Monday, August 19, 2019

Mykori Dessert, Bandar Baru Bangi

balik dari Taiwan dan Bangkok gigih nak try kakigori di Malaysia plak sebab kat sana tu duk sakan layan kakigori ala Taiwan dan Thailand kan...hehehe so satu hari masa bulan puasa lepas berbuka puasa ramai-ramai sempena besday Zara kat rumah, kami adik beradik ke Mykori Dessert di Bandar Baru Bangi...semangat ni nak makan kakigori...
sekali naik je tangga, orang beratur nak order dan kat meja pun orang penuh gilaaa...wehh mana datang semua orang ni, ingatkan takde orang...sobsss...abang aku tarik muka dah, aku masih buat muka kental...dah la kami ramai, macam payah gak nak dapat seat kan...tapi nasib baik aku nampak ada orang nak bangun, terus suruh Anim cop tempat...
lepas tu baru la leh beratur untuk order...haaa tadi sebenarnya aku dah siap keluar barisan order, tapi nyelit masuk balik...sib baik takde sape sound...hahaha sebab kan aku serabut dah masa ni, aku takde pikir panjang pun...terus order jer...alih-alih sampai meja kak ipar aku tanya order apa, aku cakap order dua benda je, dia cakap awat sikit sangat kita ramai...ye tak ye gak pesal tah aku...so dia pi tambah order guna nombor order yang sama...hahaha...
so marilah tengok apa yang kami order...ada Chocoreo Kakigori (RM20), Chocolate Strawberry Toast (RM19.50), Mango Cheese Kakigori (RM21) dan Croissant Taiyaki Chicken Ham Cheese (RM7)...semua pun biasa je la pada aku...memang takleh lawan yang aku makan kat Taiwan dan Bangkok hari tu...dah la slow tu aku takleh kata apa la sebab ramai orangkan...tapi utensil dia macam dulang, sudu, pinggan, cawan semua basah-basah je bagi kat kita weh...tak semenggah betul aku rasa...dah tu kakigori dia cair je coklatnya, macam tak banyak bahan sangat aku rasa...macam ABC ala kadar je aku rasa dengan harga mahal...huhuhu tak best, dan tak akan datang lagi ke sini...hahaha sorry Mykori...hehehehe...nasib baik abang aku bayar semua malam tu, kurang sikit emosi aku...hahaha...

2 comments:

  1. Sis pun suka yang Oreo tu haaa, walah sedapnyaaa....
    Terus rasa macam nak pergi minum! Huhuhu

    ReplyDelete