Thursday, December 22, 2016

Brasilia Churrasco by Chef Zubir, Bandar Baru Bangi

*Restoran ni dah TUTUP*

haaa nampak tu, makluman awal kedai ni dah tutup!hahaha setengah tahun je dia bertahan weh...hehehe tapi sempat la 3,4 kali juga aku terjah dengan family...sedap juga makanan dia...dan sebab gambar dah ada, aku update je la sebagai kenang-kenangan aku di hari tuaaa...hehehe so kedai ni hari tu terletak belakang Papparich dan sederet dengan Restoran Mohd Abdullah Chan...
menu yang dihidangkan di sini adalah makanan barat yang menarik-narik...katanya House of Brazilian BBQ...so jom usha menu yang adalah...sebab aku dah ambil gambar kann...aku tempek je la kat sini...mana tau sok-sok dia buka semula kat tempat lain, menu mesti lebih kurang kan...hehehe....
antara menu yang kami order adalah Lamb Rack vs Kofta (RM45.90) yang sedap!aku suka lamb dan kofta dia tu...marveles!then adik aku order Rib Eye Steak (RM42.90) dan abah aku order Tenderloin Steak (RM44.90) yang juga sedap...selain tu mak aku order Beef Lasagna (RM24.90) yang biasa je la pada aku...hehehe tapi yang meat semua sedap kat tekak aku...
tapi pada aku yang paling best kat sini adalah Churasco Lunch Set (RM46.90) di mana kita leh makan sebanyak mana yang kita nak, ala buffet...tapi semua makanan BBQnya dibawa panas-panas ke meja kita...tak silap aku ada 5 ke 6 jenis BBQ yang diberikan...so kita panggil je dia datang ke meja kita, dan dia akan serve BBQ tu depan-depan kita...nyummmeh semua BBQ dia tu...ada sausages, ayam, lembu dan kambing...sedap!puas hati makan set ni...nak panggil banyak kali pun takpeeee....hehehehe....
dan kali kedua aku dan keluarga datang ke restoran ini adalah masa bulan ramadhan sempena besday anim...aku dah tak ingat berapa harga dia, tapi takde la mahal sangat...cumanyaaaa pilihan makanan masa ramadhan ni tak berapa menarik dan tidak menepati tema kebaratan kedai ni sangat...nasib baik laaa ada pasta station, sebabnya yang lain tuuu semuaaa lauk pauk melayu jer...bukan la tak sedap, tapi lari dari konsep asal kedai la pada aku...so tak berapa nak happy lah...hehehehe...
dannn kali ketiga kitorang datang makan sini masa anniversary mak abah aku...saje je laa bawak semua makan sini...makanan semua boleh tahan sedap kecuali yang sandwich tu agak kering pada aku...dannn dessert dia tu, tak berapa nak mengancam...hehehehe...
overall aku rasa sedap juga la makanan kat kedai ni tapi sayangnya dah tutup pulaaa...aku tak sure la kalo lepas ni diorang akan bukan kedai ni di lokasi yang lain, tapi aku usha website diorang, address masih lagi yang di Bandar Baru Bangi ni, means that takde lokasi baru la kan...huhuhu pape pun, aku just update untuk kenangan sendiri je laaa...hehehe

4 comments: