Friday, December 21, 2018

ChokiChoki Minachi Birthday Trip - Day 2.1


bangun subuh awal gila kul 5 pagi...azan memang dengar kat houseboat ni...best kan...then sambung tido dan kami bangun agak lewat hari kedua di Kashmir...sebabnya nak tunggu Ajaz ambil Liana dan Ziana dulu...so tak rushing nak keluar awal...dalam 8 pagi baru bersiap semua...sedap tido weh...hehehe...bangun tu tengok mendung lagi, alaahai redha je la kan...bangun dah lapar sebab 8 pagi kat sini sama dengan 10.30 pagi waktu Malaysia...bangun pagi, sementara tunggu Mihraj siapkan breakfast, kami layan view tasik...nyaman dan tenang jer...hari ni kami semua pakai baju Malaysia sempena 16 September 2018!Hari Malaysia!yeay!gigih tau beli dari Limiteez sebelum trip ini...
masa tengah bersiap tu, aku sempat la kira-kira hutang dan duit semalam...sekali aku perasan aku short dalam Rs1000!demmm...terus aku terfikir mamat kat restoran semalam yang kemain mesra sembang dengan aku...aku kan dah skeptikal dah ngan orang yang sembang baik masa nak bayar ni selepas insiden di mughal garden...denggg dah la aku tak check baki duit kat restoran tu...terus aku negatif cakap mesti kena tipu ni...huhuhu...terus lepas tu lebih berhati-hati dan kira duit baki...then dalam hati sebal tu, siap je sarapan dihidang, terus kami serbuuu...sekali tengok, alaaa telur lagi ke?takde menu lain ke...huhuhu tapi sekali makan, omaigoddd sedapnyaaa telur dia...kali ni lain plak rasa telur dia...rempah lain plak dia letak weh...hahaha dan macam biasa, Mihraj pun dah paham...dia tambah lagi roti bakar dan telur kami...hahaha terbaiklah!super nyummeh!
tengah syiok makan, layan view kat tingkat tengok bising-bising kat luar...ada peniaga menaiki shikara sampai...haaa sebenarnya kalo duk kat houseboat area Dal Lake, benda ni memang benda biasa...cumanya di Nageen Lake ni dia tak sebusy sana...so jarang-jarang ada peniaga datang...rezeki kami la ada yang menjenguk pagi ni...eh ke rezeki dia...hahaha...tips untuk bershopping kat Kashmir ni, sila laaa tawar gila-gila...kentalkan hati kalo diorang guna nama islam pun weh...diorang suka cakap tolong la sesama islam bagai, tapi aku geram, dia tipu kita kaw-kaw...ko bayang la aku pernah beli pen dengan harga Rs400 untuk 10 batang kat Kashmir, bila sampai Delhi jumpa pen yang sama harga Rs100 je...gila tak gila jauh beza dia...tu pun Rs400 aku dah gaduh gila-gila dengan penjual tau...siap dia ungkit aku nak tutup periuk nasi peniaga bila minta diskaun banyak sangat...huhuhu...tu pun aku tutup mata je weh beli fridge magnet 11 bijik kot harga Rs1000...tu pun penat bergaduh dah weh...hahaha aku kental kan hati je...Dini nampak dah goyah nak bagi je berapa dia minta masa tu, aku buat muka taik je nak juga harga tu...hahaha...nasib baik dapatkan....
masa tengah sakan bergaduh ni laaa Liana dan Ziana pun sampai...so tunggu diorang bersiap dan makan semua, then kami pun bergerak meninggalkan houseboat...plan asal nak pergi Sonamarg dulu pagi ni, tapi sebab katanya bakal ada rusuhan jalan nak ke Sonamarg, makanya kami ke Pahalgam hari ni...rusuhan jalan kat Kashmir ni memang perkara biasa...orang local ni pandai la nak elakkan bagi tujuan keselamatan tourist...tapi kalo ada rezeki, leh tengok la sesi throwing stone antara Indian army dengan penduduk Kashmir...tu cara penduduk sini protes dengan kerajaan...
sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan view yang cantik...dan hampir sejam perjalanan, Nadeem tanya nak singgah ladang epal ke nak pergi mana tah satu lagi...kuil dalam filem Bajrani Bhaijaan kot tak silap aku...tapi sebabkan semua takde la gila sangat ngan filem tu, kami pilih nak ke ladang epal...sebabnya both tempat tu ikut jalan yang berlainan...
ada satu kawasan tu memang banyak gilaaa ladang epal!Nadeem cakap singgah je mana-mana dan tanya owner dia...kalo diorang bagi masuk, baru leh masuk...so salah satu ladang yang kami singgah ni owner dia memang tengah packing epal dengan staff...so memang excited la kita tengok epal yang banyak ni...tapi warna epal dia tak merah sangat...kurang mengujakan la...hahaha...tapi abang yang packing tu, mengujakan. Eh. hahaha
kami minta izin nak bergambar dengan pokok epal...owner dia okey je...mesti dia pelik kami beriya, diorang tiap hari ngadap pokok epal kan...hahaha tapi dalam gambar tak nampak sangat epal atas pokok sebab epal dia kaler merah kusam...layan je la posing sakan dalam kebun epal...kat Malaysia tak dapat nih!sempat juga merasa sebijik epal...mak aihhh manis weh...sedapppp walaupun rupa dan warnanya tidak mengujakan tapi serious epal kashmir terbaik!
puas bergambar dalam kebun epal, kami ke tempat mereka bekerja semula...sempat laaa suruh Nadeem ambil gambar kami dengan mereka yang sedang bekerja...malu-malu diorang ni...hehehe aku tanya Nadeem, perlu bayar ke...Nadeem cakap up to you...if you are happy, then you can give them tips...aku tanya nak bagi pada setiap orang ke, Nadeem cakap no need, you can give to the owner only. So aku pun bagi Rs100 pada owner tu, siap pow dia sebijik lagi epal paling besar...hehehe...
untuk tips, aku memang buat tabung group...tips dan makanan...so senang...tak perlu setiap orang nak bayar tips kan..rugi laa...kat Kashmir ni penjaga toilet pun minta tips, waiter kedai pun minta tips tau...alasannya kita kaya, kena tolong laaa orang miskin islam kat sana...gitu laaa...haaa so better kalo kita in group, buat 1 tabung je...senang cerita...masa kami pi awal bulan Muharram, so kat Kashmir ada juga syiah, so kita leh nampak la perkampungan syiah tengah beriya nak buat sambutan Awal Muharram...so nampak laaa kain rentang hitam ni kat kampung syiah...banyak gilaaa dan kebanyakan mereka pakai baju warna hitam...
selain epal, Kashmir juga kaya dengan walnut!ada pokok walnut weh kat Kashmir ni...so memang bersepah la nampak orang jemur walnut tepi jalan tu...hahaha jemur gitu je weh...pastu diorang takde proses apa pun, lepas kering dah leh makan...buakn macam walnut kita makan kat sini siap ada glaze bagai kan...Nadeem ada singgah la beli walnut sebab mak Ajaz kirim...so merasa la kami sikit...ada rasa pahit sikit laaa pada aku...kurang sedap sikit...maybe sebab tepi jalan gini kot, ko bayang la habuk yang melekat kan...
masa on the way tu nampak plak view lawa dengan sungai dan bukit bukau kehijauan terus suruh Nadeem stop nak ambil gambar...sebenarnya banyak je kawasan cantik sepanjang perjalanan ni lagi bila dah nak menghampiri Pahalgam tapi takleh la nak berhenti semua kan, kang kul bape plak nak sampai Pahalgam...ni pun kita berhenti kejap je, tak lamaaa...

2 comments: