaha...
ok duduk je terus usha menu...alahai sedih sangat laaa menu diaaa...dah terkopak-kopak plastiknyaaa...aku ingat kan ini cafe baru, sedih sangat nih menu diaaa...hohoho pasrah jer laaa...banyak juga pilihan menu kat sini, dari appetizer, pasta, asian dishes, pizza dan sandwiches...tapi alahai, untuk orang berusia macam aku ni, aku rasa menu dia serabut sikit...nak baca pun susahhh...sebab banyak sangat jenis dan warna tulisan serta gambar...ni ala-ala buat apa panggil dulu tu portfolio eh?zaman sekolah dulu tuu...hahahaha...
dan selain menu di atas, harus lahhh yang paling special adalah Lobster dan Crayfish Lambak merekaaa...waaa kitorang memang dah aim nak layan Crayfish Lambak tuuu...sekali masa order tu budak tu cakap takde stok...aku dah macam pffffttttt...dah kata promote beriya menu yang ni kat IG, sekali masa kami datang takde stok?huhuhu...ohemji...kenot brain!huhuhu terus hakak-hakak semua kecewaaaa...
disebabkan kecewa, kitorang pun order laaa menu lain...dzuli makan Lobster Fried Rice (RM18.90) tapi aku tak nampak lobster pun, ke aku tak kenal lobster?hahaha aku rasa tu laaa Crayfish yang diwar-warkan...ke crayfish tu adik beradik lobster?ntah laaa janji hakak kuciwa...huhuhu...nasi goreng dia biasa je laaa....
azra dan mrs layan pasta...azra pilih Spicy Olio Seafood (RM17.90)...ok yang ni boleh laaa memujuk sikit hati yang sedang berduka lara ni...dan mrs pula ambil Spicy Chicken Creamy (RM16.90) yang ok juga laaaa...portion dia pun boleh tahan kenyang laaaa....
dan untuk aku yang paling berduka lara ni, aku pilih Classic Lamb Rack (RM23.90) yang boleh memujuk hati ini kembali...cuma kuah mint dia tu pada aku masam sikit laaa...yang lain ok laaaa...sobssss...hati terluka di Heart & Soul Cafe okeh...tak tau bila luka nak pulih ni...huhuhu total kami makan malam tu adalah RM87.70 sahaja...haish rugi tak habes guna RM100 tuh tau...kalo ada Crayfish Lambak tu mesti abes guna coupon tuh...huhuhuhu pasrah...
overall berdasarkan menu yang kami ambil ni, ok la aku rasa cafe ni...arghhh aku kecewa tak dapat layan Crayfish Lambak diaaaa...semua pun kecewa seperti aku sebab itu laaa tujuan utama kami berkumpul bersama pada hari ini dengan misi #gemokbersama sedihhh... 

Sunday, May 22, 2016

Menawan Puncak Bukit Broga!

selepas kagum dengan diri sendiri dapat menawan Puncak Bohey Dulang sebelum ini, gigih aku mengajak budak-budak opis aku beramai-ramai mendaki Bukit Broga pulaaa...hehehe memang sebelum ni diorang duk ajak, tapi aku kurang berkeyakinan...tapi kali ni, aku plak terlebih yakinnn...sebabnya diorang cakap Bukit Broga ni tinggi dia 400 meter jer...eh, 400 meter je?Bohey Dulang pun 600 meter tau...eleh, senang je la nih...gituuuu kata hati...so pada 17 April 2016, kitorang berkumpul di Petronas Semenyih pada jam 6.30 pagi...kemudian bersama-sama bergerak menuju ke kaki Bukit Broga...masa sampai ni dah ramai gak orang, so kami parking di dalam kawasan ladang kelapa sawit...kerlas tau ladang ni dah macam ada sistem plak parking celah-celah pokok...hehehe ada bayaran dikenakan tapi aku tak ingat berapa sebab aku naik kereta member...
dah namanya mendaki dengan budak-budak atlet kan, makanya harus ada sesi warming up!hahaha aku ajak ke tepi sikit sebab maluuuu...orang lain tak warming up pun?hahahaha tapiii seriously aku rasa nasib baik warming up, kalo tak mau mampus aku tak larat naik, separuh jalan jer....hahahaha ini semua gara-gara memandang rendah Bukit Broga serta memandang tinggi keupayaan sendiri...hahahaha...
dari ladang kelapa sawit tu kena berjalan beberapa ketika sampai laaa jumpa gerai-gerai orang jual makanan dan minuman...masa ni dah rasa lapar la jugak tapi pikir balik, kot makan beriya kang, kut tak larat plak mendaki kannn...makanya bersabar jer laaa masa ni walaupun dah nampak nasi lemak!hahaha
lepas je gerai-gerai ni, maka bermulalah misi kami menawan Puncak Bukit Broga!ecehhh kasik selpie sikit dan update di FB...ahli jemaah pada kali ini adalah Syahnaz, Zu, Nor, Wani, Bampish dan Hana...dengan temanyaaaa tudung kuning....eh ke oren?ahhh gasak laaaa....yeayyy!
ok ayuh kita mulakan pendakian...masuk-masuk jer dah mendaki di atas tanah merah...hati-hati yaaa takut tergelincir...daki punya daki, ehhh macam penat lah jugak...hahahaha nasib ada geng si zu!hahaha sama jer macam aku...yang lain tu kemain fit nyaaa...nor siap lari-lari lagi...hahahaha...tapi aku amalkan gaya slow and steady sambil ambil gambar dan selpie...hahahaha tu semua la tuh nak menenangkan jiwa sendiri...kalo tak mau aku maki diri sendiri buat apa menyusahkan diri pagi-pagi ahad ni, baik tidoooo!hahahaha
selepas hampir 30 minit mendaki, akhirnya kami sampai di satu kawasan lapang...haaa masa ni aku ingat dah sampai tauuu...dah seronok dah nampak ada bukit seketul depan mata masa ni...sekali bebudak ni yang pernah naik cakap, eh bukan bukit yang ni...ada 3 bukit kita kena lalu untuk sampai ke Puncak Bukit Broga...aku masa ni dah WTH???kata 400 meter jewwww...hohohoo masa ni dah mengaruk-ngaruk dalam jiwa...hahahaha
ok tarik nafas, hembus nafas...kita sampai di kaki bukit pertama ni...ambil masa kita kat sini nak daki sebabnya agak steep kat sini dan jarak 'tangga' yang ada di situ besar-besar...so untuk yang lutut tak berapa nak kukuh macam aku ni, kira hazab jugak laaa...tapi again aku amalkan gaya slow and steady...kahkahkah...rileks jer, berhenti je kalo rasa nak berhenti tu...sambil menikmati pemandangan pagi di situuu dan posingggggg...hahahahaha...
bila sampai je kat atas puncak pertama ni, rasa best sangat!hahaha tak lama pun dakinya dalam 15 minit kot termasuk berhenti untuk bergambar dan menarik nafas...hehehe haaa kat atas ni memang layan view laaa...masa ni plak matahari baru nak bangun sambil malu-malu menunjukkan dirinyaaa...kitorang lepak dalam 10 minit jugak laaa kat sini...
lepas dah puas berehat, kami meneruskan ke arah puncak yang seterusnya pulaaa...nasib laaa perjalanan agak landai dan tak memenatkan sangat...masa ni pun dah ramai orang bergerak pulang...mayb diorang datang sebelum subuh tadi kot...hehehe
dari puncak kedua ni, leh nampak laaa puncak hazab yang kita lalu tadi...cantikkk view dari sini tau...jadinya jangan laa sia-siakan peluang untuk bergambar!hehehe tapi kami tak berhenti lama pun sebab takde penat sangat...tapi sempat laaa duk makan roti sikit masa ni sebab dah kelaparan...
dan kemudian meneruskan perjalanan ke puncak berikutnyaaa, yang ketigaaa...haaa yang ni sedikit mencabar sebab curam sikit laaa...kena berpaut pada tali yang disediakan supaya tak tergolek ke belakang...hahaha tapi ok jer la, doable...cuma bila dah jauh-jauh berjalan ni, penat la sikit kannn...tapi penat berbaloi sebab kat atas tu ada mat salleh hensem menanti. eh?
dan akhirnyaaaa sampai laa ke puncak terakhir, iaitu Puncak Bukit Broga!yeahhh semangat sikittt...walaupun dah terhuyung hayang kepenatan, akhirnyaaaa kami sampai juga di Puncak Bukit Broga!haaa batu jer kat atas ni tauuu...hehehe 
sampai je kat atas tu, terus cari spot nak landing hoih!penatttt...hahahaha...dan dengan pantas buka bekalan makanan...laju je abes roti dan tuna tu...nampak sangat semua kelaparan tahap gaban...hahaha sambil makan sambil bergambar...hantar gambar kat whatsapp group opis, big boss kasik thumbs up cakap good activity for young and healthy people...gituuu tau bos...hahahaha...
bila dah kenyang dan melepaskan lelah, baru laaa kitorang bergambar kat signage yang ada kat atas tu...yeayyyy we made it to the top!hahaha dannn masa ni baru realise...rupanya 400 meter tu adalah tinggi puncak yang terakhir ni jerrrr dari paras laut...dengggg tipah tertipuuu....dah tu berapa kilometer dahhh aku jalan tadi?hahahaha tapi takpela, dah sampai dah pun kannnn...pasrahhh....
sebelum turun tu, sempat la lagi posing sana-sini sikit...almaklum bukan selalu naik sini kan...silap-silap yang pertama dan yang terakhir ni haaaa...hahahaha nasib laaa budak-budak yang aku nampak tu, mintak tolong ambilkan gambar kami...hehehe
dan selepas hampir setengah jam berada di puncak, akhirnya kami dengan happy nya memulakan perjalanan turun...dan kami tak rushing pun masa turun ni, so banyak masa duk berhenti dan bergambar!hahaha...semua tempat nak berposing kannn....dasar gila kamera semuanyaaa...hehehe...
dan akhirnya bila sampai kat puncak hazab tadi tuh, mak aih sengal gila rasa lutut hoih nak turun!hahahaha nasib laaa ada tali tuh...sakit-sakit tapak tangan aku berseret kat tali tu masa nak turun nih...hohoho pasrah jer laaa...nak harap ke lutut sendiri, memang tak la kannn...hehehehe....
dan semasa menghampiri garisan penamat, aku tergolek daaa...hahaha lutut plak tu terseret sebabkan salah landing kaki...adoi terluka lutut aku masa ni...tapi sikit je la, takpela tanda kenangan Bukit Broga gituuu...hahahaha dan akhirnya kami selamat sampai di garisan penamat pada jam menghampiri 10 pagi...yeay!happy!sempat layan coconut milkshake yang sedapppp kat gerai-gerai situ...
lepas dah melepaskan haus dan lelah, kitorang pun gerak semula ke kereta...dan tetibaaaaa jer aku nampak tanda arah ni...hoih bukan 400 meter ok, rupanya 1.7 km!huhuhu tipah tertipuuuu...tapi papepun nasib baik masa sampai gelap aku tak nampak tanda arah ni, kalo tak mau aku taknak naik dah tadi...hahahaha...pape pun very good experience untuk beginner macam aku...lepas dari ni, gigih la budak-budak tuh menyusun program nak ke mana plak lagi....hahahaha layan jer laaaa hadik-hadik kaklong tuuuu...so ke mana kitorang seterusnya?tungguuuu ye...ok next aku cerita Coron balik ye...hahahaha sorry la cerita lompat-lompat ikut mood...hehuuuu....