Friday, March 27, 2020

King Crab Malaysia

sape yang follow blog ni tau la cemana gilanya aku kat King Crab ni kan...tiap kali pi Seoul wajibbb aku ke Noryangjin Fish Market nak melayan King Crab ni kan...adalaaa penghujung bulan Januari baru ni, tetiba aku teringinnn nak makan King Crab ni...so pun usha laaa FB sekali jumpa laa seller kat bawah ni...masa tu aku kat Hospital Klang ziarah nenek sedara aku...kemain aku kan, orang duk sibuk tengok orang sakit, aku tengok King Crab...huhu so aku message orang tu, terus dia cakap dia kat Kajang now, if aku nak dia leh hantar terus ke rumah aku...harga adalah RM149...ok set, aku terus transfer duit dan bagi nombor adik aku yang ada di rumah...dan tak lama tu adik aku roger king crab dah sampai...yeyayyy....oh ya selain king crab diorang jual banyak lagi laa seafood lain macam kat bawah ni, ada banyak lagi sebenarnya, ni antaranya lah....
dannnn esoknyaaa aku excited bangun pagi nak masak king crab!selama ni duk makan stim je kat pasar tu kan...ni boleh laa masak ikut citarasa melayu....hehehe memula aku nak buat maggi ketam!pastu mak aku cakap dah beli mahal mahal tu, masak la best sikit...hahaha ok laaa aku buat masak sambal pecah telur...hehehehe sebabkan king crab ni besar, aku kena kukus dia duluuuu...nasib baik muat pengukur mak aku tu...hehehe sambil nak tunggu siap kukus, aku tumis la sesiap masak sambal pecah telur tu...haaa dah siap kukus campakkk je dalam kuali dan gaul dengan sambal tu, siappppp!
dan taraaa...hahaha menarikkan rupanya...tapi rasanya tak seindah rupa la...dalam dia takde isi sangat weh...penat je aku kekah ketam tu, beriya gunting bagai...huhuhu isi tak seberapa banyak tu aku bagi la diorang makan, aku tak makan sangat sebab dah tak banyak isinyaaa...sobss...halusss je daging kat tangan dia tu, jauh beza laa dengan yang kat Seoul tu...mak abah aku siap cakap baik beli ketam biasa je, lagi manis...ni takde rasa manis ketam langsung...ye laaa dah frozen kan, frozen pun tak tau dah berapa lama tuuu...sobsss...kesimpulan nya, tak berbaloi lah beli king crab kat sini, lagi berbaloi beli tiket terus ke Seoul dan makan je kat sana...sangat berbaloi dan puas hati!hahahahah...tapi abah aku duk puji, sambal tu sedappp...yeeehaaaa!hahaha.... #calonmenantuabahawak

8 comments:

  1. Besar sangat tu. Berat seekor 800gr-1 kg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya tp berat kat kulit je laaa...hehee isi nya pula sedikit banding yg saya makan di seoul.

      Delete
  2. husband pernah bli juga tp set combo king crab kt St Rosyam Mart ...ada la dpt ikan, sotong & clam selain king crab ..kira murah la sbb kalo mkn kt restoran king crab aje dh lebih 200 ++ ..tp bila masak isinya tkde la byk mcm yg slalu tgk org mkn kt korea or jepun tu...btul tu..baik bli ketam kn hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada juga ya. Di jaya grocer pun pnah nampak tp diorg jual kaki je, frozen. Ya betul, beza sgt dgn yg saya makan di seoul. Hehehe

      Delete
    2. Dah email ke DJ...sampai tak?

      Delete
    3. Dpt kak notification. Nanti sy buka email. Hehe

      Delete