Thursday, August 22, 2019

Dokebi Chicken, Tamarind Square, Cyberjaya

ada satu masa tu aku ajak Emmy detim...dia ni kawan matriks aku yang baru berpindah ke Putrajaya dari Sabah...lama gila aku tak jumpa dia, last masa dia kawin 10 tahun lepas kot...hehehe so dari hari ke hari plan, baru la ada peluang berjumpa...so aku ajak dia lepak Tamarind Square kat Cyberjaya je sebab aku malas nak masuk mall...masa sampai sana, dia message aku tanya aku kat mana...aku cakap la cuba cari perempuan paling cantik, aku la tu...selesai taip, eh dia muncul depan aku terus melompat dia peluk aku...hahaha gila excited lama tak jumpa weh....hahaha perempuan gila ni banyak ajar aku benda merepek masa matriks dulu...kahkahkahkah....so then kami decided lepak Dokebi Chicken jer...cantik deko kedai ni...
dah duduk kita pun usha menu...menu kat sini ala-ala KFry sikit, ada ayam goreng salut cheese tu...cuma beza nya sini takpayah nak beratur panjang menggila macam kat KFry tu...hahaha so korang tengok je la sendiri menu yang kalo berminat...malas nak cerita satu persatu...
so sebabkan both of us diet, so aku order air Korean Buckwheat Tea (RM6.90) yang tak sedap weh...hahaha aku pernah minum kat Eid sedap ni, yang ni rasa hampas nauu...hahaha then kami order 1 menu je laaa untuk dikongsi bersama iaitu Boneless Chicken with Cheese Yang Nyeom Sauce (RM51.90) yang pada aku sedap gak laa...ayam dia walaupun dah bersalut sos tetap crispy, ditambah plak dengan cheese tu, memang sedap la kan...hehehe ayam dia punya pedas pun ok, just nice...nyummeh!cumanya portion tu besar untuk 2 orang, so memang tak abes pun, tapau bawa balik...hehehe....
sambil makan sambil sembang benda entah pape merepek, pastu masuk bab hati ke hati...hahahaha takleh blah betul kalo jumpa pompuan sorang ni...hahaha aku memang takkan lupa kenangan dia ajak aku naik tingkat atas asrama kitorang dulu kala...hahahahaha!pape pun aku happy dapat jumpa kawan lama ni...banyak cerita keluar!makan tu dah jadi nombor dua dah...hehehe pape pun aku berhasrat nak repeat Dokebi Chicken ni, nak cuba menu lain pula...

2 comments: