Tuesday, March 17, 2020

Keranamu Coronavirus

rasanya ada yang dah tahu kan aku pergi Maldives last week pada 3 hingga 7 Mac 2020...cerita Maldives ni memang lambat lagi laaa nak publish kan, kena tunggu turn...tapi sebelum tu nak cerita pasal benda paling hangat di dunia sekarang iaitu Coronavirus a.k.a Covid-19!haaa nak jadikan cerita, masa aku decide nak pergi Maldives ni, memang tengah kecoh la kan Covid-19 ni, tapi banyak masa tu di 5 buah negara iaitu China, Korea, Jepun, Iran dan Italy...even masa tu pun, Italy tak seteruk gila gila sekarang ni...tengah kecoh masa tu pun Korea sebab mendadak naik angka kes dia...dan di Malaysia pula, pada hari aku pi pun, semua 20++ kes dah discharged...makanya dengan lega hati, aku dan Sue pun decide meneruskan trip ke Maldives kami ni...lagipun pikir, kita dah tutup kan pintu untuk rakyat China masuk sini, especially most affected wilayah kan....dan Maldives takde kes lagi...lagi aku pikir, orang China mesti takpi Maldives sebab takde babi dan alkohol kan...Maldives negara Islam sepenuhnya, even private island nak bawak masuk babi dan alkohol kena apply permit bagai..haaa gitu la justifikasi aku meneruskan trip...panjangkan aku pikir...hahaha risk assessor lah katakan...makanya lepas kerja 3 Mac tu aku dan Sue gerak ke KLIA2...masa berjalan ke boarding hall di L, aku macam pelik takde orang sangat...mula dah hati tak sedap!tapi relaks lagi...dan sampai masa beratur nak naik flight tu, tetiba aku nampak selang beberapa orang dari aku tu pegang passport warna hijau dan muka cina!demmit!terus kecuakan aku weh...tu orang dari negara China!jadahnya ada kat sini...masa ni aku dah mencarut dalam hati marah, selfish gila masih berjalan walaupun negara diorang dah macam tu kan, kalo sihat takpe, cemana kalo diorang dah ada virus tu cuma tak tunjuk simptom...gitu marah aku...dan sebab marah sangat, dengan emosi berantakan, serta kecuakan berlebihan, aku jadi takut nak buka mask dalam flight!even aku dah prebooked meals, aku tak sentuh langsung siap bagi balik pada krew untuk dia sedekah pada orang...aku biasa beli vietnamese coffee pun takut nak beli dah...bayangkan 4 jam setengah aku menahan weh, sampaikan tak tahan sangat sebab kering sangat rasa, aku minum sikit air mineral, then cepat cepat tutup balik mask...huhuhu ok over kan, tapi aku memang bengang dan cuak masa ni...huhuu...

dan malam tu, bila sampai je Maldives, buka media sosial, terus dapat update yang kes di Malaysia tetiba bertambah sampai 20 lebih!sebabnya kes #26 tu la, yang ramai gilaaa close contact dia positif tu kannn....haaaa masa ni memang mendebarkan, sebabnya hari hari kami follow perkembangan Covid-19 Malaysia, even sampai hari kami balik, kes dah naik sampai 99 kes!huhuhu

haa dah sampai Maldives, ingat ok la kan...sekali masa hari ketiga kat sana, aku join snorkeling...memang laaa boat tu besar dan terbuka...tapi dari aku happy happy, sekali ada sembang ngan sorang mamat tu, dia cakap dari Italy terus aku freak out!huhuhu terus taknak tengok muka dah...aku rasa selfish gila diorang ni, negara kau tengah kalut pasal Covid-19 korang lari ke sini kan, kalo korang lari ni sebenarnya korang dah infected tapi takde simptom cemana?huhuhu dan dan sepanjang hari tu aku stress...bayang la pi snorkeling, nak makan biskut pun aku pakai hand sanitiser....punya rasa tak selamat satu bot dengan diorang...huhuhu...orang lain ok je, aku memang cuak ya...aku siap bayang those viruses melekat sana sini dalam bot tu bila diorang bercakap dan bergelak sakan...sebab  virus tu kan boleh contaminate permukaan dengan droplet dari orang yang infected...so kalo kita terpegang droplet tu, then kita tak basuh tangan, pastu kita makan or sapu mata or any rongga terbuka, ada chances laaa kita terkena sekali...huhuhu minta jauh laaa...

dan lepas tu memang kami elakkan laa jumpa orang putih ni walaupun tak tau negara mana kan...jumpa muka cina pun aku rasa macam dah rasis kat sana...huhuhu terus emosi dan nak pergi jauh dari diorang...dan sekali lagi masa naik flight balik, ada muka cina duk sebelah Sue, selambaa je aku cakap eiiii cina mana lagi ni!huhuu punya emosi kan, sekali nak turun tu nampak passport merah!upss!hahaha...tapi masa beratur nak drop luggage aku memang nampak lagi cina dengan passport hijau, so memang aku tak tenang masuk flight tu...again stress the whole perjalanan tak makan dan minum! gilaaaa stress weh sebab kering kan...huhuhu...

haaa gitu laa cerita aku ke Maldives...walaupun orang tengok kat FB dan IG indah indah gambar aku kan, tapinyaaaa aku malas nak cerita behind the scene...hahahaha cumanya tergerak nak cerita sekarang ni sebab lepas aku balik ni, ramai gilaaaa jumpa, tanya pendapat aku samada diorang nak proceed ke tak perjalanan diorang...haaaa pantas aku jawap, kalo aku it's a big NO...aku dah trauma...kat airport dan dalam flight...demmit!serta aku rasa keadaan makin teruk sekarang ni...even trip ke Kuching aku hujung Mac ni pun aku taknak pi, dan aku dah refund tiket aku ke Banda Aceh pada Mei nanti juga...done!haaa aku dah tak koser dah...even aku balik ni, aku siap pakai mask sentiasa weh even kat rumah cuma Ahad lepas je aku dah rimas seharian kat dapur, maka aku tak pakai mask dan aku agak nyesal huhuhu then ke kat pejabat ke kat luar ke pun aku pakai especially tempat tertutup or ramai orang...sebabnya aku amik extra precaution, treat diri aku seandainya aku dah terinfeksi, so aku taknak laa droplet aku ni menjejes ke sana ke mari kan...ada yang cakap aku over la, aku freakout lah...eh sukati aku la, aku amik precaution measure...that's how aku rasa aku patut buat as rakyat Malaysia yang bertanggungjawab...gitu...

tapi ada je plak yang mulut longkang duk mengata aku bila aku pakai mask ni, siap cakap kalo ada Covid-19 kat opis lepas ni kau lah punca...pastu bila aku masuk meeting siap cakap haa virus sampai dah...wahhh aku sound je sedebik!aku siap sound ramai je balik dari meeting oversea tak pakai mask?atleast saya take one step forward nak lindungi korang, andai kata aku infected...haaa terdiam kau...mentang mentang aku pi berjimba dan pakai mask masa balik, kemain korang kan...dah kenapa kalo pi meeting takkan boleh infected ke?huhuhu geram weh...tapi ada gak yang biasa travel ni, selamba je makan ngan aku...siap aku tanya korang tak takut ke jangkit ngan aku...diorang cakap takkkk...siap meluah perasaan kena batal trip lagi adalah sebab lepas aku balik ketua jabatan aku keluarkan arahan semua personal trip tidak dibenarkan...hohohoh....

oh ya sebagai langkah pencegahan awal juga, aku kurangkan jumpa orang dan berada di khalayak ramai...kalo terpaksa gak, aku memang pakai mask dan bawa hand sanitiser or kerap cuci tangan...dan kalo nak jugak pi kedai makan, aku prefer di kedai yang terbuka, bukan dalam aircond...pastu sehari lepas balik hari tu pun aku dah pergi klinik dapatkan nasihat...so aku memang check suhu setiap hari...so korang doakan aku ya supaya sihat dan dijauhi virus ni...haaa gitu la, panjang plak aku membebelkan pasal Covid-19 ni...dan sejak balik dari Maldives ni aku jadi alert gilaaa dengan perkembangan Covid-19 ni...aku harap perkara ni dapat dibendung segera...cuma aku rasa sikit pissed off sebab masih ada lagi yang selamba pergi ke Jepun, join perhimpunan ramai gilaaa, balik dari luar negara yang paling affected tu, selamba je join perhimpunan pejabat tanpa pakai mask walaupun batuk, join lagi event yang ramai orang seperti keagamaan dan running, dan etc guysss please kita sama sama kali ni, bersatu mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19 ni ya...be a responsible rakyat dan ummah...kalo rasa tak sihat tu, segera dapat kan rawatan, pakai la mask jangan main batuk or bersin ke arah orang, basuh tangan tu lepas batuk dan bersin...elakkan bersalaman musim gini, elakkan juga support any event yang ramai gilaaa orang especially yang lebih 250 orang #socialdistancing...kalo korang ada rasa tak sihat seperti demam, batuk dan selesema please berterus terang dengan pekerja kesihatan if korang ada pi mana mana tempat yang tercemar atau berjumpa dengan positip pesakit...sebabnya kita kena jujur, supaya diorang dapat treat dengan jayanya...ok guyss?haaa stress plak rasa buat post kali ni...huhuhu...

P/s - post ni dah ditulis lamaaa dan semalam kita semua dah dapat Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa 18 Mac 2020 iaitu esok. So be safe guysss, patuhi arahan yang diberikan...as for me, aku masih samar samar kena kerja ke tak. Hari ni baru boss dapat tahu kami kerja or stay di rumah 2 minggu ni. Pape pun marilah kita ramai ramai mendoakan semoga virus ni cepat pergi kita dapat nikmati hidup seperti sediakala...Amin.

6 comments:

  1. i feel you bila balik travel orang sekeliling pndang kita ni mcm hina sangat hahahaa

    tapi kita pergi thailand 10hari di saat thailand 25 kes dia. masa tu malaysia baru 14..pastu time nak pergi thailand dah ada yg mati sorang. tapi kami pergi gak la...dah sampai masa nak pergi ekeke

    cuma lepas balik kt xde pape simptom....lepas 14 hari g klinik n check suhu apa smua...pastu minta kuarkan surat kata kt xde masalah kesihatan...bos request huhu....alhamdulillah...

    tp mmg trauma la travel time virus ni... buln depan pon burn je tiket walaupn ke langkawi... scary nak melalui klia sendiri huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kan...sdgkan masa pi tu maldives takde kes pun, tu ada member tu doc ckp ko nak kalut sgt nape, malaysia 99 kes watpe ko balik...hahaha adoi...tpai pape pun tu kisah seminggu ke 2 mggu lps, now dah agak kritikal dah kes kita ni...semua kena laaa ambil langkah extra careful...bantu negara untuk bendung covid-19 ni ya!tangguh je la dulu mana2 perjalanan yang tak de keperluan...

      Delete
  2. laa..nampak macam best ja tengok ig, rupanya ada kisah disebalik gambar noo.. alhamdulillah dah balik dengan selamat..

    betoi cakap sis, kalau kami pun nampak pasport hijau, cuak jugak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa laaa bab sedih sedih, semua orang tak share kat media sosial...hahaha alaa tapi ok jer, orang sound kita sound je balik...hahaha insyaAllah kita dah buat precaution sebaiknya, lain2 tawakal je laaa...

      Delete
  3. At least you ada kesedaran daripada orang lain yang balik dari luar negara tapi takda rasa bersalah selambar je pi si sana.

    Semoga takda apa-apa lah ye dan semoga kita semua dijauhkan dari virus C19 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Alhamdulillah...tu la sama2 la kita doa dan bantu negara untuk bendung gejala covid-19 ni...insyaALlah semoga semua ni akan berlalu soon!

      Delete