Sunday, February 19, 2017

Gula Cakery, Shah Alam

petang terakhir di tahun 2016 yang lepas aku dengan adik beradik aku duk plan bawa anak sedara aku pi baking class di Gula Cakery kat Shah Alam...asalnya adik aku duk cakap kek sini sedap, pastu tengok ada plak kinder baking class, terus register untuk Zara dengan harga RM80 sahaja...dia akan bake 2 kek...yeay!excited Zara tau dia nakpi baking class...kerlas kau tau, kecik-kecik dah masuk baking class...hehuuuu...
masa Zara hadiri kelas ni, takde orang lain mula-mula...maybe masa cuti panjang, orang duk balik kampung...hehehe bagus juga sebab cikgu concentrate pada dia seorang...mama dan makcik-makcik dia semua nervous sebab masa ni Zara tak pernah masuk sekolah lagi, so takut dia tak pandai nak bergaul dengan cikgu...hehehe haaa sekali, meriah kau dia bersembang dengan cikgu tanya macam-macam...tapinya kitorang leh tengok dari cermin luar je la...hahahaha sooo happy tengok Zara happy kat dalam baking class tu...mama dan makcik-makcik terharuuu tengok Zara pecah telur, potong buah, masukkan adunan dalam cup...hahaha hover kannn...hahaha kelas berjalan hampir 2 jam juga laa...hehuuu...
tak lama lepas Zara masuk class tu, tetiba ada sorang abang join gak...makin rancak la Zara...haish lega kitorang takut dia tak reti bergaul sebab selama ni duk ngan opah kan...hehehe tapi by the time post ini ditulis, dia dah sekolah dah...nampak happy je dia...hehehe
untuk baking class kali ni, Zara masak Oreo Chocolate Muffins dengan Strawberry White Cookies!yeay Zara berjaya masak both menu okayy...makngah terharuuuu happy semuaa pun ada...hahahaha hover tau...hehehe menunggu kat luar kelas tu berjam pun tak terasa sebab happy tengok dia enjoy...
lepas selesai baking class, kitorang naik ke atas...ke cafe Gula Cakery ni...memang sentiasa ramai orang laaa kat sini...anim cakap yang famous kat sini adalah kek dia...so haruslahh terjah untuk mencuba kannn...hehehe...
masa kami sampai ni, banyak menu yang berasaskan ayam dah abes...sedih la jugak sebab tekak teringin nak makan macam-macam...lagi tengok menu berasaskan ayam tu dah jadi signature dish diorang kat sini...pasrah je laaa...
so untuk kek kitorang layan Double Chocolate Nutella Cake diorang...kek ni sedap!anim cakap ni antara best seller la kat Gula Cakery...nyum nyum sangat!hehehe selain tu kitorang cuba juga Pandan Gula Melaka cupcakes...pun nyummy...
untuk makanan kami cuma order Aglio Olio dan sandwiches...sedap juga laaa makanan dia...cuma ralat sikit sebab tak dapat makan ayam masa ni...gigih tau orang kuat makan, tapi terpaksa order sandwich sajer...hehehe tapi sedap la sandwich dia, cuma tak berapa kena dengan perut yang memerlukan makanan yang lebih berat ini...hahahaha...next time nak bawa Zara join baking class ni, haruslaaaa aku terjah lagi cafe ni nak cuba makanan lain dia plak...

4 comments: