Friday, August 14, 2015

Engineers Coffee Bar, Bandar Baru Nilai

yeah last sunday aku pi terjah satu lagi hipster cafe yang baru dibuka di Bandar Baru Nilai!kalo sebelum ni dah terjah Pilot Cafe, kali ni aku ke Engineers Coffee Bar pula...abes la semua profesion nak buka cafe kat Nilai ni kan...hehehe ok lokasi cafe ini adalah berdekatan dengan kawasan KFC dan Secret Recipe di Bandar Baru Nilai...to be exact alamatnya adalah di PT12164, Jalan BBN 1/1F, Putra Point 2B, 71800 Bandar Baru Nilai...sampai je di cafe ni, aku nengok signage pun takde lagi, memang baru betul bukanya nih dan dari luar nampak menarik jugak dekorasinya...oh ye, cafe ini ditutup pada hari Isnin tau...
masuk je dalam cafe ni, terus kami menuju ke kaunter...kena order dan bayar terus ok di kaunter...menu kat cafe ni tak banyak sangat lagi...rupanya cafe ni baru buka beberapa hari sebelum puasa hari tuuu...banyak menu masih sedang dalam R&D gituuu...terdapat pelbagai jenis minuman dan kopi yang disediakan di sini...tapi sejak dua menjak gula naik ni, aku order air kosong je laaaa...dan untuk makanan pula ada Sandwich & Pasta series...yang menariknya pasta series tu kita boleh pilih jenis pasta, jenis meat yang nak dimasukkan dalam pasta dan sosnya...dan haruslah pasta masak lomak cili api tuuu yang menarik minat aku untuk dicobakannn....hehehe!selain tu cafe ni juga menyediakan pelbagai jenis dessert dan pastries yang nampak menarik!
deko kedai ni ala-ala industrial sikit...dengan batu bata tak siapnya, batang besi jadi lampu...menarik la jugak kann...dengan lighting kuning dia tuh, memang menambah seri cafe ni laaa... meja pun ala-ala kayu yang tak siap...konsep katanya....kata engineer...hehehe!
tak lama lepas order, makanan pun sampai...kami order The Gentlemen Chocolate Cheesecake (RM15), Sirlion Beef Panini (RM15) dan spaghetti masak lomak cili api (RM20)...cheesecake tu sangat best dan besar portion dia...bukan macam size slice cake biasa tu...makan kongsi 4 orang besar, sorang kecik pun tak abesss....sandwich dia tu biasa jer laaa pada aku....tapi spaghetti dia memang sedap!walaupun memula sampai tu aku konpius sebab warna merah...aku bajet warna kuning sebab kata masak lomak cili api kannn....tapi bila dah makan, perghhhh pedas dan terangkat!memang secukup rasa...
zara pun suka dengan spaghetti tu sampai kami kena order tambah lagi...spaghetti yang memula tu aku pilih dengan ribeye lamb, later kami order spaghetti dengan sirlion beef pula...memang sedap!dah 2 kali order pun, still zara abes makan, cakap nak lagi...ahhh sudahh...nasib ada cheesecake, bagi dia makan tu juga...kuat makan budak kecik ni skang...
last sekali sebelum balik, sempat laaa kami bergambar di wall batu bata diorang ni...abaikan la anak buah aku yang bajet pemalu sebab tukang amek gambar tu lelaki...dia kalo ngan lelaki besar ni dia malewwwww sikit...tak macam makngah dia...hahaha!overall cafe ni sedap laa...aku nak datang lagi bawa mak abah aku plak nanti...ni kira baru sesi suai kenal...next time aku pi sini, aku akan update lagi menu kat korang ye! =D

10 comments:

  1. walaupun tak siap..suka konsep mcm ni... .

    ReplyDelete
  2. menarik....boleh g cube ni.....tp tgk kedai ni...teringat chimera yang dah tutup tu...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza sila la coba...chimera tu katanya nak buka kat new lokasi tapi tak sure bilaaa...

      Delete
  3. Amboiiii Mak Ngah dia !!!! Suker senyum melirik yaaaaa !!! Hehehehheee

    Apa apa pun, memang terbaik ler review Cik JJCM kita nih !!!!

    ReplyDelete
  4. Ni konsep mengundang para engineer habiskan design yang xsiap tu. Slurp sangat nengok cheesecake tu. Zara xlama lagi duta jjcm juga ni aku rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmber aku buat konsep umah cenggini aku pelik.tp rupamya konsep ni tgh in.hehe zara demok kna laaa ikut teladan makngahhh...hahaha

      Delete