Sunday, February 12, 2017

Cari Makan di IOI City Mall: Sukiya Tokyo Bowls & Noodles

aku rasa Sukiya ni dah well known dah among Malaysian tapi aku je yang tak pernah nak terjah...sampai la ada satu masa tu ajak Liana lepak IOI City Mall, masa nak makan duk pusing-pusing tak tau nak makan apa, last sekali aku ajak dia masuk Sukiya ni...aku ni selama ni ingat tak halal...hahaha sekali halal daaa...haaaa apa lagi, ayuh kita acah-acah jadi orang Jepun!hehehe...
kat Sukiya ni ada banyak pilihan rice dan noodle set yang dihidangkan dalam bowl...selain set ada juga menu-menu lain yang boleh diorder secara ala carte...aku pun first time kat sini, so tak tau mana satu yang sedap...makanya main order ikut sedap mata memandang jer laaa...hehehe....
aku sebenarnya tak ingat dah kitorang order set yang mana...bila aku usha menu tu pun, takleh nak recall yang mana satu kami order...hahaha sorry guys...tapi pape pun, aku suka makanan dia...nasi lembik-lembik tu, pastum cawanmushi dia sedap, sup cendawan pun sedap...aku suka...selain tu aku tambah order yam goreng yang sedap!i loike!hehehe...cumanya makanan kat sini tak pedas laaa, Jepun kan...hehehe tapi dia bagi jeruk halia warna merah tu, aku cuba makan, berair mata aku!hahaha...tak sedap!hehehe...
tapi aku suka je makanan kat sini...kinda remind me kat Jepun...makanan tak pedas, sedih jer masa tu...hahaha tapi sebab halal, pasrah jer makan masa tu tau...hahaha...sekali sekala boleh la nak layan Sukiya ni, harga dia pun takde la mahal sangat....ok laaa berbaloi-baloi...

No comments:

Post a Comment