Monday, March 30, 2020

Al Araby Mathaam, Bandar Puteri

Bandar Puteri ni dekat ngan Bukit Mahkota...haaa ada satu kedai makan yang mak abah aku duk suka sangat skang ni, tapi aku rasa biasa je...hahaha tapi aku share je la ngan korang eh, kot tekak korang sama ngan mak abah aku kan...citarasa kita kan berbedaa...so  haruslah raikannya...hehehe so nama kedai adalah Al Araby Mathaam, Bandar Puteri...dekat je ngan Tesco Bandar Puteri tu...keluar toll Putra Mahkota, ke kanan...haaa carik la kedai ni kat area situ ya...
so walaupun nama kedai dia dah arab abes dah, tapi menu dia banyak je masakan melayu dan western selain dari makanan arab ni...even menu breakfast dia memang kemelayuan abes lah...hahaha so ok la datang reramai sini, walaupun tekak berbeza, still leh layan makan kannn...haa korang layan la menu dia, panjang berjelaaaa... penat aku nak snap gambar tauuu...hahaha aku sebenarnya tiap kali datang makan sini aku rasa bersalah sebab depan dia tu gym aku yang aku dah tak renew keahliannya sejak Disember 2019...hahahaha!
untuk menu arab kami pernah cuma Chicken Mendy dan Lamb Biryani...abah aku suka sangat ngan chicken mendy kat sini, sampaikan setiap kali datang dia memang makan tu jer...hahaha aku rasa biasa je weh, sebab aku pernah makan yang jauhhh lagi sedap...lamb biryani tu pun ok la pada aku, tetapp pernah makan yang jauh lagi sedap...tapi lembut la kambing dia tuuu...nyumsss!adik aku pernah makan kebab shawarma dia gak dan dia cakap sedap!
spaghetti dia pun kami pernah makan...biasa je la pada aku...portion wise dia nampak sikit, tapi kenyang gak laaa makan, cuma udang dia lembik wehhhh...alahai rasa yang berair bila gigit tu...punya la lembik...sobssss...dan surprisingly yang paling kena kat tekak aku kat restoran arab ni adalah char kuew teow kerang dia weh...ada sekali pi tu order, sedap...terus tambah order semua kecek makanan aku...hahaha...
pastu mak aku pernah juga beli baklava kat sini, hampeh tak sedap langsung...rasa tengik lama dah weh ghee dia tu...dah la mahal yarabbi, rasa geram jeee makan macam ni tauuu....huhuhu tak tahan tu sebab dah tengik bau dan rasa ghee dia tu, so aku saspek mesti dah lama ni...huhuhu...

No comments:

Post a Comment