hari ni nak share satu lagi tempat makan best dalam IOI City Mall nih iaitu The Plated...adik aku yang suggest makan kat sini masa kitorang sekeluarga jalan-jalan di sini hari tu...terletak di tingkat paling atas sekali, jom kita layannn....
dapat tempat duduk, ayuh kita usha menu...tengok dari luar nampak eksklusif gak la kedai ni...so aku bajet harga makanan dia mesti la mahal kan...tapi bila tengok menu dia yang banyakkkk tu, harga dia kira ok la juga...takde la terlalu mahal, tapi tak la terlalu murah...ok la pada aku...hehehe menu dia memang banyak gila....semuanya western food la...ada sikit-sikit la Asian foods...tapi seriously boleh bikin pusing nak memilih mana nak makan...heheheh semua pun nampak sedap belaka...
selain dari main dishes, kat sini juga ada kek...ya ampunnn kek dia memang semuaaaa nampak menyelerakan!sampai tak tahu nak pilih...last-last aku suh anak buah aku je pilih satu...sebab taknak banyak sangat, nanti tak abes...almaklum nak jaga gula sekarang uols...hahahaaa...
tak lama lepas order, sampai laaa minuman dan makanan satu persatu...antara minuman yang diorder selain air mineral adalah Brazilian Lemonade (RM13.90)...kemain presentation dia dalam kelalang tinggi ni...cantik dan airnya pun sedap!dan selain tu ada juga order order Asian Pear Lemonade (RM11.50)...
untuk kek kami cuba Death by Chocolate Cake (RM12.90)...haaa memang rasa separuh death makan kek ni...ohoiii sedap gilaaaa!sedap sangat!dia punya kek sangatlah moist!lepas tu chcocolate dia sangat rich dan tak manis sanagt...seriously sangat sedap!abang aku siap tapau beberapa kek masa nak balik sebab sedap!hehehe...
sebagai pembuka bicara, kitorang order Cream of Mushroom Soup (RM12.90) yang didatangkan bersama roti...sedap soup dia ni, very creamy dah sedappp...nyummm!lepas tu order juga Sweet Potato Fries (RM13.90) sebagai kudapan yang sangat sedap!yang ni serious sedap pada aku...kitorang semua berebut makan...then kitorang order Set of Dim Sum (RM17.90), yang ini ok laaa...
untuk main dishes plak kitorang order Spagheti Duck Aglio Olia (RM19.90) yang merupakan salah satu signature pasta kat sini!dia letak smoked duck dalam tu...nyum nyum...then order Chicken Chop (RM19.90) pun big portion dan sedap...dah juga kami order Grilled Honey Lamb Shoulder (RM32.90) yang besar portion diaaa...pun sedap sebab lamb dia lembut and well marinated...
overall kitorang suka makanan kat sini...sedap!harga dia pun takde laaa mahal sangat...next time leh la nak terjah tempat ni lagi sebab sedap!hehehe...so korang kalo ke IOI City Mall tu, craving for western food, leh laaa terjah ke The Plated nih ye!hehehe...
Ada bey lade x?
ReplyDeleteBeyblade
DeleteLooks yummy. Will have a go for lunch tomorrow. Bump into the owner earlier in IOI Mall.
ReplyDelete