Monday, February 13, 2017

1957 Kopi + Makan, De Centrum Mall, Bandar Baru Bangi

De Centrum Mall baru dibuka bersebelahan pintu utama Uniten...ada satu hari tu aku dengan Dzuli nak cuba laaa usha kedai makan yang ada dalam mall baru ni...usha punya usha kami decided untuk lepak di 1957 Kopi + Makan...besar juga kedai ni, dan selesa persekitarannyaaa...
menu yang disediakan di sini adalah pelbagai...ada banyak pilihan western food yang disediakan di sini...selain tu banyak juga makanan Asian yang boleh dipilih di sini...nampak menarik juga menunyaaa...
dan kami memilih untuk cuba Chee Cheong Fun (RM6.90) yang biasa jer...sangat biasa menu ni pada aku, dah macam kue teow makan dengan sos yong taufu...hehehe...Dzuli ambil Mee Siam (RM11.90)...sedap la jugak...aku plak sebab tengok kat Instagram diorang duk promote Nasi Dagang Gulai Ayam (RM15.90) so nak mencuba la jugak...boleh tahan sedappp...gulai dia sedap!nyummm...dan kami juga layan Pisang Special (RM5.90) yang disediakan bersama cheese dan coklat...nyum nyum...
boleh tahan sedap la makanan kat sini...next time leh terjah lagi untuk merasa menu yang lain pulaaa...kat De Centrum Mall ni ada banyak lagi kedai-kedai lain, so next time mayb leh try usha kedai lain juga...

3 comments: