Friday, September 14, 2018

Tim's Teapot Terrace, Kuala Lumpur

ada sekali masa bulan puasa yang lepas Bibie Karim dapat Semenanjung...so lepas berbuka puasa di Restoran Nasi Lemak Royale Kedah, Putrajaya, kami nak carik kek!so aku cadang Tim's Teapot Terrace yang terletak di Melawati!hahaha punya jauh kan, tapi bila Bibie cakap teringin nakpi situ gak, so kita proceed je laaa....lepas buka, singgah solat kat Petronas dan terus ke Melawati...ajak Ab jugak tapi dia jual mahal, rupanya lepas tu dia eksyen cakap dia pernah pi laaaaa Tim's Teapot Terrace tu...eleh kerek sangat kan...
sampai je kat Tim's Teapot Terrace ni dah rasa kagum...sebab ada kafe secantik ini di kawasan kedai lama dan buruk...hahahaha cantik weh dekorasi kafe dia ni, ala-ala english style gituuu...masuk je tak ramai orang lagi, maybe orang pi terawih...kami je yang monteng....hahaha...
masuk dalam tu dah tergoda tengok segala macam kek weh...serious laaa banyak gila pilihan kek dia...ada dalam chiller dan luar chiller...niat nak share haruslah terbatal sebabnya banyak sangat nak rasa, so wajib ambil sekurang-kurangnya 4 jenis kan...
selain pelbagai jenis kek yang ada, kafe ni juga menyediakan pelbagai jenis makanan western yang lain macam pasta dan lasagna...takde la banyak sangat menunya, tapi boleh laaa nak buat melepak dan sembang-sembang tu...ada juga pelbagai jenis kopi dan teh di sini!
maafkanlah aku sekali lagi sebab takdapat recall apa yang kami makan dan minum....hehuuu cumanya aku ingat Bibie minum tea dalam small jug ni...comel je cawan dia kat bawah jug tu...tapi perisa apa teh dia aku tak ingat...maybe jasmine tea...then aku ambil hot chocolate dan Dzuli layan kopi...Mrs diet, so minum air kosong je...hehehe...
dan untuk dessert pula kami layan chocolate donut yang sedappppp dan gebusss...burnt cheesecake yang sedap jugaaa...aku suka sebab lembut gilaaaa dan tak manis sangat...then layan Rose Pistachio yang ok juga laaa...aku ni tak suka sangat rasa rose dalam makanan...rasa pelik...hehehe dan last sekali kami layan Tblerone Cheesecake yang sedappp jugak!so yummeh!semua desserts dan kek ada sedap sangat...semua suka!so kalo ada masa tu, sila terjah okayyy kafe ni, memang sedap-sedap desserts dia...savory food takdan rasa sebab kenyang lagi weh layan nasik kandaqq...

6 comments:

  1. makk aii cantiknya susun teko cawan tu..

    ReplyDelete
  2. Amboi statement; area kedai lama & buruk kata kau! Hahaha thanks sudi layan tekak aku (and korang memang nak gi juga kan). Next time, bawa aku gi cafe best2 lagi tau.

    ReplyDelete