Friday, August 23, 2019

Cari Makan di IOI City Mall: Mala Mala

masa bulan puasa hari tu, Liana ada laaa tag aku ke restoran Mala Mala yang baru dibuka di IOI City Mall...so masa tu dah pasang angan-angan dah nanti nak terjah...so ada sekali tu, aku sempat laaa ke IOI City Mall dengan Wani dan Syahnaz sebab nak beli barang, so aku pun ajak la diorang lunch dekat sini jeee...memula macam blur gak masuk sini, lagi tengok restoran besar tapi kosong je....
aku rasa konsep makanan sini adalah masakan cina la, tapi yang pedas-pedas....aku rasala...hahaha so kat sini kita leh ambil pelbagai jenis makanan seperti sayuran (RM3.99/100g), daging atau seafood (RM5.99/100g) dan delicacy or premium meat (RM7.99/100g) macam kita ambil untuk yong taufoo tu la...then kita bawa makanan mentah yang kita dah pilih tu ke kaunter dan boleh pilih la nak masak dengan nasi or noodles, then leh pilih level kepedasan yang kita nak dari rempah je ke pedas gila...haaa selain ini, ada juga set untuk lunch, so harga dah tetap la per set tu...kalo ambil sendiri tu, mau berpuluh kena nanti...hahaha macam aku letteww...tamak!hahaha...
so Wani dan Syahnaz decided nak ambil lunch set...aku macam biasa la sebab nak review tempat baru, cuba la yang lain...so aku ambil lauk pauk sendiri...bekas yang digunakang asing ya untuk sayuran dan daging-daging..sila ikut label dia ya...haaa mata aku rambang juga laaa especially kat chiller yang ada daging ayam dan meat tu...hahaha tamak aku tau!
dah selesai memilih bahan mentah yang menarik kat hati ni, aku pun bawa ke kaunter...diorang siap timbang semua, dan aku request masak dengan noodle pada kepedasan level 3 iaitu pedas gila...aku tak berani ambil nombor 4...hahahaha!so total aku punya dalam RM25 ke RM30 la, aku pun tak ingat sangat...
so tak lama menanti, Syahnaz dan Wani punya sampai dulu...Wani ambil beef set (RM13.90) yang didatangkan bersama noodle...sedap la jugak, pedas ala cina la pada aku...aku pun tak reti nak explain, tapi kan ada cili kering tu, ala-ala makan kat cina la...hahaha sedap dan pedas!Syahnaz plak ambil chicken set (RM13.90) yang didatangkan dengan nasi...pun sedap la...cumanya nampak sikit sebab nasi tu dia asing, tak gaul sekali....
dan last sekali sampai laaa aku punya...besar gila weh...hahaha omg!tapi sedappppp!makan sambil peluh-peluh...pedas tapi sedap...sampai takleh stop makan...hahaha tapi Wani kena tolong makankan lauk aku gak sebab banyak sangat...aku rasa paling sedap daging dan ayam premium tu...ayam tu bahagian thigh tapi dah debone...memang sedap la kan, daging pun lembut...sayur plak aku rasa paling win rasa dengan noodle tu adalah shittake...serious sedap!so yummeh!
overall ketiga-tiga kami bersetuju makan kat sini sedap dan boleh pergi lagi...hehehee Wani siap dah bawa laki dia pi makan sini dah lagi lepas kami pergi tu...hehehe aku tak sempat lagi nak bawa laki aku sebab dia stuck dalam traffic jammed, sampai skang tak muncul-muncul lagik sedangkan dah nak masuk bulan September dah ni...eh. hahahahaha!

6 comments:

  1. Adalah tu kot2 jumpa masa naik hot balloon nanti. Jangan ko lari masuk ke traffic jammed lak nanti.

    ReplyDelete
  2. Menarik konsep dia. Tak perasan lak kedai ni dekat IOI. Nanti nak terjah la.

    ReplyDelete
  3. Wow Nice blog, Thanks for share with us. I say congratulation for this blog.

    Thanks

    ReplyDelete