dah lama gilaaa aku dengan geng kluster CPRC duk plan nak lunch bersama...ye la memang takde berjumpa since habis di CPRC pada penghujung Mei hari tu kan...so lepas berkali kali plan tertunda, akhirnya pada hari Jumaat, awal September lepas dapat laa aku dengan Nor berjumpa Dr Hasanah dan Dr Ain...atas saranan Hasanah, kami bertemu di Geeks & Giggles di Cyberjaya...aku first time tau tempat ni weh, dia macam tersorok sikit...tapi apa susah, Waze kan hado!
excited gila masa masuk tu nampak Hasanah dari jauhhh...hehehe memang sebulan aku kat CPRC dengan dia dulu...masuk air pompuan ni...hahaha eh lupa nak cite pasal Geeks & Giggles ni kan, hahaha so basically kafe ni terletak dalam building yang ada macam hospital swasta yang macam sendu je aku tengok...hahaha tapi besar la kafe ni, memang sangat selesa, dan ramai je orang aku tengok...so dah bermuah muah semua orang, kami pun duk usha menu....banyak gak pilihan menu kat sini tau, semua nampak menarik dan harga pun standard kafe di Cyberjaya laa kan...ada kek gak dalam chiller tapi macam sendu, so takde la kami ambil...
masa dah order tu baru si Ain sampai, cepat cepat suh dia order...hahaa kalut minah tu mana nak order mana nak sembang kan...hahaha memang bersembang tanpa henti sungguh kami, banyak gossip nak disampaikan pada semua masa ni...kahkahkah...best gila lama tak jumpa dan menjemah!dulu sebulan hari hari bergosip sakan kan sambil analyse data kat CPRC tu...hahahaa so sebabkan sakan bersembang, aku rasa cepat je makanan dah sampai...haaaa untuk minuman kami order Green Apple Juice (RM8.90), Iced Americano (RM9.80) dan Hot Cappucino (RM12.90)...ais kosong sini RM1.20 ya segelas...hahaha pasrah!
untuk makanan pula Nor layan Roasted Chicken (RM16.90), aku layan Lamb Chop (RM24.90), Hasanah ambil Aglio Olio with Lamb Chop (RM22.90) dan Ain layan FIsh & Chips (RM18.90)...semua makanan adalah sedapppp!lamb aku besar portion dia, dan mashed potato dia sedapppp...rasa tak cukup pula walaupun banyakk...aglio olio dia pun sedappp!aku suka...ayam nor tu sebab dia bagi bahagian dada so macam muak sikit la untuk aku...fish and chips pun ok sedap...so memang sedap sedap la makanan kat sini...patut la walaupun agak terpencil lokasinya, tetap ramai yang datang makan sini...
so sambil makan memang sakan laa bersembang weh...seronok sangat jumpa muka muka yang dirindui...selalu jumpa kat media sosial je...hahahaha sakan sembang tak sedar nak dekat 2.30 petang...so terpaksa bermuah muahan semula untuk mengucapkan selamat tinggal pada semua...moga berjumpa lagi ya korang...hari tu ada plan nak hiking bersama, ajak geng kluster yang lain sekali...tapi date yang beriya plan, sekali kes Covid-19 naik mencanak canak, so kami pun tunda laaa plan hiking tu ke masa yang akan ditentukan kelak...hahaha...alaa rindu laa nak jumpa Jabir, Farhana, Farah dan Jerry...mesti best kalo dapat hiking bersama sama kan!hehehe...insyaAllah one fine dayyy...okay TQ Hasanah sebab belanja lunch kita tengahari tu...next time aku belanja pulak tau...muahciked!
No comments:
Post a Comment