Sambungan dari: Warung Bonda, Rumah Hutan, Batang Kali
dari Batang Kali, kami terus menuju ke Kuala Kubu Bharu, sempat singgah 7E di pekan KKB untuk membeli kudap kudapan dan air minuman...risau tak cukup makan dalam hutan nanti kannn...hahahaha then sempat singgah di tepi Empangan KKB untuk mengambil gambar...penuh empangan kali ni kami datang, ada sebelum ni aku datang, kering kontang empangan ni...dan seterusnya jom la kita teruskan perjalanan menuju ke nature staycation kami kali ini iaitu The Sticks!haaa The Sticks laa nature staycation kami pada kali ini...masa ni aku tengah gila masuk hutan, hiking bagai sebab tu nak sambut besday pun dalam hutan...hahaha...
selepas melalui empangan dan juga parking orang nak ke Sungai Chiling, nanti kita akan nampak parking belah kiri jalan untuk ke The Sticks!kena parking kat luar ni, tapi jangan risau ada orang jaga jer...then angkut la segala beg yang ada dan jalan kaki melalui jalan kecil dalam hutan ni...banyak juga anak tangga yang perlu dituruni sebelum sampai ke tepi sungai!best gilaaa bunyi sungai masa ni, tak sabar nak terjun!
untuk ke The Sticks ni, kita perlu melintasi sebuah jambatan gantung, merentasi sungai yang deras ni...bestnya masa ni, jambatan pun cantik dan terjagaaa...aku sukaa dah masa ni tau...excited...dan paling best jambatan ni adalah private tu, maksudnya memang untuk pelanggan The Sticks je...so memang sangat sangat privacy lah pada aku stay kat sini...kiranya sungai tu anaaa yang punya...hahahaha...best!tak sabar nak mandi...
lepas dari jambatan tu, kena mendaki sikit jeee...masa ni baru lepas hujan so licin sikit...dan akhirnya kami sampai kat Dewan Area...haa kat sini la tempat nak check in, briefing, pelbagai indoor games dan juga tempat makan kalau kita ambil meals sekali dalam pakej kita tu...masa kami sampai ni ramai juga family tengah makan...
ok meh nak cerita pasal reservation yang aku buat...so kat The Sticks ni actually dia ada banyakkk pilihan bilik, rumah dan tendok iaitu tent+pondok...haaaa menarik kancumanya yang leceh sikit, sini dia ada minimum stay iaitu 2 malam!aku malas nak ambil cuti, tapi aku usha website dia ada bilik yang masih kosong, so bila tanya, diorang cakap akan release bilik tu 3 hari sebelum date check in untuk penginapan 1 malam...haa paham tak?kiranya memang last minute booking la aku ni, rezeki birthday girl agaknyaa, memang ada 1 je bilik takde orang booking sampai ke 3 hari sebelum date kami nakpi...hehehe korang leh usha details bilik kat The Sticks ni kat website dia eh...ok dah sampai dewan tu, duk bagi nama then kena isi masa makan yang kami nak...sebab dia akan serve masa kita pilih tuuu...dan untuk bilik kami dah termasuk dinner dan breakfast, then aku jadikan full board meals masuk lunch sebelum balik dan minum petang hari sampai...sebabnya aku baca review semua cakap food kat sini sedap plus jauh weh nak keluar cari makan...dan lepas tu ada sesi briefing sikit dan jommm masuk bilik!hujan rintik rintik balik dah ni....huhuhu...
bilik kami nama The Ara...macam aku cakap tadi memang ada banyak pilihan rumah tapi semua full house tauu...hahaha dan The Ara ni dia ke belakang dewan tu dan kena naik tangga...masa ni realise takde lampu okey, patut laaa antara benda diorang suh bawak adalah torchlight...ye la nakpi makan malam nanti kan, mau tergolek kau kalo takde lampu...hehehe masa ni ada la lalu beberapa buah rumah, cantik cantik nampaknyaa....best!
dan taraaaa inilah rumah kami iaitu The Ara...rumah ni untuk 4 orang, tapi kami duk bertiga...so untuk bilik ni kami bayar harga RM927 untuk satu malam termasuk dinner dan breakfast...dan untuk jadikan full board meals, aku tambah bayar RM37.50 seorang...dan selain tu aku tambah juga WIFI sebab takde line dalam ni weh dengan harga RM20...share je laaa...hehehe haa mahal kan?aku pun rasa mahal gak sebenarnya tapi sebab review dia baikkkk punya, dan aku memang nak staycation dalam hutan, so kami pasrah!hahaha....so tunggu sampai ke akhirnya yaaa samada berbaloi ke idokkk harga ini...gitu...hehehe ok jom masuk tengok rumah kami yang cantik ni...ada 1 katil queen, 2 katil single...besar rumah ni, toilet dia pun besar dan lawa....bersih dan well maintained la pada aku tempat ni...walaupun kayu, tak nampak usang dan berhabuk pun...dan air mandi dia best gilaaaa...sejukkk dan derassss...walaupun ada air panas yang oldschool keluar api tu, aku pilih mandi air kolah dia...syiok!
excited memasing sebab rumah ni cantik dan bersih!terbaik...toilet pun bersih weh...dan petang tu makin lebat hujannyaaa...huhuhu hapoo bercuti hujan kan...hahaha pasrah je laaa...nasib bilik cantik kan, so happy je laa duk dalam bilik pun...kipas pun kuat, sejukkk...tak dapat bayang malam nanti camne...oh ya kat tingkap semua ada jaring tu so nyamuk takde insyaAllah...cuma seram sikit kat bumbung atas tu ada ruang takde dinding, ada jaring...so seriau gak kalo terjaga malam tengok atas tuuu...hahahaha imaginasi liarkan!
dan sebab kan takde nak buat apa kan, aku ajak la diorang setting nak ambil gambar birthdayyy...yeayyy bab gini memang suka la kan...celebrate diri sendiri...hahaha gigih aku beli barang kat DIY tau...ada bangku kecil kat rumah tu, kita gunakanlah apa ada je sebagai prop nak bergambar birthday bersama kek yang di beli di Batang Kali tadi...hehehe dalam apa ada je tu, lawa jugak laaa prop nak bergambar kami...yeayyy sukaaa...gambar turnout jadi cantik cantik semuanyaaa degan view menghijau belakang tuuu...aku suka dan lagi suka bila kek tu sedap gilaaaa...hehehehe yeay happy birthday to usss!
sebulan setengah sebelum birthday ni, aku diet sakan...exercise pun sakan...sebabnya nak pakai baju putih ni laaa, terbeli saiz macam kecik sikit...dah tu jadinya masa ni je sempat pakai, lepas tu tak muat dahhh...skang lagi laaa bagai dipampam badan aku....hahaha adoi takde semangat nak jaga makan dan exercise dah wehhhh!hahaha...takpela, janji kita happy...eh happy keee...sakit jiwa gak la tengok berat badan makin naik, baju makin ketat kat sesetengah tempat...hahahaha denggg...yeay happy birthday to me, semoga yang baik baik je lah untuk aku lepas ni...doakan aku tau...muahciked!ok sambung next entry la apa kami buat di The Sticks petang ni, sebelum tu kita tidooo dulu...hehehe...hujan ni, asyikkkk...
Salam DJ. Nak tanya, cup cake tu beli kat kedai mana? Beli walk in je atau order awal? Terima kasih.
ReplyDeleteSalam. Saya order kat Instagram the.flavorbox dia kat Batang Kali. sedap sangat kek dia...cubalah.
Delete