Wednesday, March 26, 2014

Perhatian : Perpindahan Pejabat Pengeluar Passport Presint 15

pagi tadi aku ada audit di pejabat yang terletak 1 bangunan dengan Pejabat Pengeluar Passport Presint 15 ni...sampai je di lobi building tu, aku bajet dah ramai orang beratur kat imigresen tu....sekali lengang!aku pikir or mayb cuti sekolah la kot kan....orang ramai balik kampung...takpun orang dah siap buat passport aritu sebab nakpi berjalan masa cuti sekolah ni....sekali meleset daaa sangkaan aku....lepas tanya guard mana pejabat tempat aku nak tujui tu, aku ternampak pula signage ini!
haaa patut la lengang!rupanya pejabat imigresen kat Presint 15 tu dah ditutup sejak 11 Mac 2014!diorang nak berpindah ke Menara Ikhlas sebelah Palace of Justice di Presint 2 tu....memang bangunan tu baru siap pun...tapi tarikh pejabat imigresen di Menara Ikhlas tu mula beroperasi akan dimaklumkan kelak...so buat masa ni, orang Putrajaya dan sekitarnya yang nak buat passport boleh la ke tempat-tempat lain yang dicadangkan...seperti kajang, shah alam, banting, utc sentral, wangsa maju, jalan duta dan port klang....ok korang..harap info ini dapat membantu... =D

INFORMASI TERKINI! 

Lokasi Pejabat Pasport Putrajaya tukar ke Aras 3, Tower A, Bangunan Menara Ikhlas, No.17, Persiaran Perdana, Presint 3 sejak April 2014.

Link - http://www.imi.gov.my/index.php/en/home/2-uncategorised/1001-bb-pembukaan-operasi-pejabat-pasport-di-menara-ikhlas-presint-3-putrajaya

Monday, March 24, 2014

Berita Terkini : MH370

aku tertidur awal tadi sebab makan ubat...bangun je kul 10.30 malam, tengok orang dah post pasal PM's press conference di FB...terus berdetup jantung...Ya Allah....setelah lebih 2 minggu menanti dan berharap, akhirnya PM mengesahkan bahawa MH370 telah berakhir di Laut Hindi...di barat Perth, Australia...terus aku turun bawah dan buka Astro Awani, nasib baik ada ulangan press conference...aku yang tiada ahli keluarga dalam tu pun meruntun-runtun hati dengar berita ni..Allahuakbar..Takziah buat semua ahli keluarga mangsa yang terlibat...buat yang beragama Islam, semoga roh mereka ditempatkan di kalangan yang beriman...Amin....Sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepadaNya jualah kita kembali....
teringat pihak Astro Awani dihubungi salah seorang ibu penumpang MH370, dia cakap dia seorang di rumah...tak faham apa yang PM cakap tadi...sebab in english kan...tu dia terus call Astro Awani...aduhai sedih sangat...payahnya staff nak cakap pada makcik tu, berlapik-lapik..memula makcik tak faham sebab berlapik sangat, tapi masa dia dapat tangkap maksud 'berakhir', memang meruntun kita yang mendengarnya....huhuhu semoga makcik diberikan ketabahan oleh Allah swt...dan aku berharap semoga selepas ni usaha pencarian kotak hitam dan body kapal terbang serta penumpang-penumpang MH370 dipermudahkan....dan dikesempatan ini juga nak terima kasih dan well done kepada SAR Team, negara-negara luar yang banyak membantu ketika Malaysia kesusahan....juga buat semua yang terlibat dalam misi mencari MH370 ini, tak henti-henti berkerja sejak 8 Mac yang lepas...jangan la dikutuk mereka ni, mereka dah buat yang sehabis baik dah...ok aku kongsikan di sini press statement PM sebentar tadi...

PM NAJIB RAZAK’S PRESS STATEMENT ON MH370

This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path.

Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation.

Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.

Friday, March 21, 2014

3rd Bandung Trip : Day 2 (14 Februari 2014)


tolong #prayforMH370 tanpa henti ye kawan-kawan!dah masuk 2 minggu dah ni...huhuhu okeh mari kita sambung cerita hari kedua aku di Bandung ni....selepas berehat semalaman, kami bangun awal pagi...masa tengah siap-siap tu, aku buka la tv, tengok berita...sekali kami dikejutkan dengan berita letusan Gunung Kelud yang terletak di Provinsi Jawa Timur...dalam hati terus terdetikk, nasib baik la jauhkan, insyaAllah takde pape la kami di sini...ye la Surabaya dengan Bandung, tengok peta, jauh tu....hohoho pastu jam 8.30 pagi kami pun turun breakfast...light breakfast disediakan oleh pihak hotel...nasi ambeng namanya...campur segala nasi goreng, mi goreng, lauk ayam, tempe, sambal....gaul sekali...sodap....aku suka...makan pula dengan keropok yang best..juga ada bubur nasi...haaa lebih dari cukup dah pada aku...Alhamdulillah....
tepat jam 9 pagi, Topan pun sampai untuk ambil kitorang...dan kami mula bergerak menuju ke tempat idaman aku yang tak tertunai pada 2 trip sebelum ini iaitu Kawah Putih Ciwidey!yeay!sebelum meneruskan perjalanan lebih jauh, Topan singgah isi minyak..masa ni la kita perlu beri pada dia extra Rp50,000 tu buat isi minyak...macam aku cakap dalam post sebelum ini, kalo dalam Bandung, charge yang dikenakan oleh Hayuka Bandoeng hanyalah Rp390,000 sehari...tapi untuk ke Kawah Putih harus tambah extra Rp50,000 buat isi minyak....pastu sepanjang perjalanan duk layan tengok keliling je la sambil borak macam-macam cerita dengan Topan ni...dia ni pula banyak sungguh cerita...hehehe...masa tu kami siap terserempak dengan jenazah yang diusung naik macam basikal kat tepi jalan...seram teringat citer hantu Indonesia pula aku tiba-tiba..huhuhu
dalam jam 11.15 pagi, kami tiba di Kawah Putih Ciwidey...terus ke Information Centre...aku follow jer Topan...masuk ke situ, kami perlu bayar entrance fee sebanyak Rp30,000 seorang...dan untuk bawa kereta sendiri terus ke kawasan kawah tu, perlu bayar Rp150,000 per kereta...kalo tak, kena naik shuttle bus yang disediakan...murah sikit laa...tapi kami malas la nak tunggu-tunggu naik bus tu...lagipun share 4 orang takde la mahal sangat kan....then kami diberi kupon untuk redeem air strawberry masa balik nanti!dengarnya kupon ni dapat sebab datang dengan travel company macam Hayuka Bandoeng ni...oh di sini juga disediakan toilet, kena bayar Rp2,000...bersih toilet dia, tapi airnya sejuk banget dong!
setel semua urusan kat bawah tu, kami pun mula bergerak menuju puncak...eh kawah...ada la dalam 5 km perjalanan mendaki...sampai la ke kawasan parking kereta dan nampak shuttle bus warna oren kat atas tu...terus Topan parking di situ...dan terus kami menerpa nak ambil gambar dengan signage 'Kawah Putih' yang besar terletak di situ...nasib baik la masa ni tak ramai sangat orang...senang nak over-over sikit kan....Topan kata sekarang low season untuk tourist...so memang tak ramai orang la...nasib baik kan...orang Bandung ni siap dah tau dah masa cuti sekolah di Malaysia...sebabnya kalo cuti sekolah, memang penuh  orang Malaysia kat Bandung ni!hahaha orang Malaysia kayo!
lepas tu kami pun bersemangat waja berjalan menuju ke arah kawah...lalu kawasan pokok-pokok yang kontang seolah terbakar...tapi aku rasa ini disebabkan kandungan sulfur yang tinggi di kawasan tu....fuhhh berdebar pula rasa sebab duk membayangkan kecantikkan kawah seperti dalam gambar...takut terkuciwa, kalo tak cantik...almaklum, dah terlebih excited kan...
jalan tak berapa jauh, pastu akan sampai di kawasan tangga menurun menuju ke kawah...masa ni dah mula nampak kawah di celah-celah pokok!Subhanallah!terus excited tengok warna hijau kebiruan tu!memang macam dalam gambar!hahaha sibuk la kami bergambar kat tangga...membelakangkan kawah...tu baru sampai tangga tu, dah macam-macam posing!hehehe masa ni bau sulfur dah makin kuat, tapi gigih tak nak pakai mask ye...tapi kalo korang tak tahan, better pakai la...aku dulu duk biasa lab, memang suka tak pakai face mask...dah biasa dah bau chemical nih...eceh....oh kat kawasan tu ada je orang jual mask nih...
then kami terus turun ke bawah...ke kawasan kawah menghampiri air hijau biru yang sangat cantik tu!cuaca masa tu sejuk dan angin kuat!dan sudah semestinya bau sulfur juga semakin kuat...ye laaa kita dah berada dalam bekas kawah gunung berapi kan....aku yang bajet hebat biasa bau chemical ni pun dah terbatuk-batuk masa ni..tekak mula rasa kering....huhuhu tapi dalam pada tu, tetap gigih bergambar..melayan perasaan menikmati keindahan alam ciptaan Allah...Subhanallah macam tak percaya depan mata semua ni...haa dalam beriya ambil gambar tu, kena hati-hati ye..jangan sampai termasuk dalam air berkepekatan tinggi sulfur tu...banyak signage amaran yang diletakkan di kawasan tu...oh ye, masa ni kan kami terasa ada debu jatuh kat kami...macam hujan debu...kami ingat masa ni, memang kawasan tu mengeluarkan debu...habis la tudung hitam aku putih-putih...bak kata amirah, dah macam ketombe!
dah puas bergambar di bahagian tengah kawah tu, kami menuju semula ke tangga melihat orang menjual belerang untuk ubat-ubatan...pastu kami melalui Goa Belanda nak ke arah kawah sebelah sananya pula...masa nak lalu pintu gua ni, aku jadi cuak bila terbaca amaran Jangan Terlalu Lama Di Depan Goa!laju aku lalu tak tengok dah...ambil gambar pun dari tepi je!terbayang aku keluar hantu ke apa...huhuhu pastu jalan melalui pokok-pokok yang kelihatan hitam terbakar...dan sampai ke other side of kawah tu...
Subhanallah...memang cantik sangatlah kawasan ni...memang kena pergi tengok sendiri la korang...hehe aku pernah dengar orang cakap Kawah Idjen yang terletak di Banyuwangi, Jawa Timur adalah lebih cantik...so kalo ini pun dah cantik sangat, aku tak dapat bayang la cantiknya lagi Kawah Idjen tu...tapi tu nak kena gigih sangat daki gunung...so aku malas!kat sini again layan bergambar, feeling syok sendiri...kat sebelah sini lebih banyak pokok-pokok dan ada tanah yang boleh pergi ke tengah tasik tu...tapi kami tak pergi la...macam seram je kan...ambil gambar dari tepi tu pun cukup dah...masa ni hujan debu makin kuat...huhuhu
dah puas bergambar, naik atas semulaaa...sangap gak nak naik tangga tinggi tu kan...kat atas tu adalah info mengenai kawah ni...masa turun excited sangat tak sempat nak baca...pastu dari atas tu juga ada tempat juga nak ambil gambar kawah ni..layan la cikwi dan amirah nak bergambar kat situ...siap leh lepak duduk tengok orang kat bawah sana tu....
lepas tu kami kembali ke kereta jumpa Topan...Topan tunjuk kat cermin kereta penuh debu...aku tanya la memang kawah ni keluarkan debu ke...sekali Topan cakap, ni debu akibat letusan Gunung Kelud!dah terbang sampai ke sini...Subhanallah....jauh sungguh!rupanya besar letusan tu...huhuhu cuak dah kami kalo-kalo airport tutup!so minta Topan update kalo ada pape info baru nanti...pastu masuk kereta terus masing-masing teguk air kosong banyak-banyak...dan terus kami gerak menuju semula ke Information Centre tadi,...kat sebelah dia ada cafe...haaa kat situ la tempat nak redeem air strawberry tu...wah memang fresh giler jus dia...tak masam sangat pun...tapi aku ni bukan suka sangat strawberry so gigih gak nak abeskan..kami ambil juga otak-otak versi Indonesia harga Rp4,000 sebijik...ok la rasa dia...
dah selesai alas perut, kami pun bergerak menuju ke Kota Bandung semula...dalam pada tu dah pesan dengan Topan, cari kedai makan sekali nanti...dah tengahari ni, setakat otak-otak tu, hanya mampu bertahan berapa minit je tu...hehehe semasa perjalanan kitorang nampak signage Pangkas Rambut DPR...ok pangkas rambut tu paham la kan, kedai gunting rambut...DPR tu apa pula...sekali Topan cakap tu maksudnya Di Bawah Pohon Rendang!means kedai gunting rambut di bawah pohon rendang!ala-ala zaman dulu la kat Malaysia ni...hahaha memang kelakar la masa ni...hehehe dalam gelak tu, hati cuak gak sebab sepanjang perjalanan, Topan kena pasang wiper tau sebabkan hujan debu tu...then kami berhenti lunch di Rumah Makan Saung Andir...turun kereta memang debu bertimpa-timpa la kan...nasib la makan kat dalam pondok terbuka..kena tutup-tutup la minuman tu sementara makanan sampai...so kat sini kami order Ayam Brengsek, Gurame Bakar, tauhu mendoan dan kangkung...makan 5 orang berharga Rp273,000 sahaja..Alhamdulillah...sedap dan kenyang!
perut pun kenyang, perjalanan kami diteruskan menuju ke Kota Bandung... masa nak sampai ke Kota Bandung, Topan tanya...mahu ke Rumah Kain?sebab dah alang-alang lalu...terus semua setuju...Rumah Kain ni terletak di Taman Kopo Indah...tempat beli kain murah-murah tapi kaedah pembelian kena usaha lebih sikit menyelongkar timbunan kain!hohoho aku memang pening la masuk tempat gini...tapi layankan aje la kan...dalam malas nak tengok tu, last-last diorang excited selongkar bila tengok sorang minah ni dapat kain cantik-cantik!pandai dia selongkar!hahaha aku sampai terduduk la kat timbunan kain tu menunggu diorang ni!sedar tak sedar, 2 jam jugak kami kat dalam tu!aku ada la sambar 2 helai kain berharga Rp220,000 sahaja!murah kan?
kemudian dari Rumah Kain, kami ajak Topan ke Jl Cibaduyut pula...tempat famous dengan barangan kulit...Topan turun kan kami di Grutty Grutty...satu toko besar yang menjual tas tangan dan kasut yang diperbuat daripada kulit...masa nak masuk tu, sempat Topan beri sticker nombor 2...dia cakap beli barangan kulit nanti, boleh dapat 20%!so kami tampal la sticker tu di tudung...kasi nampak sikit!masuk dalam tu, pening kepala aku!banyak giler kasut dan beg!I is pening okeh kalo banyak-banyak macam ni...aku duk pusing-pusing tanpa jiwa, last-last aku melanguk tempat purse je...berhajat nak ganti purse aku yang dah 4 tahun tu...aku beli dulu di Bandung gak...beli barangan kulit asli, walaupun takde brand famous, tetap 4 tahun aku lenjan, masih berada dalam kondisi yang baik tau...so apa lagi, terus tersangkut dengan purse merah menyala...harga dia, lepas diskaun dapat la Rp165,000...boleh la kan....
dah penat bershopping, perut pun lapar balik...cakap nak makan seafood, terus Topan bawa ke Pondok Pesangrahan...kedai makanan laut ni, kita pilih je mana nak makan....dan masa apa...ikan dia siap hidup lagi dalam akuarium...so kat sini kami order tomyam seafood, kerapu 3 rasa, kepah bakar, sotong goreng tepung, udang butter dan kailan...so overall, makanan kat sini ok la..tapi tak up to my taste...ecewah...paling takleh blah rasa udang tu...sobss....harga makan kat sini macam mahal jugalaaa...Rp671,000...tapi bila pikir segala jenis seafood ada atas meja malam tu, so aku rasa berbaloi la gak harga ni...
dah kenyang kami terus nak balik ke hotel...tapi Topan bawa pusing-pusing bandar dulu...lalu la di Jl Asia-Afrika yang mempunyai sejarahnya di Indonesia ni...lalu Masjid Raya...macam-macam Topan cerita masa ni tapi aku dah lupa...huhuhu then sampai je hotel, aku ngan cikwan tak terus naik bilik...kami nak pergi Mall...sebab nak pergi Lotte Mart kat dalam tu...dengan tujuan memburu MILKIS!hehehe minuman kegemaran aku semasa di South Korea!sebab En Mie cakap kat sini ada Milkis...hari tu datang tak sempat cari...ni baru nakpi cari...sekali rasa nak menjerit je ngan cikwan bila nampak Milkis kat Lotte Mart tu!wahhh rindu terlerai wehh...hahaha over kan....memula nampak sikit, sekali masuk belakang nampak banyak giler Milkis terus meroyan-royan kan...cikwan pak excited jumpa jus oren Jeju...harga Milkis kat sini murah gak banding kat Malaysia dan Korea!dalam Rp13,400 sebeotol kecil tu...sukanya!
pastu kami balik ke bilik...aku dengan hati yang riang, terus layan Milkis sambil buat kira-kira duit untuk hari ini...almaklum, trip kali ni kami buat tabung...aku jadi bendahari...so makan ramai-ramai, hotel, transport, entrance fee dan airport tax semua guna duit tabung je...senang cerita...hehehe ok selesai hari kedua di Bandung...sok nak jalan lagi sebelum mulakan misi bershopping barang kawin pada hari lusa!so jom berehat dulu, simpan tenaga untuk hari esok!yeahh.....