Sambungan dari: Northern Thailand ~ Day 1.2 : Khum Khantoke Halal Restaurant, Chiang Mai
hari kedua di Chiang Mai kami bersiap awal sebab kami akan join day tour ke Chiang Rai!haa seawal 6 pagi kami dah keluar hotel jalan kaki ke 7E berhampiran hotel...sekali terserempak dengan anjing pastu dia kejar kitorang...jilake betul anjing tu weh, aku berlari sampai meletup bunyi lutut aku...huhuhu...dah la masa aku aku baru sebulan jatuh main badminton tu, sakit gila kaki aku masa ni...huhuhu boleh plak aku tersnap gambar masa lari ni kan...hahaha sebab masa ni tengah buka kamera phone, tengah snap snap dia kejar...pffttt....sib baik sempat lari masuk 7E...huhuhu
hari kedua di Chiang Mai kami bersiap awal sebab kami akan join day tour ke Chiang Rai!haa seawal 6 pagi kami dah keluar hotel jalan kaki ke 7E berhampiran hotel...sekali terserempak dengan anjing pastu dia kejar kitorang...jilake betul anjing tu weh, aku berlari sampai meletup bunyi lutut aku...huhuhu...dah la masa aku aku baru sebulan jatuh main badminton tu, sakit gila kaki aku masa ni...huhuhu boleh plak aku tersnap gambar masa lari ni kan...hahaha sebab masa ni tengah buka kamera phone, tengah snap snap dia kejar...pffttt....sib baik sempat lari masuk 7E...huhuhu
dalam 7E lepas melepas lelah, kami beli apa yang patut...lepas tu cuak nak jalan balik ke hotel takut kena kejar lagi...sah sah la tak mampu lari dah, lutut dah meletup...huhuhu Alhamdulillah selamat takde anjing dah masa balik ni...so then kami breakfast dalam kesejukan kat luar hotel ni je sambil menanti van yang akan menjemput kami...
dalam 7.30 pagi van pun sampai...aku ambil day tour Chiang Rai ni dengan Chiang Mai Tour denga harga THB1,150...aku dah bayar sorang THB400 @ RM52 masa buat reservation dan baki THB750 seorang aku bayar masa masuk dalam van ni...so roughly harga aku bayar tu termasuk airconditioned van, english speaking guide, all entrance fees, thai buffet lunch, drinking water and accident insurance...so perjalanan mengambil masa 14 jam laa dari 7.30 pagi sampai 9.30 malam...lama kan...
so lepas ambil kami, van pusing satu Chiang Mai gak la ambil orang sampai penuh van tu...so memang lama gak la menanti sebab kami yang pertama naik van...hehuuu tapi untungnya dapat duk depan sekali so selesa sikit...dalam setengah jam gak la baru selesai ambil semua orang dan kami memulakan perjalanan ke Chiang Rai ni...kitorang memang membuta je la dalam van tu sebab bangun awal pagi kan...dan sejam setengah perjalanan tu, tetiba van berhenti...rupanya dah sampai ke destinasi pertama kami iaitu Maekhajan Hotsprings...turun bas je, berkepul-kepul asap...hehuuu...
guide beri masa 20 minit je untuk stop kat sini...alahai kejap sangat, tapi ni laaa pro and cons dia bila join tour macam ni...less hassle, tapi berkejar sikit la, tu belum lagi dapat rakan setour yang ikut kepala dia...hehehe...so kat sini aku sempat la nengok orang duk jual telur yang direbut dalam air panas tu...tapi tak koser la nak membelinya....entah tinggi sulfur ke apa telur tu kan...hahaha gitu tetiba pakai topi kerja masa travel dah kenapaaaa....
pastu kitorang jalan sampai ke belakang hujung...tak masuk pun banyak-banyak kedai kat situuuu sebab takut tak cukup masa...niat nak carik toilet je masa ni...sekali ternampak akak muslim jual rotee, terus order sesiap, cakap kat dia balik dari toilet nanti kami datang ambil...hehehe excited jumpa muslim kat entah mana-mana ni kannn...eh lebih excited jumpa makanan halal kot...kahkahkah
sebelum masuk toilet tu ramai la tengok orang duk rendam kaki bagai...kita memang takdan la kan nak fefeeling, 20 minit je wei...tu pun sangap tengok ramai gila orang beratur nak masuk toilet weh...dah la memula aku pi salah beratur kat toilet cangkung...memang takleh la sis toilet cangkung dengan lutut baru meletup kan...hahaha terpaksa beratur kat toilet lain yang duduk plak, tapi lega sebab toilet duduk ada paip!yeay...oh ya toilet kena bayar THB10 ye, sediakan duit syiling sesiap...
sementara aku beratur lagi nak masuk toilet, Sue gerak dulu dah pi ambil rotee kami dan kemudian kami bersama menuju ke van...guide dah cari kami dah sebab kami je tak sampai lagi...hehehe masuk je van, kecewa sebab tak sempat nak terjah 7E berhampiran beli kopi...biasa la aku memang gila 7E bila sampai Thailand ni...hahaha so dalam van sebelum lelap kembali, sempat laaa layan rotee tu, sedap laa tapi takleh lawan yang kat Krabi...hahaha...
dan selepas 1 jam setengah lagi perjalanan, akhirnya kami sampai ke destinasi kedua kami iaitu Wat Rong Khun atau dikenali juga sebagai The White Temple...haaa ni la antara sebab aku nak pi Chiang Rai ni, nak tengok sendiri antara temple tercantik di Thailand katanya...dan aku baru tau rupanya temple ni takde monk, bukan tempat sembahyang diorang, kononnya temple dicipta untuk raja dan menunjukkan kehebatan architecture dalam pembinaan temple la...sebab tu takde monk sini...masa sampai ni, sangap tengok ramai gila orang weh...dah la panas gilaa...hehuuu...
then kami diberikan tiket dan diberikan masa cuma 40 minit je kat sini...lepas tu kena berkumpul ditempat yang ditetapkan oleh guide...so ayuh la kita terjah masuk ke dalam...rezeki la, sebabkan panas, langit cantik membiru...so nampak cantik sangat laa temple ni dalam gambar...aku cuba nak ambil gambar penuh temple dan reflection dalam air, tapi takleh sebab terlalu ramai orang tepi tu...huhuhu kebelakang sikit je, dah masuk manusia dalam gambar aku...pasrah!
sebelum masuk ke temple berlaga bontot ngan orang kat dalam tu, sempat laaa usha binaaan kat tepi tu, seram plak nengok banyak-banyak tangan tu...huhuhu aku bayangkan ada orang plak kat bawah tu weh, ke tu macam nak menggambarkan kat neraka..entah aku malas nak google cerita di sebaliknya...layan ambil gambar dan menolak orang....
ramai gila orang weh nak masuk...pakcik botak depan aku ni jahat dia siap tolak aku...sib baik aku tak jatuh himpap tangan-tangan tu weh...kalo tak mau masuk berita nasional aku kat Thailand ni merosakkan khazanah negara orang....huhuhu spoil betul mood aku nak bergambar lepas tu...dah la bengang ngan pakcik, panas plak tu, sesak ramai orang...so mana sempat je la aku snap dan sahre ngan korang eh...
memang cantik la binaan dan ukiran temple ni...tapi tak payah nak hayati sangat laaa...masa terhad kan...hehehe pastu kami terus keluar dari kawasan temple tu, menuju ke arah toilet...tapi sebelum tu lalu kan pathway dengan atap yang menarik...aku pun tak sure besi ke apa...tapi nampak macam besi, cantik!simbolik dia aku tak tau, again malas nak google...hahaha...aku seronok bergambar je la kat sini...
pastu kami melawat toilet kat temple ni...katanya toilet paling lawa kat sini la diperbuat daripada emas...aku dah excited dah nak masuk, sekali tengok takde paip, terus tak jadi aku nak masuk...hahaha dah la depan aku beratur makcik-makcik dari tanah besar...huhuhu lagi la tak sanggup aku masuk weh...hahahaha so bergambar je la kat luar toilet tu...hahaha...
dari toilet kami gerak keluar...sempat la berselfie bersama kat luar ni...kat dalam memang takde mood nak bergambar berdua...cepat-cepat je kau amik gambar aku, aku amik gambar kau, gitu kaedah nyaa...tengah sakan selfie, guide tegur kami cakap awal nya kami abes...dah tuu, sis sesak lelama dalam tu, ramai nau orang....huhuhu...
then cakap ngan guide aku nakpi 7E kat depan sana tu, tadi masa nak sampai nampak ada 7E...so gigih la dalam panas berjalan, sekali tipah tertipu bang....logo dah hampir sama, rupanya dia 7 One...setan betul memainkan perasaan aku kannn...hahahaha eiii sakitnya hati sis...hahaha terus keluar sambil hentak kaki!
then layan jalan sekitar kedai souvenir kat white temple tu je la sambil hati sebu kena tipu dengan 7 One...hohoho takde beli apa pun kat sini, dah abes pusing kami ke tempat berkumpul...tengok dah ada beberapa ahli jemaah dah ada kat situ...then guide pi la cari beberapa orang lagi yang masih tak sampai...then semua dah sampai, kami pun gerak menaiki van...untuk ke destinasi seterusnyaaa...nak makan weh!